Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

26 March 2020

Duduk Rumah, Shopee Hantar | Beli-belah Dengan Selamat Dari Rumah Dengan Tawaran RM0.44 Dan Penghantaran Percuma Dengan Perbelanjaan Minimum RM8

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April. Dalam tempoh ini, para pembeli masih boleh mendapatkan barangan penting mereka di Shopee, dan dihantar terus ke rumah melalui kempen 4.4 Shopee Brands Festival dari sekarang hingga 4 April.
Platform membeli-belah atas talian itu bekerjasama rapat dengan rakan kongsi, peruncit dan pembekal seperti FreshTap, Vinda, PetPet, Pediasure, Friso, dan Enfagrow serta Tefal, Watsons, Arctic Hunter, Photobook Malaysia, Unilever, HomeHuk, L'Oréal, realme, P&G dan Reckitt Benckiser untuk meningkatkan bekalan dan memberi pengguna pengalaman membeli-belah atas talian tanpa bimbang.



Kempen ini turut menampilkan koleksi produk khas "Stay Home Essentials" atau “Keperluan Ketika Duduk Di Rumah” yang menawarkan barangan runcit segar dan beku, bahan masakan, minuman, makanan ringan dan bijirin, susu formula, lampin, barangan penjagaan dan mandian bayi, mainan, produk penjagaan diri, keperluan rumah, makanan haiwan peliharaan dan peralatan kerja dari rumah.
Bagi mereka yang memerlukan suntikan semangat, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM444,000 hanya dengan bermain permainan Shopee yang menarik - Shopee Flip & Match, Shopee Lucky Bag, Shopee Throw dan One or Not.


Tandakan kalendar anda untuk dua tarikh ini - 27 Mac dan 4 April, kerana Shopee akan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8 antara 12 pagi dan 2 pagi, dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM16 untuk waktu lain sepanjang hari. Nikmati juga tawaran RM0.44 dan RM4 yang tiada tandingan semasa Jualan Kilat Shocking Sale dan diskaun hingga 80%.



Anda tidak mahu ketinggalan dengan 4.4 Shopee Brands Festival, jadi layarilah https://shopee.com.my/44 
Read More

24 March 2020

Panduan Mengatasi Kebosanan Semasa PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sebagai langkah untuk menangani penularan Covid-19 di negara ini. Dengan adanya PKP, rakyat diminta untuk #dudukrumah, dan tidak keluar dari rumah tanpa sebab.

Rakyat Malaysia kini meluangkan kebanyakan atau seluruh masa mereka di rumah, dan untuk sesetengah orang, kebosanan mula melanda. Kami kemudian bertanya untuk mengetahui bagaimana orang lain menghabiskan masa mereka, dan berikut adalah beberapa tips untuk menyibukkan diri dan berhubung dengan dunia luar!

1. Merapatkan jarak sosial secara virtual atau di alam maya

Rakyat Malaysia telah diberitahu untuk mengamalkan penjarakan sosial, tetapi bagaimana anda melakukannya apabila anda ingin berhubung dengan orang yang tersayang? Buatlah apa yang kebanyakan pekerja sedang lakukan! Mulakan panggilan video bersama yang tersayang.

Aplikasi kegemaran kami yang boleh diguna secara mudah alih dan juga di desktop ialah Skype dan Zoom. Walaupun diberitahu untuk duduk di rumah, apa yang menghalang anda daripada menjadi kreatif dan mengatur sesi minum dan berborak di mamak secara virtual di rumah melalui panggilan video?


Panggilan video secara berkumpulan di Skype kini membolehkan hingga 50 pengguna berada dalam satu panggilan.


Anda juga boleh mencuba Zoom yang membolehkan hingga 100 pengguna berada dalam satu panggilan! Walau bagaimanapun, anda perlu refresh atau mulakan semula panggilan selepas 40 minit jika anda bukan pemegang akaun premium.

2. #Foodoftheday 

Adakah anda bosan dengan makanan yang dimasak di rumah dan mempunyai keinginan untuk menikmati sejenis makanan? Jangan bimbang, kerana perkhidmatan penghantaran makanan masih beroperasi!

GrabFood dan foodpanda kedua-duanya masih menghantar pesanan ke rumah anda. Sama ada anda inginkan bubble tea atau makanan yang enak, namakannya dan mereka akan hantar. Semasa tempoh PKP, syarikat penghantaran makanan memberikan perkhidmatan penghantaran percuma kepada pengguna mereka.

Untuk GrabFood, gunakan kod FREEDEL untuk menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM28.


