Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

12 December 2024

guardian Malaysia dan Bulan Sabit Merah Malaysia Berganding Bahu Sediakan Barangan Keperluan Peribadi dan Penjagaan Kesihatan bagi Usaha Bantuan Banjir

Menyedari keperluan mendesak untuk membantu komuniti yang terjejas akibat banjir di seluruh negara, guardian Malaysia telah mengambil langkah prihatin menerusi sumbangan barangan keperluan peribadi dan penjagaan kesihatan bernilai lebih RM70,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC). Sumbangan besar ini bertujuan untuk menyediakan bantuan yang sangat diperlukan bagi meringankan beban yang dihadapi keluarga serta individu yang terjejas akibat bencana banjir.

guardian Malaysia dan Bulan Sabit Merah Malaysia Berganding Bahu Sediakan Barangan Keperluan Peribadi dan Penjagaan Kesihatan bagi Usaha Bantuan Banjir

Priscilla Wu, Pengarah Urusan Guardian Malaysia, berkongsi, “Sebagai syarikat yang berakar umbi di Malaysia selama 57 tahun, kami sangat prihatin terhadap komuniti tempat kami beroperasi. guardian telah lama menjadi rakan yang dipercayai dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, dan fokus utama kami—‘MYWellbeingMatters’—merupakan cerminan komitmen kami terhadap kesejahteraan setiap individu di negara ini."

Dalam menghadapi situasi kritikal akibat banjir teruk ini, menjadi tanggungjawab kami untuk turut serta memberikan sokongan. Hari ini, kami menyumbangkan barangan keperluan penjagaan peribadi, termasuk cecair pencuci tangan, pembasmi kuman, sabun cecair, berus gigi, tisu bayi, tisu basah, ubat penahan sakit dan ubat demam, ubat nyamuk, plaster, dan tuala berhud untuk kanak-kanak. Semua barangan ini adalah penting untuk memastikan kebersihan, keselesaan, dan kesihatan kekal terjaga.”

Beliau menambah, “Kami sangat berterima kasih atas usaha berterusan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam menyediakan bantuan kemanusiaan yang efektif sepanjang musim banjir ini. Kerjasama dengan mereka adalah penting bagi memastikan bekalan kritikal ini sampai kepada orang ramai dan kawasan yang memerlukannya.”

Tn. Haji Hakim Hamzah, Setiausaha Agung, menyampaikan rasa terima kasih beliau, “Sokongan daripada guardian Malaysia menunjukkan betapa pentingnya kerjasama dalam memantapkan usaha dan misi bantuan semasa bencana. Barangan penjagaan peribadi ini amat berguna dalam membantu mereka yang terjejas oleh banjir untuk mengekalkan maruah dan kesihatan di tengah-tengah waktu yang mencabar ini.”

Kerjasama ini mencerminkan dedikasi tidak berbelah bahagi guardian Malaysia dalam menyokong komuniti di saat-saat memerlukan, membuktikan bahawa bersama-sama, kita mampu mencipta perubahan yang bermakna.

Facebook: @guardianmy

Instagram: @guardianmy

YouTube: @guardian MY

Telegram: @guardianMY

#guardianMy

#guardianMalaysia

#MYWellbeingMatters

Read More

27 November 2024

Serlahkan Pesonamu. Utamakan Kesejahteraanmu. guardian Menginspirasi Rakyat Malaysia dengan Visi dan Kempen Jenama Baharu lagi Berani

Hari ini, guardian Malaysia— peruncit farmasi, kesihatan, dan kecantikan terkemuka di Malaysia—memperkenalkan visi jenama dan kempen baharu yang lebih mantap, menyeru rakyat Malaysia untuk menghargai keunikan diri mereka dan “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”

Bertemakan “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”, mesej penuh inspirasi guardian ini dekat di hati segenap masyarakat daripada pelbagai usia dan latar belakang, menghidupkan satu gerakan di mana semua orang boleh menghargai diri mereka dan berbangga dengan perjalanan kesejahteraan mereka.

Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, berkongsi: "Nadi “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.” terletak pada perkataan 'Serlahkan'. Ia adalah tentang kuasa yang dimiliki oleh setiap daripada kita untuk mendefinisikan kecantikan kita sendiri, kesejahteraan kita, dan benar-benar menguasainya. Ini lebih daripada sekadar kempen; ia adalah kuasa pemerkasaan diri. Kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk kelihatan, merasa, dan hidup dengan sebaik-baiknya pada setiap peringkat kehidupan.”


guardian, sebagai jenama tempatan yang tumbuh di Malaysia 57 tahun lalu, dengan bangganya telah berkhidmat untuk rakyat Malaysia, menjangkau lebih daripada satuperempat daripada populasi negara ini dan memenuhi pelbagai keperluan kesihatan dan kecantikan mereka. Misi baharu ini adalah janji guardian untuk menyokong usaha setiap pelanggan dalam mencapai kesejahteraan hidup mereka, mengingatkan mereka bahawa setiap langkah dalam perjalanan ini adalah penting.

Dengan pelancaran video jenama yang baharu, guardian menyentuh emosi rakyat Malaysia.


Ia lebih daripada wayang gambar - ia adalah seruan untuk bertindak, mencabar penonton untuk menghargai kesejahteraan mereka, bangkit mengatasi cabaran hidup, dan menerima kecantikan unik mereka. guardian sentiasa di sini, di setiap langkah perjalanan, seperti mana kami telah berada bersama datuk, nenek serta ibu bapa anda, dan kami akan terus menjadi sahabat yang dipercayai untuk anda dan seisi keluarga anda, membimbing rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang lebih sihat dan indah.

Video jenama ini merakam detik-detik biasa dalam kehidupan seharian yang membentuk keindahan dalam setiap cabaran dan kejayaan, memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengawal kesejahteraan mereka, satu detik pada satu masa.

Bukan itu sahaja. Kempen guardian baharu yang menarik ini turut memperkenalkan enam visual memukau yang mewakili kesemua kategori kesihatan dan kecantikan yang tersedia di stor kami - direka untuk memenuhi setiap keperluan penjagaan diri dan kecantikan, dan menginspirasi semua orang untuk “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.” dengan cara tersendiri.

Logo ‘g’ baharu guardian yang lebih elegan dan segar turut dilancarkan, menampilkan rekaan reben beralun yang mencitrakan hubungan mendalam dan saling terhubungkait antara guardian dan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Priscilla menambah, "Hubungan kami dengan pelanggan sangat erat - ia sangat peribadi, tulen, dan bermakna. Kami di sini untuk memberi impak dalam kehidupan masyarakat dan komuniti di mana kami berkhidmat. Dengan kempen “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”, kami komited untuk menyokong perjalanan setiap individu untuk menjadi versi terbaik diri mereka, dengan cara mereka sendiri. Tiada peruncit lain yang boleh menandingi kami pada skala sebesar ini, dan kami bangga untuk menerajui jalan ini.”

Sertai kami dalam perjalanan ini untuk kelihatan, merasa, dan menjalani kehidupan dengan lebih baik! guardian sentiasa di sisi anda untuk setiap detik kesihatan dan kecantikan dalam hidup anda. Jadi, mulai hari ini, ambil tanggungjawab dan “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”, kerana dirimu layak memilikinya!

Facebook: @guardianmy

Instagram: @guardianmy

YouTube: @guardian MY

Telegram: @guardianMY

#guardianMy

#guardianMalaysia

#MYWellbeingMatters

Read More

08 November 2024

Produk GKB Cordyceps Cicadae Mycelium 350mg dan GKB Lion’s Mane Mushroom Bantu Tingkatkan Kesihatan

Produk GKB Cordyceps Cicadae Mycelium 350mg dan GKB Lion’s Mane Mushroom Bantu Tingkatkan Kesihatan

GKB Cordyceps Cicadae

Sebagai seorang pembuat konten di media sosial, Qiss akan menghadap peranti elektronik dan skrin lebih dari 2 jam setiap hari. Ini membuatkan mata Qiss menjadi letih dan cepat mengantuk.

Baru-baru ini Qiss mencuba kapsul vege dari GKB iaitu Cordyceps Cicadae 350mg. Kapsul ini digunakan secara tradisional untuk melegakan mata yang letih dan dapat melegakan sindrom mata kering secara klinikal.

Untuk tekanan intraokular:

Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan Tekanan Intraokular sepantas 90 minit. Qiss dah mencuba kapsul ini selama seminggu dan rasa akan perubahannya. Dalam 90 minit mata Qiss lebih segar dan tak terasa letih seperti sebelum penggunaan kapsul ini.

Kapsul ini juga bertindak melalui mengurangkan pengeluaran humor akueus dan seterusnya mengurangkan IOP dan menjadikan mata lebih lembap dan segar serta membuatkan kita lebih fokus.

