Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

29 June 2022

Lagu Mudahnya Berzakat Didik Anak-anak Tentang Kepentingan Berzakat

Wangsa Maju, 25hb Jun – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mengadakan Majlis Pelancaran Lagu Omar & Hana yang bertajuk Mudahnya Berzakat di pusat membeli belah Aeon Alpha Angle.

Majlis Pelancaran Lagu Mudahnya Berzakat Omar Dan Hana

Omar & Hana menjadi pilihan kerana terkenal dengan lagu-lagu kisah tauladan sahabat nabi, solat, puasa dan lain-lain berkaitan dengan agama Islam. Insiatif ini merupakan kerjasama yang dilaksanakan oleh PPZ-MAIWP dan Digital Durian  yang akhirnya menghasilkan lagu dan video khas berkenaan zakat bertajuk Mudahnya Berzakat. Video lagu ini juga untuk memberi kesedaran dan mendidik kanak-kanak dan ibu bapa tentang kewajipan berzakat.

Penampilan khas Sharifah Shahirah dan Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman yang menjalankan aktiviti kuiz soal jawab serta perkongsian mengenai zakat

Ibadah zakat ini perlu dididik seawal usia kanak-kanak sama seperti penekanan terhadap ibadah solat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji. Hal ini adalah kerana ibadah ini merupakan ibadah wajib dan merupakan rukun Islam ketiga. Secara tidak langsung lagu ini juga boleh memupuk anak-anak dari kecil perihal zakat apabila menonton video lagu ini. Seterusnya melahirkan generasi muda yang celik zakat dan akhirnya menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat. Maka lebih banyak asnaf yang boleh dibantu.

Maskot Omar dan Hana serta Ustaz Amil menceriakan suasana

Kanak-kanak juga tidak terkecuali menunaikan kewajipan ini sekiranya menepati syarat-syarat wajib zakat. Syarat wajib zakat ialah Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul. Maka kanak-kanak yang mencukupi syarat tersebut wajiblah mengeluarkan zakat tanpa kira batas umur. Namun zakat ke atas kanak-kanak wajib ditunaikan oleh penjaga atau ibu bapa. Contoh zakat yang dikenakan ialah zakat harta dan emas tabungan pendidikan kanak-kanak.

Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat harta pula merangkumi tujuh jenis. Tujuh jenis zakat harta tersebut ialah, zakat harta simpanan, zakat perniagaan, zakat ternakan dan pertanian, zakat KWSP (apabila dikeluarkan), zakat emas dan perak, zakat saham (apabila dikeluarkan) dan zakat pendapatan (gaji, elaun & sebagainya). Nampak banyak namun zakat hanya perlu dibayar sebanyak 2.5% sahaja daripada setiap jenis bahkan hanya wajib dibayar apabila cukup nisab setelah ditolak komitmen.

Untuk memudahkan orang ramai menunaikan zakat, pembayaran zakat kini boleh dilakukan melalui aplikasi MyZakat. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh semak kelayakan berzakat, mengira pembayaran zakat, membuat pembayaran dan semak penyata zakat. Aplikasi MyZakat ini boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple Store. Pembayaran melalui aplikasi ini kini lebih mudah dengan perbankan internet dan pembayaran melalui dompet elektronik sepert ShopeePay, Boost dan GoPayz.

Aplikasi MyZakat memudahkan pembayaran zakat

Pelbagai aktiviti turut dijalankan semasa majlis pelancaran Lagu Mudahnya Berzakat seperti pertandingan mewarna dan kuiz berkaitan zakat.

Kanak-kanak mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna


Pemenang pertandingan mewarna anjuran PPZ-MAIWP 

Marilah tunaikan zakat, bagi mensucikan harta dan agar lebih banyak golongan layak menerima zakat mendapat bantuan zakat sewajarnya.

