Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

29 November 2021

Jom Cuba Sekarang Rangkaian Baharu Antipenuaan Dan Menganjal Safi Youth Gold

Assalamualaikum dan hai,

Anda ada masalah dagu berlapis atau kulit muka kendur tak? Baru berusia 30an tapi nampak macam nenek? Jom Qiss kongsikan satu produk yang Qiss dah cuba dan nampak hasilnya.

Rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold

Produk terbaru ini diformulasikan dipertingkatkan daripada produk rangkaian Safi Rania Gold bagi memberikan hasil yang lebih baik kepada pengguna. 

SAFI Youth Gold

Antara kebaikan produk Safi Youth Gold ialah:

1. Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.

2. Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit.

3. Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus.

4. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa.

5. Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit. 

6. Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit:

a. Menegangkan kulit

b. Meningkatkan keanjalan

c. Mengurangkan garis halus & kedutan

d. Meningkatkan kelembapan kulit

e. Melindungi kulit dari pengoksidaan

f. Meningkatkan kehalusan kulit

g. Memperbaiki kulit rosak

°Berdasarkan ujian saintifik & klinikal. 

7. Harga berpatutan – hanya RM59.00, boleh didapati di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada. 

Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fm

Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj

Review Rangkaian Baharu Antipenuaan Dan Menganjal Safi Youth Gold

Qiss sedar sejak duduk kat rumah ni, Qiss amat jarang menggunakan produk kecantikan bagi merawat wajah. Tapi masa nampak produk rangkaian Safi Youth Gold ni terus rasa nak cuba.

Ada 2 produk yang Qiss cuba iaitu:


Lifting 24K Serum Cleanser

Pembersih yang diselitkan serum emas 24K yang lembut dan menegangkan dengan bahan aktif memulihkan keremajaan Triple Gold, Asid Super Hyaluronic Acid dan Anti PM2.5 yang membersihkan secara lembut sambil melembapkan dan menegangkan kulit untuk kulit yang licin, lembap dan lebih tegang.

Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan anti penuaan dan menggabungkan bahan Golden C dan Nano Gold 24K yang memberikan penyerapan yang dipertingkatkan lebih tinggi ke dalam lapisan kulit untuk membaiki mikro, menyerikan dan menaikkan seri kulit yang menua untuk memastikan ia kekal muda dan tegang. 

Golden C – Antioksida super yang melindungi kulit daripada penceroboh luaran yang berbahaya dan memperbaiki struktur kulit mikro dengan menggalakkan pertumbuhan semula kulit. 

Nano Gold 24K – Mengembalikan keanjalan dan menghaluskan tekstur kulit dengan berkesan untuk kulit yang anjal dan tegang. 

Triple Gold – Melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas, menggalakkan keanjalan kulit dan memberikan kulit berseri muda. 

Super Hyaluronic Acid – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat secara intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit untuk kulit yang terhidrat.

Qiss guna cleanser ni dua kali sehari dan memang senang nak cuci wajah dan bilas. Untuk kulit kombinasi macam Qiss akan rasa tegang kulit wajah lepas cuci dengan cleanser ni.

Bau wangi dan menyegarkan.

Lifting Golden C Duo Serum

Formula serum ringan yang diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives of Golden C dan Ceramide 3 yang berkuasa untuk memberikan Pembaharuan Keremajaan Kulit °7D dengan menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, mengurangkan garis halus & kedutan, meningkatkan kelembapan kulit, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak . 

*Hasilnya boleh dilihat seawal 15 minit. *Berdasarkan ujian saintifik dan klinikal.

Qiss akan guna serum ni selepas mencuci muka menggunakan cleanser, selepas menggunakan toner dan barulah sapukan serum ni pada wajah sebelum menggunakan pelembap wajah.

