Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

31 January 2021

Resepi Ayam Kukus Thai

Penjagaan pemakanan dengan sihat setiap hari adalah salah satu cara untuk melindungi diri dari penyakit darah tinggi. 

Makanan sihat boleh lazat juga! Cubalah resipi ini untuk keluarga untuk lindungi jantung tersayang anda. Senang saja… 


Ayam Kukus Thai


Bahan-bahan 

2 ketul ayam

1 inci halia

1 biji bawang

1 biji cili merah

1 batang serai

1 helai daun limau purut

2 biji limau kasturi

8 biji cili padi


Gunakan kod MCSQIS untuk diskaun 10%





Cara-cara masak

Kisarkan semua bahan dan tuangkan atas ayam. Perap selama 30 minit kemudian kukus selama 30 minit.

Jom tengok video ni


Sedap dan senang.😍🥰🥰


Sertailah saya untuk menyediakan makanan yang sihat demi kesihatan sekeluarga.

Anda boleh layari www.bigpharmacy.com.my/omron untuk membeli Mesin  BP Omron dengan minimum harga RM164.90 dan dapat Pensil Thermometer MC-245 secara percuma dengan promo code QISSTIERA. Promosi sehingga 14 Februari 2021!

Omron Malaysia Sdn Bhd 

#OmronMalaysia #LindungiJantungTersayangAnda #JomCheck


Read More

30 January 2021

Program PERCUMA Kawal Kencing Manis

Mempunyai latar belakang saudara yang mempunyai penyakit kencing manis membuatkan Qiss sentiasa peka pada tahap gula dalam makanan. Bila pulang ke kampung dan berjumpa saudara tersebut dan melihatnya mencucuk insulin di perut sendiri, Qiss rasa kasihan dan sejak dari itu Qiss akan menjaga pemakanan Qiss dan keluarga.


Tak seronok ye kalau hari-hari kena cucuk insulin sendiri. Lagipun Qiss takut jarum. Setakat ni Alhamdulillah bila cek kadar paras gula dalam badan Qiss masih menunjukkan paras normal.

Kenali diabetes 

Peringkat Diabetes





Apakah punca berlakunya kencing manis?

Faktor-faktor berlakunya risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

1) Berlebihan berat badan atau kegemukan.

2) Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.

3) Pemakanan - pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.

4) Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga. Kajian mendapati bahawa golongan yang berisiko tinggi mendapat kencing manis adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kencing manis. 

5) Peningkatan umur - berumur diantara 45 tahun dan ke atas.

6) Bangsa – kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

7) Kehamilan - ibu hamil berisiko mendapat diabetes sekiranya kandungan gula dalam pemakanan semasa mengandung tidak diambil kira. 

Tanda-tanda kencing manis?

1) Kerap dahaga dan kerap kencing pada waktu malam

Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tandas untuk kencing.

Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam.

Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2) Berat badan menyusut dengan drastik

Anda kena hati-hati apabila berat badan menurun tiba-tiba walaupun kuantiti makanan yang diambil adalah sama setiap hari. Inilah antara tanda kencing manis.

Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka.

Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3) Jarak penglihatan menurun

Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

4) Sering kebas pada tangan dan kaki

Ia berlaku disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki.

Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5) Luka yang lambat sembuh.

Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan rasa sakit pada bahagian yang luka.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.


PROGRAM KAWAL KENCING MANIS

kawalkencingmanis.com merupakan Program Percuma 100% Yang Mengembalikan Senyuman Kepada Penghidap Kencing Manis 

Merupakan sebuah platform sehenti yang diterajui ahli professional kesihatan yang telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis. Program secara atas talian ini bakal dilaksanakanselama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021. 

Organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang 

http://www.kawalkencingmanis.com

Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama. 

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.

Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi (Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020).

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ini. Di antaranya termasuklah jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah, akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah, latihan pengawalan stress, kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam serta kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi.

Bacaan gula dalam darah


Pastinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar. 