Untuk foodpanda, penghantaran percuma adalah untuk semua dan anda boleh menggunakan kod PANDAPAL untuk menikmati penjimatan 30% daripada pesanan anda. Tertakluk kepada terma dan syarat.



3. Membeli-belah dengan selamat dari rumah 

Berjalan-jalan melihat barangan atau window shopping kini lebih mudah dan selesa. Pilih daripada senarai barangan yang amat panjang daripada pelbagai kategori daripada platform e-dagang seperti Shopee.

Platform membeli-belah atas talian tersebut baru-baru ini mengumumkan bahawa perniagaan adalah seperti biasa untuk mereka, dan mereka bekerjasama secara rapat dengan jenama, rakan kongsi dan pembekal untuk terus memberikan keperluan harian dan keperluan membeli-belah kepada rakyat Malaysia.


Kami juga dengar bahawa pada 27 Mac dan 4 April, akan terdapat barangan menarik yang dijual pada hanya RM0.44!
P/s: Pada masa ini, selain daripada pegawai perubatan kesihatan barisan hadapan, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua abang delivery daripada FoodPanda, Grab, Shopee Express, PosLaju dan banyak lagi atas pengorbanan anda ketika kami duduk di rumah.

4. Dalami budaya popular atau pop culture

Apa kata ambil kesempatan ini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga anda atau mengetahui siapa pelakon yang bakal meningkat naik?


Tontoni filem atau siri yang menjadi perbualan rakan anda (boleh dibaca sebagai: Crash Landing on You) di Netflix. Gunakan perkhidmatan strim Netflix untuk dapatkan filem dan rancangan TV tanpa had di telefon, tablet, komputer riba dan TV anda dengan pakej bermula daripada RM17 sebulan.

5. Cergaskan diri

Adakah anda masih ingat tentang azam tahun baharu untuk bersenam dan menurunkan berat badan? Masanya sudah tiba untuk membentang tikar yoga dan mulakan dengan beberapa senaman regangan mudah. Terdapat banyak tutorial percuma yang terdapat di YouTube.

Sebagai alternatif, jika anda sudah mempunyai atau sedang merancang untuk mendapatkan Nintendo Switch, inilah satu lagi sebab untuk mendapatkannya. Nikmati permainan kecergasan di Switch seperti Just Dance 2020, Zumba Burn It Up! atau Boxing Fitness untuk bersenam!

Itulah tips berguna! Tidakkah kita bernasib baik kerana adanya teknologi?! Kami tidak dapat bayangkan kehidupan tanpanya. Fuhh lega!

Read More

20 March 2020

OKAD | Dewan Majlis Kahwin Bukit Jelutong Shah Alam

Raikan Cinta Mukhriz & Suzaeka

Telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan kedua mempelai dengan penuh indah di Okad Event Space yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam.

OKAD Event Space Bukit Jelutong

Bertemakan Fairytale dalam taman, dewan dihias dengan bunga dan rama-rama. Sangat cantik dan mempesonakan semua tetamu yang hadir.

Upacara Memotong Kek
OKAD merupakan singkatan bagi Oasis Kasih dan Damai. Dewan ini mampu memuatkan sehingga 500 orang bergantung kepada majlis.

Dewan ini baru sahaja dibuka pada Disember 2019 dan Majlis Resepsi Mukhriz dan Suzaeka merupakan majlis persandingan pertama yang diadakan di sini.





Anda boleh bayangkan betapa cantiknya hiasan dewan yang mengikut tema pengantin walaupun baru julung kali membuat majlis ini. Ini kerana kepakaran pihak pengurusan majlis OKAD sendiri yang telah berpengalaman dalam tatarias dewan.


Bilik Pengantin

Di dalam dewan turut disediakan bilik pengantin bagi memudahkan pengantin untuk bersiap dan OKAD Event Space turut menyediakan baju pengantin untuk disewa.





Bilik pengantin yang dinamakan Bidadari ini agak luas dan selesa.



Makanan

Sempat juga Qiss merasa makanan kat sini. Dihidangkan secara buffet pastinya Nasi Minyak dan lauk-pauk yang disediakan amat menyelerakan.




Di satu sudut yang lain pula ada meja kuih-muih dan makanan ala Barat serta pecal dan nasi impit.





Pakej

Selain dari majlis perkahwinan, Okad Event Space turut menyediakan sewa dewan serta pakej menarik yang mampu milik.

