Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

28 April 2020

Shiseido Asia Pacific & Shopee announce strategic partnership to drive growth of J-Beauty category in Southeast Asia

Shopee, the leading e-commerce platform in Southeast Asia and Taiwan, and Shiseido Asia Pacific, a subsidiary of Shiseido Company, Limited, one of the world’s most established beauty companies, reaffirm their strategic partnership through a Joint Business Plan (JBP). This JBP is a unified work plan which details the joint efforts by Shiseido and Shopee to drive the growth of J-Beauty in Southeast Asia.

The agreement will enable Shiseido Asia Pacific to leverage Shopee's extensive user base and deep understanding of Southeast Asian online shoppers to amplify its online presence and accessibility; ultimately enabling the company to capture the immense growth opportunities in the region. Through this partnership, Shiseido also aims to reinforce its position as the leader of the fast-growing Japanese beauty (J-beauty) category in Southeast Asia.

J-beauty is on the rise in Southeast Asia, with a majority share of voice of 58.7%. Much of its growth is attributed to an increase in foreign tourists to Japan and consequent exposure of popular products through social media . J-beauty is usually associated with innovative technologies and stellar research and development, which enables the efficacy of the products.

Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee, and Pranay Mehra, Vice President of Digital and eCommerce, Shiseido Asia Pacific, at the official Joint Business Plan signing

Pranay Mehra, Vice President of Digital and eCommerce, Shiseido Asia Pacific, said, “We want to be where our consumers are when they’re shopping for beauty and skincare products.  How we connect with them has always been a strategic priority for Shiseido in Asia Pacific, and I am confident that we will continue to extend our e-commerce presence with Shopee as our primary strategic partner. We remain committed to our customers and look forward to leveraging Shopee’s expertise to enhance our product accessibility, deepen online engagement and ultimately forge stronger connections with consumers and fellow beauty brand lovers across Southeast Asia.”

The JBP will see close collaboration between both companies and Shiseido broadening its multi-brand portfolio offerings, including but not limited to ANESSA, SENKA and Tsubaki, on Shopee across all six Southeast Asian markets by 2020, with a focus on Indonesia, Thailand and Vietnam, as well as in high potential non-capital cities. The partnership will also see Shiseido’s expansion into new markets such as Taiwan. Shiseido will also utilise the Shopee Brands Suite to reach, connect and deepen engagement with current and new customers in each market. Both brands are working closely to develop content for the newly-launched Shopee Feed, which provides an upgraded social experience for shoppers. The partnership will also see the roll-out of localised brand campaigns that aim to promote brand storytelling. 

Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee, said, “We always anticipate the trends and needs of our users, and we noticed that there has been a growing demand for ‘Made in Japan’ products in Southeast Asia, especially in the beauty and skincare categories. Partnering with Shiseido, one of the world’s most established beauty companies, will allow us to capitalise on their industry expertise and strengthen our J-beauty offerings, unlocking more choices and value for our users. We are honoured to be named as one of Shiseido’s primary strategic e-commerce partners in Southeast Asia, and I am confident that Shopee can help create business impact for them in 2020 and beyond.”

“Southeast Asia is an important and strategic sub-region for Shiseido in Asia Pacific, and through this partnership, we hope that our customers will have greater access to a wider range of beauty brands and products – with the uncompromising quality, innovation and spirit of omotenashi (or Japanese hospitality) – that only Shiseido can provide. I am excited about our growth plans for the future and I look forward to an even stronger partnership with Shopee,” said Mr Osamu Shirai, Vice President of Corporate Strategy & Development, Shiseido Asia Pacific.

Shop to your heart’s desire at the Watashi+ by Shiseido Malaysia Official Store on Shopee and be pampered with exclusive deals and promotions in conjunction with the Raya Bersama Shopee campaign. From now until 26 May 2020, get items from as low as RM10 including the Za Lip Crayon series; discounts of up to 70%, and Buy 1 Free 1 bundles on selected SENKA Perfect Aqua series. Shoppers who visit Shopee will also get to enjoy free shipping with a minimum spend of RM19. 

