Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

30 September 2022

Kasyara Lebarkan Sayap Ke Malaysia

MINAT yang mendalam terhadap bidang muzik berjaya membawa produser serta komposer profesional Indonesia iaitu Faizal Andri Lubis ke peringkat yang tidak pernah dijangka beliau.

Kasyara Gandingan Mantap Faizal dan Kensen

Malah penglibatannya bersama beberapa nama besar industri muzik Indonesia antaranya Tompi, Glenn Fredly dan Radja Band merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Lebih manis, Faizal sempat bersama sebahagian dari kumpulan Noah menggantikan David satu ketika dahulu.

Dan akhirnya kini Faizal memulakan langkah sebagai produser dengan mencungkil bakat bakat muda di Indonesia dan Malaysia.

Dalam perjalanan kerjayanya, Faizal merasakan dirinya bertuah apabila dipertemukan dengan seorang vokalis iaitu Kensen yang disifatkannya mempunyai kualiti vokal sebaik Ariel daripada Noah Band.

Malah pada ketika itu, Kensen mula mendapat perhatian ramai apabila tular kerana kualiti vokalnya yang memukau. Bermula detik itu, Faizal dan Kensen mula bersatu hati dengan menubuhkan kumpulan Kasyara pada Ogos 2021.

Kasyara juga telah melancarkan beberapa buah lagu di Indonesia yang mendapat sambutan memberangsangkan peminat muzik di Indonesia.

Mula sedar akan karya mereka yang berjaya memukau peminat, Kasyara akhirnya mengambil keputusan untuk melebarkan sayap ke Malaysia dengan menampilkan karya agung dari komposer tempatan iaitu Saari Amri sebagai single terbaru mereka.

Kasyara memilih lagu Gerimis Mengundang nyanyian asal kumpulan Slam yang terkenal pada era 90an sebagai batu loncatan mereka di Malaysia.

Kasyara melancarkan album pertama mereka yang bertajuk “Diantara dan Lainnya"

Malah, kekuatan Gerimis Mengundang merupakan satu karya yang turut terkenal di Indonesia satu ketika dahulu seakan memberi sinar harapan buat Kasyara.

Jelas Faizal selaku pemain keyboard Kasyara, Gerimis Mengundang versi mereka diberi sentuhan terbaharu bagi penyesuaian pendengar tahun 2022.

“Ketika pertama kali menyanyikan Gerimis Mengundang versi ini, terasa segala memori ketika kecil semasa lagu ini hangat diputarkan kembali menjengah.

“Malah ia satu ‘kenangan’ yang amat diperlukan dalam menyampaikan lagu yang sarat dengan lirik menyentuh emosi ini.

“Jadi saya amat berharap tidak terpalit dengan situasi dibandingkan dengan penyanyi asal seperti yang terjadi kepada penyanyi lain.

“Besar juga harapan saya agar peminat Malaysia dan Indonesia dapat menikmati susun atur Gerimis Mengundang nyanyian Kasyara,” katanya.

Kini Kasyara melancarkan Album pertama mereka yang bertajuk “Diantara dan Lainnya” secara digital. 

Terdapat 11 lagu di dalam album tersebut, Gerimis Mengundang • Hanya Sementara • Terbang • Dunia Pura-Pura • Cinta Tak Bicara • Ruang Hati • Berbagi Langit •Jangan Katakan Cinta • Hampir Tak Bernafas • Aku Dan Kau • Peace The World

Album “Diantara dan Lainnya” kini sudah berada di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Joox, iTunes, YouTube music dan lain-lain lagi. 

Video muzik Gerimis Mengundang sedia ditonton di saluran Youtube FABIS INCORPORATION bermula 1 julai 2022 lalu dan mendapat komen positif daripada peminat.

Read More

23 September 2022

Aspek Kepimpinan, Kunci Mengembangkan Bisnes

SHAH ALAM - Aspek kepimpinan merupakan antara kunci penting bagi seseorang usahawan mampu membina bisnes berjaya. 

Mentor Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr. Azizan Osman dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Managepay System Berhad (MPay) seperti dimaklumkan di Bursa Malaysia semalam.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., tanpa kepimpinan yang mantap, sukar untuk sesebuah bisnes melonjakkan ke tahap lebih tinggi. 

"Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sangat menekankan aspek kepimpinan bagi bangsa usahawan yang dibimbing. Beliau bukan saja bercakap, malah menunjukkan teladan kepimpinan baik kepada warga RichWorks dan anak didiknya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Mentor Usahawan, Dr. Azizan Osman menyaksikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi Titanium Premier - Partner (TPP) pertama RichWorks pada Jun lalu.

Dalam pada itu, Radz mewakili seluruh warga syarikat mengucapkan setinggi tahniah buat Dr. Azizan merangkap Pengerusi RichWorks atas pelantikan sebagai Pengarah Bukan Bebas dalam Managepay Systems Berhad (MPay) berkuat kuasa semalam. 


“Kami sangat berbangga atas perlantikan Dr. Azizan yang menjadi pengiktirafan atas sumbangan dan peranan signifikan beliau dalam melahirkan bangsa usahawan berjaya di negara. 

Dr. Azizan bersama RichWorks mula melatih dan membimbing usahawan sejak 15 tahun lalu hingga menyaksikan banyak jenama dan syarikat terutama Bumiputera berkembang malah capai jualan jutaan ringgit,” jelasnya. 

Radz berkata, Dr. Azizan bukan saja membimbing malah merupakan seorang pelabur bahkan ‘pelajar’ yang sentiasa meningkatkan pengetahuan dengan ilmu dan strategi keusahawanan terkini untuk manfaat anak didik bimbingannya. 

Perkara ini dibuktikan bila mana beliau baharu saja menyelesaikan ijazah kedoktoran (PhD) tempatan pertamanya bersama institut pengajian tinggi tempatan, Asia e University (AeU) pada 19 Ogos lalu. Bahkan sebelum itu, beliau mengambil dan mendapat kelulusan dalam Chartered Institute of Management Accountants (CIMA),” jelasnya. 

Mengulas lanjut lagi, Radz memberitahu, Dr. Azizan juga tak pernah jemu belajar dan mendapatkan ilmu baharu bagi menyediakan bangsa usahawan. 

“Passion beliau dari dulu hingga kini untuk melihat transformasi dan metamorfosis usahawan dan bisnes mereka berkembang ke tahap lebih tinggi. 

Bukan itu saja, beliau juga sedang menyediakan beberapa syarikat yang dibimbingnya untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh 3 tahun ini,” jelasnya.

Read More

19 September 2022

#ClassicMalaysianMoments 10 Kenangan Terbaik Malaysia Dipilih Dijadikan NFT Aeon

 AEON lakukan ‘Crowdsource’ #ClassicMalaysianMoments Memperingati Memori Malaysia ke dalam NFT

KUALA LUMPUR, 13 September – Sempena musim Merdeka ini, AEON Malaysia mempamerkan penghargaannya terhadap semangat dan kebersamaan orang ramai dengan menganjurkan platform ‘crowdsourcing’ bagi mengalu-alukan rakyat Malaysia tentang apa yang mereka anggap sebagai pengalaman atau memori klasik Malaysia yang menjadikan rakyat Malaysia unik. Penyerahan ini kemudiannya diundi melalui media sosial untuk memberi peluang kepada mereka untuk mengabadikannya sebagai aset digital, ‘non-fungible token’ (NFT).

5 Pemenang utama #ClassicMalaysianMoments
Dari kiri: Ariel Lee, Aida dan anak, Ketua Pegawai Dagangan AEON Low Ngai Yuen, Rusydi, Afi Sulaiman dan Lim Goh Chit

10 pilihan #ClassicMalaysianMoments daripada 500+ penyertaan diumumkan hari ini di AEON Taman Maluri, dengan (5) pemenang utama membawa pulang baucar AEON RM1,500 dan lima (5) pemenang saguhati menerima baucar AEON RM500. Reka bentuk pemenang ini juga akan diubah menjadi NFT yang boleh ditebus oleh pelanggan AEON* sebagai momento dalam dunia digital.

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Low Ngai Yuen berkata, "Kami sangat teruja untuk melakukan ini bersama-sama dengan pelanggan kami kerana NFT ini adalah pengalaman mereka yang tidak ternilai dalam menjadikan rakyat Malaysia unik. Kami bertuah dapat bekerja secara berterusan bersama pelanggan kami dan membuka peluang mereka berkongsi dengan kami pandangan dan pemikiran mereka – ianya tidak ternilai. Sebagai balasan, kami berharap dapat berkongsi aset digital ini dengan lebih ramai lagi sebagai tanda terima kasih kepada semua orang."

