Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

13 May 2020

Tawaran Menarik Insentif Pengambilan Peniaga PG Mall

Assalamualaikum dan hai semua,

Sejak berlangsung PKP ni kita sukar untuk keluar rumah bagi mendapatkan barangan keperluan harian kan. Kebanyakan dari kita memilih untuk membeli-belah secara dalam talian sahaja. Qiss pun sama macam anda semua juga tapi Qiss rajin membeli-belah di dalam talian sebab sangat mudah dan senang. Pembayaran melalui dalam talian juga memudahkan kerja kita kan.


Dalam banyak-banyak e-commerce dalam talian yang ada, Qiss selalu pilih PG Mall sebab nak membantu para peniaga kita. Barang yang dijual kat sini juga banyak pilihan tau. Bagi anda yang belum pernah beli barangan kat sini kena cuba sekali dan support peniaga kita.


Untuk pengetahuan anda semua, PG Mall telah diasaskan oleh Dato’ Wira Louis Ng yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif PG Group. PG Mall mula di tubuhkan pada tahun 2017. Tujuan ia diwujudkan adalah untuk dijadikan sebuah platform perniagaan yang dipercayai untuk peniaga disamping membantu peniaga mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global.

Dato’ Wira Louis Ng, Pengasas PG Mall

Pelanggan PG Mall telah pun mencapai 1,000,000 orang dari seluruh Asia Tenggara (SEA). Jadi tidak mustahil bagi anda yang berniaga mencuba platform ini sebagai salah satu alternatif menambah pendapatan dan meningkatkan jualan kan. Anda juga digalakkan untuk menyertai PG Mall ini kerana ia boleh membantu jenama dan bisnes anda ke peringkat antarabangsa.

Antara produk yang boleh didapati di PG Mall antaranya  barangan elektronik, alatan rumah dan dapur, pakaian, barangan sukan, aksesori, baraantarpermainan dan pembelajaran kanak-kanak dan bayi, makanan dan minuman, dan banyak lagi.

Menarik tentang sistem pembayaran PG Mall ialah, mereka merupakan satu-satunya platform yang mempunyai major e-wallet patners seperti Maybank, QRPay, Touch ‘n Go e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan lain-lain.

Insentif pengambilan peniaga


Program menarik ini dijalankan oleh PG Mall untuk menarik lebih ramai peniaga berniaga di PG Mall dan menariknya bila anda juga boleh memperoleh pendapatan sampingan dengan memperkenalkan rakan-rakan peniaga anda berdaftar untuk berniaga di PG Mall.


Terdapat beberapa kategori insentif yang menarik turut diadakan dan untuk maklumat lanjut mengenai insentif ini, anda perlu mendaftar informasi merchant di https://bit.ly/RecruitMerchant dan tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi peniaga yang mendaftar, tiada sebarang kos pendaftaran akan dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi PG Mall Head of E-commerce Mr. Bok di talian 011 – 5509 77916.

Selain itu, menurut laporan laman web iprice insights, PG Mall merupakan platform ketiga e-commerce yang mencatatkan visitor tertinggi di Malaysia. PG Mall juga merupakan e-commerce pilihan pelanggan nombor 1 yang merupakan keluaran Malaysia.


Untuk tahun ini, PG Mall menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 peniaga baru untuk mendaftar dengan mereka. Oleh itu, buat para peniaga jangan lepaskan peluang yang ditawarkan ini.



Bagi peniaga baru, anda tak perlu risau untuk berniaga di platform ini kerana penjualan dan pembelian adalah selamat dan dipercayai. PG Mall juga bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada. Jadi ini akan memudahkan proses delivery untuk peniaga di PG Mall.


Untuk maklumat lanjut, layari:

Laman web: 


Instagram: 

Read More

12 May 2020

Bersiap Sedia Untuk Raya Dari Keselesaan Rumah Anda

Ingin dapatkan tawaran Raya terbaik? Raya Bersama Shopee mempunyai segalanya. Berlangsung dari sekarang hingga 26 Mei 2020, kempen ini menawarkan tawaran hebat untuk keperluan harian, peralatan rumah, baju Raya dan banyak lagi untuk persiapan Raya anda.