Kalau anda menggunakan kedua-dua produk ini, anda akan dapat menganjal kulit wajah dan mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil lebih anjal, runcing & tirus.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini boleh ke laman web; https://safi.com.my/

Instagram - @safimalaysia

Facebook - @SAFI.My

Twitter - @SAFImalaysia

Youtube – SAFI Malaysia

#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia

Read More

NKMH Media Lancar Wisma Sendiri, Beri Kejutan Hadiah Mercedes Untuk Ibu Bapa

Acara santai pelancaran pejabat urusan atau wisma agensi pengiklanan dan rundingan media, NKMH Media Sdn. Bhd bertempat di Jalan Setia Dagang, Setia Alam, tanggal 27 November lalu bertukar menjadi sebuah episod sedih.

Semuanya gara-gara kejutan pemilik empayar syarikat itu, pasangan suami isteri Hafiz Yahaya dan Nissa Rosli menghadiahkan kereta mewah jenis Mercedes Benz kepada Che Yahaya Talib, 57, dan Salina Sahat, 51.

Hafiz Yahaya dan Nissa Rosli menghadiahkan kereta mewah jenis Mercedes Benz kepada Che Yahaya Talib, 57, dan Salina Sahat, 51

Pasangan 'VIP' yang didatangkan khas dari Pulau Pinang itu sebenarnya ibu dan bapa kepada Hafiz sendiri. Malah kedua orang tuanya selain ibu mentua turut dihadiahkan pakej umrah.


Hafiz yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit berkata kejayaan yang dia dan isteri raih sejak lima tahun lalu hasil doa restu orang tua mereka.

"Ini bukan gimik. Tapi tanda hati saya dan isteri untuk mereka. Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, kami jarang balik bertemu mereka. Hadiah ini tak seberapa jika mahu dibandingkan dengan apa yang mereka lakukan kepada saya sejak kecil.

Lagipun kereta mewah itu antara idamannya selama ini namun tak berhasil dimiliki sendiri. Lalu dengan apa yang saya raih, kenapa tidak hadiahkan sesuatu yang simbolik di hatinya," kata Hafiz.

Hafiz berkata bapanya pesara polis dan kali terakhir berkhidmat di Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1, Pulau Pinang. 

"Saya sendiri juga pernah bertugas sebagai anggota polis berpangkat Koperal. Tapi saya nekad ambil tindakan melepaskan jawatan tersebut pada 8 September lalu dan sepenuh masa mengukuhkan empayar syarikat ini bersama isteri.


Saya cuba buktikan dengan berniaga sendiri juga boleh berjaya berbanding makan gaji,"
kata anak sulung empat beradik itu.

Sementara itu, Nissa atau nama penuhnya, Nur Khairunnisa Rosli selaku Pengarah Urusan berbangga usaha sejak lima tahun lalu terus membuahkan hasil.

Syarikat bumiputera ini mempunyai wisma sendiri sejak hujung September lalu dan mempunyai 33 orang pekerjanya. Sebelum itu, syarikat itu bertapak dalam industri di sebuah premis rumah kedai di Petaling Jaya sejak April 2017.

"Bukan satu perjalanan mudah untuk sampai ke tahap ini. Namun kami bersyukur dan bertuah kerana bertemu insan hebat sepanjang perjalanan ini.

Termasuk mentor dalam bidang perniagaan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman. 2017 kami hanya menawarkan pengiklanan holistik tv, radio dan billboard. Awalnya kami beroperasi dengan satu telefon bimbit dan komputer riba selain bergantung lokasi ada wifi. Kini kami turut berkembang dengan tuntutan semasa yang bergantung kepada saluran digital termasuk menggunakan pengaruh influencer di media sosial.


Sehingga kini, lebih 500 usahawan tempatan yang telah berjaya menempa nama bersama kami antaranya Sugarbomb, Eskayvie, Aqiqah Centre dan banyak lagi. 800 unit billboard di lebuhraya rata-rata ditakluk oleh klien kami.

Kami cuba memahami apa keperluan dan masalah mereka nak capai menerusi platform disediakan. Kami nak terus bantu lebih ramai usahawan menyerlahkan jenama mereka," katanya.