Kaunter penerangan dan pembayaran zakat

Jom tonton video lagu Mudahnya Berzakat oleh Omar & Hana dan PPZ-MAIWP.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai PPZ-MAIWP boleh rujuk maklumat dibawah:

Laman Web: www.zakat.com.my

Talian Zakat: 1300-88-5757

Facebook: Pusat Pungutan Zakat

Instagram: Pusat Pungutan Zakat

Youtube: PPZTV

Twitter: PPZWP

Aplikasi MyZakat Play Store: MyZakat Play Store

Aplikasi MyZakat Apple Store: MyZakat Apple Store

#pusatpungutanzakat #ppzwilayah #mudahnyaberzakat #omardanhanaxPPZMAIWP


Read More

27 June 2022

Lebih 1000 Usahawan Nexus Hadiri Nexus Success Convention 2022 Sebagai Persediaan Ke Peringkat Global

KUALA LUMPUR: Usaha syarikat Bumiputera, Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) untuk membantu ummah menjana pendapatan sejak fasa pandemik COVID-19 hingga endemik tidak pernah terhenti.

Sabtu lalu, syarikat ini membantu lebih 1000 usahawan Eskayvie Nexus di acara dipanggil Nexus Success Convention 2022 berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam, Shah Alam. Usahawan berkenaan datang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.

Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, program julung kali diadakan itu bertujuan membangunkan potensi kepemimpinan setiap individu di dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

"Usahawan ini telah dilatih secara intensif sebaik sahaja berdaftar sebagai ahli. Sepanjang dua tahun menempuhi pandemik, pelbagai sesi latihan berkaitan sistem, pemasaran dan jualan telah diadakan hampir setiap hari secara atas talian.

Pn Kartika Wati, Pengarah Urusan Eskayvie memulakan acara Nexus Success Convention dengan penuh semangat di hadapan lebih 1000 Usahawan Nexus yang hadir dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.

"Istimewanya kali ini, konvensyen ini turut mengiktiraf pencapaian dan transformasi luar biasa usahawan Nexus berstatus Icon Circle yang berjaya menjana pendapatan melebihi lima angka sebulan pada tahun ini," kata Kartika Wati.

Tambah Kartika Wati, meskipun tahun lalu kita semua telah berdepan pandemik dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, usahawan Nexus ini terus optimis.

Puan Kartika Wati menyampaikan anugerah Great Kahuna Award kepada Icon Circle, Puan Shabaneeny Mahmud, Tuan Syed Azam Fouzi dan Puan Nurhazimah Jamian


"Mereka mampu melakukan perubahan dan beradaptasi dengan pelbagai cabaran di bawah bimbingan Eskayvie.

"Ini semangat juang berdaya saing yang kita mahu sampai bila-bila. Segala perkembangan dan kemas kini boleh dilihat https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official atau https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/," kata Kartika Wati.

Pn Kartika Wati menjelaskan  hala tuju Eskayvie kepada Usahawan Nexus untuk mencapai misi dan visi dalam tempoh 5 tahun akan datang

Kartika Wati berkata lagi, melalui visi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah, mereka melihat ini sebagai satu misi dan tanggungjawab sosial berterusan.

"Semua dalam usaha melahirkan 1 juta usahawan Nexus aktif menjelang tahun 2027. Misi ini dilihat tidak mustahil kerana sehingga kini kami telah berjaya membantu lebih 70,000 orang usahawan Nexus meningkatkan tahap kewangan mereka.

"Kami turut mensasarkan jualan sebanyak 1 Billion US Dollar yang membabitkan pasaran sehingga ke 11 buah negara di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Eskayvie sentiasa bersedia dengan aktiviti kajian dan pembangunan yang berterusan.

"Ia termasuklah menghasilkan 500 produk baru yang berkualiti tinggi. Seterusnya mencipta 50,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat," kata Kartika Wati.

Hadir sama di persidangan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri dan duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.

