Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

Read More

Beauty Review l Eco Wellness Sanctuary Spa Bandar Botanik Klang

Rawatan Urutan Aromaterapi Organik
Read More

ETW6: Keunikan Philea Mines Beach Resort

Philea Mines Beach Resort yang juga dikenali sebagai pantai di dalam bandar
Read More

Gadget: Moto Z2 Play

Motorola Malaysia mengumumkan Moto Z2 Play
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

22 May 2019

Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System Kulit Cerah Tanpa Suplemen

Wanita Asia berkulit sawo matang seringkali menginginkan kulit yang putih. Katanya putih itu cantik. Tapi lain pula kalau kulit wajah semakin gelap disebabkan terlalu lama berjemur di tengah panas. Jadi, mesti kita berusaha nak putihkan wajah kita ni semula.

Bercakap tentang putih, Qiss dulu selalu ambil suplemen yang mengandungi Glutathione. Selalunya dalam bentuk pil yang kena telan tu.

Setelah sekian lama digunakan secara oral sebagai suplemen yang kaya antioksida bagi mencerahkan kulit  dan menjadi bahan utama dalam suntikan pemutihan,korang kini boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada pil dan jarum suntikan apabila Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System telah mempelopori penggunaan Glutathione sebagai bahan penjagaan kulit, dengan menggunakan teknologi Jepun yang telah dipatenkan, bagi membangunkan produk yang sangat stabil tetapi efektif untuk penggunaan secara terus. 





Diformulakan daripada bahan-bahan termaju seperti AA2G (Ascorbyl Glucoside)  Hyalo-Oligo®, Ekstrak Silybum Marianum, Vitamin B3, B5 dan B6, rangkaian terbaharu ini merupakan kuasa pemutih menyeluruh terunggul.

Kajian terperinci dibuat oleh makmal Dr. Wu menunjukkan bahawa untuk mendapatkan kulit licin bagai porselin, penjagaan kulit haruslah bersifat pelbagai-aspek bagi menyasarkan pelbagai keadaan sedia ada kulit dan membentuk pelbagai fungsi serentak. 


 (Dari kiri) Lynn Lim林佩盈(Artis), Eric Wu 吴奕叡 (Chairman & CEO of Dr Wu 董事长兼首席执行官 of Dr Wu) Dr. Ying Chin Wu 吴英俊医生 (Brand Founder of Dr. Wu品牌创始人 & Clinical Professor of National Taiwan University Hospital (NTUH) 台大皮肤科權威醫師 ) Tong Bing Yu 童缤毓 (Artis), Chole Lim 林詠慧 (Category Management & Product Development Director of Sasa Malaysia 莎莎品牌管理及產品發展總監), Sam Wong 黄敬森 (General Manager of Vast Diversified, exclusive distributor for Dr. Wu in Malaysia. Dr. Wu 马来西亚总代理Vast Diversified 总经理)

Pertamanya, ia perlu MELINDUNGI kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV dan radikal bebas berbahaya. Ini merupakan punca utama kemerosotan dan kegelapan kulit. Ia juga harus mampu MENYEKAT kulit daripada mengeluarkan terlalu banyak melanin. Melanin bertanggungjawab menggelapkan warna kulit seseorang - lebih banyak melanin, lebih gelap warna kulit. 

Ketiga, ia perlu membantu kulit MENTERBALIKKAN kerosakan yang ada, seperti pigmentasi dan noda hitam disebabkan sinaran UV yang merosakkan kulit. Dan terakhir, sebuah produk pemutih kulit juga perlu MENGHIDRAT kulit secara mendalam untuk menjadikan ia lembut dan anjal sepanjang proses pencerahan sekali gus  memberi kesan yang cantik secara menyeluruh.

Dr. Ying Chin Wu memberikan cara penjagaan wajah kepada  Tong Bing Yu. (Dari kiri) Lynn Lim林佩盈 (Artis), Tong Bing Yu 童缤毓 (Artis) & Dr. Ying Chin Wu 吴英俊医生 (Brand Founder of Dr. Wu品牌创始人 & Clinical Professor of National Taiwan University Hospital (NTUH) 台大皮肤科權威醫師 )


Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System diformulakan bagi mewujudkan produk pemutih secara menyeluruh terulung dengan Glutathione sebagai bahan utama. 

