Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>
Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

26 August 2025

Majlis Pelancaran Single 4Forty "Cinta Sampai Akhir" Oleh Cloudworks Entertainment Diraikan Secara Gilang-Gemilang


Single terbaharu daripada trio vokal Malaysia 4Forty, “Cinta Sampai Akhir” dilancarkan baru-baru ini, menghimpunkan ikon vokal negara Jaclyn Victor, Noryn Aziz, dan Dina Nadzir.

Single terbaharu daripada trio vokal Malaysia 4Forty, “Cinta Sampai Akhir” telah dilancarkan secara rasmi oleh Cloudworks Entertainment dalam satu persembahan eksklusif di Saprah KL. Acara ini turut menghimpunkan barisan suara hebat termasuk ikon vokal negara Jaclyn Victor, Noryn Aziz, dan Dina Nadzir.

Persembahan istimewa ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Izzatul Shima Md Tahir, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan
Persembahan istimewa ini dihadiri oleh YBhg. Datin Izzatul Shima Md Tahir, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan, pihak media, pemimpin industri, dan para peminat, menjadi satu lagi pencapaian penting bagi Cloudworks Entertainment — sebuah syarikat yang terkenal dalam pengurusan dan penerbitan projek muzik berkualiti tinggi di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Anggota 4Forty terdiri daripada Adeep Nahar (bekas anggota The Fabulous Cats), Luqman Hakim, dan Mohd Fakhiz (kedua-duanya bekas anggota Enquire), 4Forty kini menjadi simbol keharmonian vokal dan keunggulan muzik. 

Kumpulan ini telah memukau penonton dengan persembahan penuh emosi dan bunyi yang kekal relevan sepanjang zaman sejak ditubuhkan di bawah naungan Cloudworks Entertainment.

Pada permulaan majlis, tayangan perdana video muzik Cinta Sampai Akhir ditayangkan, diikuti dengan persembahan secara langsung yang menggabungkan 4Forty bersama para artis jemputan. Persembahan ini menyerlahkan keharmonian suara khas kumpulan ini serta kekuatan vokal tersendiri daripada Jaclyn Victor, Noryn Aziz, dan Dina Nadzir.

“Cinta Sampai Akhir ialah lagu yang menyentuh hati tentang cinta sejati dan kesetiaan yang abadi,” kongsi 4Forty.

“Kami berterima kasih kepada Cloudworks Entertainment kerana mempercayai visi kami, dan juga kepada rakan artis yang turut serta menjadikan detik ini begitu bermakna.”



Pengasas Cloudworks Entertainment, Aszuad Zakaria, turut berkata: “Di Cloudworks, misi kami sentiasa untuk memperjuangkan suara hebat dan lagu-lagu yang memberi kesan. Cinta Sampai Akhir bukan sekadar single — ia adalah satu penghargaan terhadap bakat Malaysia yang bekerjasama menghasilkan muzik yang berkualiti dan berkekalan.”

Pelancaran ini disokong oleh MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi, yang secara konsisten melaksanakan inisiatif bagi memperkasakan bakat tempatan dan mengukuhkan ekonomi kreatif Malaysia. Melalui pembiayaan, latihan, dan sokongan promosi, organisasi-organisasi ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi kreatif para artis, penerbit muzik, pembikin filem dan penggiat seni, serta membantu mereka bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab bersama media, sesi bergambar dan sesi ramah mesra, memberi peluang kepada para tetamu untuk berinteraksi dengan para artis serta meraikan komitmen bersama dalam memajukan industri hiburan tanah air.

Read More

14 January 2025

AEON Mall Fortune Prosperity Get-Together x Promosi Filem Money Games

AEON Mall Fortune Prosperity Get-Together x Promosi Filem Money Games

Jom raikan Tahun Baru Cina bersama keluarga dan teman dan jangan lupa serbu AEON Mall Fortune Prosperity Get-Together x Promosi Filem Money Games di:

📍 AEON Mall Bukit Tinggi, Klang pada 16 Januari 2025

📍 AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru pada 19 Januari 2025

Temui Bintang Hong Kong Secara Langsung

Anda berpeluang ‘meet & greet’ bersama bintang Hong Kong terkenal, Eric Tsang dan Bobby Au Yeung yang tengah promosikan filem terbaru mereka, Money Games yang diarahkan oleh pengarah Malaysia, Matt Lai.

Cara Dapatkan Tiket PERCUMA!

Bestnya, korang boleh dapat tiket filem Money Games PERCUMA!

Berbelanja sebanyak RM580 di AEON Mall

• ATAU hanya RM480 kalau korang Ahli AEON atau Pemegang Kad UOB

Aktiviti Menarik CNY Di AEON 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik Chinese New Year dan happening yang korang boleh join antaranya:

Lou Sang Bersama Selebriti – Eric Tsang, Bobby Au Yeung dan pelakon Malaysia yang berlakon dalam filem tu.

• Calligraphy Redemption

• Orang Parade

• Promosi CNY yang lain

Jadi jom beramai-ramai memeriahkan dan rebut peluang untuk bertemu artis kesayangan anda ni. Sambil-sambil menyambut Tahun Baru Cina.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi filem Money Games dan aktiviti Tahun Baru Cina di AEON Mall, layari IG aeonmallmalaysia dan FB AEON Mall


Read More

29 October 2024

Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura Bakal Berlangsung 15 Februari 2025

Siapa tidak kenal dengan penghibur yang sudah menjayakan ribuan persembahan berskala besar dan kecil sejak lebih 40 tahun lalu?