Perkongsian oleh Puan Nadiah Zainal Abidin dan Puan Shabaneeny Mahmud tentang jatuh bangun dalam kehidupan dan perniagaan telah banyak membuka mata hadirin dalam sesi perkongsian Hot Seat bersama Ketua Pegawai Pemasaran Eskayvie, En Aizzuan Ali

Dato’ Aznil Hj Nawawi turut berkongsi tentang tips untuk cipta “Branding” yang kukuh bagi membantu Usahawan Nexus menaikkan jualan mereka.

Aznil sendiri turut menyampaikan perkongsian mengenai penjenamaan dan kebolehan komunikasi berkesan yang harus dikuasai oleh setiap usahawan Nexus.

"Sejak menyertai keluarga jenama ini, saya melihat usaha dilakukan tidak pernah bernoktah dalam pembangunan ummah.

"Tak kira daripada segi menawarkan produk dengan kualiti tinggi selain membantu ramai orang untuk menjana pendapatan, niat dan misi jenama ini saya pandang tinggi.

"Rasa kebersamaan juga wujud seperti kita sebuah keluarga besar yang sama-sama mengharungi pelbagai cabaran. Contohnya ketika di era pandemik COVID-19," kata Aznil.

Program satu hari yang padat dengan perkongsian ilmu dan strategi perniagaan ini menerima banyak maklum balas daripada pengalaman sebenar usahawan yang telah berjaya meningkatkan ekonomi keluarga mereka sepanjang bersama Eskayvie Nexus.

Dr Syid Ayob, formulator produk-produk berkualiti Eskayvie memperkenalkan produk terbaru Eskayvie, Gutafix yang boleh membantu masalah ketidakselesaan perut.

Antaranya, wanita yang dikenali dengan nama Norain Akib, 32, yang berjaya mencapai jualan sehingga RM10 juta dalam tempoh lima bulan pertama pada tahun ini.

“Sebelum sertai keluarga jenama ini, saya kerugian besar dan tanggung hutang akibat berniaga tanpa ilmu. Apabila diperkenalkan dengan Eskayvie Nexus, semuanya berubah.

"Kami diajar teknik, strategi dan ilmu yang betul untuk kekal relevan dan terus berkembang dalam perniagaan”, kongsi Ain.

Kejutan demi kejutan, usahawan Nexus yang hadir turut berpeluang merasmikan produk terbaru, Eskayvie Gutafix
Azlina Aziz, 46, pula berkata percaturannya bersama jenama ini membuahkan hasil. “Wang simpanan saya tak cukup untuk tanggung keluarga apabila terpaksa memilih program Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) dan diberhentikan kerja.

"Namun, jenama ini bantu saya dengan ilmu yang betul untuk jana pendapatan sehingga lima angka sebulan melalui sistem yang teratur dan adil macam sistem Nexus ini,” ujar Azlina Aziz.

Read More

24 June 2022

Shopee Bantu Penjual Tempatan Tingkatkan Jualan Dengan Lebih Banyak Ciri Kolaboratif

 Shopee kongsikan inisiatif dan sumber untuk menyokong perniagaan tempatan di Seller Summit 2022 

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2022 - Shopee berusaha untuk membantu para penjual tempatan menarik lebih ramai pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada untuk kembali membuat pembelian pada platform dengan alat pemasaran penjual baharu dan bersifat lebih kolaboratif.

Pengarah Shopee Malaysia Kavan Sito menekankan bahawa platform tersebut kekal komited untuk membantu lebih ramai orang dan perniagaan mengakses manfaat ekonomi digital melalui teknologi.

Menurut Kavan Sito, Pengarah Shopee Malaysia, mulai S3 tahun ini, semua penjual bakal meluaskan jangkauan mereka menerusi lebih 13,000 rakan affiliate Shopee untuk menambahbaik keterlihatan serta meningkatkan jualan melalui Shopee Affiliate Marketing Solution (AMS).

Rakan kongsi affiliate termasuk influencer media sosial, platform kupon dan pulangan tunai, platform perbandingan harga dan penerbit kandungan.