Head over to Watashi+ by Shiseido to enjoy exclusive deals and promotions.

Read More

24 April 2020

Buttonscarves x Elfira Loy perkenal The Maharani

Pernah dikenali di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana, Elfira Loy baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di sana.


Malah lebih tepat, artis bertudung yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini.

Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy  hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.

Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.

Apatah lagi isteri kepada  Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.

Koleksi itu dilancarkan di Indonesia pada hari ini (24 April) yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan penuh mulia.

Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai.


Hasil penjualan koleksi  tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa wabak covid 19 di Indonesia dan Malaysia

“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah  koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu.

Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya. Namun
apabila saya bersetuju, mereka tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini.

Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei.  InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.


Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.

“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.  Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.

Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.

Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.


Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.

Jadi saya memang ternanti-nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.

Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.

Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.

“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita-cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik.


Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.

Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama  khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli-belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves.

Kata Linda lagi, koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita.

“Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu. 


Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan. 

India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka keraan banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya,” kata Linda lagi.

The Maharani Series boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com. Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi Buttonscarves. Ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun free shipping  kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas.

Harga jualan bermula dari RM125 dan ke atas.

Ketika ini jenama yang bermula sejak 2016 itu terus sukses bukan hanya di Indonesia. Malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam.

Untuk maklumat lanjut, layari:


Instagram: 
Read More

14 April 2020

Asyraf Khalid bengang dikait tumpang pengaruh Datuk K

KUALA LUMPUR:  Lagi lagi Datuk K? Ala senanglah bisnes maju sebab kabel bapa sendiri yang power? Datang daripada keluarga senang, nak apa petik jari mesti dapat? Dan macam macam lagi pandangan sinis yang diterima Asyraf Khalid apabila mula meneroka dunia niaga.


Anak ketiga daripada lima beradik kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) itu mengakui ada kalanya skeptikal itu pantas menyentak diri.

Siapa tak bengang segala usaha titik peluh dan kerja keras selama bertahun tahun termasuk mengukuhkan perniagaan jamu Mutyara Beauty sejak dua tahun lalu bersama isteri (Tya Arifin) dilihat mendapat lesen serta laluan mudah hanya kerana pengaruh bapanya.



Malah, papa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini juga dilihat beruntung kerana mempunyai ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai pengaruh besar dan kemasyhuran di arena seni serta perniagaan.

Meraikan ulang tahun kedua perniagaan Jamu Mutyara diusahakan isterinya pada 20 April ini, Asyraf terpanggil berkongsi perjalanannya membina empayar perniagaan sendiri.

Selain Mutyara, Asyraf juga antara mastermind perniagaan jenama Kilafit diusahakan Kilafairy serta Jiwaku Kids menampilkan anak sulungnya, Arif Jiwa.

“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.



Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu... tak ada siapa yang tahu.

Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.

Kata Asyraf, dia bersyukur diberi ruang merasai kesyukuran sebelum mengecapi kemanisan dalam hidup serta dunia perniagaan.




Jelasnya lagi, dia  mula berjinak jinak dalam dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya.

“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba. Saya betul betul serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.

Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk menakluki apa yang diraih  kala ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu.

Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.



Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya,” katanya.

Tambah Asyraf, isteri tercinta yang dikahwini sejak 1 November 2015 menjadi saksi jatuh bangun dirinya.

“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.

Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.



Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak,diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.

Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman termasuk ketika belajar dengan syarikat Richworks , saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya  bina kembali empayar dunia niaga sekali gus mengangkat jenama Mutyara sehabis baik,” katanya.

Sejak dua tahun lalu juga, Asyraf dan Tya begitu optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara. Jamu itu lebih membanggakan merupakan legasi turun temurun diamalkan keluarga isterinya yang dikomersial.