Qiss pun dah daftar untuk program ini. Mungkin ada yang boleh diperbaiki bagi memastikan keluarga Qiss tiada lagi yang menghidap penyakit kencing manis. 

Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1-14 Mac 2021. Daftar segera di http://www.kawalkencingmanis.com


Dapatkan langkah proaktif dalam mencegah dan mengawal kencing manis di 

http://www.kawalkencingmanis.com

Laman sesawang rasmi: http://www.kawalkencingmanis.com

FB Page:

  Program Kawal Kencing Manis 

Instagram: 

Program Kawal Kencing Manis 

Read More

29 January 2021

'The Witches' Filem Dibuat Untuk Layar Perak Karya Roald Dahl Ditayangkan Secara Eksklusif Menerusi HBO GO Di Malaysia Mulai Hari Ini, 29 Januari 2021

 Ahli sihir glamor tetapi licik bertemu dengan tandingan mereka iaitu Hero Boy dan Grandma



MALAYSIA, 26 JANUARI 2021 – Para peminat Roald Dahl tidak perlu menunggu lama lagi untuk  menonton filem terbaharu yang dibikin semula, The Witches apabila ia akan ditayangkan buat kali pertama dan secara eksklusif di HBO GO dan Astro On Demand mulai Jumaat ini, 29 Januari!

 

Dibintangi pelakon jelita, Anne Hathaway (“Les Misérables”, “Ocean’s 8”) yang menjayakan watak sebagai Grand High Witch bersama bintang baharu Jahzir Kadeem Bruno sebagai Hero Boy, filem klasik yang memberi nostalgia zaman kanak-kanak ini mendapat sentuhan penuh teatrikal daripada sutradara yang pernah menggondol Oscar, Robert Zemeckis (“The Polar Express”, “Who Framed Roger Rabbit?”, “Forrest Gump” dan trilogi “Back to the Future”) dan pasukan impian termasuk penerbit Alfonso Cuarón (“Harry Potter dan  Prisoner of Azkaban”) dan Guillermo del Toro (“Rise of the Guardians”, “Book of Life”), penulis skrip Kenya Barris (“Barbershop 3: The Next Cut”) serta komposer Alan Silvestri (“Ready Player One”, “The Mummy Returns”).

Anna Hathaway sebagai ahli sihir dalam The Witches 

 

Distrimkan terus ke skrin di rumah anda menerusi HBO GO, kombinasi hebat itu turut dibintangi Octavia Spencer (“The Help,” “Onward”) sebagai Grandma, Stanley Tucci (“The Devil Wears Prada” dan filem-filem “The Hunger Games”) sebagai pengurus hotel iaitu Mr Stringer, Kristin Chenoweth (Drama “Glee”, “American Gods”) sebagai tikus ‘Daisy’ dan Chris Rock yang menaratifkan pengalaman Hero Boy ketika dewasa.
 
Sebagai tambahan kepada barisan pelakon yang mengagumkan, tidak ada satu pun perincian yang ditinggalkan dalam mewujudkan pengalaman yang autentik dan menarik kerana pereka set, pakar prostetik dan pakar kostum mengambil inspirasi dari era yang lalu dan menggabungkannya dengan ‘special effects’ untuk menarik penonton ke dunia yang membuatkan penonton percaya ahli sihir sebenarnya memang wujud! Dari cetakan vintaj dan alat peraga autentik hingga rambut palsu mewah serta transformasi fizikal yang dramatik, filem ini adalah karya moden yang tidak boleh dilepaskan!
 
“Ia satu kisah yang diabolikal (jahat),” kata Zemeckis, yang teruja dengan peluang untuk membikin semula novel kesayangan itu. “Buku-buku Roald Dahl sebenarnya bukan sahaja untuk kanak-kanak. Sememangnya karakter kanak-kanak memegang watak utama, oleh itu mereka sangat menikmatinya, tetapi pembaca dari semua peringkat usia boleh menikmati bukunya, dan filem ini juga serupa.”