Penjual terpilih yang menyertai AMS antara bulan Oktober dan Disember tahun lalu mencapai hingga 16 kali ganda pulangan atas pelaburan pengiklanan mereka.

Berucap di Shopee Seller Summit pada 16 Jun, Sito berkata bahawa ulasan atau review daripada pengguna adalah penting untuk membantu mewujudkan kepercayaan dan daya tarikan untuk produk dalam talian. Oleh itu, Shopee juga akan membolehkan para penjual memberi ganjaran kepada pengguna yang memberi ulasan produk yang berguna.

Selain itu, platform itu juga akan mempertingkatkan ciri baucarnya yang akan membolehkan para penjual memberi insentif kepada pembeli baharu serta memberi ganjaran kepada pembeli sedia ada yang kembali membuat pembelian atas kesetiaan mereka.

“Ini adalah antara banyak ciri pemasaran penjual inovatif yang akan dilancarkan oleh Shopee dalam beberapa bulan akan datang untuk membantu para penjual memacu pertumbuhan perniagaan jangka panjang,” kata Sito.

Shopee Seller Summit yang bertemakan “Level Up: Driving Growth Together” telah diadakan di Sunway Resort, Petaling Jaya. Acara tersebut telah menarik 500 peserta fizikal dan hampir 2000 peserta maya.

Sito berkata, “Shopee kekal komited untuk meningkatkan kemahiran dan memperkasakan perniagaan tempatan. Selain daripada modul latihan percuma yang disediakan melalui Shopee University, Shopee berbesar hati menjadi rakan kepada agensi kerajaan yang dipercayai untuk menyokong komuniti tempatan serta memacu inisiatif latihan yang membantu meningkatkan kemahiran perniagaan tempatan. Ini termasuk memberi sokongan kepada semua jenis penjual, malah kira-kira 5,000 usahawan pelajar universiti memulakan perjalanan perniagaan dalam talian mereka melalui inisiatif Siswa Mall dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.”

Shopee Seller Summit juga merupakan sebahagian daripada inisiatif #ShopeeSapotLokal yang bertujuan memacu inklusiviti dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti tempatan.

Kelvin Yam, 46 tahun, seorang penjual di Shopee yang mengendalikan kedai alat tulis, CX Trading merupakan seorang pengguna tegar program-program Shopee seperti Facebook Collaborative Ads (CPAS) dan Seller Affiliate Programme. Beliau berkata bahawa program-program tersebut bukan sahaja memberi insentif kepadanya untuk memasarkan produk Shopee di Facebook, tetapi turut membantu meningkatkan purata jualan bulanannya sebanyak lebih daripada dua kali ganda.

“Program-program ini sangat membantu dalam meningkatkan perniagaan Shopee saya kerana saya melihat peningkatan jualan hampir 5 kali ganda. Saya kini menjana purata jualan bulanan sebanyak kira-kira RM50,000,” kata Yam.

Seorang lagi penjual, Ammar Izzuddin, 33, percaya bahawa selain menambah ilmu, seseorang juga perlu menjalin rangkaian kenalan dan belajar daripada penjual lain untuk menimba lebih banyak pengalaman dalam penjualan.

Ammar yang menjual produk bayi di Shopee berkata, “Melalui peluang meluaskan rangkaian kenalan di Shopee Seller Summit, saya memperoleh pandangan tentang cara para penjual lain menyusun strategi dan meramalkan peluang perniagaan, serta mengurus sumber mereka. Ini semua sangat bermanfaat demi membantu kami memahami cara kami dapat melakukan yang lebih baik dan mengembangkan perniagaan dalam jangka panjang.”

Ammar merupakan peserta setia Shopee Seller Summit selama empat tahun berturut-turut.

Para penjual yang ingin menyampaikan kemahiran dan pengetahuan mereka boleh menyertai program ShopeeXperts, di mana permohonan program akan dibuka pada awal bulan Ogos tahun ini. Melalui program ini, penjual berprestasi tinggi terpilih akan diberi latihan selama sebulan dalam kemahiran pemasaran, operasi, jualan dan pembentangan. Ini merupakan peluang untuk mewujudkan kredibiliti sebagai seorang jurulatih yang berkelayakan serta dapat membantu para penjual lain dalam memacu pertumbuhan perniagaan mereka.

