Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

25 March 2019

PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR LAMBUK 2019 MENARA KUALA LUMPUR

Menjelang Bulan Ramadhan ni, menu yang pasti ada semasa berbuka puasa ialah Bubur Lambuk.

Qiss suka sangat kalau ada bubur lambuk masa berbuka sebab mengenyangkan. Dalam setiap hidangan bubur lambuk itu sendiri sudah tersedia daging dan ayam dan yang membuatkan bubur lambuk itu sedap ialah bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam bubur lambuk itu sendiri.





Tahun ni, sempena dengan kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak 1440 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk yang ke sekian kalinya.


Ada yang pandai makan je bubur lambuk ni, tak kurang juga yang pandai memasak bubur lambuk ni kan. Selalunya untuk bubur lambuk, pihak masjid dan orang ramai akan bergotong-royong di masjid dan mengagihkan bubur lambuk ini kepada masyarakat sekitar.



Menyedari keistimewaan itu, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2019 
Hari: Sabtu
Tarikh: 27 April 2019
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Perkarangan Menara Kuala Lumpur

Pertandingan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dimana setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang dan terbuka kepada 30 kumpulan dalam dua kategori termasuk Kategori Asli dan Kontemporari, dimana bagi Kategori Asli, para peserta perlu memasak bubur lambuk dengan menggunakan bahan-bahan asli yang telah disediakan sahaja.




Manakala bagi Kategori Kontemporari pula, para peserta dibenarkan untuk menambah bahan- bahan tambahan lain mengikut kreativiti masing-masing bagi memberi kelainan dalam masakan bubur lambuk tersebut.


"Antara tujuan utama penganjuran pertandingan ini adalah bagi memperkenalkan Bubur Lambuk ke serata dunia, selain daripada menambah minat generasi muda terhadap warisan masakan tradisional ini supaya ianya tidak dilupakan dan pupus dalam era kemodenan masakini", kata YBhg. Datuk Rozlan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.

"Pertandingan ini juga memberi peluang kepada para pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk mengetahui dengan Iebih mendalam mengenai sejarah dan kaedah masakannya, disamping merasai pelbagai resepi yang disediakan. Ianya bertepatan dengan aspirasi Menara Kuala Lumpur untuk menjadikan Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi wajib untuk aktiviti Kebudayaan (Culture), aktiviti Lasak (Adventure) dan Alam semulajadi (Nature)", tambah beliau Iagi.

Para hari pertandingan, Menara Kuala Lumpur juga akan menjemput dua rumah anak-anak yatim dan Asnaf untuk bersama-sama memeriahkan acara ini dan sumbangan Zakat akan diberikan untuk meringankan beban hidup mereka, sebagai salah satu aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat, (CSR).


Untuk makluman semua, bubur lambuk yang telah dimasak akan diagih-agihkan kepada para pelawat tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi Menara Kuala Lumpur.




Ianya juga akan diagihkan ke masjid-masjid dan orang gelandangan yang ada disekitar Bandaraya Kuala Lumpur ini. Bubur yang paling lazat dan memenangi hadiah tempat pertama dari kedua-dua kategori akan dijual untuk mengumpul derma bagi membantu asnaf dan fakir miskin bagi persiapan mereka untuk menyambut Ramadhan dan Syawal yang bakal    menjelang tiba.   

Tidak ketinggalan juga Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) akan mengambil     bahagian untuk membuktikan kebolehan dan kepakaran memasak bubur lambuk    ciptaan istimewa mereka. Bakat mereka bukan setakat pada bidang seni akan tetapi  dalam bidang kulinari juga.   




Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2019 ini mendapat sokongan daripada    Masjid Jamek Kampung Baru, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SENIMAN, serta Rakan Acara Utama - Syarikat Faiza Sdn. Bhd, Rakan Kulinari - Restoran Berputar Atmosphere 360 serta rakan-rakan acara lain seperti Petronas Dagangan, Yayasan Patriot Negara Malaysia (PATRIOT) dan Moma Water.   


Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai sehingga RM8,000.00 untuk dimenangi oleh  para pemenang! Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Yuran penyertaan hanya RM100.00 bagi setiap kumpulan. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-20205448 atau lawati Facebook rasmi kami di 'offlcialmenarakl' atau Instagram @menarakl.
Read More

24 March 2019

Nestle Lancarkan Kempen Super Brand Day Pertama bersama Shopee

Nestle Malaysia hari ni berganding bahu dengan Shopee untuk menjayakan kempen Nestle Super Brand Day atau Hari Jenama Hebat Nestle yang pertama!




NestIe ialah Syarikat FB pertama di Malaysia untuk melancarkan kempen Nestle Super Brand Day, Kempen Nestle Super Brand Day akan berlangsung di Shopee dari 25 hingga 31 Mac 2019.