Dengan slogan #BeyondYourBrandSuccess, syarikat ini mensasarkan 10,000 usahawan secara konsisten dari tahun depan hingga menjelang 2030.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://nkmhmedia.com.my/about-us/ dan ikuti laman Instagram @nkmh.media

Read More

Kereta Mewah Ferrari Jadi Pilihan Pemilik Sumosuna

Disebalik setiap pergelutan dan kesusahan, pasti ada kemanisan dan kejayaan yang bertamu. Demikian terjadi kepada pasangan suami isteri pemilik empayar sauna mudah alih, Sumosauna, Norrizah Hazirah Maulana, 32, dan Mohd Helmi Izani, 31.

Pemilik empayar sauna mudah alih, Sumosauna,  Norrizah Hazirah Maulana, 32,  dan Mohd Helmi Izani, 31 bersama kereta mewah Ferrari mereka.

Selepas memiliki gudang dan lima lot kedai masing-masing di Pekan Nanas, Johor, kisah pasangan itu berjaya membeli kereta mewah jenis Ferrari pada 18 November lalu dengan nombor plat IIUM 12 hangat diperkatakan dan tular.

Cuma kisah di sebalik pemilihan nombor plat yang mengabadikan nama universiti tempat pengajian pasangan itu mendapat banyak reaksi.

"Kerana saya dan suami belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak. Saya graduan Ekonomi manakala suami pula belajar Kejuruteraan Mekanikal. Cuma untuk kelainan, kami guna akronim universiti itu dalam bahasa Inggeris iaitu International Islamic University Malaysia (IIUM). Angka 12 tu kebetulan ada simbolik dan kenangan tersendiri untuk saya dan suami.

Kami bangga mencipta kejayaan di situ. Kami pun mengalu alukan golongan pelajar universiti itu untuk menjana pendapatan bersama Sumosauna. Ada 3 orang 'top leader' di kalangan graduan di situ yang sudah jadi jutawan dan hanya menjadi suri rumah," katanya yang mesra dengan panggilan Kak Bi di kalangan ejen dan pengikutnya di media sosial.

Kata Kak Bi, dia tidak pernah menyangka kereta idaman yang selama ini hanya menjadi gambar hiasan serta paparan di komputer peribadi selain menjadi poster di dinding mampu dibeli kini.

"Allah Maha Kaya. Aturan Tuhan itu cantik. Jatuh bangun dalam hidup yang mematangkan diri. Namun saya dan suami juga bangga kerana hasil jualan produk sauna kami mampu melahirkan 12 orang golongan jutawan. Bahkan ada usahawan dibimbing mencapai jualan 1 juta pertama dalam tempoh 11 bulan.

Mereka itu bermula dari kosong, tapi dibantu dan dibimbing kami sendiri sampai berjaya hingga boleh beli kereta dan rumah idaman.

Malah saya bangga kerana separuh daripada jumlah jutawan itu daripada golongan suri rumah. Selebihnya daripada golongan bekerjaya seperti cikgu dan jururawat," katanya.

Hakikat Kak Bi bermula dengan bekerja di sektor profesional sebelum menjadi suri rumah yang mencuba pelbagai jenis cabang perniagaan.

"Selepas berkahwin, saya berhenti kerja sebagai pegawai eksekutif. Sempat kerja dalam setahun lebih. Suami ketika itu pun masih belajar di UIA.  Saya mula berjinak jinak dalam dunia niaga sekitar tahun 2014. Cuba nasib jadi agen jual pelbagai jenis produk.

Awal 2016, saya beranikan diri jual pakaian kanak kanak sendiri. Percaturan berjaya kerana membuahkan hasil. Tapi sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Kesibukan bekerja dan cari duit, buat saya lupa nikmat dan keberkatan mengenai peranan serta kewujudan ibu bapa. Lupa jaga perasaan mereka. Malah sampai tahap dalam tak sedar buat ibu dan bapa mentua terguris hati," kata ibu kepada empat anak itu.

Tahun 2017 menyaksikan pasangan itu berdepan dengan ujian hebat.