Read More

22 June 2022

Filem Mat Kilau | Filem Wajib Tonton

Seperti pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton lewat buah tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof.

Karya terbaharu yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini membentangkan sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau. Latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.

Poster Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang.

Datuk Adi Putra Sebagai Mat Kilau

Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Filem yang mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin).

Fattah Amin Sebagai Awang

Beto Kusyairy Sebagai Wahid

Yayan Ruhian Sebagai Toga

Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

“Sebagai penerbit kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur. Filem arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali.



Mat Kilau dibikin dalam suasana  tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.

Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.


Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

PENERBIT FILEM MAT KILAU TERHARU SOKONGAN PIHAK FINAS DAN MEDIA

Usai tayangan perdana filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan yang diadakan pada Khamis lalu, 16 Jun 2022 di GSC Starling Mall, Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan rasa bersyukur di atas sambutan yang diberikan kepada filem terbitan Studio Kembara ini. 

Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan rasa bersyukur di atas sambutan yang diberikan kepada Filem Mat Kilau

Menurutnya, “Pihak Studio Kembara berasa  sangat bersyukur serta terharu di atas respon-respon positif dan  sangat mengalakkan  yang diterima dari pelbagai pihak termasuk media dan para tetamu jemputan yang hadir pada tayangan perdana baru-baru ini.”

Menurutnya, setelah sekian lama berusaha gigih untuk menghasilkan filem yang membangunkan kecintaan tanahair ini, ia telah disambut dengan begitu baik. Malah kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ke acara tersebut turut menunjukkan bahawa hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

“Saya ingin merakamkan rasa dan penghargaan terima kasih khas kepada pihak Finas kerana menyokong dan membantu menjayakan projek filem ini dari awal lagi sehingga akhir.  Kehadiran Pengerusi Finas, YB Senator Datuk Seri Hajah Zurainah bt. Musa dan Ketua Eksekutif Finas, YBRS Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim terus membuktikan komitmen pihak Finas untuk membantu memajukan industry perfileman negara.

“Filem yang baik boleh menjadi medium membangunkan malah mampu mengharumkan nama negara.  Studio Kembara bersedia bersama membantu  mengangkat agenda nasional di masa akan datang dengan penghasilan produk-produk yang menambil nilai rakyat Malaysia,” katanya dalam rasa terharu.

Filem berjudul Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan yang akan ditayangkan mulai 23 Jun ini diharap dan dijangka akan mendapat sambutan hangat serta menjadi penerobos psikologi yang mencetus keyakinan baru kepada pemain industri hiburan tempatan dan seterusnya melangkah lebih maju ke depan. 

Studio Kembara memilih untuk menghasilkan filem inspirasi dari kisah benar ini untuk menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan oleh sejarah. Terdapat banyak catatan sejarah kebijaksanaan dan keberanian beliau. Terdapat juga catatan-catatan pihak British yang ditemui mengakui pengaruh besar beliau kepada masyarakat zaman itu dalam membangkitkan semangat mempertahankan maruah bangsa melayu dan kedaulatan bumi Pahang. Ramai yang tidak mengetahui ada rekod pihak British yang merakamkan gerakan besar yang dipimpin Mat Kilau telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian besar kepada British. 

Mat Kilau menampil contoh sifat kelelakian yang sentiasa diperlukan pada setiap zaman. Seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya Melayu, matang, berakhlak baik, cinta tanahair, berani dan sedia berkorban untuk mempertahankan watannya dari sebarang bentuk pencerobohan. Beliau juga diiktiraf sebagai tokoh negara. 

Tontonlah filem aksi tanpa henti ini, yang menyaksikan pengorbanan, keberanian, dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanahair tercinta.