Antara pakej lain yang boleh diadakan di sini ialah:
💗 Pertunangan
💗 Akad Nikah
💗 Seminar
💗 Makan malam
💗 Sambutan Ulang Tahun
💗 Aqiqah

Serta....banyak lagi dan paling best kat sini, bajet pakej boleh custom mengikut anda punya bajet.

500 pax
Bronze RM 23,900
Silver   RM 25,900
Gold     RM 26,900

1000 pax
Bronze RM 29,900
Silver    RM 32,900
Gold      RM 34,900

OKAD Event Space turut mengadakan promosi bagi dewan ini dan untuk tempahan dewan dan pakej boleh hubungi
Az 012-686 4515
Hamidah 017-735 0117
Majidah 017-650 3436

Alamat:
OKAD Event Space
No. 2A, Persiaran B,
Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor

Emel:
okad.my@gmail.com

Facebook : okadeventspace
Instagram : okad_event_space


Senarai vendor yang bekerjasama

Deco & Planner by Myj by Nabies
@myj_by_nabies

Dress by Myj By Nabies
@myj_by_nabies

Make-up by Nurul Shukor
@nurulshukor_official @queenxenddra_

Card Printing by GoodMAN PRINTING
@th3goodman

Video & Photography by Kuppifilm
@kuppifilm

Catering oleh zai seri gemilang.. @zai.srigemilang

Selawat pengantin oleh
@mh.hanafi

band oleh @lerumbaofficial

Lighting oleh
@warisanstudio_

Hall oleh okad event space

#okad #dewankahwin #bukitjelutong #akadnikah #jomkahwin #kahwinlahexpo #weddingdecor #weddingdress #weddingdaykl #pelaminkl #weddingmakeup #weddingkualalumpur
#okadeventspace
#eventspacemalaysia #shahalam
#pakejperkahwinan #openday
#weddfest
#wedding #weddingphotography #eventplannerkl #weddingideas #malaywedding #kualalumpurwedding
Read More

19 March 2020

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan hai,

Hari ni Qiss nak kongsikan tempat-tempat menarik di Jelebu, Negeri Sembilan. Bagi yang belum pernah ke Taman Negeri Kenaboi boleh baca entri Qiss yang ni Keunikan Taman Negeri Kenaboi Negeri Sembilan

Jeram Toi

Destinasi hujung minggu bersama keluarga pasti lebih meriangkan jika dapat sama-sama berkelah sambil mandi-manda di air terjun Jeram Toi. Terletak 12 kilometer dari Jelebu. Banyak kemudahan ada di sini seperti tempat parking, surau dan tandas.

Ni tingkat paling bawah Jeram Toi

Di bahagian bawah ada kolam dan air terjun yang cantik dan sesuai bagi anda berkelah. Sekiranya inginkan cabaran, anda boleh naik ke bahagian atas Jeram Toi yang sememangnya mempunyai 7 tingkat ni.

Ada tempat untuk berehat dan air sungai yang cetek untuk kanak-kanak mandi di sini

Kampung Orang Asli Kg. Tohor


Tarian sewang menyambut tetamu ditarikan oleh anak-anak Orang Asli Kg Tohor dan tetamu disambut dengan meriah.

Bersama anak orang Asli yang menari tarian sewang
Para tetamu yang berkunjung boleh turut sama menari



Sempat juga Qiss lihat demonstrasi adat perkahwinan Orang Asli kat sini. Mudah dan murah. Hadiah untuk seorang pengantin perempuan berupa cincin dan gelang yang diperbuat daripada rotan. Mas kahwin pula RM5.50 sahaja.



Setelah itu Qiss dapat melihat kepelbagaian hasil hutan dan akar kayu yang digunakan oleh Orang Asli untuk menghasilkan herba sebagai pengganti ubat dan sebagai penambah tenaga. Ada juga hasil hutan yang dijadikan kraftangan seperti bakul dan gelang.

Antara hasil hutan yang dipamerkan dan dijual

Bakul rotan turut dijual di sini

Gelang yang dibuat daripada rotan

Ubi kayu dan ubi keledek

Sebelum balik bolehlah kita cuba menyumpit. Pengalaman yang baru untuk anda yang tak pernah mencuba sumpit.




Kaedah menyumpit ini digunakan ketika berburu bagi mendapatkan makanan.