Lebih baik lagi, anda boleh bersiap-sedia untuk Raya dari keselesaan rumah anda:

Dapatkan lebih melalui wang Ringgit anda dengan pelbagai barang keperluan harian dari serendah RM10 dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM19;

Nikmati lebih banyak penjimatan dengan diskaun hingga 80%, tawaran RM1 untuk produk-produk kegemaran dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM10 dari 12 tengah malam hingga 2 pagi semasa Pesta Jualan Raya pada 14 dan 15 Mei;

Rindukan bazar Ramadan? Layari Selangor E-Bazar Raya untuk dapatkan juadah Raya kegemaran anda dan lain-lain. Walaupun anda tidak dapat menikmati bau kepak ayam bakar atau murtabak kambing, e-bazar ini harus dikunjungi. 

Dapatkan ayam, daging lembu, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kubis, mangga, tembikai serta cili, dan makanan laut segar beku seperti Kembong, Tongkol, dan Selar dari segmen hasil segar dan beku Shopee tanpa meninggalkan rumah.

Skuad Selebriti Shopee mengalu-alukan ahli terbaharunya, Neelofa! Kunjungi kedai rasmi Naelofar untuk Koleksi Raya 2020. Dapatkan inspirasi dan ketahui trend terkini untuk tampil bergaya Raya ini dari Style by Shopee.



Kadangkala, persiapan untuk Raya agak memenatkan. Perlukan satu lokasi utama untuk mendapatkan segala keperluan Raya? Ciri terbaharu Shopee, Salam by Shopee, mempunyai koleksi produk terbaharu dari pelbagai kategori seperti peralatan solat, produk kosmetik mesra wuduk dan fesyen muslimah di Koleksi Terkini; hidangan Raya lazat serta ramuan masakan di Resipi Raya; jenama dan produk yang disahkan halal hanya di Pilihan Halal; peringatan masuknya waktu solat melalui fungsi Azan dan juga baucar hebat di Baucar Terhad yang memberikan tawaran lebih hebat.



Walaupun tahun ini sambutan Raya agak berlainan, Shopee tetap membawakan hiburan dan kegembiraan Hari Raya kepada anda untuk dinikmati bersama seisi keluarga di rumah:

Shopee Live: Tontoni kandungan menarik yang direka khas buat pengguna seperti program makanan, sesi senaman oleh pakar kecergasan, dan ulasan produk serta kandungan lain yang berkaitan dengan penonton Muslim termasuk kelas membaca Al-Quran.

Shopee Games: Hafal pergerakan tarian di Joget Shopee; tangkap kuih-muih di Shopee Tangkap dan berseronok dengan permainan kegemaran ramai Goyang Shopee, Shopee Throw, Lucky Raya dan One or Not untuk memenangi syiling Shopee, baucar dan juga televisyen 43 inci.





Duit Raya: Meskipun keadaan kini menyukarkan kita untuk memberikan Duit Raya kepada ahli keluarga tersayang, Shopee telah mencipta cara yang seronok, selamat dan mudah untuk pengguna memberikan e-Duit Raya melalui e-dompet ShopeePay.

Walaupun aktiviti kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara atau rakan kurang digalakkan, berikan kejutan kepada ahli keluarga atau rakan anda dengan mengirimkan hadiah Raya kepada mereka. Koleksi Tradisi Muhibbah Eid Signature Market mengandungi produk sihat seperti kurma Mariami dan Healthy Nut Mix yang sesuai dijadikan hadiah istimewa; ia boleh didapati dengan harga eksklusif di Shopee dari 14 hingga 18 Mei.