Dato Jamal Abdillah tidak memberi alasan sebaliknya terus beraksi di atas panggung menjayakan konsert sama ada berskala kecil mahupun besar.

Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura Bakal Berlangsung 15 Februari 2025
Kini penghibur berusia 65 tahun tersebut bakal muncul dengan Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura

Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Februari 2025 dianjurkan bersama oleh Live Injection dan NJ Resources. la akan menjadi konsert solo perdana Jamal Abdillah pada tahun 2025 sekaligus membuktikan kewujudannya dalam belantika muzik masih relevan dan sentiasa dilihat mampu menawan hati peminat. 

Membawa nama yang cukup ikonik di bawah ‘bendera’ konsert kali ini iaitu judul lagu hit beliau, Sandarkan Pada Kenangan dan Azura, penganjur percaya dengan magnet penyanyi bersuara emas yang dimiliki Jamal Abdillah akan membuat ruang Zepp Kuala Lumpur penuh. “Selaku penganjur kami di Live Injection dan NJ Resources sentiasa melihat kualiti dan jenama seorang penghibur bersuara emas iaitu Dato Jamal Abdillah tidak akan pernah pudar selagi beliau berada dalam industri seni tempatan. “Kami percaya dengan semua pengalaman, pesona dan untaian lagu hit yang telah dirakamkan Jamal Abdillah sejak awal pembabitan sehingga kini, penganjuran Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura akan menjadi sebuah pertemuan penuh nostalgia buat peminat.

“Sementelah ini adalah pertama kali Jamal Abdillah beraksi di panggung Zepp Kuala Lumpur secara solo dan suasana yang lebih intim ini akan mencipta momen tersendiri buat penghibur kesayangan ramai ini dan peminatnya,” ujar Edy J dari Live Injection. 

Bagi Jamal Abdillah meski sudah ribuan kali membuat persembahan, bukan bermaksud beliau boleh sambil lewa dan berasa tanggungjawab yang diberikan penganjur sesuatu yang ‘ringan’ hanya kerana telah memiliki segudang pengalaman. 

Sebaliknya, setiap kali dilamar terbabit dalam persembahan apalagi berskala besar seperti Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura, beliau akan sentiasa ‘melakukan kerja sekolah’ demi menhadirkan persembahan terbaik. Perasaan berdebar akan selalu hadir namun ia ‘dibunuh’ dengan keterujaan yang besar buat Jamal Abdillah menyambut kehadiran peminat yang selama ini menjadi tulang belakang perjalanan kariernya sejak berabad lama. 

Berbekalkan lagu-lagu nostalgia yang cukup pekat di ingatan dan ‘sing along’ seperti Penghujung Rindu, Gadis Melayu, Kekasih Awal Dan Akhir, Sepi Seorang Perindu serta Di Sudut Kamar Hatiku, Jamal Abdillah tidak memerlukan lebih banyak bukti untuk dijadikan daya penarik ke konsert tersebut. 

“Memang Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura akan menjadi siri persembahan skala besar dari saya sekali lagi sebagai penghibur namun peminat akan melihat dan menikmati rendisi lagu bersifat nostalgia yang disampaikan dalam suasana baharu, 

“Harapan saya peminat yang tahu mengenai penganjuran Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura di Zepp Kuala Lumpur, 15 Februari 2025 datang beramai-ramai ke konsert ini. 

Untuk mengetahui keunikan dan kelainan yang bakal ditonjolkan pada Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura, peminat boleh membeli tiket pada kategori berbeza bermula harga RM 360 (CAT 04), RM 380 (CAT 03), RM 340 (CAT 2), RM 395 (CAT 1), RM7,500 (VIP BOX8 orang) 

“Kenapa kena hadir? Kerana ia akan menjadi sebuah kenangan terbaik yang akan diberi lalu dinikmati bersama-sama pada awal tahun 2025 nanti,” ujar Jamal Abdillah. 

Dan untuk peminat dan pengikut setia Dato’ Jamal Abdillah, hadirlah ke Zepp malam itu nanti dengan berpakaian era 80'an kerana itu tema pakaian yang ditetapkan untuk malam itu. Semoga kita semua hadir bukan hanya dengan memori zaman 80an tetapi juga jiwa segar di tahun-tahun itu!

Pembelian boleh dibuat melalui atas talian menerusi TICKET2U.COM. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.live-injection.com atau email hello@live-injection.com 


Read More

16 August 2024

Pencarian Bakat Baru "SINONIM SUDIRMAN" Anjuran KOPSTAR Dan Summit USJ Angkat Nama Sudirman

Industri seni telah diwarnai dengan lagu patriotik Allahyarham Sudirman sejak berzaman lagi. Bahkan sehingga kini masih berkumandang lagu-lagu popular seperti "31 Ogos", "Pelangi Petang", "Merisik Khabar" dan lain-lain lagi.

Sehubungan itu, KOPSTAR dengan kerjasama pusat membeli-belah SUMMIT USJ dan disokong oleh SUDIRMAN ASSET MANAGEMENT mengumumkan  pelancaran Program "SINONIM SUDIRMAN" yang bertujuan untuk meraikan legasi kekal penghibur ikonik negara iaitu Allahyarham Sudirman, sambil mencari bakat muzik generasi seterusnya. Program Sinonim Sudirman bakal berlangsung selama tiga hari iaitu dari 30 Ogos hingga 1 September 2024.