Kampung Gagu - Rumah Minangkabau dan Makan Tengah Hari di Lapau Mak Mok

Rumah Minangkabau terkenal di Negeri Sembilan kerana reka bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau. Besar juga bahagian dalam rumah minangkabau ni. Ada beranda, ruang tamu dan ruang untuk wanita dibahagian atas. Ruang khas wanita ini digunakan ketika adanya tetamu yang datang merisik ataupun meminang anak dara tuan rumah. Bila duduk di atas makanya lebih manis dan tidak menjadi bualan orang yang datang. Begitulah adat zaman dahulu.

Dari kiri Doyzkie Media Filipina, Influencer Kelly, Qiss dan Megumi, Media Jepun




Rumah ini merupakan rumah warisan Tan Sri Dr Rais Yatim, Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. Jadi Qiss dapat juga melihat sedikit sebanyak barangan antik yang sukar dijumpai pada zaman ni.


Cantik pemandangan di sekitar rumah ini sebab ada kolam yang dipenuhi ikan dan juga sawah yang menghijau.


Bila dah berjalan tu, perut jadi lapar kan. Kita singgah makan di Lapau Mak Mok. Gerai ini menghidangkan lauk-pauk yang terkenal di Negeri Sembilan.



Muzium Adat

Terletak di pekan Jelebu, muzium ini mempamerkan barangan serta kepelbagaian adat yang ada di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Salasilah Di Raja, Adat Perpatih, Adat Pertunangan, barangan yang diperlukan ketika upacara adat istiadat turut ada di sini.

Melenggang perut

Akad nikah


Baru tahu tanjak ni banyak jenis ikut negeri


Alat muzik turut dipamerkan
Qiss sempat mencuba memakai pakaian tradisional Ibu Soko yang juga dikenali sebagai perempuan tertua dalam ruang, rumpun, perut atau suku yang tahu, faham dan hafal tentang adat dan asal usul kelompok kekeluargaan yang diwakilinya.


Ibu Soko ni terlibat secara langsung dalam pemilihan dan pelantikan ketua adat. Juga dikenali sebagai ibu waris atau ibu telapak.


Qiss sebagai Ibu Soko, Zandra Pengantin Perempuan, Zharif Pengantin Lelaki dan Zulhilmi Hulubalang

Berkenan tengok baju pengantin Minangkabau ni. Qiss berdarah Minang juga, pernah la berangan nak pakai baju pengantin macam ni. Jangan tak tahu, Muzium Adat turut menyediakan perkhidmatan menyewa pakaian tradisional ni tau. Kalau dah sampai sini kenalah cuba pakai.

Pakaian tradisional Negeri Sembilan

Di hadapan muzium, Qiss minum petang. Dihidangkan dengan Sate Tulang, Apam Johol dan Air Janda Pulang memang sedap dan hilang dahaga terus. Makanan ni wajib anda cuba kalau ke Negeri Sembilan.

Sate Tulang Ayam

Apam Johol

Malam Kebudayaan di Palm Hotel Seremban

Salah satu tempat penginapan yang menyediakan dewan serba lengkap dan menjadi pilihan orang Negeri Sembilan untuk membuat majlis makan malam.


Majlis Penutup Program #Back2Nature Perkampungan Media Tempatan Dan Luar Negara Siri 1 telah diadakan di sini.



Dengan tema flora dan fauna semua peserta berpakaian cantik dan mengikut tema. Tahniah kepada Kak Ayu dan Zulhilmi sebab menang kategori Lelaki dan Perempuan baju tercantik.


Setinggi-tinggi penghargaan dari pihak Qisstiera.com kepada Nadi Skill SB yang telah menganjurkan program kembali kepada fitrah ni. Ye, Qiss dah lama tak meredah sungai sejak-sejak duduk bandar ni. Terima kasih Mommy / Kak Puteri dan  team. Terima kasih Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan Jabatan Pelancongan Negeri Sembilan.


Semoga lebih ramai orang tahu kewujudan tempat-tempat macam ni.

Bagi anda yang nak tengok gambar-gambar Qiss sepanjang program #Back2Nature boleh buat carian # atau tanda pagar ni di Instagram dan Facebook.
#Back2Nature
#HutanKitaNadiKita
#JPNNS
#DiscoverJelobu
#VM2020
#VisitMalaysia2020
#TamanNegeriKenaboi
#JeramBerungut
#LataKijang
#JeramToi
#TakeMeAnywhere

Gambar-gambar adalah dari Zandra, Zulhilmi, Zharif, Fareez, Fadzil, Pocket Production dan lain-lain. Terima kasih semua.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan pelbagai aktiviti menarik kat Taman Negeri Kenaboi Negeri Sembilan ni, boleh layari:

Laman web Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan: 

Laman facebook: 

Instagram: 
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com