“Saya dan isteri bina jenama jamu ini kerana kita mahu menambah nilai sekali gus membantu lebih ramai orang di luar sana sama sama menikmati khasiat jamu itu. Tak hanya di situ kita juga buka peluang untuk lebih ramai lagi menjana pendapatan dengan sama sama berniaga jamu berkenaan.



“Perjalanan nak sampai ke sini bukan mudah. Sebab itu apabila saya dapat komen skeptikal hanya kerana saya anak Datuk K semua dilihat mudah, hati ini jadi cepat terasa. Saya juga manusia yang ada hati dan perasaan macam orang lain.

Dalam hal sebegini, ia bukan mengenai dia itu anak siapa. Ramai juga yang kita tahu anak orang berada lebih selesa tidak berbuat apa termasuk menjalankan perniagaan kerana mereka sudah terbiasa mendapat wang dengan mudah. Itu pilihan masing masing.

Sebenarnya ada ramai usahawan berjaya yang saya lihat boleh berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah mereka sebenarnya bermula dari ‘zero’,” kata abang kepada Siti Aafiyah Khalid ini.

Tambah Asyraf lagi, dia banyak melihat contoh dan idola di luar sana yang berasal dari kampung namun beroleh kejayaan membanggakan.

“Saya tengok kejayaan sebegini jadi inspirasi dan penyuntik semangat.
Sebagai contoh ada rakan niaga saya yang buat jualan  tahun lepas mencecah lebih daripada RM20 juta. Tahun ini pula dalam masa 3 bulan dia sudah buat keuntungan lebih RM15 juta.

Kejayaan dia itu jujur buat saya cemburu  dan bengang. Namun dalam konteks yang positif. Mereka mula dengan tak ada apa-apa namun boleh berjaya. Lalu kenapa saya tak boleh berjaya macam itu dan jadi seperti mereka?,” katanya.



Tutur Asyraf lagi, jika dia mahu mencari kejayaan pantas nescaya boleh dilakukan dengan menggunakan pengaruh ibu tirinya (Siti Nurhaliza) dan Datuk K sejak dari dulu

“Kalau mahu berjaya dengan cara sebegitu, barangkali sudah lama saya guna jalan pintas. Malah tak hanya disitu apabila saya menggunakan Tya untuk menerajui perniagaan jamu kami, ada pula yang cakap senanglah sebab isteri saya bergelar artis atau figura awam.

Maka wujudlah stigma guna artis senanglah jalan perniagaan yang diteroka. Tapi pandangan itu tak tepat dan sangat salah. Hakikatnya ada saja artis yang menceburi perniagaan tapi akhirnya gulung tikar dan lingkup.

Pada akhirnya semua berbalik kepada soal rezeki, tuah, usaha dan niat. Bergelar artis atau dilahirkan dalam keluarga berpengaruh belum tentu jadi jaminan,” katanya.

Katanya lagi, produk yang dijual itu juga harus bagus dan berkualiti. Ia tidak semata mata menjual jenama artis atau pengaruh saja.

Malah Asyraf juga terbuka untuk membantu masyarakat menjana pendapatan sampingan.

“Kita pun harus beri latihan yang mampan kepada pengedar, agen atau stokis. Artis pun kalau keluarkan produk yang tidak membantu, akan berakhir dengan kegagalan juga.

Sebenarnya nak buat bisnes  ini ada banyak faktor untuk berjaya. Malah kalau ada yang nak saya bantu, diri ini berlapang dada untuk menerima mereka dengan tangan terbuka.

Niat saya adalah untuk membantu lebih ramai orang beroleh pendapatan sampingan. Lebih-lebih dalam keadaan semasa negara kita berdepan ujian penularan wabak Covid 19 hingga membuatkan ekonomi jadi tak menentu.