Membesar dengan lagu-lagu Sudirman pastinya menarik minat orang ramai untuk menyertai program ini. Siapakah bakal bergelar Sinonim Sudirman? Sama-sama kita nantikan.



Selain Pertandingan SINONIM SUDIRMAN, pelbagai acara telah disusun seperti Pertandingan Baby Catwalk, Pertandingan Mewarna Karikatur GAYOR, Pertandingan Deko Kek PWIP, Pertandingan Nyanyian Patriotik, Deklamasi Puisi, Klinik Gitar M.Noor Hendrix, Klinik Vokal Cikgu Siti Hajar Ismail sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang Ke-67. Yang pastinya banyak hadiah-hadiah dan cabutan bertuah menanti kehadiran pengunjung yang berkunjung ke SUMMIT USJ ketika program dijalankan. 

Dari kiri: Ryn Mohamad, Saw Poh Chuan, Ar Kamarul, Royce Saayan dan Habsah Hassan


Pengunjung juga akan dihiburkan oleh barisan artis lama dan baru seperti Royce Sa’ayan, Zack Kazamata, Farra Ahmad, Nami Harez, Zack Kool, Wafi The Voltage dan Kumpulan Aktivis. 

Bagi mengadili Pertandingan Sinonim Sudirman, KOPSTAR membawakan Juri Khas iaitu Datuk Hajjah Habsah Hassan, Cikgu Siti Hajar Ismail dan  Salman Shariff (Komposer).

KOPERASI INDUSTRI MUZIK MALAYSIA BERHAD juga menggalakkan mana-mana Artis & Selebriti Malaysia untuk turut sertai KIOSK perniagaan yang di sediakan oleh SUMMIT USJ dengan cara mengimbas QR Code untuk pendaftaran dan mengalu-alukan para penggiat seni untuk mendaftar keahlian. 

Kenapa SUDIRMAN? 

Sebagai Pengerusi KOPSTAR, Royce Sa’ayan atau Rohayati Saayan memaklumkan misi program ini adalah untuk menghargai sumbangan Sudirman kepada muzik dan budaya, memberi inspirasi kepada penyanyi yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan bakat mereka di platform yang berprestij. 

Pertandingan Sinonim Sudirman Anjuran KOPSTAR dan SUMMIT USJ




Bukan niat mencari pengganti Sudirman kerana Sudirman tetap kekal sebagai tokoh yang disegani dalam dunia muzik, terkenal dengan kehebatan vokal yang luar biasa dan kehadiran pentas yang memukau.

Tambah Royce Sa'ayan lagi, "Kami sangat teruja untuk memperkenalkan 'SINONIM SUDIRMAN,' sebagai satu penghormatan kepada legenda muzik yang impaknya merentas generasi. Menerusi pertandingan ini, kami berhasrat untuk bukan  sahaja meraikan legasi Sudirman yang luar biasa tetapi juga menggalakkan individu berbakat untuk meneruskan minat mereka dalam bidang nyanyian" 

Setelah mendapat keizinan dari SUDIRMAN ASSET MANAGEMENT barulah KOPSTAR bekerjasama dengan SUMMIT USJ untuk penganjuran program ini.

Pertandingan ini mengalu-alukan peserta dari pelbagai latar belakang, menjemput mereka untuk menunjukkan kebolehan vokal dan karisma pentas mereka. Peserta akan berpeluang untuk bersaing bagi merebut PIALA PUSINGAN, Piala Iringan, Wang Tunai, Cenderahati dan Sijil Penyertaan. 

"SINONIM SUDIRMAN" mewakili komitmen KOPSTAR dan SUMMIT USJ untuk memupuk kecemerlangan seni dan memelihara pengaruh Sudirman dalam landskap muzik moden. Pertandingan ini ditetapkan untuk memikat penonton dan menetapkan penanda aras baharu dalam bidang pertandingan nyanyian. 

Untuk maklumat lanjut dan cara menyertai, sila IMBAS QR CODE 

www.kopstar.com.my 

email: koperasimuzik@gmail.com / kopstar.alp@gmail.com / admin@kopstar.com.my

Read More

17 May 2024

SAFI Lancar Produk Anti-Penuaan Wajah Terbaik Rangkaian SAFI Youth Gold Retinol

Menginjak usia 30an, Qiss dah mula mencari produk penjagaan wajah anti penuaan. Ini kerana wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Kulit yang sihat berseri adalah sebahagian daripada kunci keyakinan diri. 

Semakin meningkat usia semakin mencabar untuk mengekalkan “keremajaan” raut wajah. Setiap wanita akan melalui proses penuaan kulit yang berbeza. Kesibukan gaya hidup dan faktor persekitaran wanita masa kini tidak kira sama ada sibuk menggalas tuntutan kerjaya atau peranan sebagai seorang suri rumah membuatkan mereka mencari solusi yang efektif, cepat dan selamat untuk masalah penuaan kulit mereka. 

SAFI YOUTH GOLD RETINOL menawarkan rangkaian penjagaan kulit dengan bahan utama Retinol berkualiti tinggi pada harga mampu milik dan berpatutan. SAFI YOUTH GOLD RETINOL mengungguli rangkaian produk SAFI yang merangkumi produk pelindung matahari retinol yang pertama di Malaysia, serum, "esen ajaib” dan pelembap retinol. 