Digunakan terus pada kulit, Glutathione berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV, selain pada masa sama menyekat pengeluran melanin yang menggelapkan kulit. 

Bertindak seiring dengan bahan-bahan utama lain seperti AA2G (Ascorbyl Glucoside) untuk memanjangkan tempoh menyekat pengeluaran melanin; bahan penstabil Hyalo-Oligo®, iaitu sejenis Asid Hialuronik versi molekul kecil atau mikro yang membolehkan ia lebih cepat menembusi sel kulit untuk kesan hidrat lebih efektif dan tahan lama; ekstrak Silybum Marianum daripada susu thistle (tumbuhan liar dalam famili Composital) melindungi daripada tindak balas oksidatif yang merosakkan kulit; Vitamin B3 untuk mencerahkan noda-noda hitam dan pigmentasi; Vitamin B5 dan B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro untuk melegakan keradangan dan melembapkan kulit, membuatkan Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System padat sebagai produk pemutih yang memberi kesan pada setiap peringkat.





Dengan Glutalight™, anda boleh mendapatkan kulit yang lebih cerah, berseri,  lembap, lembut dan lasak dalam satu produk sahaja. Sebagaimana kesemua produk lain Dr. Wu, kami berbangga dalam menghasilkan formula penjagaan kulit yang luar biasa ini dengan tumpuan utama kepada bahan-bahan aktif berkualiti tinggi untuk memberi hasil yang efektif dan dapat dilihat dalam tempoh yang lebih singkat. Produk-produk Glutalight™ tidak mengandungi sebarang bahan-bahan sensitif dan fotosensitif mahupun alkohol, menjadikan ia cukup lembut walau pada kulit sensitif dan kulit selepas rawatan. Kulit licin bagaikan porselin bukan milik eksklusif kepada golongan selebriti sahaja. Anda juga boleh mendapatkannya dalam suasana selesa di rumah,” kata Sam Wong, Pengurus Besar Vast Diversified, pengedar eksklusif produk Dr. Wu di Malaysia.

Menurut laporan ujian dijalankan oleh makmal kosmetik Providence University ke atas 40 individu berusia antara 20-50 tahun yang menggunakan Glutalight™ Whitening System berterusan selama 28 hari, hasilnya menunjukkan bahawa 97.5% responden menyedari kulit mereka lebih cerah dengan  Glutalight™ Whitening Serum. 




Manakala 95% merasakan kulit lebih bersinar; 95% peratus merasakan kulit semakin kurang gelap; 97 % merasakan kelembapan kulit meningkat; dan 100% merasakan warna kulit semakin sekata. Responden menyedari keserian kulit semakin meningkat antara 7 hingga 28 hari penggunaan produk, di samping penurunan paras keluasan dan kedalaman noda hitam, manakala 82.5% melaporkan penurunan jumlah titik noda hitam dan 92.5% melaporkan penurunan ketara di kawasan yang dilitupi noda hitam. 





Sebagai kesimpulannya,  Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System bukan seperti produk pemutih biasa. Ia bertindak serentak dengan 5 fungsi berbeza hanya dalam satu botol: memutihkan, menghaluskan dan menghidrat, menyerikan kulit kusam, menghasilkan anti-pigmentasi secara mendalam dan akhir sekali membuatkan tona kulit wajah lebih sekata. Hasilnya? Kulit cerah tanpa cela dari setiap sudut.


Rangkaian All- New Dr Wu Glutalight™ Whitening System mengandungi: 

DR. WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING ESSENCE TONER 150ml (RM179)

Meningkatkan kelembapan dan kejernihan kulit.
Penyegar seperti serum yang boleh mempercepatkan kesan pemutihan semua-dalam-satu. 





Produk pertama yang menggunakan  revolusi formula pemutihan “Glutalight™” mengandungi Glutathione dipaten di Jepun yang menggunakan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum™, Vitamin B3, B5, B6, dan ditambah Allantoin  untuk melembutkan kulit, dengan kesan pemutihan dan kelembapan, mengurangan dengan berkesan kemunculan pigmentasi, serta mencerahkan kulit kusam dan tidak sekata.

Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. 



DR. WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING LOTION 50ml (RM219)

Memperbaiki kulit, menjadikan ia cerah dan bersinar.