Kalau boleh buat pendapatan sampingan dari  RM 1000  hingga RM 5000 sebulan pun kira okay saat ini. Tak kisahlah siapa pun saya, diri ini mahu membantu lebih ramai orang menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal.

Kita ada buat Business Oppurtunity Session secara online, untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.  Ayuh bersama kami demi menjana pendapatan ketika ramai yang terkesan dengan situasi semasa,” katanya



Di akhir bicara, sekalipun selesa berdikari dalam dunia perniagaan, Asyraf berbangga kerana dia memiliki tenaga sokongan jitu di belakang iaitu keluarga tersayang.

“Jujur saya juga bangga dan bersyukur menjadi anak kepada Datuk K. Itu satu fakta yang tak boleh diubah. Namun seperti saya katakan, diri ini selesa berdikari dan jauh sekali bergantung harap kepada ayah.

Saya bersyukur sebab ayah banyak mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau saya minta duit kepadanya.

Ayah nak saya faham tentang erti kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya jadi sebegini berkat didikannya,” katanya.



Sedari dulu, Asyraf  hanya mahu membanggakan ayahnya.

“Dari kecil, ayahlah yang berikan segala galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana mungkin saya nak susahkannya lagi selain terus berada di bawah ketiaknya.

Sebenarnya awal tahun ni, ayah ada  meminta saya membantu untuk mengukuhkan jaringan jenama Simplysiti di Indonesia. Namun  saya fikir, sekarang adalah masa untuk membantu  isteri dan pasukan jamu Mutyara  melangkah ke tahap yang lebih tinggi.  Lalu permintaan ayah itu saya terpaksa tolak dengan baik,” katanya.


Untuk maklumat lanjut, layari

Laman web:

Instagram

Berminat nak jadi stokist boleh hubungi 012 579 9011 untuk di bantu oleh team Mutyara.
Read More

09 April 2020

Kek Lava Durian | Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah

Domino’s Pizza memperkenalkan pencuci mulut terbaru dalam koleksinya, Kek Lava Durian! Sempurna untuk semua peminat durian, pencuci mulut dan mereka yang inginkan sesuatu yang baharu, Kek Lava Durian ini pasti menjadi pilihan yang akan memenuhi citarasa semua.


Diperbuat dengan kek yang lembut dan lazat dengan perisa durian dipenuhi dengan inti durian yang kaya dengan isi sebenar D24. Nikmati kelazatan rasa buah kegemaran anda dengan penuh keselesaan di rumah sendiri.

Lazat, menyelerakan dan kaya dengan aroma, inilah yang dapat dinikmati apabila kek lava klasik digabungkan dengan raja segala buah, durian. Anda berani untuk mencuba?

Buat duit dengan Youtube

Berkongsi tentang konsep disebalik pembuatan Kek Lava Durian, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia & Singapura, Linda Hassan berkata, “Untuk memenuhi kehendak citarasa semua pelanggan dan selaras dengan janji Domino’s iaitu “It’s All About You,” kami ingin mencipta pencuci mulut yang dapat menjadi tarikan kepada peminat durian dan juga mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu dalam pilihan pencuci mulut. Kerana durian adalah rasa yang unik, kami berazam untuk mencipta pencuci mulut yang akan disukai ramai. Kepada mereka yang mempunyai keraguan dengan rasa durian, kami cabar anda untuk mencuba pencuci mulut ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kek Lava Durian terbaru ini disediakan khusus untuk menyembunyikan bau durian tanpa menjejaskan rasa enaknya. Perisa durian menawarkan rasa yang unik dan inti tengah yang lazat akan memberikan pengalaman yang tersendiri dan tidak dapat dilupakan. Tunggu apa lagi, sahut cabaran #WeDareYouToTry!” 