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Low Ngai Yuen bersama 10 pemenang #ClassicMalaysianMoments

Orang ramai dialu-alukan untuk memuat naik visual asli (foto/seni digital/seni tradisional) di Facebook, Twitter, dan Instagram dengan hashtag #AEONxMerdeka65 #ClassicMalaysianMoments serta #IniKonfemMalaysia dari 15 Ogos hingga 29 Ogos. Setiap penyertaan juga boleh memaparkan mana-mana jenama Malaysia kegemaran mereka dan bagaimana jenama itu telah mempengaruhi cara hidup rakyat Malaysia sepanjang 65 tahun ini.

"Keputusannya sungguh menakjubkan! Kami amat teruja kerana dapat sama-sama berkongsi detik-detik yang dirakam oleh rakyat Malaysia, menunjukkan cara dan rutin harian rakyat Malaysia yang penuh kenangan." tambah Low.

Antara jenama yang menjadi pilihan peserta untuk #ClassicMalaysianMoments

Di samping AEON, jenama lain yang sering disebut dalam kebanyakan #ClassicMalaysianMoments termasuk Milo, Hup Seng, 100 plus, Maggi, Nescafe, Gardenia, Kellogg’s, Munchy’s, F&N, Naturel dan Cap Kipas Udang.

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Low Ngai Yuen bersama Khalid Gibran ketika sidang media

AEON juga bekerjasama dengan Meta Universe (MU), pembekal penyelesaian perusahaan asli untuk semua perkara NFT dan metaverse, yang memberikan hala tuju dan sokongan yang lancar dalam destinasinya ke arah aliran digital semasa melalui peraduan #ClassicMalaysianMoments ini.

Senarai pemenang:

x5 Pemenang 

● Lim Goh Chit - Roti Gardenia for 75 years 

● Aida - MILO piring

● Ariel Lee - Good Game with 100 Plus 

● Rusydi - The MILO moment

● Afi Sulaiman - Classic Malaysian Breakfast 

with Kellogg’s, Gardenia, MILO and Naturel


x5 Saguhati

● Kin RZ - MILO Kotak

● Syukur Rani - Merdeka bersama Nescafe 

● Arif Hafizuddin- The best pairing; MILO 

with Munchy’s Oat Krunch

● Fatin - Hup Seng cicah Susu for life

● Hairrey - Childhood memory with MAGGI

Untuk butiran lanjut tentang peraduan dan untuk melihat semua penyerahan yang kreatif dan menarik, sila layari https://www.aeonretail.com.my/merdeka2022.

Kesemua karya digital pemenang akan dijadikan sebagai NFT dibawah AEON Malaysia. Kesemua 10 karya ini boleh ditebus oleh pelanggan AEON bermula 19hb September sehingga 16hb Oktober atau terhad sebanyak 4800 unit NFT, jadinya siapa cepat dia yang dapat mengikut terma dan syarat.

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Low Ngai Yuen berkata, "Kami sangat teruja untuk melakukan ini bersama-sama dengan pelanggan kami kerana NFT ini adalah pengalaman mereka yang tidak ternilai dalam menjadikan rakyat Malaysia unik. Kami bertuah dapat bekerja secara berterusan bersama pelanggan kami dan membuka peluang mereka berkongsi dengan kami pandangan dan pemikiran mereka – ianya tidak ternilai. Sebagai balasan, kami berharap dapat berkongsi aset digital ini dengan lebih ramai lagi sebagai tanda terima kasih kepada semua orang."

"Keputusannya sungguh menakjubkan! Kami amat teruja kerana dapat sama-sama berkongsi detik-detik yang dirakam oleh rakyat Malaysia, menunjukkan cara dan rutin harian rakyat Malaysia yang penuh kenangan." tambah Low Ngai Yuen.

Untuk maklumat lanjut dalam menebus NFT daripada AEON melalui siri #ClassicMalaysianMoments boleh layari https://aeon-redeem.metauniverse.biz/redeem-nft/

Read More

07 September 2022

Suke Shop Lancarkan Suke Go Dengan Kerjasama Bersama Gokingkong

KUALA LUMPUR, 6 September 2022 —SUKE SHOP, platform e-dagang berkonsepkan pembelian dari rumah di bawah naungan rangkaian hiburan tempatan SUKE TV, telah melancarkan SUKE GO - sebuah perkhidmatan penghantaran premium - dengan kerjasama platform logistik dan e-dagang, GOKINGKONG. 

Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV dan Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG menandatangani kontrak selama 3 tahun

Sidang media dan majlis menandatangani perjanjian hari ini telah diserikan oleh Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV; Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG; dan ramai lagi, di samping kehadiran pelbagai ahli media dan portal berita tempatan. 

SUKE SHOP kini menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma pada hari bekerja seterusnya dan ke bandar-bandar utama di seluruh negara untuk lebih 20,000 produk yang dijual di platform tersebut melalui SUKE GO. Dengan kerjasama ini, pengguna SUKE SHOP akan dapat menikmati perkhidmatan penghantaran yang efisien, cepat dan senang terus ke halaman rumah mereka. 

Antara produk yang boleh didapati di Suke Shop

Majlis tersebut juga menyaksikan penambahan lebih 20,000 produk baharu di platform SUKE SHOP yang akan layak untuk perkhidmatan penghantaran melalui SUKE GO. Produk-produk ini terdiri daripada barangan elektronik dan isi rumah, barangan keperluan haiwan peliharaan, barangan runcit, barangan jenama sukan terkemuka seperti Puma, aksesori telefon bimbit dan banyak lagi. 

Baucar bernilai sehingga RM10 juta juga akan tersedia untuk ahli-ahli yang baru berdaftar di sukeshop.com. Selain itu, pembeli SUKE SHOP juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Ferrari atau hadiah wang sejumlah RM1 juta dengan setiap pembelian minimum RM100 dalam satu resit melalui peraduan SUKE MENANG. 

GOKINGKONG ialah sebuah platform agregator yang menghubungkan pengguna secara terus kepada pengilang dan penyedia perkhidmatan. Platform ini menyediakan produk di bawah pelbagai kategori yang secara amnya beroperasi di bawah empat teras utama: lebih baik, lebih pantas, lebih selamat dan lebih berpatutan. GOKINGKONG bertindak sebagai pengurus penyumberan peribadi yang menyalurkan tawaran terbaik dalam pasaran kepada pengguna mereka. 

"SUKE GO akan meningkatkan kefahaman pasukan kami mengenai pengguna, dan ini akan membantu menyesuaikan perkhidmatan kami mengikut keperluan dan minat mereka. Dengan SUKE GO, kedua-dua pihak SUKE SHOP dan GOKINGKONG akan dapat memanfaatkan kekuatan, pengetahuan, sumber dan kepakaran masing-masing untuk memperkasakan lagi perkhidmatan kami. SUKE SHOP berharap kerjasama dengan GOKINGKONG ini dapat meluaskan lagi kehadiran kami dalam industri edagang tempatan," kata Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV. 

“Sektor e-dagang Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang mendadak sejak wabak COVID-19 melanda negara beberapa tahun lepas. Selaras dengan itu, GOKINGKONG kini berada dalam fasa pembangunan yang menarik; dan kami sangat teruja untuk menerokai peluang kerjasama bersama SUKE SHOP ini," kata Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG. 

SUKE SHOP berhasrat untuk menjadi peneraju pasaran dalam segmen e-dagang Malaysia dengan terus menjalin perkongsian seperti ini untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan mereka.

Read More

05 September 2022

Shopee Raikan the Heart of Malaysia on E-Commerce

60% Pengguna Malaysia Membeli Barangan Tempatan bersama Platform tersebut

KUALA LUMPUR, 5 September 2022 – 60% pengguna Malaysia menyokong penjual tempatan secara proaktif bersama #ShopeeSapotLokal, semasa perkongsian secara langsung mengenai kajian pasaran terbesar platform tersebut tahun ini, Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce*, menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat.

Shopee Raikan the Heart of Malaysia on E-Commerce

Apabila 3,356 pengguna ditanya "Mengapakah ianya penting untuk menyokong penjual tempatan?" antara 19 Julai hingga 17 Ogos 2022, 30% menyokong kualiti barangan Buatan Malaysia yang memenuhi citarasa tempatan mereka, 20% menyatakan bahawa mereka ingin mengekalkan kemajuan ekonomi negara atas semangat patriotik dan 8% merupakan penjual yang menyokong penjual tempatan lain. 42% memilih penjual tempatan untuk mendapatkan barangan dengan lebih cepat.

Dalam kalangan para responden, separuh daripada mereka (54%) bekerja sepenuh masa, 18% sedang mencari pekerjaan, 17% adalah warga emas, 6% merupakan ibu bapa yang tinggal di rumah dan 5% adalah pelajar universiti.