Losen yang teksturnya ringan dan berkrim ini, merupakan yang pertama menggunakan formula pemutih “Glutalight™” yang dipaten di Jepun, bersama-sama dengan AA2G, HerbEx Silybum Extract™, Vitamin B3, B5, B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro, yang boleh mengurangkan kemunculan pigmentasi selain menghaluskan dan melembapkan kulit. 


Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit putih sempurna!



DR. WU GLUTALIGHT™  INTENSIVE WHITENING SERUM 15ml
(RM 169)

Menghentikan melanin pada setiap peringkat: pemutih yang lengkap.

Padat dengan bahan-bahan pemutih berkepakatan tinggi. Ia meratakan warna kulit yang tidak sekata dan mencerahkan noda hitam, menjadikan wajah anda nampak berseri dengan hanya dalam satu botol. 




Produk pertama menggunakan revolusi formula pemutih Glutalight™, yang mengandungi Glutalight™ dipaten di Jepun, selain kandungan bahan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum™, Vitamin B3, B5, B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro untuk menghalang sepenuhnya pengeluaran melainan bagi kesan pemutihan yang cepat dan kekal lama. 

Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit putih sempurna!

DR. WU GLUTALIGHT™   WHITENING EYE SERUM 15ml (RM 179)

Menghilangkah kegelapan dan meningkatkan keanjalan kulit.




Serum mata dengan tekstur sangat ringan ini menggunakan revolusi formula pemutihan Glutalight™, yang mengandungi Glutalight™ dipaten diJepun, selainn kandungan bahan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum™, Vitamin B3, B5, B6, Asid Hialuronik molekul mikro dan Haloxyl untuk meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kemunculan lingkaran hitam di keliling mata.  

Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid lalu menghasilkan kulit putih sempurna!


Cara Penggunaan:





Untuk maklumat lanjut mengenai Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System, sila layari laman sesawang.





Read More

20 May 2019

Wajah Cantik Berseri Dengan Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration

Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Kekalkan Keremajaan Kulit

Neil Armayan ialah jenama produk dari Korea yang tidak asing lagi bagi Qiss. Tahun lepas Qiss pernah menggunakan produk
Biosol Hygiene Wash yang juga produk dari Neil Armayan.

Kali ni Qiss guna Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration dimana produk ini mampu mengekalkan keremajaan kulit.



Neil Armayan Revesol Complex ini dirumuskan secara klinikal sebagai krim Multi-Factor Age Reverse yang berkesan kerana ia dihasilkan dari bahan PhytoCellTec Malus Domestica yang bukan sahaja melindungi tetapi juga membaiki sel induk semulajadi kulit dan fungsi yang berkaitan. Ia secara langsung dapat melawan proses penuaan dengan mengoptimumkan prestasi sel induk kulit kita.

Revesol Complex ini diformulasi daripada teknologi hyaluronic filling spheres dimana ia dapat memberikan kelembapan yang maksimum kepada kulit muka kita.

Bagi korang yang terasa nak Botox muka tu, lebih baik guna Revesol ni sebab Revesol ni adalah alternatif yang lebih baik daripada Botox dengan komponen pelembap dan perlindungan UV yang ada padanya. Ini lebih selamat dan bagus untuk kulit.



Kebaikan tambahan yang ada pada krim ini termasuk ciri anti-kulat, anti-keradangan dan pengurangan jerawat. Kalau korang nak tahu, pendekatan bersifat holistik ini terhasil daripada penyelidikan bertahun-tahun dan kajian terperinci terhadap maklumbalas daripada wanita di seluruh dunia.

Terdapat banyak kebaikan Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration. Antaranya:

1. Melewatkan penuaan sel
2. Perlindungan dipertingkat dan pemulihan fungsi sel induk kulit
3. Meningkatkan vitaliti dan meremajakan sel-sel kulit
4. Ciri pelembap yang luar biasa
5. Sangat berkesan melawan kedutan dan garis halus
6. Mengurangkan keradangan dan pembetukan jerawat
7. Mengelakkan liang tersumbat dan memberikan ruang untuk pertumbuhan sel baru
8. Memberi perlindungan nominal terhadap sinaran ultraviolet matahari
9. Ciri antikulat

Packaging Dan Tekstur

Qiss suka sangat cara pembungkusan Revesol Complex ni, kotaknya sangat eksklusif dan botol Revesol ini berwarna keemasan. Bagi Qiss memang cantik dan agak mudah dibawa ke mana sahaja.