"Pada satu tahap, tak ada duit ditangan. Hanya bergantung duit yang ibu bapa berikan kepada cucu mereka. Bahkan, saya dan suami pernah korek duit di setiap penjuru rumah untuk cukupkannya demi nak beli sekilo beras. 

Kereta pernah ditarik sebab  enam bulan tak bayar. Bil api dan air kene potong hingga akhirnya  keluar dari rumah sewa di Johor sehelai sepinggang dan tahu tahu arah tuju nak ke mana. Masa itu saya hamil anak ketiga," katanya.

Akhirnya keluarga itu pulang ke rumah  mentua di Kota Tinggi.

"Daripada situ keberkatan dan rezeki mula masuk.  Saya dan suami  mula sedar hidup lebih bermakna jika kita terus memuliakan ibu bapa. Doa ibu bapa sangat mukjizat. 

Dipendekkan cerita, pada November 2018 kami mula tercetus idea menjual sauna mudah alih. Suami sebelum itu juga ditawarkan kerja dengan gaji yang besar di sebuah syarikat broker. Ikutkan saya tak bekerja pun okey.

Perkongsian saya di Facebook ketika memuat naik entri mengenai suami yang nak kurus dan guna sauna mudah alih mencuri perhatian pengikut. Bermulalah pra tempahan hingga kami mengeluarkan jenama sendiri," katanya.

Kak Bi  berkata, akhirnya suami memutuskan untuk berhenti kerja di syarikat broker sejak 27 Februari lalu dan sama-sama membangunkan produk sauna berkenaan.

"Daripada 5 unit sauna mudah alih sebulan terjual, kami akhirnya pernah mencapai jualan 5000 unit. Agen juga bertambah dari lima hingga menjadi 18000 di seluruh Malaysia. Sebab saya tak larat uruskan seorang diri, maka di 'paksa' suami berhenti kerja. Kami sama sama jadi pemilik dan pengarah urusan. 

Ketika pandemik COVID-19 menyerang dunia, bagai ada hikmah. Permintaan produk sauna itu meningkat berkali ganda," katanya.

Sauna mudah alih yang diiktiraf sebagai Asia Pacific TOP  Excellence Brand 2021/2022 itu dijual pada harga RM399 seunit. Ketika ini juga kempen 'slim sebelum raya sedang rancak berjalan dengan ganjaran menarik menanti.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.sumosauna.com atau ikuti Instagram @sumosaunahq dan @hazirahmaulana

Read More

26 November 2021

4 Sebab Anda Kena Shopping Masa Lulu Super Friday 23 November Hingga 5 Disember 2021

Assalamualaikum dan hai, 

Lama betul Qiss tak keluar membeli-belah. Kalau ada pun hujung minggu je. Qiss selalunya akan tunggu masa SALE macam SALE LULU SUPER FRIDAY kat Lulu Hypermarket ni. Puas hati rasa nak membeli barangan. Banyak pula promosi. Tambah dengan minggu gaji, memang berbaloi la shopping kan!

Bermula 23 November sehingga 5 Disember 2021

Kempen Lulu Super Friday berlangsung dari 23 November sehingga 5 Disember 2021. Banyak barangan ditawarkan pada harga menarik macam perkakas elektrik dan elektronik.

Lulu Super Friday bermula dari 23 November hingga 5 Disember 2021


Qiss pun sempat la beli beberapa barang perkakas elektrik sebab masuk rumah kosong masa kahwin dulu kan. 

Qiss sempatlah beli pengadun kek dan beberapa barang keperluan rumah. Lega dapat harga mengikut bajet.

Antara 4 sebab anda kena shopping masa #lulusuperfriday ialah :

1. Semua barang promosi terpilih ada POTONGAN HARGA SEHINGGA 70%. Memang berbaloi kalau nak beli peti ais baru, televisyen baru ataupun mesin basuh.


Tengok pengisar ni teringat rumah mak blender dah lama, boleh belikan untuk mak nanti. Harga promosi pun berbaloi ni.