 Tonton trailer rasmi sini


Dalam pembikinan semula karya Roald Dahl yang disukai ramai ini sebagai filem, Zemeckis menceritakan kisah komedi gelap dan menawan hati mengenai seorang anak yatim piatu pada akhir 1967 yang tinggal bersama neneknya yang penyayang di kota Demopolis, Alabama. Apabila budak tersebut dan neneknya menemui beberapa ahli sihir glamor tetapi sangat jahat, dia dengan bijaknya membawa cucunya melancong ke pusat peranginan mewah di tepi laut bernama Grand Orleans Imperial Island Hotel. Malangnya, mereka tiba pada waktu yang sama ketika Grand High Witch telah mengumpulkan rakan-rakan ahli sihir dari seluruh dunia untuk melaksanakan rancangan jahatnya untuk menukar kanak-kanak dunia menjadi tikus.



Seperti yang dijangka, Hero Boy tidak dapat membiarkan itu berlaku tanpa berlawan, dan dia bekerjasama dengan kawan yang baru dikenalinya, Bruno Jenkins, penuh dengan semangat keberanian yang luar biasa untuk menghadapi ahli sihir jahat yang benar-benar menakutkan. Ini lebih ketara apabila rambut palsu, sarung tangan elegan dan sepatu menawan mereka ditanggalkan untuk mendedahkan kepala mereka yang botak, kuku tajam dan kaki yang tidak berjari!

 

Muat naik aplikasi HBO GO dari App Store atau Play Store melalui peranti anda atau akses HBO GO menerusi Astro atau melalui pautan https://www.hbogoasia.my/. HBO GO tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV, Samsung Smart TV - dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

 

Akhirnya, para peminat Anne Hathaway dapat menyaksikan kehebatan wanita berbakat besar dan versatil dalam menjayakan pelbagai peranan ini sebagai ganjaran istimewa di HBO GO. Dari ‘cat buglar’ kepada usahawan, saksikan bakat ikonik wanita ini dalam koleksi filem hebat seperti Locked DownDark WatersThe HustleThe Dark Knight RisesLes Miserables dan The Intern!

 

Astro On Demand tersedia untuk semua pelanggan melalui kotak Ultra atau aplikasi Astro GO. Selain itu, pelanggan Astro Movie Pack dapat menikmati akses HBO GO tanpa bayaran tambahan.


Ikuti HBO Asia di laman sosial dan gunakan #TheWitches dan #HBOGOExclusive untuk menyertai perbualan:

Facebook: HBOAsia

Instagram: @hboasia

Twitter: @HBOAsia


Read More

09 January 2021

Rozita Che Wan Duta Mylea Skincare Bagi Tahun 2021

Sekian lama bertapak dalam bidang penjagaan kulit wajah sejak 2012, kini Mylea Skincare mengumumkan Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dilantik sebagai duta rasmi produk mereka sepanjang 2021 ini.

Rezeki 2021 buat Che Ta yang tidak asing dalam industri hiburan dengan loghat utara menarik minat Puan Amylia untuk menjadikan Che Ta sebagai duta rasmi produk Mylea Skincare.  

Dengan terlantiknya Puan Rozita Che Wan sebagai duta jenama Mylea akan memperkasakan lagi jenama Mylea di pasaran semasa. Ini merupakan permulaan yang baik bagi jenama Mylea dalam usaha untuk memasarkan jenama Mylea ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelbagai strategi pemasaran bakal dilaksanakan sepanjang tempoh rasmi perlantikan Puan Rozita Che Wan sebagai duta rasmi jenama Mylea.



“Sejak tahun 2012 lagi Mylea telah wujud dan selama lapan tahun berada dalam industri kecantikan ini ramai pelanggan kami yang telah mendapat kulit idaman mereka. Masalah kulit ada pelbagai jenis tetapi masalah yang paling sukar untuk dirawat adalah masalah jeragat. Inilah kelebihan utama produk kami yang mana mampu untuk merawat masalah jeragat terutamanya,” tegas Puan Amylia yang merupakan Pengasas Mylea.