Produk Safi Youth Gold Retinol

“Kehebatan manfaat kecantikan dengan menggunakan Retinol tidak dapat dinafikan dan menjadi antara bahan pilihan utama dalam produk penjagaan antipenuaan kulit masa kini, Tetapi, ianya lebih terkenal di dalam perawatan kecantikan klinikal dengan prosedur, formulasi tertentu dan perlu dipantau oleh pakar yang membuatkan prosedur ni terlalu mahal dan kurang mampu milik. 

SAFI bersama-sama para Saintis di dalam penyelidikan dan Teknologi Sains kecantikan melalui rangkalan SAFI YOUTH GOLD RETINOL - “The Gold Standard of Retinol" produk penjagaan kulit wajah anti - penuaan - yang menggabungkan kombinasi 3 bahan terunggul kecantikan masa kini - 3x Kuasa Retinol, 989 Peptida Emas, Squalane yang terbukti secara klinikal dapat memperbaharui, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan tanda penuaan kulit dalam masa 14 hari* membuatkannya senang didapati kerana dijual di cawangan watsons di seluruh malaysia dengan harga mampu milik supaya semua wanita boleh mendapatkan manfaat retinol dengan mudah. Ujar Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI Kazlina Mohd Kassim. 

Tambah beliau lagi, “Inovasi kecantikan. SAFI YOUTH GOLD RETINOL dari SAFI RESEARCH INSTITUTE - Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Kecantikan HALAL bertaraf Antarabangsa terbesar dengan lebih 40 tahun kepakaran di Asia menzahirkan impian setiap wanita untuk memiliki raut wajah Kekal Remaja Tak Kira Usia dengan sebuah rangkaian produk yang dapat memulikan tanda penuaan kulit yang berkualiti tinggi, efektif , selamat untuk penggurnaan harian siang dan malam dan dipasarkan pada harga berpatutan serta diperakui Halal”. 

Formulasi kombinasi bahan terunggul rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL: 

3x Kuasa Retinol - Memperbaharui sel kulit dengan cepat .Mencerahkan kulit . Mengurangkan pigmentasi, kedutan dan garis halus 

Squalane — Menjadikan kulit lembap & sihat semulajadi . Memperbaiki dan menghaluskan tekstur kulit 

98%, Peptida Emas — Menganjalkan kulit . Memperbaiki tekstur kulit . Menguatkan lapisan kulit dan menghasilkan kolagen 

Siti Nordiana Dilantik Sebagai Duta Safi Youth Gold Retinol

Kemunculan duta SAFI YOUTH GOLD RETINOL Siti Nordiana amat ditunggu. Figura seni hiburan tersebut adalah pilihan tepat kerana beliau adalah personafikasi “Wanita Safi" — Mempesona dengan raut wajah penuh keremajaan serta aura keyakinan bakat tersendiri , beliau adalah inspirasi wanita seusia dalam menggalas komitmen sebagai anak seni dan jiwa raga sebagai seorang ibu. 

“Ini adalah sebuah penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk mewakili SAFI sebuah jenama produk penjagaan kulit berkualiti yang dipercayai ramai. Perjalanan kecantikan saya menemukan saya dengan Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL. Faktor usia, gaya kidup kesibukan kerjaya saya serta sentiasa bersolek membuatkan kulit lebih mudah terdedah kepada masalah penuaan.Saya juga amat teruja untuk berkongsi kepada para wanita tentang keberkesanan produk ini dalam memulihkan masalah penuaan kulit serta kepentingan untuk memulakan langkah kecantikan anti-penuaan dari awal agar raut wajah tetap kekal remaja tak kira usia dengan SAFI YOUTH GOLD RETINOL." Jelas duta SAFI YOUTH GOLD RETINOL itu. 

Berbicara perihal penampilan dan kecantikan, Siti Nordiana turut berkongsi lebih lanjut tentang kecantikan SAFI YOUTH GOLD RETINOL beliau “Dalam masa 14 hari saya mula merasakan perubahan pada raut wajah, Perubahan ketara yang saya rasakan adalah kulit lebih anjal, garisan halus & hiperpigmentasi berkurang, kelihatan bermaya, cerah sekaligus memperlihatkan raut wajah remaja, serta kelembapan kulit juga dapat dirasakan". 

Majlis pelancaran SAFI YOUTH GOLD RETINOL turut menjemput Dr Syahirah Nadia Mohamad, Pakar Estetik dan Anti Penuaan yang telah berkongsi secara ringkas tentang faktor penuaan kulit serta menyangkal mitos tentang Retinol. “Masalah penuaan kulit jika tidak dicegah dari awal akan mula menampakan garis halus, hiperpigmentasi, kedutan, dan bintik-bintik penuaan yang dalam, Retinol adalah jawapannya. Kehebatan manfaat bahan terunggul Retinol ini digunakan dalam formulasi yang betul di dalam rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Serta sesuai untuk rutin penjagaan kulit siang dan malam dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan ke atas kulit. 

Hasilnya? 