Kek Lava Durian Domino's Pizza


Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia turut berkata, “Sebagai sebuah jenama yang mengutamakan obsesi pelanggan, kami menyedari profil rasa asas pelanggan Malaysia dan kami memahami keadaan semasa yang dihadapi sekarang. Seiring dengan perkhidmatan penghantaran Zero Contact, kami juga mengambil berat tentang pilihan yang ditawarkan, maka terhasilnya Kek Lava Durian. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pencuci mulut terbaru ini dan memuaskan keinginan rasa durian mereka sambil masing-masing menjaga diri serta kekal selamat di rumah.”

Untuk masa yang terhad sahaja, Kek Lava Durian boleh didapati bermula 6 April.



Domino’s berpegang teguh dengan janji jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan kepuasan produk. Komitmen ini ditunjukkan melalui dasar tiada pembatalan dan pembayaran balik ataupun penggantian pesanan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan.

Jom tengok video ni



Selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi Domino’s mungkin berbeza mengikut waktu operasi yang dibenarkan oleh majlis-majlis tempatan di setiap negeri. Komitmen kami terhadap keselamatan penghantar piza dan pelanggan jelas dengan pelaksanaan perkhidmatan wajib Zero Contact.

Untuk mencuba Kek Lava Durian terbaru, sila kunjungi kedai-kedai Domino’s ataupun membuat pesanan atas talian di http://www.dominos.com.my/.

Read More

03 April 2020

Celebrate Xiaomi Mi Fan Festival 2020 on Shopee


KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2019 – Global technology leader Xiaomi unveils the global Mi Fan Festival 2020 with a special Redmi Note 9S exclusively on Shopee. The Redmi Note 9S comes in a Limited Edition Grey variant for the 6GB + 128GB model.



In conjunction with the Mi Fan Festival 2020, this limited edition Redmi Note 9S with only 2020 units available worldwide will also have the Mi Fan Festival 2020 logo engraved on the back of the phone. Mi Fans can get their hands on the 6GB + 128GB Global Version Redmi Note 9S for RM899 (RRP: RM949) when they purchase it on Shopee, and receive a complimentary Xiaomi Mi Smart Band 4 worth RM149.



The celebration just keeps getting better. Happening from 7 to 9 April, the Mi Fan Festival 2020 gives a whole lot more savings back to Mi Fans in Malaysia with mouth-watering deals up to 80%. Stretch the Ringgit further and grab popular Xiaomi products at an exclusive price on Shopee.




Product Link

1. Xiaomi Redmi Note 9S (6GB + 128GB) Global Version 



2. Xiaomi Redmi Note 9S (4GB + 64GB) Global Version 

3. Xiaomi Redmi 8 (3GB RAM, 32GB ROM)

4. Xiaomi Redmi 8A (2GB + 32GB) Global Version



5. Xiaomi Redmi Note 9S (6GB + 128GB) 

6. Xiaomi Mi Smart Band 4

7. Mi True Wireless Earphones

8. Xiaomi 10000mAh Redmi Power Bank

9. Xiaomi Mi Robot Vacuum

10. Xiaomi Mi Air Purifier 2S Global Version

11. Xiaomi Mi Casual Daypack Global Version Lightweight Backpack




On 7 April, stay tuned for Xiaomi’s special Shopee Live session showcasing the new Redmi Note 9S as well as other Xiaomi gadgets happening at 1PM and stand a chance to win a Limited Edition Redmi Note 9S! Mi Fans can also claim voucher from the store to enjoy RM10 off your bill with a min spend of RM100.


Redmi 8A, The Best Assistant for Your Family Members.

This device comes with 6.22 inch DotDisplay, SD 439 processor, 5000 mAh battery capacity which lasts for 21days and also with 12MP camera!

Meanwhile, we have sold more than 800 units within 1 week!
Celebrate the Mi Fan Festival with your beloved family members too!

Price at RM299 only!
Purchase Link: REDMI 8A


From 7 April onwards, celebrate Mi Fan Festival 2020 on Shopee via https://shopee.com.my/m/mi-fan-festival

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com