Puan Amylia, Pengasas Mylea

Walaupun menjangkau usia 50an namun masih dipilih menjadi duta produk. Terbaik pemilihan duta oleh Mylea ni, bersesuaianlah Rozita Che Wan dengan produk mereka. Umumnya kita tahu tentang rutin penjagaan wajah Che Ta kan, oleh demikian Che Ta akan sentiasa tampil cantik setiap hari. Ditambah pula dengan rutin penjagaan wajah menggunakan produk Mylea.

Bila ditanya kepada Che Ta kenapa bersetuju untuk menjadi duta Mylea ni, Che Ta menjawab "Perkara pertama saya minta pada Puan Amylia adalah produk, saya perlu rasai pengalaman sendiri menggunakan produk ini barulah saya yakin untuk menjadi duta Mylea. Semasa saya mendapat produk ini saya beri pada ibu untuk mencuba terlebih dahulu. Setelah nampak kesan kurang jeragat di wajah ibu saya, barulah saya mencuba dan dalam tempoh 14 hari sudah nampak kesannya. Selepas itu barulah saya bersetuju menandatangani perjanjian ini".

Harapan 2021 Mylea Skincare 

Perjanjian bersama Rozita Che Wan sebagai duta produk ini adalah selama setahun bagi tahun 2021.

Setelah hampir 8 tahun, Mylea mempunyai seramai 50 orang Fighters, 20 orang pasukan jualan di HQ dan buat masa kini Mylea masih membuka peluang kepada suri rumah dan wanita diluar sana yang ingin membantu keluarga menambah pendapatan untuk menjadi Jemaah Mylea Skincare. Puan Amylia dan suami  Tuan Fakrul juga tidak menyangka perniagaan yang dimulakan secara kecil-kecilan dulu kini semakin besar. 

Puan Amylia yang juga merupakan anak didik Datuk Wira Azizan Osman menetapkan pelan pemasaran besar-besaran bagi tahun 2021 dimulakan dengan poster di papan tanda lebuhraya seluruh negara, pengiklanan di radio dan televisyen dan pelbagai lagi.


Produk Mylea Skincare 

Keutamaan diberikan kepada penyelesaian masalah wanita yang berumur lewat 30an ke atas, di mana pada usia ini kesan jeragat, kulit kusam dan penuaan semakin nampak jikat kita tidak menjaga wajah dengan rapi. Kesan jeragat sukar untuk dihilangkan. Oleh sebab itulah Puan Amylia mengambil inisiatif mengeluarkan produk penjagaan kulit Mylea Skincare ini.

Terdapat 6 produk yang dikeluarkan dibawah jenama Mylea Skincare iaitu Mylea Freckles Serum dengan Moist 24 Essence & Centella Asiatica Extract,  Mylea Honey Soap, Mylea Treatment Foundation dan yang terkini adalah Mylea Moisturizing Lipmatte, Mylea Pore Invisible Primer serta Mylea Lip Scrub. 

Jenama Mylea telah memenangi pelbagai penghargaan antaranya Asia Pacific Super Health Brand sejak tahun 2018 hingga sekarang dan baru-baru ini syarikat ini berjaya mendapatkan SME100 AWARDS 2020. Produk jenama Mylea juga telah mendapat kelulusan Sirim setelah melepasi standard piawaian yang dikehendaki.

Jadi produk Mylea ini sememangnya setanding dengan produk jenama luar. Jom sama-sama kita bantu perniagaan tempatan.

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web dan juga laman sosial Mylea Skincare iaitu:

Laman web

www.mylea.my

Instagram 

www.instagram.com/mylea_hq

Facebook

www.facebook.com/MyleaSkincareMalaysia


#mylea #myleaskincare #myleafrecklesserum #rozitachewan #cheta #dutamylea

Read More

08 January 2021

ALIFE AGAIN: Mencipta Masa Depan Untuk Industri Acara Langsung

DISEBABKAN pandemik Covid 19 terus-terusan mengancam industri acara langsung (live events) yang belum pernah terjadi selama ini, Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE) mengharapkan agar tahun baru ini akan memberi pencerahan menuju pemulihan.  Sebahagian besar inisiatif ALIFE 2020 ialah untuk melibatkan kerjasama pihak berkuasa yang relevan dalam usaha membenarkan acara secara langsung ini dapat dilaksanakan dengan selamat bersama pelaksanaan protokol kesihatan yang ketat.

“Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat sulit buat industri kami dan jalan penyelesaiannya sangat lambat dan tidak konsisten. Pihak ALIFE berkomitmen untuk terus berusaha untuk mengjangkau semua pihak yang berkepentingan dalam sektor swasta dan agensi kerajaan bagi mencari penyelesaian jangka panjang dan kelanjutan untuk menuju pemulihan industri acara langsung melalui Forum ALIFE AGAIN,” tegas Para R. yang merupakan Pengerusi ALIFE.

Para Rajagopal

ALIFE AGAIN: Mencipta Masa Depan Baru Untuk Industri Acara Langsung dijadualkan berlangsung pada 21 Januari 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan akan dipersembahkan dalam bentuk acara hibrid dengan sebilangan kecil peserta langsung serta penyertaan dalam talian. Forum yang akan menampilkan sekumpulan ahli panel yang berpengalaman dalam pelbagai bidang berkaitan ekosistem siaran langsung akan menangani topik-topik seperti menghidupkan kembali industri hiburan tempatan, perubahan landskap persembahan secara langsung di seluruh dunia dan teknologi dalam transmisi migitati, dana kerajaan & bantuan kewangan serta prosedur standard operasi dan kelulusan acara. 

Antara ahli panel yang bakal menyertai forum ini adalah legenda muzik Malaysia, Datuk M.Nasir, Encik Rajasingham yang merupakan Pengarah Urusan BAC Education Group, Ilya Kravtsov Ketua Pegawai Eksekutif Pouch Nation  yang merupakan sebuah syarikat teknologi acara terkemuka, Kim Lim yang merupakan Pengarah Kanan Celebrity 360, Universal Music, wakil dari agensi kerajaan termasuk Cendana dan MyCreative dan ramai lagi. Sesi ini juga menampilkan ahli panel dari industri hiburan langsung dari seluruh rantau ini. 


Datuk M.Nasir
                                            
Encik Rajasingham, Pengarah Urusan BAC Education Group
   

Ilya Kravtsov, Ketua Pegawai Eksekutif Pouch Nation

Kim Lim, Pengarah Kanan Celebrity 360 Universal Music

Dengan kumpulan penggerak dan nama-nama besar industri berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka, forum ini akan menyediakan platform yang hebat untuk para peserta untuk belajar, adaptasi dan melaksanakan strategi untuk kesinambungan semula acara secara langsung selepas wabak.

Sebagai infomasi dua bulan lalu, industri secara langsung melalui ALIFE telah mengirimkan SOS kepada Kementerian dan agensi kerajaan berkenaan usaha menyelamatkan industri selepas semakin banyak pengendali, pembekal, kru dan pekerja dipaksa berhenti dan keluar dari sektor ini. 

Brian

Iqbal Ameer

Munas

Rohit

Dua bulan kemudian, walaupun terdapat banyak sektor ekonomi yang dibenarkan memulakan operasi beserta pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Nasional, industri siaran langsung berada dalam Aktiviti Terhad Majlis Keselamatan Nasional (Senarai Aktiviti Dilarang). ALIFE terus menuntut kepimpinan proaktif dari kerajaan dalam membantu industri secara langsung.

Dengan kelulusan ini akan dapat membantu industri serta pekerja sektor ini terus dapat mencari rezeki bagi menyara keluarga. 

Pendaftaran FORUM ALIFE AGAIN adalah percuma dan dibuka kepada semua pengamal acara langsung yang berminat dengan dasar ‘first come first serve’. Pendaftaran dibuka pada hari Khamis, 6 Januari 2021 melalui www.alife.my

Untuk maklumat lanjut atau butiran forum, sila emel alifecouncil@gmail.com


Read More

05 January 2021

Keith Foo Dan Natasha Hudson Ada Apa-apa Ke Tu?