100% Bersetuju Terbukti secara Klinikal Kulit Lebih Cerah, Kedutan Mendalam dan Garis Halus berkurang dalam 14 hari 

92% menganjal dan menegangkan kulit 

75% Kulit lebih cerah berseri dengan serta merta 

72% Garis Halus dan Kedutan Berkurang 

71% bersetuju kulit lebih licin dan lembut dalam 7 hari 

Tona Kulit lebih Cerah dalam 1 minggu

Hiperpigmentasi berkurangan dalam 3 hari 

Terbukti secara klinikal* dan saintifik“ 

Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL merangkumi 5 jenis produk penjagaan kulit yang lengkap untuk rutin harian.

SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pembersih Wajah Skin Renewing Radiance (100g / RM 19.90)

SAFI YOUTH GOLD RETINOL Esen Skin Refining Light Miracle (100ml / RM49.90)

SAFI YOUTH GOLD RETINOL Serum Ampoule Skin Regenerate (15ml / RM30.90)

SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pelembap Serum Skin Repairing (40g / RM39.90)

SAFI YOUTH GOLD RETINOL 3x Perlindungan Matahari SPF50 PA (25g , RM25.90)

Jom dapatkan rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL secara eksklusif di kedai-kedai WATSONS seluruh Negara. 

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my

Laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.MY 

Laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia  

#SafiYouthGoldRetinol #SafiMalaysia

Read More

14 May 2024

Malaysians Are Invited To A Night Filled With Music And Celebrations At vivo's Perfect Night Party 2024

In collaboration with local talented artistes in Malaysia

vivo Malaysia joyfully unveils The Perfect Night Party 2024, a grand celebration aligned with its 10th year anniversary. Set to dazzle on 18th May 2024, this event stands as a testament of vivo's dedication to innovation, creativity, and the dynamic Malaysian spirit at Zepp Kuala Lumpur. As vivo Malaysia looks back on a decade of remarkable milestones, they are extending a warm invitation to all Malaysians to join vivo in commemorating this special occasion and create more memorable memories together.

vivo The Perfect Night Party 2024

The Perfect Night Party 2024 is gearing up to deliver an incredible showcase of Malaysia's most famous and talented artists. Get ready to be swept away by the irresistible rhythms of Masdo, the heartfelt melodies of Elva, the dynamic performances of Daniel Cheah and other incredible artists. With their talents and magnetic stage presence, these artists are poised to captivate audiences, leaving an indelible mark on hearts and memories for years to come. 

The Perfect Night Party 2024 is a treasure trove of exhilarating activities and engaging experiences, catering to all Malaysians with a diverse array of entertainment offerings for an unforgettable experience unlike any other. Adding to the excitement, entry is completely free. vivo Malaysia encourages everyone to grab their tickets quickly as seats are filling up rapidly. Get ready to dance, sing, and create memories that will last a lifetime with vivo.

For more information and latest updates about vivo’s 10th anniversary, do visit vivo Malaysia’s official Facebook Page and vivo Malaysia’s Official Website


Read More

09 April 2024

Usahawan Lelaki Bina Empayar Kecantikan di Shopee Live

Mikaseries guna strim langsung untuk pupuk keterlibatan dan keterangkuman di Shopee

Mikaseries - jenama kecantikan yang diasaskan oleh ahli Shopee Celebrity Squad, Zoey Rahman, dibina berbekalkan semangat keusahawanan, inovasi, dan keterangkuman menikmati kejayaan sepanjang enam tahun di platform Shopee. Diinspirasikan daripada pengalamannya sebagai artis yang mendapati terdapat permintaan terhadap alat solek kekal lama dalam industri perfileman, Zoey menggunakan kebolehan dinamik Shopee Live untuk mentransformasikan pengalaman membeli-belah kecantikan dan kosmetik, menjawab sebarang salah faham, dan menyokong kepelbagaian dalam industri.

Mikaseries diperkenalkan pada 2018, selari dengan kemasukan Zoey ke Shopee Celebrity Squad. Walaupun berhadapan pelbagai cabaran dalam pasaran yang kompetitif, Zoey mendapat sokongan penuh dari Shopee dalam beliau melayari perjalanan e-dagang.

"Shopee Live adalah alatan perniagaan bertransformatif,” kata Zoey. “Ianya bukan sahaja untuk mempamerkan produk; tetapi juga untuk memupuk dialog bermakna dan memperkasakan pengguna untuk membuat keputusan berinformatif. Melalui sesi interaktif, saya berpeluang untuk menjawab sebarang kekhuatiran, mengetengahkan manfaat produk, dan menyampaikan mesej bahawa kecantikan adalah untuk semua. Mikaseries bukan sekadar kosmetik, tetapi ianya adalah tentang penerimaan individualiti, menggalakkan penjagaan kulit sebagai keutamaan, dan menjadikan kecantikan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan boleh diakses semua.”

Tambahnya, “Semasa kempen jualan Shopee seperti 11.11 dan 12.12, Shopee Live membantu jenama kami untuk meningkatkan aktiviti pengguna dan menarik perhatian lebih ramai penonton ke sesi strim langsung kami. Insiatif seperti baucar Shopee Live dan Shopee Coins eksklusif memacu keseronokan dan menjana lebih banyak trafik ke saluran penjual. Ciri interaktif platform ini juga lengkap dengan cadangan membeli-belah yang diperibadikan secara langsung dan meningkatkan kadar aktiviti pembelian buat Mikaseries. Terima kasih kepada Shopee Live, kami mengalami peningkatan ketara dalam jumlah tontonan dan penjualan.”  