Tablet ni sesuai untuk anak-anak yang PDPR. Dapat juga mereka mengikuti kelas online dan mengulangkaji pelajaran.



Rambang mata nak pilih periuk nasi, penyedut hampagas dan macam-macam barang elektrik kat Lulu Hypermarket ni. Semua murah-murah sebab promosi Lulu Super Friday yang tengah berlangsung.



Bagi mak ayah yang ada anak-anak masih bersekolah boleh dapatkan printer ni dekat Lulu Hypermarket tau. Berbaloi beli printer, dah tak perlu fotostat kerja rumah dekat kedai.

Lebih jimat kalau beli barang elektrik dan elektronik dekat Lulu Hypermarket sekarang tau. Promosi semua best-best harga pun berbaloi sangat.




Untuk barangan keperluan seperti makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan, turut termasuk dalam promosi Lulu Super Friday. 

Qiss suka beli sayuran dan buah-buahan dekat sini sebab semua segar-segar belaka. 






2. Penghantaran PERCUMA

Ya betul. Dengan setiap pembelian RM100 dan ke atas dari stor online http://luluhypermarket.com anda layak mendapat penghantaran percuma terus ke rumah anda. 

Jadi tak perlu susah-susah nak bersiap dan keluar rumah. Amacam? Best kan.

3. Potongan Harga Separuh

Sementara itu, di bahagian fesyen, kasut, beg tangan wanita, sari dan churidar sekiranya anda membuat pembelian bernilai RM100, anda akan dapat RM50 Baucar Membeli-belah.  Berbaloi sangat kan. Qiss rambang mata nak pilih handbag ni. Banyak yang cantik-cantik. 

Bahagian sari dan churidar pun menarik juga. Banyak kain sari yang cantik dan pelbagai rekaan churidar ada dekat Lulu ni tau.



Kalau anda nak cari sari atau churidar jangan lupa singgah Lulu Celebrate, sah anda akan rambang mata melihat kain sari dan pakaian yang cantik-cantik. 



Bahagian beg tangan wanita ni menarik perhatian sungguh. Harga pun menarik. Boleh pujuk suami Qiss belikan ni. Yelah, kalau beli 2 beg dah seratus lebih. Dapat pula baucar RM50. Ehemmm seronok ada banyak beg tangan raya tahun depan. 




4. Kempen Beli Barangan Malaysia 

Bagi menyokong sektor IKS, Lulu Hypermarket memberi potongan harga menarik untuk Barangan Buatan Malaysia tau. 

Jom kita sokong usaha ini dengan membeli produk-produk keluaran IKS kita.


Untuk pembelian menggunakan kad kredit, buy now pay later anda tak perlu risau akan kadar faedah yang dikenakan kerana Lulu Hypermarket tidak mengenakan sebarang kadar faedah. Haa boleh la beli televisyen satu secara ansuran kan.

Ingat tau, promosi #lulusuperfriday ni tak lama, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk membeli-belah barangan keperluan rumah dan produk makanan di Lulu Hypermarket berdekatan anda. Sekarang ada 4 cawangan iaitu Lulu Hypermarket Capsquare, Kuala Lumpur, Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall, Lulu Hypermarket Setia City Mall dan Lulu Grocer di Amerin Mall.

#lulusuperfriday #LuLuCapsquareKL #LuLu1Shamelin #LuLuSetiaCityMall #JomKeLuLu


Read More

25 November 2021

Five Days Left To Win Yourself A Trip To Qatar And Get Yourself An Immersive Viewing Experience With Hisense

Following Hisense's recent announcement of its FIFA World Cup 2022™ 'Too Big To Miss' Campaign, Hisense Malaysia is here to remind Malaysians that time is running out as there are only five days left to participate in the campaign which will be closing on 30 November 2021. Malaysians will stand a chance to win a trip to the FIFA World Cup 2022™ or a cash reward of RM20,000 and many attractive prizes through its FIFA World Cup 2022™ Creative Writing Contest.