Berpengalaman lebih 12 tahun dalam dunia perniagaan produk berasaskan kosmetik dan kesihatan, syarikat bumiputera Megah Herba (M) Sdn Bhd terus optimis dengan misi mereka bersaing di pasaran secara positif.

Ditunjangi pasangan suami isteri, Datin Reena Zach dan Datuk Zack Aziry mereka enggan statik dengan satu produk semata mata. Bahkan di samping mengukuhkan produk sedia ada, variasi kepada produk baharu tetap jadi keutamaan.

Di sebalik lambakan produk seumpama itu yang tumbuh mekar di pasaran, anak syarikat berkenaan iaitu Lana Labs Global kini meletakkan harapan menggunung kepada produk kecantikan kulit, Crystal C White.

Malah buat kali pertama produk naungan mereka menampilkan duta selain wajah serta ikon mewakili jenama terbaharu itu membabitkan dua selebriti berstatus duda dan janda terhangat di Malaysia.

Istimewanya juga produk kecantikan berkenaan yang biasanya mengetengahkan selebriti atau model wanita cantik menampilkan artis lelaki, Keith Foo sebagai duta selama setahun.

Merancakkan strategi pemasaran, Natasha Hudson yang juga ibu tunggal kepada tiga anak dipilih sebagai wajah dan ikon jenama produk juga untuk tempoh setahun.

Bagi pengasasnya, Datin Reena Zach, 36, dia tidak berasakan sesuatu yang janggal atau pelik memilih golongan lelaki sebagai duta.

“Kebiasaannya kalau perihal produk kecantikan, wanita cantik yang akan terlintas dalam fikiran mewakili produk sebegini. Namun kita cuba melawan arus meletakkan Keith Foo sebagai sandaran buah tangan terbaharu kami ini. Duta lelaki dipilih juga kerana kita mahu menekankan produk ini juga boleh diamalkan golongan lelaki selain wanita. Jadi apa salahnya kita lawan arus?


Bapa tunggal kepada Skylar Raymond Foo ini juga sudah menggunakan produk ini sejak Ogos lalu bagi merasai keberkesanannya terlebih dahulu.  Banyak sebab kita memilih Keith sebagai duta. Selain wajah tampan dan memiliki kulit sihat, Keith sendiri mengamalkan gaya hidup sihat. 

Bahkan oleh kerana trek rekod produk kami sebelum ini juga diterima baik di Indonesia, pemilihan Keith sangat wajar kerana dia sudah lebih sedekad mencipta nama di negara jiran itu. Keith juga fasih dalam banyak bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Indonesia, Mandarin, Inggeris, Tamil dan Hallam,” tegas ibu kepada dua anak berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.

Reena sendiri menegaskan beliau sendiri pernah berdepan masalah kulit wajah yang kronik.

“Pelbagai jenis produk penjagaan kulit sudah dicuba, namun gagal merawat masalah yang saya alami. Kulit saya pernah berjerawat teruk hingga satu tahap saya jadi trauma melihat wajah sendiri.

Namun akhirnya solusi berjaya ditemui dengan penemuan produk Crystal C White. Menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun, produk ini cukup terbukti dengan pelbagai faedah serta kelebihan.

Datin Reena Zach bersama suami

Produk ini membantu menyelesaikan masalah kulit jerawat dan kusam, jeragat, tumit kaki merekah, rambut gugur, eczema, menguatkan kuku, mengurangkan garisan halus serta kedutan, agen anti penuaan, pencerah dan penggebu kulit serta fungsi pelbagai lagi,” kata Reena.

Mengenai pemilihan Natasha, Reena percaya ia menjadi nilai tambah kepada produk itu.

“Pemilihan Natasha juga selaras dengan konsep produk ini yang lebih elegan, segar dan mengikuti peredaran masa kini. Dia juga pengguna setia sebelum produk ini dilancarkan secara rasmi.