Untuk teksturnya pula krim ini seakan-akan gel apabila kita sapu pada muka. Bila sapu kat muka tu, ia tidak melekit seperti krim yang lain.



Qiss suka sangat Revesol ni sebab sangat selesa bila dipakai dan sesuai dengan kulit Qiss.

Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Revesol Cream ni adalah seperti Etilheksil Palmitat, Silika Dimetil Sililat, Butilena Glikol, Sodium Hialuronat, Saccharomyces Lisat, Kanji Jagung yang diubahsuai, Pantenol, Tokoferil Asetat, Sel Induk Malus Domestica, Asid Salisilik, Gam Akasia Senegal, Asetil Heksapeptida-8 dan Minyak Biji Slimmondsia Chinensis (Jojoba)

Cara penggunaan

Cara guna krim ni sama saja macam krim muka yang lain. Cuma perlu sapu pada setiap pagi dan malam selepas cuci dan memakai toner. Urut secara perlahan-lahan pada kulit muka. Biarkan krim meresap sepenuhnya ke dalam kulit.


Qiss suka Revesol Complex ni sebab krim dia membantu melembapkan kulit Qiss.  Menutup liang pori. Melicinkan wajah. Mengecutkan jerawat. Fuhhh.. Best sangat ni. Korang kena cuba sendiri krim ni kalau nak tahu hasilnya.

Qiss beruntung sebab guna Revesol Complex ni sebelum raya, jadi Qiss dapat hasil muka yang berseri-seri dan lebih segar untuk raya ni.

Setiap botol bersaiz 30gm. Boleh tahan 3-4 bulan bergantung pada cara pemakaian korang.


Dapatkan Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Untuk Kekalkan Keremajaan Kulit.

Buat korang yang teruja nak cuba produk ni, korang berpeluang untuk dapatkan Revesol Cream ni dengan harga lebih murah. Macam mana? Korang boleh gunakan voucher code : NEILQIS20 untuk dapatkan 20% diskaun dengan pembelian secara online di Shopee di link ini : http://bit.ly/revesol

Diskaun voucher code ini hanya terhad kepada 10 orang terawal sahaja tau. Siapa cepat dia dapat.

Untuk sebarang pembelian atau info lanjut, sila layari :-

Website
http://www.neilarmayan.kr/

Facebook
https://www.facebook.com/neilarmayan

Instagram
https://instagram.com/n.armayanig

Shopee
https://shopee.com.my/neilarmayankorea
Read More

12 May 2019

Nak Ubah Hidup? Ambil Langkah Pertama Iaitu Kuasai Potensi Diri, Kewangan Dan Bisnes

Aku nak ubah hidup aku, aku tidak mahu miskin macam ni lagi. Aku nak mak ayah aku merasa hidup yang selesa, boleh berbelanja pakaian yang cantik-cantik, boleh makan makanan yang berkhasiat. Aku tekad, aku nak ubah hidup aku.

Seringkali bila kita tersepit dalam situasi kekangan kewangan, kita tekad untuk berubah tapi belum menemui jalannya.

Hari ini, Qiss nak kongsikan berita baik buat semua iaitu, Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). 




Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks.

Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.




  

Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.


Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

FtCc V

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.


RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan.



Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 



“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 




Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.



“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 

“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.

Carilah mentor yang dapat membantu anda dalam perjalanan nak ubah hidup. Semoga dengan menghadiri program ini kita dapat satu perkongsian menarik dan terbuka hati untuk menjadi yang lebih baik dan seterusnya dapat membantu insan lain.

Layari: www.nakubahhidup.com untuk info lanjut

HOTLINE : 1-300-88-2424


Untuk maklumat lanjut, layari Richworks International Sdn Bhd
Website: www.richworks.com
Facebook: Azizan Osman Official Page
Twitter:  Azizan Official
Instagram: Azizan Osman Official
YouTube: Azizan Osman
LinkedIn:  Azizan Osman Official
Email: inquiries@richworks.com.my
Read More

07 May 2019

Shell Out Promosi Set Makan Syiok dan Set Makan Sedap Sepanjang Ramadhan

Hai semua, hari ni Qiss bawa family dan kawan-kawan makan untuk berbuka puasa kat Shell Out G-Village tau.