Menggunakan kuasa Shopee Live, Mikaseries telah berjaya mengintegrasikan strim langsung ke dalam strategi pemasarannya, memupuk hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan, dan mencipta semangat berkomuniti. Jenama ini memaksimakan penggunaan Shopee Live dengan berstrim langsung tiga kali setiap hari, dua jam setiap sesi, di mana kadang kala Zoey menjadi pengacara. Pengendalian strim langsung ini mencipta hubungan kukuh dengan pelanggan lalu meningkatkan reputasi jenama dan memacu jualan.  

Mikaseries juga mendapat manfaat dari sistem sokongan menyeluruh dari Shopee, termasuk sumber seperti Shopee University dan Hab Pendidikan Penjual. Saluran ini membawakan mendidik penjual dengan ilmu perniagaan dan melengkapkan penjual dengan kemahiran penting untuk bersaing dalam landskap sengit e-dagang. Dengan menggunakan sumber dan alatan perniagaan Shopee, Zoey berjaya menempuhi cabaran dalam industri kosmetik dan menubuhkan Mikaseries sebagai jenama bereputasi di platform Shopee.

Mikaseries menawarkan penyelesaian kecantikan untuk semua jantina. Produk signaturenya adalah serum yang disuntik saffron, MIKA ULTRA SERUM - BOOSTER, yang telah terjual lebih 4,700 unit di Shopee. Serum ini diformulasi untuk melawan radikal bebas, membaiki dan menghidrat kulit untuk kompleksi kulit yang lebih berseri. Tambahan lagi, alat solek Mikaseries, seperti foundation popular Mikadation, yang telah terjual lebih 15,000 unit di Shopee, menawarkan penyelesaian kemasan ringan dan berpelbagai sesuai untuk lelaki dan perempuan, sama ada mereka memilih untuk memakai solekan yang lebih berat atau ringan.

Selari dengan komitmennya untuk terus berkembang dan berinovasi, Mikaseries telah melangkah masuk ke dunia fesyen dengan perkenalan Mikawear Indra Exclusive di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita pada 5 Mac.

Semasa pertunjukan fesyen yang distrim langsung dan ditonton lebih 70,000 penonton dari seluruh Malaysia, Mikaseries mempamerkan koleksi Raya Mikawear Indra Exclusive yang mengetengahkan Baju Melayu Indra dan Sampin Indra ‘instant’, yang diinspirasikan oleh gabungan kemodenan elegan dan warisan tradisional. Terjemahan kontemporari potongan klasik ini membawakan kolar cekak musang klasik dengan butang tersorok untuk kesenangan dan kelainan dalam memakai baju Melayu.  

“Platfrom mana lagi selain Shopee Live yang berkesan untuk saya memperkenalkan usaha baharu saya kepada dunia? Saya percaya akan sifat interaktif platform ini yang mempunyai pengkalan pengguna meluas dan pelbagai inisiatif kempen telah menjadikannya alatan penting untuk memacu perkembangan perniagaan, dan membina hubungan berkekalan dengan pengguna,” akhiri Zoey.

Beribu pejabat di Cheras, Kuala Lumpur, Mikaseries dianggotai sebelas individu komited, dan lebih 109,000 pengikut di Shopee. Dengan rancangan untuk meluaskan rangkaian produk dan meluaskan jenama ke 200 kedai runcit fizikal pada akhir tahun, Mikaseries akan terus membawakan kecantikan dan gaya untuk semua.


Baju Melayu Indra bersama Sampin Indra dari Mikaseries diperagakan di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita


Read More

22 March 2024

Raya Bersama Shopee: Platform Membeli-belah Sehenti untuk Keperluan Raya Anda!

Sama-Sama Berkongsi, Sama-sama Meriah

Raya Bersama Shopee, Iman Troye, Duta Shopee

Mari meraikan semangat kebersamaan, kegembiraan, dan tradisi yang dihargai dengan kempen Raya Bersama Shopee yang berlangsung sehingga 11 April 2024. Kempen ini bermula dengan Jualan Hebat Raya yang mengetengahkan tawaran eksklusif untuk memenuhi keperluan Ramadan dan Raya anda. 

Dari Baju Raya bergaya ke barangan keperluan untuk balik kampung, Shopee ada barang nya untuk anda. Kemudian, beralih ke Jualan Akhir Raya, yang memenuhi keperluan pembeli-belah ‘last-minute’. Terokai pelbagai pilihan untuk keperluan Raya saat terakhir agar anda sentiasa bersedia untuk beraya bersama mereka yang tersayang. 

Jangan lupa untuk tetapkan ‘reminder’ buat tarikh-tarikh utama kempen: 25 - 27 Mac untuk Jualan Hebat Raya dan 4 April untuk Jualan Akhir Raya untuk mendapatkan tawaran dan diskaun ekstra, supaya anda boleh mendapatkan barangan kegemaran pada harga yang tiada bandingan.

Nikmati kemudahan Penghantaran Percuma, Tanpa Perbelanjaan Minimum 

Keutamaan kempen Raya Bersama Shopee adalah komitmen kuat kami terhadap kemudahan dan kemampuan mampu milik. Ciri Penghantaran Percuma tanpa Perbelanjaan Minimum menyingkirkan syarat perbelanjaan minimum agar pembeli dapat menikmati barang keperluan Raya mereka dihantar terus ke rumah.  