Kebaikan kapsul Cordyceps cicadae mycelium 350mg untuk penyakit mata:

Kapsul ini dapat mencegah dan memperlahankan pembentukan katarak dengan berkesan melalui mekanisme dwi. Sesuai untuk pesakit Diabetes dan pesakit Glaukoma.

Kapsul ini juga dapat mencegah keadaan glaukoma dari menjadi semakin teruk. Ini dapat mengurangkan gejala rabun yang sering dihidapi oleh warga emas dihujung usia mereka.

Selain itu kapsul ini dapat membantu menghalang pembentukan Katarak dan mengelakkan terjadinya rabun kepada warga emas.

Kapsul ini boleh diambil oleh orang dewasa yang bekerja dan orang yang menggunakan peranti elektronik lebih daripada 2 jam sehari macam Qiss.

Cara pengambilan bagi orang dewasa ialah 2 biji kapsul sekali sehari selepas makan.

Qiss tak perlu risau sebab produk ini mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan semestinya Halal.

GKB Lion's Mane Mushroom

Pernah tak anda lupa mana letak barang anda. Tak kisahlah kunci rumah ke atau kadang-kadang terlupa nak tutup suis? Benda ni real tau jadi pada Qiss lepas bersalin. Kadang terlupa letak kunci kat mana, lepas tu tercari-cari satu rumah. Baru-baru ni Qiss juga mengalami kemurungan dan hampir tiada semangat untuk teruskan kehidupan.

Kebetulan ada kawan yang cadangkan pengambilan Lion’s Mane Mushroom produk dari GKB ni. Qiss pun cuba la untuk sehari dua. Daripada seorang yang sentiasa letih dan tak bersemangat, Qiss mula bersikap positif dan lebih tenang seharian. Sebab tu sampai sekarang Qiss masih amalkan pengambilan produk ni. Daya ingatan Qiss pula makin tajam dan kurang simptom pelupa tu.

GKB Lion’s Mane Mushroom mengandungi Hericium erinaceus mycelium 400mg yang mampu menjaga kesihatan otak, mengurangkan anti-penuaan dan menghilangkan gejala pelupa. Kapsul ini juga menyokong penjanaan semula saraf dan menjadi alternatif semulajadi untuk rawatan penyakit otak.

GKB Lion’s Mane Mushroom dapat meningkatkan potensi otak kita dan meningkatkan daya ingatan walaupun pada individu yang sihat. Yang paling penting, produk ini mempunyai sifat anti-penuaan dan mencegah penyakit lupa.

Melawan kemurungan dan kebimbangan:

Penyakit kemurungan boleh menjejaskan kehidupan kita. Ini merupakan salah satu inisiatif Qiss untuk hidup lebih sihat dengan pengambilan GKB Lion’s Mane Mushroom kerana produk ini dapat mengurangkan kemurungan dan kebimbangan seterusnya meningkatkan fungsi kognitif dan meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan. Kandungannya juga mempunyai sifat antidepresan yang dapat melegakan stres akibat terlalu banyak berfikir.

Kelebihan untuk penyakit otak:

Produk ini terbukti secara klinikal dapat mengurangkan simptom Alzheimer dan memperlahankan perkembangan penyakit Parkinson. Bermakna seseorang yang menghidap penyakit Parkinson dapat diberi perlindungan dan mengurangkan gejala Parkinson tersebut.

Selain itu, produk ini dapat mengurangkan perkembangan Penyakit Alzheimer dan membantu menajamkan proses daya ingatan dan mencegah penyakit lupa. Juga produk ini sesuai untuk mereka yang dalam pemulihan selepas terkena serangan strok.

GKB Lion’s Mane Mushroom boleh diambil oleh orang dewasa bagi meningkatkan daya fokus serta golongan warga emas yang mengalami gejala Parkinson, Alzheimer dan kerap pelupa. Pengambilan 2biji kapsul sehari. Sekurang-kurangnya kita mencuba mencegah dari terjadinya keadaan yang lebih teruk. Terbaik untuk orang tua dalam keluarga kita.

Produk ini mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijamin Halal.