Seperti Keith, Natasha juga mengamalkan gaya hidup termasuk sukan memanah dan berkuda. Dia sendiri juga ada kelompok peminat di Indonesia kerana produk kami sendiri mendapat sambutan positif di sana.


Semestinya memiliki wajah kacukan dan kulit cantik serta sihat menambat hati kami. Selain itu dia juga antara ikon kepada wanita Muslimah. Dia akan membantu kami mempromosikan produk ini di laman sosial selain mengikuti program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama pasukan Crystal C White,” kata Reena lagi.

Sementara itu Keith menyatakan persetujuan menjadi duta kerana tertarik dengan produk terbabit.

“Semestinya sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong produk tempatan. Sejak dulu lagi saya selalu berfikiran sebegitu. Pastinya juga Crystal C White cukup berkualiti, berkesan dan paling utama untuk saya yang selalu bergerak aktif.

Saya yakin perniagaan seumpama ini juga akan terus membuka peluang untuk masyarakat menjana pendapatan sebagai agen dan stokis. Dalam situasi meruncing dek pandemik Covid 19, peluang sebegini cukup bermakna,” kata Keith.

Crystal C White dirumus khas daripada bahan semulajadi  dan bermutu tinggi seperti Pinebark, Hithione, Ekstrak Berries, Ekstrak sayuran, ekstrak biji anggur  serta Vitamin C yang diuji secara klinikal untuk meningkatkan pencerahan kulit, menganjalkan kulit dan menjadikan kulit lebih halus bersinar.

Untuk keterangan lebih lanjut boleh mengikuti laman instagram Crystal C White iaitu @crystalcwhite_hq atau Facebook CrystalCWhite HQ 

Setakat ini sudah ada lebih 5000 agen dan stokis berdaftar di Malaysia dan Indonesia. Malah peluang untuk menjana pendapatan juga sentiasa terbuka kepada yang berminat menjadi agen dan stokis.

Dipasarkan sejak Oktober lalu, produk berkenaan sudah terjual lebih 40,000 kotak. 

Untuk butiran lanjut, hubungi talian Hotline 0178888240

Read More

Tonton Konsert MALAYSIA LIVE! Di Youtube

MALAYSIA LIVE! merupakan siri konsert dengan kerjasama antara Pam Shahril and Shahril Razak dari Gabung Cipta, sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya profesional; bersama pengarah muzik, Dato’ Acis dan penerbit konsert, Jennifer Thompson dalam usaha mengekalkan dan memulakan acara konsert secara langsung atas talian bukan hanya untuk artis-artis tanah air malah juga bagi pembekal, jurutera, venue, pekerja dan perniagaan di belakang tabir yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Siri konsert tersebut akan bermula dengan live-streaming dua episod pengenalan pada bulan Januari ini.  Ia bukan sekadar menjana pekerjaan malah juga untuk menghiburkan peminat muzik tanah air dan membawa sedikit sebanyak keterujaan konsert live walaupun dilangsungkan secara maya. Kedua-dua konsert ini akan meraihkan artis-artis pendatang baru dan ternama dalam industri muzik.

Konsert ini telah dirakam secara langsung tanpa penonton di KL Live @ Life Centre salah satu venue yang terkenal untuk persembahan live dan artis diiringi oleh pemuzik-pemuzik tersohor Dato’ Acis (keyboard and pengarah muzik); Fendi Mokhtar (drums), Jenny Chin (keyboard), Rozhan Rahman (bass), Wan Gigi (gitar), Jamie Wilson (gitar), Steve Thornton (percussion); and penyanyi latar Yuaz Bahtiar Kassim, Eja Muhd. Nor dan Juanita Ismail.