Lindungi diri anda dengan pelan insurans oleh Great Eastern Takaful di Shopee. HospeeFamily ialah pelan perlindungan 3 bulan yang memberikan manfaat bagi kemasukan hospital disebabkan oleh penyakit atau kecederaan dan sejumlah manfaat kematian akibat kemalangan sebagai penumpang di dalam kenderaan persendirian atau awam. Manfaat yang sama turut diberikan kepada hingga 2 orang ahli keluarga terdekat.

Kempen Raya Bersama Shopee disokong oleh jenama kegemaran rakyat Malaysia - Nestle, Nestle Nutrition, P&G, Unilever, Enfagrow, Friso Gold, Pediasure, Vinda, L’Oreal, Wipro Unza, Mentholatum, Beiersdorf, Elianware, Mr DIY, Photobook Malaysia, Arctic Hunter, realme, Black Shark, Skechers, Bagstation, Voir, Carlo Rino dan Lim Tayar.

Read More

04 May 2020

Buat Pesanan Juadah Ramadhan Melalui E-Bazar PLATS

Assalamualaikum dan hai,

Sejak mula puasa hari tu Qiss asyik masak kat rumah, pelbagai menu dah dicuba. Kali ni Qiss nak cuba order dari PLATS pula.



Memandangkan Kajang ni dekat je dengan Bangi, memang berguna sangat laman web ni. Di sekitar Bangi sahaja terdapat beberapa ekitchen yang beroperasi. Haa lagi banyaklah pilihan makanan yang Qiss ada kan. Antara menu menarik yang membuatkan Qiss nak membuat pesanan melalui PLATS ialah lemang dan rendang ayam dengan harga yang berpatutan. Nasi kerabu pun ada juga. Kalau macam ni hari-hari order kat PLATS pun takpe.


Kalau anda nak tahu, PLATS merupakan platform e-bazar yang dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) bagi menyediakan juadah Ramadan di seluruh Selangor. Bukan setakat Bangi je, E-Kitchen PLATS beroperasi di 12 kawasan sekitar Selangor. Buat masa ini PLATS telah beroperasi di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang.

Melalui PLATS konsep e-Kitchen yang ditubuhkan berfungsi sebagai platform bagi pengumpulan pesanan tempahan sahaja. Tiada sebarang aktiviti memasak akan dijalankan melalui platform ini. Pembelian secara terus (walk in) juga sama sekali tidak dibenarkan.

PLATS kini dibuka di Bangi, Semenyih, Salak Tinggi, Shah Alam, Bandar Utama, Ampang

Cara membuat pesanan ialah melalui laman web PLATS (https://www.plats.com.my/) bermula dari 9.00 pagi hingga ke 4.00 petang dan penghantaran akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 7.00 malam. Jadi anda hanya perlu menunggu makanan sampai di depan rumah je tau. Mudah sangat kan. Pesanan tempahan ini akan dihantar oleh rakan penghantaran seperti Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch.


Semua e-Kitchen akan mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan kerajaan dan amalan kebersihan yang ketat sementara peniaga juga perlu mendapat suntikan pelalian tifoid seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Jom tengok menu-menu yang lain juga. Ada kuih-muih yang pastinya memenuhi citarasa anda. Terdapat pelbagai jenis kuih yang ada sempena bulan Ramadan ini seperti kuih lapis, tepung pelita, murtabak dan lain-lain.



Murtabak pun mesti kena ada untuk berbuka puasa. Tambahan inilah kegemaran Qiss sekeluarga. Tak sabar ye nak berbuka puasa. Yang paling seronok boleh cuti memasak untuk hari ni. Yahuuuuu!

Untuk orang ramai yang tinggal di sekitar Ampang. Terdapat juga E-Kitchen yang beroperasi melalui PLATS, anda hanya perlu menyemak E-Kitchen yang berdekatan anda sebelum membuat pesanan.


Menu menarik untuk orang Bandar Utama, ada Nasi Ambeng dan Roti Jala. Haa meriah buka puasa nanti. Menu yang lain-lain juga boleh dilihat di laman web PLATS ini https://www.plats.com.my Selamat membuat pesanan dan selamat berbuka puasa ye semua.


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com