Kunjungi farmasi berikut untuk maklumat lanjut:

Whole Malaysia: Alpro Pharmacy, Watsons

Central: M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy

Melaka: Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak

Penang: MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy

Perak: HTM Pharmacy

East Coast: Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan

Southern: The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy

Sabah: LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy

Sarawak: Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy

Website: https://www.mygkb.com/

Facebook : www.facebook.com/mygkb

Instagram : www.instagram.com/mygkb

TikTok : www.tiktok.com/@gkbmalaysia

小红书 ID : 1318211221 (GKB 集康宝)

YouTube : www.youtube.com/@mygkb01


Read More

03 May 2024

Guardian Lebarkan Barisan #iykyk Beauty Tampilkan 76 Rangkaian Jenama Trending Terkini

Menawarkan pilihan kecantikan dan kesejahteraan yang lebih eksklusif untuk pelanggan

Guardian Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelebaran besar-besaran kategori ikoniknya, #IYKYK Beauty, melalui penambahan 34 jenama kecantikan dan kesejahteraan  yang membentuk trend baharu di seluruh stornya, menawarkan secara keseluruhannya 76 jenama.

#iykyk Guardian kini dengan 76 jenama
Pelebaran ini memperkukuhkan lagi komitmen guardian untuk menawarkan produk kecantikan terkini kepada para pelanggannya, menyediakan mereka pilihan jenama terkini yang sukar ditandingi dan sangat diidamkan, yang telah melanda dunia dalam talian, mengaut jualan yang besar dan menjadi buah mulut warga industri.

Anna Hull, Pengarah Komersial di Guardian Malaysia, menyatakan keterujaan beliau tentang perkembangan tersebut, “Melalui kategori #IYKYK Beauty, kami telah menempatkan diri kami sebagai peneraju dalam mempamerkan trend-trend kecantikan yang baharu muncul di Malaysia. Menerusi kerjasama dengan platform media sosial dan pencipta kandungan, kami telah berjaya menyusun sebuah koleksi jenama sensasi yang telah menarik perhatian peminat-peminat kecantikan dalam talian di seluruh negara.”

Sejak pembentukannya pada Januari 2024, kategori #IYKYK Beauty telah meraih kejayaan yang luar biasa, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk produk-produk kecantikan yang inovatif dan membentuk trend. 

Anna menjelaskan, “Sambutan memberangsangkan terhadap kategori #IYKYK Beauty menggariskan kepercayaan kami terhadap kepentingan menjadikan jenama-jenama dalam talian yang sensasi ini mudah diakses oleh pelanggan kami, di dalam talian mahupun di stor fizikal.

Kategori #IYKYK Beauty direka untuk menonjolkan jenama yang telah menambat hati warga dalam talian, yang hangat diperbincangkan di platform seperti Instagram dan TikTok. Dengan membawa masuk jenama-jenama ini ke dalam stor Guardian di seluruh negara, syarikat itu menyasarkan untuk menyediakan pelanggan akses langsung kepada produk yang telah menguasai perbualan di dalam talian itu.

Pelebaran itu merangkumi enam bahagian berbeza dalam kategori #IYKYK Beauty:

1. Trending Beauty

2. Clean Beauty

3. Gentle To Skin

4. MY Beauty

5. Glass Skin

6. Glowing Inside Out

Dalam ruangan Clean Beauty, Guardian kini menawarkan 13 jenama, manakala 14 jenama akan tersedia dalam segmen Gentle To Skin. Selain itu, enam jenama baru akan ditampilkan dalam kategori Trending Beauty, bersama enam jenama untuk Glass Skin dan 14 jenama untuk Glowing Inside Out. Di samping itu, 12 jenama baharu buatan Malaysia akan melengkapkan 11 jenama yang sedia ada. 

Anna menegaskan komitmen guardian untuk kekal di hadapan dalam trend kecantikan global dan memastikan bahawa pelanggan mendapat akses kepada inovasi terkini pada harga yang kompetitif.

“Guardian kini menjadi destinasi utama anda untuk semua barangan yang mewarnai ruangan penjagaan kecantikan. Kategori #IYKYK Beauty akan dikemaskini secara kerap dengan jenama-jenama yang baharu diperkenalkan tepat pada masanya, memastikan pelanggan sentiasa mendapat trend kecantikan dalam talian terkini. Dan inilah yang kami lakukan selama ini,” jelas Anna.

Tambahan pula, House of Creators Guardian, yang bertujuan untuk melibatkan, mendidik dan memperkasakan pencipta kandungan di Malaysia tentang hal-hal terhangat dan terkini selain mempertingkatkan kemahiran mereka, telah menghasilkan kemajuan yang besar dengan lebih 80 pencipta kandungan digital kini dilatih untuk mencipta kandungan yang lebih baik dan lebih berkesan. Kelas House of Creators yang terbaharu telah melatih 40 Pencipta Kandungan tentang cara menghasilkan cerita yang hebat dengan bantuan jenama-jenama #IYKYK Beauty Cuura dan BBIA.