Untuk berita terkini, sila layari:

Facebook:

https://www.facebook.com/Filem-Mat-Kilau-324216361284843

Instagram: https://www.instagram.com/filem_matkilau/

Twitter: https://twitter.com/Filem_MatKilau

TikTok:

https://www.tiktok.com/@filem_matkilau

Youtube:

https://www.youtube.com/channel/UCkQtOTKEicFiYe_tnlvoFwg

Ikuti Studio Kembara di https://www.instagram.com/studiokembara/

#kebangkitanpahlawan #jagabangsajagaagama



Read More

19 June 2022

Nikmati KITKAT Cara Baru | Kolaborasi AEON La Boheme Bersama Nestle KITKAT

Dari dulu sampai sekarang kalau membeli-belah dekat Aeon sama ada Aeon Big ataupun Aeon Mall mesti singgah beli roti dan pastri dekat La Boheme. Tak lengkap rasa kalau tak singgah sini sebab pelbagai pilihan roti dan pastri ada kat sini.

Baru-baru ini AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi bersama Nestle KITKAT untuk memberi variasi kepada pilihan produk pastri AEON La Boheme. Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di AEON BiG Jaya One, Petaling Jaya.

Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD. dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional.

Majlis tersebut dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON CO., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD, Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional.

Menurut Sunny Setiawan, “Kami berasa sangat bersyukur kerana AEON berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama gergasi manisan iaitu KITKAT yang sangat terkenal dengan keenakan coklatnya. Melalui kerjasama ini, kami dapat menawarkan lebih banyak variasi pilihan roti, donat, pastri serta ban untuk memenuhi citarasa pelanggan kami,”

Pelbagai variasi pastri dengan kolaborasi bersama coklat KITKAT
“AEON sedar akan permintaan pelanggan yang sentiasa dinamik. Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan KITKAT, sebuah jenama yang dikenali dan digemari ramai untuk menghasilkan produk pastri enak dan berkualiti.” sambung beliau.

Terdapat lima produk pilihan diperkenalkan melalui kerjasama ini iaitu Nutty Donut, Polkadot Donut, Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf. Kelima-lima produk ini boleh didapati di semua cawangan AEON CO. dan AEON BiG. 

Matcha Croissant 

Chessy Loaf

Supreme Muffin

Polkadot Donut

Nutty Donut

Yit Woon Lai pula mengulas “Nestle Professional amat teruja kerana kerjasama ini akan memberi peluang kepada peminat KITKAT untuk menikmati produk tersebut dalam bentuk yang berbeza. Kami juga percaya usaha ini mampu mengeratkan hubungan perniagaan dengan AEON dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan perniagaan untuk masa terdekat. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan jenama La Boheme kepada pengguna secara umum, khususnya kepada peminat setia KITKAT.”

La Boheme yang diperakui halal di AEON menawarkan pelbagai jenis roti segar dan produk berkaitan bakeri termasuk pastri dan puding. Terdapat pelbagai produk yang lazat dan berkualiti disajikan setiap hari dalam suasana yang selesa. Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan aktiviti bersama pengunjung. 


Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.

Jom dapatkan pastri dengan KITKAT ni di La Boheme berdekatan anda. Sekali rasa pasti nak lagi.

Read More

16 June 2022

Jadikan Halal Pilihan Utama Anda | Inisiatif HDC Tingkatkan Produk PMKS

Inisiatif Halal Development Corporation Malaysia atau lebih dikenali sebagai HDC untuk membangunkan produk Pengusaha Makanan Kecil dan Sederhana (PMKS) ke peringkat global dimulakan dengan memperkenalkan produk ini ke pasaraya di seluruh negara melalui kerjasama dengan rakan strategik iaitu Lulu’s Hypermarkets, Lotus’s, dan FoodPanda.

Jadikan Halal Pilihan Utama Anda | Inisiatif Halal Development Corporation Tingkatkan Produk IKS

Halal Development Corporation ialah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Agensi ini ditubuhkan dengan misi untuk meningkatkan industri halal Malaysia dan memudahkan perkembangan pemain industri Halal melalui inisiatif yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka. HDC juga merupakan sebuah organisasi pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal Malaysia.