G-Village ni terletak di Desa Pandan. Senang sangat nak cari restoran ni sebab dia terletak di bahagian luar bangunan G-Village dan kalau korang bernasib baik, korang boleh parking kenderaan korang tepi restoran ni je.

SHELL OUT? Sejak dua menjak ni, viral tentang makanan seafood yang telah dimasak dan dihidang secara dilambakkan di atas meja.

Qiss dapat tahu tentang restoran ni dari kawan Qiss, katanya rugi kalau tak cuba makanan kat sini. Jadinya Qiss bawa family datang berbuka kat sini untuk merasa sendiri menu yang ada.

Teruja nak makan kat sini sebab ada promosi Ramadhan:
🦀Set Makan Syiok
🦑Set Makan Sedap
🦐Special Nyonya Sauce

Bila dah datang ramai-ramai, Qiss kena order Set Makan Syiok. Memang berbaloi sebab banyak dan mengenyangkan.


Dalam gambar ni dua hidangan Set Makan Syiok sebab Qiss makan bersama 7 orang lagi. Bila dah dua set dilambakkan atas meja..nyam nyam. Penuh makanan aje. Set ni didatangkan dengan sos Selera Nyonya yang hanya ada semasa bulan Ramadhan je tau. Tak terlalu pedas dan sangat sesuai makan walaupun perut kosong.


Kalau korang tengok set ni ada lobster kan.
Kalau korang tak pandai nak kupas untuk dapatkan isi dia, staff Shell Out akan tolong korang. Korang tinggal makan je. Sedappp..

Ocean Fillet

Isi ikan yang sedap dan menyelerakan.
Suka sangat bila digoreng tempura begini. Memang sesuai korang bagi kat anak-anak korang.



Kuih Melayu

Kebiasaannya Qiss akan berbuka dengan manisan dulu dan Qiss beruntung sebab dalam set Makan Syiok dan Makan Sedap ade kuih ni.




Ok, Qiss nak share banner promosi Ramadhan ni. Kalau korang nak tau lebih jelas lah.


SET MAKAN SYIOK
Set ini untuk 4 orang, Ada Lobster, Crab, Pink Scallop, Clam, Prawn, Ocean Fillet, Broccoli, Corn, Potato, Nasi Kerabu dan Malay Kuih.

Harga: RM382.90


SET MAKAN SEDAP
Set ini untuk 2 orang, ada Crab, Pink Scallop, Clam, Prawn, Ocean Fillet, Broccoli, Corn, Potato, Nasi Kerabu dan Malay Kuih.

Harga: RM179.90

Selain dua set ini, korang boleh tambah hidangan lain sementara nak tunggu makanan sampai ataupun untuk anak-anak.

Cheese Mayo Mussels
Gojijiang Chicken Wing

Parmesan Breadcrumb Mussels


Untuk air pulak Qiss order Orange Soda dan Ribena Soda. Sedap. Nyaman tekak bila minum ni.








Setakat ni sajalah perkongsian Qiss dan pengalaman Qiss berbuka di Shell Out. Ada masa nanti Qiss nak datang lagi makan kat sini.

Dah tahu mana makan kan, jom la datang ramai-ramai, bawak adik, kakak, abang, mak ayah semua lah. 

Korang kena cepat sebab promosi ni hanya sah dari 6 Mei hingga 23 Jun 2019 saja tau.


Yang Qiss pergi ni restoran kat Shell Out G-Village, Lot G-12, Ground floor Pusat Perniagaan G No. 35, Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Ada banyak lagi outlet yang lain, korang layari:

Read More

05 May 2019

Beauty l LA'SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick

Assalamualaikum,

Lagi sebulan kita akan menyambut Hari Raya. Baju raya dah beli? Kasut Raya? Lipstik Raya?

Haaa.. ni Qiss nak bagitau yang ada lipstik baru dipasaran tau.

LA'SOUL Skin Nutrition Expert terkenal dengan kepakaran menghasilkan produk kecantikan unggul dan berkualiti tinggi yang diformulasikan di Korea.

Sejak 2013 lagi LA'SOUL diperkenalkan di Malaysia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.  Selangkah lagi LA'SOUL kini melancarkan rangkaian gincu yang bakal menyemarakkan lagi hari-hari wanita.