“Melalui usaha ini, kami juga dapat menghasilkan ekosistem kandungan media sosial yang dinamik dan membina generasi pencipta kandungan Kesihatan dan Kecantikan yang seterusnya,” kata Anna.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan jenama-jenama baharu ini, yang dijangka bakal mencetuskan keterujaan di kalangan peminat kecantikan di seluruh negara. Selain itu, kami berhasrat untuk berkhidmat sebagai pentas untuk jenama kecantikan Malaysia yang telah mencapai kejayaan yang signifikan di dunia dalam talian,” tambah beliau.

Pelanggan boleh meneroka ruangan #IYKYK Beauty di stor fizikal dan di dalam talian menerusi laman web dan aplikasi guardian. Bahagian ini akan menawarkan banyak maklumat, termasuk video Tip-Tip dan Trend Kecantikan, ciri-ciri jenama, butiran produk, tawaran istimewa, dan banyak lagi, semuanya disesuaikan untuk menyerlahkan jenama #IYKYK Beauty yang ditawarkan. 

Guardian kekal teguh dengan komitmennya untuk menyediakan produk kesihatan dan kecantikan terunggul kepada pelanggan pada nilai terbaik, memastikan orang ramai dapat menikmati trend kecantikan terkini dengan yakin dan mudah.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Guardian atau muat turun aplikasi Guardian.

Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp

#guardianMy

#guardianMalaysia

#guardianviral

#iykykbeauty

#trendingnow

Read More

07 November 2023

Review KITSUI 39 Superfood Meal Replacement

Sejak mula bekerja semula ni, setiap pagi Qiss tak sempat nak ambil sarapan. Mujurlah ada KITSUI 39 SuperFood Meal Replacement. Merupakan makanan tambahan yang diciptakan khas untuk memberikan sokongan optimum serta meningkatkan kesihatan dan tenaga secara serentak. 

Kadang-kadang Qiss minum waktu malam sebab lapar selepas susukan anak. KITSUI 39 Superfood Meal Replacement ini juga Makanan Tambahan yang dapat BANTU KURANGKAN MASALAH GULA TINGGI DALAM DARAH, mengurangkan masalah kolesterol, dan juga mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.  

KITSUI 39 Superfood Meal Replacement

Jadi Qiss tak perlu risau untuk sentiasa amalkan KITSUI 39 Superfood Meal Replacement ni. Setiap pek mengandungi Beta-Glucan BG25, Sacha inchi (Omega 3,6,9), Spirulina dan Prebiotik 10 Bilion CFU yang dapat menjaga perut dan kandungan makanan yang berkhasiat.

KITSUI 39 Superfood Meal Replacement sesuai untuk: 

✅ Dewasa dan Warga Emas

✅ Sesuai untuk sekeluarga 

✅ Masalah Gula Tinggi dalam Darah 

✅ Masalah Tekanan Darah Tinggi 

✅ Mahukan Kesihatan Mata

✅ Mengekalkan tulang yang sihat

✅ Menginginkan tenaga

✅ Mencari kesihatan yang lebih baik

Antara kebaikan dan faedah utama KITSUI 39 Superfood Meal Replacement : 

🌼 Mengurangkan gula dalam darah

🌼 Membantu meningkatkan sistem imuniti

🌼 Mengurangkan tekanan darah tinggi

🌼 Membantu meningkatkan kesihatan sendi dan tulang

🌼 Membantu mengekalkan kesihatan mata

Kebaikan 39 Superfood Meal Replacement :

Nutrien Lengkap

Mengandungi 39 bijirin dan herba, menyediakan pelbagai jenis nutrien penting, vitamin dan mineral yang membantu menggalakkan tenaga, stamina, kesihatan dan kesejahteraan.

Sacha Inchi (Omega 3, 6, 9) 

Sacha Inchi ini adalah sumber sokongan acid lemak omega 3, 6, dan 9  yang baik untuk kesihatan jantung, meningkatkan fungsi otak dan kesihatan tulang yang mempunyai manfaat menyeluruh untuk kawasan penting ini. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol. 

Tiada Gula Tambahan 

Beta-Glucan BG25 membantu mengawal paras gula dalam badan secara semulajadi. KITSUI 39 SuperFood Multigrain juga tidak mengandungi gula tambahan. Membantu menurunkan gula dalam darah dan Qiss tak perlu risau untuk mengamalkan produk ini setiap hari.

Kesihatan Mata 

Produk multigrain ini mengandungi bahan-bahan seperti Spirulina dan vitamin C, yang membantu membekalkan antioksidan dan nutrien penting bagi menyokong kesihatan mata.