Kempen ini mendapat kerjasama secara proaktif daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya iaitu HDC dan juga Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) diadakan bagi tujuan untuk membantu meningkatkan kompetensi dan jualan produk halal Pengusaha Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas semasa pandemik Covid-19.

Kempen ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS (April - Julai 2022)

Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS di pasaraya-pasaraya besar. Di mana HDC telah menjalinkan kerjasama dengan Lulu International Group dan Lotus’s Store (Malaysia) Sdn. Bhd. Kerjasama strategik ini akan menyaksikan kempen bermula 22 April di semua cawangan pasaraya Lulu, manakala kempen akan bermula pada 28 April ini di semua cawangan Lotus’s di seluruh negara.


Produk Halal dipamerkan di rak dengan pelekat Inisiatif "Jadikan Halal Pilihan Anda" lebih memudahkan pelanggan

Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS (Jun – Julai 2022)

Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS, akan melibatkan kerjasama dengan Food Panda Malaysia, penyedia platform secara dalam talian (e-commerce) dan logistik terkemuka, yang akan bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2022.

Berikut antara Senarai PMKS yang terpilih untuk Kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda"

1 Deligateaux (M) Sdn Bhd

2 Kolam Emas Enterprise

3 Doluvo Sdn Bhd

4 Fuji Bakery Supplies (M) Sdn Bhd

5 G & H Cake House Sdn Bhd

6 Al-Jazeera Ice Cream Sdn Bhd

7 Muslim Kitchen Sdn Bhd

8 Hybrid Allied Dairy Company Sdn Bhd

9 Nutrisource(M) SDN BHD

10 The Dalucia Sdn Bhd

11 Tanamera Tropical Spa Sdn. Bhd

12 Industri Keropok Dunia (M) Sdn Bhd

13 Fatihah Frozen Food Sdn Bhd

14 SD Impex

15 Daily Fresh Bakery Sdn Bhd

16 Fantastic Food Factory Sdn Bhd

17 Daily Bakery Sdn Bhd

18 Akifcafe Coffee Industries

19 Ameen Products

20 Aynuf Enterprise

Qiss selalu membeli-belah dekat Lulu sebab senang nak dapatkan produk Halal tanpa was-was. Baru-baru ini, Qiss berkesempatan ke Lulu dan Qiss dapat lihat pelbagai barangan Halal produk PMKS yang ada dijual di sini. Antaranya:








Melalui inisiatif ini juga, pengusaha produk dengan status Halal boleh memperkenalkan produk mereka terus kepada pengguna. Qiss pun tak teragak-agak nak membeli barangan Halal sebab dah siap tersusun di rak dan ada pelekat siap bagitahu itu produk Halal pilihan tau.

Kepelbagaian produk juga boleh didapati dan pengeluar produk juga boleh menyalurkan bahan-bahan kering ataupun proses terus ke dapur pasaraya bagi membuka lebih banyak peluang memperkenalkan produk mereka. 

Seperti di Lulu Hypermarket, ada bahagian makanan dan memerlukan produk untuk memasak, jadi pengeluar produk mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyalurkan produk samada untuk dijual kepada pelanggan ataupun ke dapur pasaraya.

Inisiatif ini sangat bagus diteruskan bagi membuka lebih banyak peluang kepada PMKS sedia ada dan yang baru berjinak untuk mengeluarkan produk baharu bagi mencapai target Malaysia sebagai pengeluar produk Halal terbesar didunia.

Sebagai pembeli semestinya Qiss turut sama menyokong inisiatif ini dengan memilih lebih banyak produk Halal tempatan untuk barangan rumah. Jom sama-sama sokong inisiatif ini.

#HDC #InisiatifBajet2022 #JadikanHalalPilihanUtamaAnda #TrolleyPunHalal

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com