 

FIFA World Cup 2022™ 'Too Big To Miss' Campaign

However, if you are interested in viewing the FIFA World Cup 2022 at the comfort of your home, Hisense has two televisions suitable for you while enjoying RM100 Touch N Go e-wallet cashback. Malaysians can immerse themselves in world-leading technology with Hisense Laser TV 100L5F and ULED TV U7G. 

Hisense Laser TV 100L5 - Bringing you a cinematic experience at home

Laser TV performs cinematic experiences for users with excellent audio system technology. Users can be assured of the best viewing experience and high quality pictures by using Laser TV as it contains millions of pixels in the DIP chips to create outstanding details across the 100” screen.

Worried about watching the match for more than 90 minutes? Fret not as it is designed with Anti-Reflective 100” Optimized Big Screen offering a great picture quality in any setting. The user's eye will remain comfortable and less eye strain that is 20% more comfortable than paper reading after watching the Laser TV closely. 

Hisense 4K ULED TV U7G - It’s like watching it LIVE

Hisense has invented ULED and owns the world-leading ULED technology. Compared with LED, OLED and other display technology, ULED is better at displaying the purest dark field and brightest colors. With the label of authentic color, brilliant contrast, Clear motion, distinct detail, there is always one for your favourite sports. 

Apart from that, the device adjusts its internal settings in real-time to optimize picture quality and the overall viewing experience. Exclusive picture quality engine not only conforms to the human eye structure and comfort, but also easily handles all kinds of content and images, including video, sports and games. Now you can enjoy every football movement clearly. 

It is also equipped with DOLBY ATMOS® bringing immersive audio experience to your home whether it is shows, games or live sports. The moving audio is a major advance from stereo, and even surround sound. You’ll feel like you’re inside the action as the sounds of people, places, things, and music come alive with breathtaking realism and move throughout the space. 

For consumers who are interested in purchasing the above-mentioned products, can always refer to https://www.hisense.com.my/dealers-locations/ or to find out more details of the campaign here https://hisense-campaigns.com.my/worldcup. Feel free to visit Hisense Malaysia and follow @HisenseMalaysia on Facebook, and YouTube to learn more about all of Hisense’s premium offerings.

Read More

Sertai Pertandingan SugarBomb x Digi Scan & Win (Imbas & Menang) Dan Menangi Hadiah Menarik

Menyedari akan peningkatan penggunaan data internet yang menjadi keperluan ramai untuk mengakses banyak perkara ketika Malaysia beralih ke fasa endemik, jenama pewangi terkenal SugarBomb telah menjalinkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi, Digi Telecommunications Sdn Bhd.

Kolaborasi itu mencetuskan penganjuran  Pertandingan SugarBomb x Digi Scan & Win (Imbas & Menang).

Kerjasama ulung ini menawarkan hadiah lumayan mencecah hampir RM200,000 berupa minyak wangi, data internet percuma serta panggilan tanpa had.

Pertandingan SugarBomb x Digi Scan & Win
(Imbas & Menang)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif  SugarBomb, Ahmad Azhari Rosli, kolaborasi itu tercetus daripada slogan Jom Berinspirasi yang diperkenalkan jenama telekomunikasi berkenaan.

"Seiring dengan slogan tersebut, kerjasama antara Sugarbomb dan Digi ini bersifat saling menginspirasi dengan kepakaran masing-masing. 

Lalu kami lancarkan dua edisi minyak wangi 30 ml yang dipanggil Freedom dan Inspire sejak 18 November lalu untuk menjamin agar anda kekal harum sepanjang hari.

Ketua Pegawai Eksekutif SugarBomb, Ahmad Azhari Rosli

Serentak dengan jualan minyak wangi itu, kita anjurkan peraduan Scan & Win (imbas dan menang) ini yang akan berakhir pada 31 Disember,"
katanya.

Tambah Ahmad Azhari lagi, seramai 1000 orang pemenang dicari. 