Kesihatan Pencernaan dan Sokongan Imuniti

Prebiotik (10 Bilion CFU) dan Spirulina membantu menggalakkan usus yang sihat serta membantu dalam penghadaman, dan menyokong imunisasi dalam badan. Gabungan ini memberikan kesihatan penghadaman dan peningkatan imuniti dengan lebih baik. 

Berikut merupakan bahan utama KITSUI 39 Superfood Multigrain:

39 Bijirin & Herba : 

🔸Kaya dengan serat makanan

🔸Kaya dengan protein sayuran

🔸Membekalkan tenaga untuk badan

Sacha Inci (Omega 3, 6, 9) : 

🔸Kaya dengan Antioksidan

🔸Membantu meningkatkan sistem imuniti

Spirulina 

🔸Kaya dengan antioksidan

🔸 Membantu meningkatkan sistem imun

17 jenis Vitamin & Mineral

🔸Membantu mengekalkan fungsi fisiologi kesihatan

🔸Kaya dengan antioksidan

🔸Membantu menyokong sistem imuniti

Prebiotics (10 Billion CFU)

🔸Membantu mengekalkan kesihatan usus

🔸Membantu meningkatkan imuniti badan

🔸Membantu menggalakkan penyerapan Kalsium


Formula komprehensif:

📌 Bijirin & Herba secara semulajadi

📌Kualiti Premium 👍🏼

📌Mengandungi nutrien harian yang diperlukan

📌Kaya dengan serat pemakanan, prebiotik & omega 3,6,9

📌Mengandungi kalsium, magnesium, zat besi, zink dan Vitamin A,B,C,D

📌Formula Khas rendah lemak, rendah gula

Cara penyediaan

Satu sachet sehari dengan gabungan pelbagai jenis bahan dapat melengkapkan rutin harian anda. Cuma bancuh dengan air atau minuman kegemaran anda dan nikmati rasa yang sedap dan baik untuk kesihatan. 

Review 

Qiss amalkan selama seminggu dan mula merasakan badan lebih ringan dan bertenaga untuk membuat kerja-kerja rumah dan pejabat. Tidak cepat merasa lapar dan tidak mudah letih.

Qiss akan minum sebelum mula bekerja dan setiap malam sebelum tidur. Susu badan pun meriah tau. Bagi ibu yang menyusu perlu mendapat khidmat nasihat pakar sebelum mengambil produk ini.

Rasanya sedap dan tidak muak. Qiss suka campurkan 1 sachet (30gm) dengan 200-250mL air sejuk atau air suam. Anda juga boleh mencampurkannya ke dalam jus, smoothie atau apa sahaja yang anda suka. Kalori untuk setiap sachet hidangan ialah 120.6 kcal sahaja.

Kawalan kualiti ISO, HACCP, GMP 

Produk Kitsui telah dikilangkan mengikut kawalan kualiti ISO, HACCP dan GMP. Ini membuatkan produk ini dijamin kualiti.





Bahan berasaskan tumbuhan 

Produk Kitsui ni  diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan dan bebas daripada bahan-bahan berbahaya. Tiada cucuk hormon, tiada gluten, tiada bahan pengawet, bebas GMO, bebas antibiotik dan bahan kimia tau. 

Penggunaan yang selamat 

Qiss suka guna produk Kitsui ni sebab dipek untuk satu kali bancuhan jadi lebih bersih dan selamat untuk diminum.

Had pemakanan 

Setiap orang bergantung pada keperluan apabila mengambil suplemen kesihatan. Mengikut pada keperluan pengambilan sesuatu produk dan cara pemakanan. 

Ada suplemen yang boleh diambil pada waktu pagi atau malam ataupun dua kali sehari.

Tenaga bertambah 

Suplemen kesihatan Kitsui diperakui menambah tenaga dan membuatkan penghadaman bertambah baik.

Duta Kitsui iaitu Anna Jobling

Aktres cantik ini menjadi Duta produk Kitsui yang sememangnya telah dikenali ramai pengguna.

Anna Jobling Duta Kitsui

Produk Kitsui

Kitsui Collagen White 6000mg


Kitsui Meal Replacement Plus


Kitsui Bellos Fiber

Qiss memang pengguna tegar Kitsui sejak diperkenalkan lagi. Qiss suka rasanya yang penuh dengan sayuran dan buah-buahan. Minuman ini membuatkan perut Qiss senang mencerna makanan.