15 Hari Pemulangan Percuma, Tanpa Soal* 

 

15 Hari pemulangan percuma tanpa soal

Komitmen ini diteruskan dengan ciri 15 Hari Pemulangan Percuma, Tanpa Soal*. Bermula 19 Mac, anda mempunyai 15 hari untuk memulangkan barangan, tiada soalan akan ditanya*! Ciri ini boleh digunakan terhadap penjual yang mempunyai label “pemulangan percuma (free return)”, supaya anda boleh membeli dengan yakin. Dengan ciri ini anda tidak perlu risau jika berubah fikiran, jadi mari membeli-belah dengan seronok!

Sehingga 70% Diskaun eksklusif di Shopee Live

Secara langsung di Shopee adalah dunia meriah trend Ramadan & Raya, termasuk untuk menyaksikan pelbagai Baju Raya kegemaran diperagakan. NIkmati diskaun harian sehingga 70% sambil menonton. Shopee Live menawarkan lebih dari penjimatan -- ianya adalah saluran untuk trend eksklusif, pengalaman interaktif, dan kejutan menarik, memastikan setiap waktu anda dipenuhi dengan penemuan menyeronokkan.  

Tawaran Jualan Hebat Raya Eksklusif!

Bersedia untuk pelbagai tawaran dari pelbagai jenama seperti Skintific, Somebymi, Dr. Cardin, Bata, Pink Flash, dan banyak lagi! Sertai Sahur Voucher Hunt dari 20 - 24 Mac pada jam 5 - 7 pagi, untuk baucar eksklusif yang boleh diguna semasa Hari Jualan Hebat Raya. Tambahan lagi, sertai Shopee Kuiz Raya yang akan berlangsung semasa Jualan Hebat Raya pada jam 12 tengah hari dan 10 malam untuk ganjaran menarik dengan hanya menjawab tiga soalan mudah dengan betul. Jangan juga ketinggalan RM10 Raya Knockout Deals berlangsung pada jam 12 tengah hari & 10 malam, di mana anda boleh barangan menarik pada harga RM10,  terokai Tawaran Hebat Raya sehingga 80% diskaun, tebus sehingga 70% diskaun Baucar Hebat Raya dan dapatkan diskaun tambahan dengan baucar Shopee semasa ‘checkout’.

Diskaun dan Ganjaran Harian

Maksimakan penjimatan anda dengan 8PM 20% Cashback Hours dengan baucar Cashback. Dan jangan lupa Moreh Specials pada jam 10 malam untuk mendapatkan antara tawaran Raya terbaik! Tambahan lagi, bersedia untuk tawaran tengah malam dengan 12AM Midnight Madness, yang menawarkan diskaun luar biasa. Ianya adalah suatu ekstravaganza yang pasti anda tidak mahu ketinggalan!

Tingkatkan Gaya Raya Anda dengan Bazaria Shopee

 

Terokai Bazaria Shopee — suatu hub fesyen dan aksesori Muslim mampu milik dan bergaya, yang disusun pilih khas untuk memenuhi idaman fesyen Raya anda. Terokai pelbagai gaya Raya, tawaran eksklusif, dan diskaun runtuh, yang dipilih khas untuk anda. Dapatkan diskaun sehingga 50% daripada jenama seperti Siti Khadijah, Naelofar, Pazze, Zucca Butik, Elrah Exclusive dan banyak lagi. Tetapi bukan itu sahaja, di tab eksklusif  'Raya Stail Kita' di tab Bazaria Shopee, anda boleh menggayakan trend Jingga Gelap, Kek Lapis, dan Nostalgia Balik Kampung yang diperagakan di pentas peragaan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita. Terokai tawaran bergaya ini dari jenama tempatan Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoey Rahman!

Segarkan Sahur anda dengan Tawaran Kecantikan Tiada Bandingan RM0.99 

Tingkatkan sahur rutin anda dengan Sahur Gempak Deals eksklusif setiap hari jam 5 - 7 pagi, bermula 12 Mac sehingga 9 April, dengan promo hebat RM0.99 semasa Jualan Hebat Raya buat produk kecantikan dari jenama Y.O.U, SIMPLYSITI, Silkygirl, Wardah, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, barenbliss, Alha Alfa, dan AISASEA. Dapatkan tawaran runtuh ini sebelum terlambat! Tambahan lagi, anda boleh dapatkan banyak lagi tawaran kecantikan di Beauty Knockdown. 

Menang Hadiah Menarik dengan Fiesta Tap & Win

Begini caranya: Kumpul tiket emas untuk meningkatkan peluang anda untuk menang hadiah hebat seperti Dreame Cordless Vacuum, Xiaomi 11T, Sony PlayStation 5, atau Samsung Galaxy Buds 2 Pro. Baucar diskaun dan Shopee Coins juga boleh dimiliki! Tambahan, semasa Jualan Hebat Raya, peluang anda untuk menang adalah lebih tinggi, lebih banyak anda kumpul tiket emas, lebih besar peluang anda untuk menang. Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan keraian Raya dengan hadiah hebat! 