"15 peserta daripada jumlah keseluruhan akan dipilih sebagai pemenang utama dan selebihnya akan menerima hadiah sagu hati. Senarai pemenang akan diumumkan pada 6 Januari 2022 di laman Facebook SugarBomb



15 pemenang utama akan menerima Pek Digi Prabayar NEXT 35 yang mana mereka akan mendapat akses internet berkelajuan tinggi percuma selama tiga bulan (35GB sebulan) termasuk panggilan tanpa had beserta baucar belian Shopee bernilai RM100 setiap seorang. 

Manakala, pemenang sagu hati pula akan menerima Pek Digi Prabayar NEXT 15 yang didatangkan dengan 3.5GB data internet berkelajuan tinggi serta akses media sosial tanpa had secara percuma selama 3 bulan," katanya.

Kata Ahmad Azhari lagi, semua pelanggan Digi Prabayar NEXT juga boleh menebus minyak wangi SugarBomb secara percuma bermula 12 Disember ini. 

"Ia tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk penyertaan atau maklumat lanjut layari pautan https://bit.ly/30Tv4uq," katanya.

Azhari juga berharap kerjasama terjalin boleh memberi manfaat kepada masyarakat. 

"Kita semua sedia maklum dengan situasi norma baharu ini, data internet menjadi keperluan utama dan amat penting kepada semua. Setiap peringkat usia, pendek kata memerlukan data internet untuk pelbagai tujuan. 

Jadi rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan sambil terus berbau harum sebagai terapi kehidupan,"tambahnya.

Read More

24 November 2021

Lakukan Saringan Awal Kanser | New Normal, Same Cancer

Assalamualaikum dan hai, 

Pejam celik dah dekat 2 tahun hidup dalam zaman pandemik covid-19.  Semua orang takut akan virus ni sehingga mengabaikan penyakit merbahaya yang lain seperti kanser.  

Akibat dilanda pendemik, ramai pesakit kanser tidak dapat membuat pengesanan awal dan ini akan menyebabkan peningkatan risiko kanser tahap 4 dan 5 lagi sukar dirawat. Statistik menunjukkan penurunan drastik sebanyak 74% dalam diagnosis kanser sejak dunia diserang pandemik Covid-19 Impact on Cancer Care oleh IQVIA.

Kempen 'New Normal, Same Cancer' Galakkan Orang Ramai Melakukan Saringan Awal Penyakit Kanser

Orang ramai seakan melupakan penyakit kanser ini dan tidak membuat pemeriksaan sendiri mahupun ke hospital biarpun ada gejala awal penyakit kanser.

KEMPEN 'NEW NORMAL, SAME CANCER' DILANCARKAN SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER

Kanser sememangnya tidak akan berhenti untuk COVID-19. Atas sebab ini, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) telah bekerjasama untuk melancarkan kempen 'New Normal, Same Cancer' dengan sokongan AstraZeneca Malaysia untuk menangani kesan berterusan akibat pandemik COVID-19 mengenai penjagaan kanser sambil menggalakkan orang ramai untuk bertindak awal menjalani pemeriksaan penjagaan kesihatan yang sesuai.

Dari kiri: Dr. Anand Sachithanandan, Pengasas Bersama dan Presiden LCNM, Dr. Sanjeev Panchal, Presiden Negara AstraZeneca Malaysia, Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM dan Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM

Kempen ini dilancarkan sempena bulan kesedaran kanser payudara, paru-paru dan prostat dan telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan, bersama Dato' Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM, Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM, Dr. Anand Sachithanandan, Pengasas Bersama dan Presiden LCNM, dan Dr. Sanjeev Panchal, Presiden Negara AstraZeneca Malaysia.

Punca kematian kedua utama di dunia dan di Malaysia ialah penyakit kanser namun sejak pandemik Covid-19, masyarakat seakan melupakan penyakit ini. Menurut penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini, . Ramai doktor telah berkongsi bahawa mereka mengalami kelewatan dalam susulan untuk pengesanan, pemeriksaan, dan rawatan untuk pesakit kanser dan kumpulan berisiko tinggi.