Anugerah

Jenama Kitsui juga telah merima pelbagai Anugerah seperti Brand Laureate, Halal Asia Award, Watson Top Brand dan Superhealth Brand.







Disahkan HALAL

Produk Kitsui telah mendapat pengiktirafan Halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Produk Kitsui juga dijamin selamat dan berkesan. Qiss juga turut merasa perubahan apabila menggunakan produk ini. Kitsui juga merupakan jenama terkenal dan dihormati atas sebab kepatuhan pengilangan produk yang mengikut piawaian industri.

Sejak dipasarkan di pasaran, produk Kitsui mendapat sokongan pengguna yang menyedari kepentingan mengamalkan suplemen dan juga pengguna yang ingin menambah baik kesihatan dari segi dalaman dan luaran.

#kitsui #kitsuimalaysia #39superfood #39superfoodmealreplacement #mealreplacement

Read More

03 November 2023

Adik Nur Iman Perlu Bantuan Segera Untuk Buang Ketumbuhan, Salurkan Sumbangan Anda Melalui Yayasan Ikhlas Sekarang

Kempen Bantu Pesakit Sihat (BPS) diusahakan Yayasan Ikhlas sejak lebih dua tahun lalu kini diteruskan lagi termasuk bantuan diberikan kepada adik Nur Iman Mohamad Sabri yang menetap di Terengganu.

Nur Iman mengalami keadaan hampir sama seperti kes kanser mulut adik Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan mulut di hospital London dengan bantuan Dr Nur Amalina Che Bakri selepas mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.

Bagaimanapun kes Nur Iman lebih serius membabitkan ketumbuhan besar pada mulutnya menutup seluruh hidung dan mulut dipanggil Benigh Epignathus Teratoma hingga menyukarnya makan serta bernafas.

Untuk rekod, sejak dilahirkan hingga ke hari ini, Nur Iman (setahun 10 bulan) sudah menjalani empat kali pembedahan membuang ketumbuhan selain pembentukan struktur rahang serta lidah.

Gambar Nur Iman masa baru lahir

Namun, rawatan khusus masih perlu dilakukan untuk Nur Iman dengan keperluan anggaran kos sebanyak RM400,000 bagi menjalani empat lagi siri pembedahan selain bantuan lain sehingga umur Nur Iman genap 12 tahun.

Keadaan adik Nur Iman sekarang

Menurut doktor yang merawatnya,  Prof Shaifulizan Abdul Rahman dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan,  pelbagai pembedahan perlu dilakukan ke atas Nur Iman.

“Ketumbuhan berkenaan berjaya dibuang pada pembedahan kali pertama. Namun, dia terpaksa terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh bulan. Tanpa diduga bentuk kepalanya bertukar menjadi leper dan berkudis akibat terlalu lama terbaring serta tiada pergerakan.

“Justeru, dijangka ada lagi empat pembedahan yang perlu dibuat untuk membetulkan lelangit, gusi, bibir, membuang cecair di kepala. Tak ketinggalan pembedahan membina gusi.

Prof Shaifulizan Abdul Rahman ketika ditemuramah

“Selain itu, kos dan dana diperlukan juga merangkumi bantuan bulanan untuk keperluan menjaga rapinya. Termasuklah belian susu khas, ubat, keperluan harian, peralatan khas, rawatan hospital dan wang tunai sekitar RM4,000 sebulan,” kata Prof Shaifulizan.

Prof Shaifulizan  menambah ibu bapa Nur Iman juga bergelut meneruskan kehidupan.

“Ibunya tidak bekerja. Bapanya pula hanya mengambil upah kerja kampung selain membantu menjaga Nur Iman. Mereka mempunyai dua anak yang bersekolah di asrama dan abang berusia lima tahun,” kata Prof Shaifulizan.

Sementara itu, Yayasan Ikhlas menerusi Pengerusinya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata pihaknya terus komited untuk meringankan beban dan menyampaikan bantuan selama setahun kepada Nur Iman sebagai permulaan.

Besar harapan kami dalam memastikan Nur Iman dapat kembali sihat dan sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapanya.

“Ini kerana sumbangan itu tidak hanya digunakan untuk memenuhi keperluan asas bagi yang memerlukan. Ia  juga untuk digunakan sebagai kos pengurusan dan inisiatif lain yang memberikan impak positif yang lebih luas.

Yayasan Ikhlas menyerahkan sumbangan kutipan dari orang ramai

“Bagi yang mahu turut menyumbang boleh ke pautan www.bantuiman.com. Boleh juga lihat https://vt.tiktok.com/ZSNkgckEY/ untuk lebih lanjut,” kata Prof Dr Zainur.