Sepanjang kempen tujuh hari ini, pengguna boleh memanfaatkan promosi menarik membabitkan pelbagai produk Nestle yang berbeza. Tarikan utama kempen ini ialah pelancaran beberapa inovasi paling popular kami yang akan ditawarkan buat pertama kali dalam talian - secara eksklusif di Shopee.


Produk baharu ini termasuk NESCAFE Cold Brew stik kami yang terbaharu, yang juga merupakan produk Nestle pertama untuk dilancarkan secara eksklusif menerusi e- dagang.



Produk baharu lain yang kini boleh didapati dalam talian termasuk MAGGI Pedas Giler, dalam 3 perisa pedas - Ayam Bakar yang menyelerakan, Tom Yummz masam pedas, dan Seafood Berapi yang menambat selera.


Korang berani tak Cuba Maggi
 2X Pedas Giler ni?


Bijirin Granola Protein MILO (Kandungan Protein, Kalsium dan juga Zat Besi yang Tinggi), MILO dengan Bijirin Penuh, dan susu Nestle JUSTMILK Strawberi.


En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle Malaysia mengulas, "E-dagang membuka peluang yang luas untuk menjana pertumbuhan, menggiatkan inovasi dan mendekati pelanggan dengan cara yang baharu dan menarik. Nestle bertekad untuk memuaskan hati pengguna dan mempelopori inovasi dalam usahanya meningkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat".


Jom tandakan korang punya kalendar sekarang sebab best sangat promosi Nestle dan Shopee ni.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh muat turun aplikasi mudah alih Shopee.

 @shopee_my #shopeemy #shopeemalaysia
Read More

18 March 2019

Produk Terbaru SAFI Expert Solution Membantu Mengekalkan Keremajaan Wajah

Semakin meningkat usia, kulit wajah mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. Bintik-bintik hitam di wajah kadangkala meresahkan perasaan wanita.


SAFI kini mengeluarkan SAFI Expert Solution Intensive ampoules, Anti Hyper Pigmentation ini diuji secara klinikal dan ia dapat membantu memudarkan bintik hitam dalam masa dua minggu.




Punca bintik-bintik hitam muncul di wajah ialah:
1. Terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari.
2. Proses penuaan kulit secara natural.


Cara penggunaan:

Langkah pertama

Gunakan Renewal Hydra Complex.

Titiskan beberapa titis ampoule ini ke tapak tangan.

Kemudian sapukan ke seluruh wajah anda.

Biarkan ampoule ini menyerap ke dalam kulit sebelum anda meneruskan langkah kedua.




Langkah kedua

Gunakan Supreme Anti-Spots Complex

Picitkan sedikit ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah secara putaran menaik. Bagi mendapatkan kesan ketegangan kulit wajah.





SATU SET LENGKAP


Didatangkan dalam satu kotak yang mengandungi 3 botol iaitu, dua botol Renewal Hydra Complex yang boleh bertahan dengan penggunaan selama empat minggu. Kiranya korang cuma pakai sebotol untuk minggu pertama dan kedua dan botol kedua untuk minggu ketiga dan ke empat.

Satu botol lagi ialah Supreme Anti-Spots Complex yang merupakan krim untuk langkah kedua.


Untuk lebih keberkesanan gunakan kedua-dua produk ini pada waktu pagi dan malam setelah membasuh muka.

SAFI Expert Solution Intensive Ampoules ini merupakan rawatan selama satu bulan dan korang kena meneruskan memakai produk ini untuk bulan berikutnya.

Untuk rawatan kulit kering, berkedut sebelum usia dan berkerak korang disarankan menggunakan SAFI Expert Solution Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin. Diuji secara klinikal dan hasilnya korang akan dapat manfaat sehingga 280% kelembapan kulit yang segera.




Dengan teknologi Aktif NMF dan Ultra-Micro Hyaluronic Acid ia dapat membantu melembapkan kulit. Ia juga senang menyerap ke dalam kulit.

Cara penggunaan

Langkah satu
Basuhkan muka dan sapukan Milk Drop Serum ini di wajah.

Langkah kedua
Buat urutan muka secara bulatan sehingga krim tadi bertukar menjadi titisan air. Teruskan urutan tersebut sehingga serum menyerap ke dalam kulit.


Kedua-dua produk SAFI ini tidak mengandungi minyak mineral, tiada alkohol, tiada paraben dan tidak diuji ke atas haiwan.

Jom tengok sebelum dan selepas Qiss guna set ini.

SEBELUM



SELEPAS


Ape pendapat korang?

Jom share dengan Qiss...

Jom dapatkan produk ni tau. Korang pasti jatuh cinta dengan produk terbaik ni.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com