Penonton dapat menonton premier episod-episod tersebut di youtube channel MALAYSIA LIVE! seperti berikut : 

Episod 1

Live-steaming pada Januari 22, 2021 (Jumaat) 9malam

Artis-artis : Aizat Amdan, Dayang Nurfaizah, DOLLA, Hael Husiani, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Yonnyboii and Zynakal

Pengacara:  Nazrudin Rahman


Episod 2

Live-streaming pada Januari 29, 2021 (Jumaat) 9malam

Artis-artis : Faizal Tahir, Ismail Izzani, Kmy Kmo & Luca Sickta, Dato’ M. Nasir, Ruffedge, Shalma Eliana, Tuju and Zizi Kirana

Pengacara :  Adibah Noor

Situasi bagi mereka-mereka yang punca pendapatan bergantung kepada persembahan seni dan hiburan secara live semakin meruncing dengan banyak perkerjaan yang terjejas walaupun mereka telah mencuba mengadaptasikan diri pada norma baharu.

Sebagai seorang yang pendapatannya bergantung kepada industri muzik, Dato’ Acis berkata, “Industri muzik adalah salah satu industri yang paling terjejas oleh kerana acara-acara live untuk khalayak ramai tidak di benarkan berlangsung.  Dengan pengurangan atau kehilangan punca pendapatan dari sektor persembahan live, yang merupakan sektor utama pendapatan seseorang artis atau pemuzik, ada yang terpaksa mencari perkerjaan lain untuk menyara hidup dan dalam senario terburuk, mereka terpaksa menjual peralatan muzik yang sekian lama menjadi punca pencarian makan.  Dengan MALAYSIA LIVE! saya berharap ia akan memberi ruang untuk semua yang terkesan untuk mula menjana pendapatan dan bagi peminat muzik menyambung semula keistimewaan menoton acara secara live”.

Kedua-dua Pam Shahril dan Shahril Razak yang telah berkecimpung 15 tahun dalam industri acara live dengan mengendalikan sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya yang berpengalaman dalam mengusahakan beberapa show besar di dalam negara dan serantau, menambah, “Semasa show orang ramai hanya melihat apa yang berada di atas pentas tetapi usaha yang perlu untuk mengendalikan sesebuah acara melibatkan beratusan daya tenaga pakar dan pekerjaan yang berkenaan termasuk jurutera, krew dan juga venue, katering, ticketing, keselamatan, syarikat logistik dan ramai lagi yang membentuk sebuah pasukan untuk melaksanakan sebuah show dengan berjaya”.

Berkenaan keadaan masa kini industri Jennifer Thompson turut berkata, “Bukan kita dalam industri tidak mencuba menyesuaikan diri atau meningkatkan kemahiran untuk mengadaptasikan diri kepada norma baharu tetapi ia perlukan lebih daripada usaha kita sendiri.  Kadang-kadang ia juga tergantung kepada situasi infrastruktur yang diluar kawalan kita ataupun corak pemikiran penonton yang mungkin mengambil masa untuk berubah.  Dalam industri hiburan perubahan adalah lumrah kehidupan tetapi dalam keadaan drastik ini, dan dalam percubaan untuk menyesuaikan diri, kita masih perlu cari makan dan membayar bil.  Objektif semestinya adalah untuk mengesyorkan kita tidak kehilangan bakat dan pakaran industri kita kepada perkerjaan lain”.

Ia menjadi harapan bahawa siri konsert ini akan berterusan supaya lebih artis, pemuzik dan tenaga pekerja industri muzik dapat melibatkan diri dalam perlaksanaan konsert-konsert seterusnya.

Kedua-dua episod dimungkinkan dengan sokongan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang memberi tumpuan penting untuk membantu pengiat dan perniagaan industri kreatif yang terkesan akibat pandemik Covid-19.  Objektif utama adalah untuk membolehkan aktiviti dan perniagaan industri kreatif dimulakan semula  demi kelangsungan pendapatan penggiat industri yang amat bergantung kepadanya.

Untuk mendapatkan berita terkini sila layari platform media sosial MALAYSIA LIVE! di :

YouTube – MalaysiaLiveMY

Facebook - www.facebook.com/MalaysiaLiveMY

Instagram - www.instagram.com/MalaysiaLiveMY

Twitter - twitter.com/MalaysiaLiveMY


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com