Terdapat enam pilihan warna yang menarik

LA'SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick adalah gincu yang bukan sahaja bakal menyerlahkan lagi sisi wanita malahan menambahkan lagi keyakinan diri mereka.

Tekstur LA'SOUL Lipstick yang matte di luar tetapi creamy di dalam. Sangat halus dan lembut dengan kehadiran wax micro christalyn. Satu olesan pada bibir semestinya memberikan kesegaran dengan ronanya yang terang dan tahan lama.


Terdapat enam rona pilihan yang terdiri daripada Star Nude, Mocha Choc, Velvet Burgundy, Passion Rosy, Poppy Pink dan Cherry Peach, semestinya mampu memenuhi keperluan anda.




Kandungan berkualiti tinggi dengan anti penuaan dan pasti membuat kulit bibir lebih anjal dan ternyata memelihara bibir anda sepanjang hari.




Berikut adalah beberapa kandungan penting yang terdapat di dalam gincu LA'SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick:

CAMELIIA JAPONICA SEED OIL

Diperkaya dengan ajen pelembap Camellia Japonica Seed Oil seperti Oleic, Linoleic, Palmaitic yang menghalang pengoksidaan kulit bibir dan membekalkan kelembapan kulit bibir secukupnya.

ROSA CANINA FRUIT OIL
Tekstur minyak lebih ringan ini memberi efek kilauan serta menyegarkan bibir. Selain itu turut memelihara kesihatan kulit bibir dan radikal bebas.



BUTYROSPERMUM PARKII (SHEA) BUTTER  Penghalang penyejatan kelembapan bibir dan sentiasa memberikan efek kelembapan pada bibir untuk kulit bibir kelihatan lebih berseri. Kandungan ini juga melindungi kulit bibir dari dan mempercepatkan kitaran regenerasi kulit agar sentiasa terpelihara.

TOCOPHERYL ACETATE (VITAMIN E)
Akhir sekali LA'SOUL mengandungi vitamin E agar menjadi pelindung serta melambatkan kulit daripada efek anti-pengoksidaan. Juga mengurangkan nisbah dehidrasi pada kulit.


Pengalaman Menggunakan Gincu ini
- Tekstur yang ringan
- Warna senang dicampurkan untuk mendapat warna yang lebih menarik
- Bibir terjaga elok
- Kesan pemakaian yang lebih lama dapat melembapkan bibir


LA'SOUL Skin Nutrition Expert adalah sebuah jenama keluaran SNE Marketing Sdn Bhd. Semenjak penubuhannya pada Oktober 2003, SNE Marketing Sdn Bhd telah membuktikan dirinya sebagai sebuah kuasa besar yang terkenal di dalam industri MLM.


Bertapak di Malaysia dengan jumlah pelaburan kapital 5.0 juta Ringgit Malaysia dengan barisan produk-produk yang hebat dan berkualiti tinggi. SNE Marketing Sdn Bhd melambangkan peluang yang tiada berkesudahan dan telah membantu lebih dari 500,000 warga SNE terakru kesihatan yang optimum, keselamatan dan kestabilan kewangan dan kebebasan masa.



Bukan sahaja di Malaysia, malahan telah berkembang pesat di negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura, Vietnam, Australia dan dalam misi untuk melebarkan lagi sayapnya ke seluruh dunia.

Tempahan LA'SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick boleh dilakukan menerusi Agen dan Pengedar di seluruh Malaysia, Thailand, indonesia, Brunei, Singapura, Vietnam dan Australia.

Maklumat lanjut layari website dan sosial media LA'SOUL:
Website: www.snemarketing.com
Fb: La'soul Beauty by Sne
Official IG: Lasoulbeautybysne
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android Apparel apps automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review Biskut Raya Blogger Blogger review brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit electronic review etw etw6 Event facial Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex free product review gadget gayatravel giveaway gold Guardian gula hair removal happyfresh Haqqi Harriston Honor hotel review Income Innphonim blockchain Inspirasi Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lipstick maiwp makan makanan arab make up Malaysia matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka MMSOS mobile motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Online onlineshopping onlinetraining pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme review Richworks Safi sale Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding zakat zoo

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com