Menang Besar dengan Duit Raya Shopee di Shopee Live

 

Duit Raya Shopee

Tonton saluran Shopee Mamak di Shopee Live pada jam 8.30 malam setiap hari, dan pada jam 10 malam pada 3 April, untuk berpeluang menang sehingga RM5,000 dengan Duit Raya Shopee! Caranya mudah: Tonton strim langsung, tebus kod unik di web mikro, dan lengkapkan sekurang-kurangnya satu pesanan dari strim langsung setiap hari dan anda berpeluang untuk terpilih. Seorang pengguna bertuah akan dipilih setiap hari untuk menyertai Duit Raya Shopee, dan siapa tahu anda mungkin boleh bermain bersama selebriti terkenal termasuk Duta Shopee, Iman Troye! 

Rancangan TV Jom Raya Bersama Shopee: Malam Seronok dengan Gelak Ketawa

Rancangan TV Jom Raya Bersama Shopee

Tandakan kalendar anda untuk 25 Mac 2024 pada jam 9 malam kerana "Jom Raya Bersama Shopee" akan menghiburkan anda di Shopee Live dan TV3. Malam anda akan jadi lebih meriah dengan tawaran menarik, permainan menghiburkan, dan persembahan memukau dari selebriti tempatan seperti Iman Troye, Amir Jahari, Aisha Retno, dan Shiha Zikir. Tambahan, berhibur dengan sketsa dari perlakon berbakat termasuk Dato AC Mizal, Aya, dan Mark Adam. Lagi menarik, jangan ketinggalan untuk menang sehingga 5 juta Shopee Coins & pelbagai hadiah lain, disertai tawaran eksklusif Super Seringgit Raya.

Beli-belah Raya Dipermudahkan: Ansuran 0% & RM15 Diskaun dengan SpayLater!

Rancang persiapan Raya anda dengan lebih awal! Sehingga 10 April, ambil peluang ini untuk bayar dengan ansuran 0% selama 3 bulan dengan SPayLater di Shopee. Tawaran ini termasuk semua produk, daripada fesyen ke barangan elektronik, untuk semua pengguna. Tambahan, pengguna SPayLater baharu akan menerima baucar RM15 diskaun. Aktifkan akaun SPL anda sekarang di sini.

Mari Raya Bersama Shopee! Dengan pelbagai tawaran, ganjaran dan hiburan yang tersedia, anda pasti menikmati nilai yang dibawa. Jangan ketinggalan untuk meningkatkan keraian Raya anda bersama kami. 

Layari http://shopee.com.my/m/raya-sale untuk maklumat lanjut dan membeli-belah hari ini! 


Read More

10 March 2024

Bufet 25 Malam Zai Sri Gemilang Tawar Cita Rasa Timur Tengah

Korang! 

Qiss dah jumpa Bufet Ramadan yang sedap dan berbaloi untuk berbuka puasa nanti. ‘Bufet 25 Malam’ dari syarikat katering Zai Sri Gemilang menawarkan Citarasa Timur Tengah bermula 14 Mac hingga 7 April ini bertempat di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam.


Pelbagai kemudahan ada disini ini termasuklah kawasan parkir dan surau yang luas bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dengan selesa. Urban Park Hall, Alam Impian ini mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu masa.

‘Bufet 25 Malam’ bakal dimeriahkan dengan kehadiran empat penyanyi terkenal iaitu Zamani, Ezad Lazim, Haziq Rosebi dan In-Team yang diundang khas sebagai tarikan utama untuk menghiburkan para tetamu pada hujung minggu.

Bufet 25 Malam Zai Sri Gemilang di Urban Park Hall, Alam Impian

Qiss dah rasa lebih 100 sajian lazat yang dihidangkan termasuklah hidangan signature wajib dicuba iaitu Nasi Arab Kambing Sujud yang disediakan menggunakan pelbagai herba dan rempah ratus selain Shawarma dan Daging Tetel Gulai Kawah

Bukan itu sahaja, Zai Sri Gemilang juga turut menyediakan menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti Nasi Minyak, Kambing Bakar, Daging Masak Hitam, Ikan Dory Masam Manis, Sup Soto Tulang Kambing Madura, Soto Ayam, Mi Kari Nyonya, Bubur Lambuk, Char Kuey Teow, Mi Goreng Mamak dan Beraneka Pasta.





Pelbagai gerai makanan turut disediakan untuk menyajikan hidangan aneka pilihan jenis pembuka selera seperti ulaman, sambal, keropok, gorengan, sup, murtabak, roti jala, roti john, pencuci mulut seperti kuih muih, puding, aiskrim, buah-buahan, minuman serta banyak lagi.









Pakej

Zai Sri Gemilang menawarkan harga tempahan awal atau 'early bird' pada harga RM98 sahaja daripada harga asal RM108 (Isnin-Jumaat) dan RM118 (Sabtu-Ahad) untuk orang dewasa. Pakej berbuka puasa persendirian dan korporat turut disediakan dengan harga serendah RM90 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas bagi tempahan awal (Isnin-Jumaat).

Tawaran pembelian awal terbuka sehingga 13 Mac 2024 dan bilangan baucar adalah terhad.
Manakala harga untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas serta kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM68 sahaja. Manakala pakej berbuka puasa persendirian dan korporat pula berharga RM95 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas. 

Untuk sebarang pembelian baucar atau tempahan, sila layari laman zaisrigemilang.com atau hubungi talian 019-228 4349/013-287 4349/012-316 1164/012-731 6929. Ikuti akaun rasmi media sosial Zai Sri Gemilang untuk mengetahui sebarang maklumat lanjut.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com