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri. 

Yayasan Ikhlas sudah menjalankan projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan ini juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Read More

26 October 2023

Guardian Umum Empat Pemenang Peraduan Guardian ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY 2023’!

Usaha pencarian seluruh negara Guardian untuk individu yang melambangkan esensi Kecantikan Sihat kini berakhir

EMPAT pemenang telah muncul sebagai Face of Healthy Beauty Guardian untuk 2023 selepas berakhirnya pertandingan selama empat bulan di seluruh negara.

Pertandingan Akhir Peraduan Face of Healthy Beauty, yang telah berlangsung di Kuala Lumpur menyaksikan 20 finalis daripada seluruh negara, termasuk dua  peserta lelaki bersaing untuk menjadi salah seorang daripada empat pemenang akhir.

Dari kiri, Nur Izzatul, Kay Yap, Candace Cheah & Aqila Afindi

Empat pemenang tersebut ialah:

1. Aqila Bt Afindi

2. Kay Yap Yen Yin

3. Nur Izzatul Aqma Bt Ludin

4. Candace Cheah Sook Peng

Aqila Afindi, 22, yang berasal dari Putrajaya dan merupakan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA berkongsi perasaan gembira dan rasa syukur atas kemenangannya.

“Saya sangat kagum melihat kehebatan peserta lain dan saya berasa sangat gembira kerana dipilih sebagai salah seorang daripada empat pemenang. Kemenangan ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk seluruh keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak mendoakan saya,” katanya.

Sementara itu, pereka fesyen Nur Izzatul Aqma, 21, yang telah menghasilkan busananya sendiri untuk Pertandingan Akhir itu berkata bahawa kemenangannya ditujukan kepada ibu bapa, keluarga serta sahabat handai yang menyokongnya dalam semua pertandingan yang disertainya.


“Saya juga berusaha memberikan yang terbaik untuk menang dan syukur, usaha saya berhasil dengan kemenangan ini. Ia amat bermakna buat saya,” kata Nur Izzatul yang berasal dari Petaling Jaya.  

Kay Yap, 31, dari Kuala Lumpur tetap berusaha untuk memberi yang terbaik. “Persaingan sangat sengit, memandangkan semua peserta begitu bersemangat dan berbakat. Tahniah kepada Guardian kerana telah menjadi perintis trend dengan memilih duta jenama yang benar-benar meraikan kecantikan dalaman,” kata Kay. 

Kay, yang turut memenangi hadiah Kategori untuk peserta ‘Paling Sihat’ merupakan Pereka Multimedia. 

Candace Cheah berusia 28 tahun dan merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sains Veterinar.

Anna Hull, Pengarah Komersial, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: “Kami sangat berbesar hati untuk akhirnya mengumumkan pemenang Face of Healthy Beauty 2023. Pertandingan tahun ni telah mendapat sambutan yang menakjubkan dan persaingan pula begitu sengit. Kami juga gembira apabila mendapati bahawa peserta yang mengambil bahagian datang dari seluruh Malaysia dan kami juga berbangga kerana untuk pertama kalinya, kami mempunyai dua peserta lelaki dalam 20 finalis pertandingan akhir.

Faiz Rahim merupakan salah seorang finalis lelaki yang berhasil bertanding di peringkat akhir

“Seperti yang kita sedia maklum, Face of Healthy Beauty BUKAN peraduan kecantikan. Ia adalah pencarian individu istimewa yang memiliki kualiti unik yang Guardian percaya, melambangkan maksud sebenar konsep Healthy Beauty.

“Konsep Healthy Beauty adalah TERAS falsafah jenama Guardan dan ia adalah cetusan daripada wawasan pengguna bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar. Oleh yang demikian, pemenang kami akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah, dengan melakukan aktiviti yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka,” tambah Anna.  

Disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian The Face of Healthy Beauty adalah usaha untuk mencari EMPAT individu di seluruh negara yang paling sesuai dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’, untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian.

Empat (4) pemenang Peringkat Akhir masing-masing menerima:

• Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian

• Penampilan dalam Iklan, bahan Promosi dan bahan promosi jualan didalam stor Guardian

Wang tunai RM10,000 dan baucar bernilai RM10,000

Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian

Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang.

Peraduan yang bermula pada 26 Jun 2023 terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my

Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp

#guardianMy

#faceofguardianmy 

#FaceofHealthyBeauty2023


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com