Shopee turut mengkaji perkara-perkara yang dihargai oleh rakyat Malaysia tentang pembelian dalam talian. Lebih 70% pengguna yang ditinjau menganggarkan bahawa transaksi beli-belah dalam talian secara harian mereka secara konsisten menghasilkan penjimatan sebanyak lebih 5%. 

“Menariknya, tidak semua pembeli hanya mengutamakan diskaun dan baucar sahaja. Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menghargai ketenangan fikiran berbanding harga yang lebih rendah,” menurut Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia.

Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia masih membeli dalam talian walaupun kedai fizikal dibuka semula kerana ia telah menjadi tabiat yang dipelajari dan merupakan sesuatu kebiasaan. Majoriti daripada responden menghargai 'ketenangan fikiran', dengan 40% menikmati kemudahan di mana pesanan dihantar ke depan pintu rumah mereka, 17% berasa selamat dengan Jaminan Shopee, dan 10% mempercayai ulasan dan gambar daripada pembeli lain.

Bagi 49% daripada pembeli, Shopee ialah destinasi membeli-belah pilihan untuk produk gaya hidup, termasuk barangan hiasan rumah, barangan fesyen serta produk kesihatan dan kecantikan. Selain itu, 24% daripada pembeli membeli barangan keperluan hidup (barangan runcit dan lampin) daripada Shopee, 16% mencari peranti teknologi (komputer, peranti mudah alih dan TV) dan 11% yang lain membeli alat ganti kereta atau peralatan kerja dan sekolah.

“Apabila para pengguna Malaysia mengekspresikan nilai mereka melalui pilihan membeli-belah dalam talian menerusi cara ini, kami benar-benar memahami mengapa lapan daripada 10 penjual tempatan memulakan perjalanan jualan mereka dalam talian bersama Shopee. Kami berasa rendah hati apabila mendapati separuh daripada penjual tempatan kami yang ditinjau berkata pendapatan yang diperoleh di platform kami adalah penting kerana ia membolehkan mereka menyara keluarga mereka,” kata Soh.

Majoriti daripada penjual tempatan mula menjual dalam talian bersama Shopee untuk mengatasi batasan sedia ada dari segi pendapatan dan penglibatan mereka dalam ekonomi: 24% kerana ia adalah satu-satunya sumber pendapatan mereka, 5% tidak mampu mendapat pekerjaan, 18% perlu menambah pendapatan dan 24% merasakan tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi. 30% berkata mereka menjadi penjual di Shopee ekoran minat dan semangat dalam perniagaan mereka.

Jimat dan Nikmati Lebih Lagi bersama 9.9 Hari Pembelian Hebat

Untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati lebih penjimatan, 9.9 Hari Pembelian Hebat Shopee sedang berlangsung hingga 9 September 2022. Lebih nilai dan kegembiraan menanti para pembeli, serta Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum, diskaun harian 95% dan peluang untuk Beli & Menang hingga RM200,000**.

Rakyat Malaysia juga bakal menikmati baucar harian eksklusif Shopee Live, yang mempunyai nilai diskaun hingga RM6 tanpa perbelanjaan minimum dari mana-mana strim langsung di Shopee Live. Baucar yang eksklusif kepada siaran Live ini diperbaharui setiap hari, jadi para pengguna disarankan untuk kembali menonton strim langsung Shopee setiap hari bagi menuntut dan menggunakan baucar semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat.

Selain itu, para pengguna juga boleh menyertai peraduan Shopee Live Buy & Win untuk berpeluang memenangi hingga 100,000 Syiling Shopee dan Jongkong Emas. Peraduan ini sah untuk pembelian yang dibuat melalui mana-mana strim langsung di Shopee Live dari 26 Ogos hingga 9 September.

Tambahan lagi, tontoni TV3, Shopee Live atau saluran YouTube Shopee pada pukul 9 malam pada 9 September untuk mendapatkan tawaran TV terbaik daripada Shopee 9.9 Pentas Hebat. Padat dengan persembahan, permainan dan tawaran yang menarik, Shopee akan memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia menerusi Shopee Shake, Vouchers Drop dan banyak lagi semasa rancangan tersebut untuk pengalaman 9.9 Hari Pembelian Hebat yang tidak dapat dilupakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat, layari https://shopee.com.my/m/99


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com