Ms. Selvarani A/P Krishnan, bekas pesakit kanser berkongsi pengalaman menjalani rawatan kanser semasa pandemik Covid-19.

Dengan penurunan drastik dalam kadar diagnosis dan kadar saringan para pesakit, ketiga-tiga organisasi ini telah bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran di kalangan populasi pesakit yang belum lagi didiagnosis atau dirawat. Selain daripada pendidikan mengenai penjagaan kanser yang betul melalui media sosial dan laman mikro kempen, 'New Normal, Same Cancer' bertujuan menggalakkan para pesakit untuk kembali menerima rawatan pada waktu norma baharu ini dengan menyediakan baucar saringan dan konsultasi bagi kanser payudara, paru-paru dan prostat di hospital di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam kempen ini. 

"COVID-19 boleh meragut nyawa, begitu juga kanser. Sejak satu setengah tahun yang lalu, penjagaan kanser mungkin tidak diutamakan kerana sistem penjagaan kesihatan kita telah menghadapi jumlah kes COVID-19 yang tinggi. Kanser adalah pembunuh senyap dan tanpa disedari ramai, penyakit ini mungkin sudah pun menjejaskan kesihatan mereka. Sambil kita menyesuaikan diri dengan norma baharu ini, kita tidak boleh lagi mengabaikan masalah yang besar ini. Diagnosis kanser yang lewat akan merendahkan peluang hidup dan meningkatkan kos rawatan dan penjagaan. Kita perlu mempertingkatkan kepentingan pengesanan awal, dan masa untuk kita bertindak adalah sekarang,” kata Dato' Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Gimik pelancaran 'New Normal, Same Cancer'

Menurut Dato’ Dr. Saunthari, kempen bersama LCNM yang disokong oleh AstraZeneca ini bertujuan untuk mencapai tiga matlamat: meningkatkan kesedaran kanser di kalangan orang ramai, menyerlahkan kepentingan pengesanan awal, dan menggalakkan orang ramai untuk menjalani saringan.

“Kanser paru-paru adalah salah satu kanser yang paling biasa dengan kadar kelangsungan hidup yang paling rendah di Malaysia kerana sebahagian besarnya dikesan terlalu lewat pada peringkat 3 dan 4. Jika dikesan awal, ia adalah penyakit yang boleh disembuhkan dengan hasil yang baik. Wabak dan sekatan COVID-19 telah memburukkan lagi keadaan dengan kelewatan dan gangguan untuk pemeriksaan berjadual dan saringan kanser. Ini langsung mengakibatkan lebih banyak diagnosis dibuat pada peringkat lanjut,” kata Dr. Anand Sachithanandan.

“Kami memahami keengganan orang ramai untuk datang menjalani pemeriksaan kanser semasa pandemik. Atas sebab ini, LCNM berbesar hati untuk memainkan peranan dalam kempen ini demi meningkatkan kesedaran bahawa saringan kanser paru-paru untuk individu yang berisiko boleh dilakukan dengan selamat dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya. Matlamat kami adalah untuk mencapai peralihan peringkat dan mengesan lebih banyak penyakit pada peringkat awal yang boleh dirawat dengan lebih berkesan,” jelas Dr. Anand.

“Di AstraZeneca, kami komited untuk melampaui pil dengan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan hasil rawatan. Aspek ini termasuk pendidikan dan kerjasama awam-swasta untuk memacu diagnosis awal bagi pencegahan kanser. Kempen ‘New Normal, Same Cancer’ ini merupakan inisiatif global sejak 2020 dimana kami telah bekerjasama dengan organisasi profesional dari beberapa negara untuk membawa pesakit kanser kembali ke penjagaan kesihatan,” kata Dr Sanjeev.

“Kerjasama dengan NCSM dan LCNM membantu memastikan kemajuan dicapai dalam rawatan kanser untuk memastikan kelangsungan hidup. Selaras dengan peralihan negara ke fasa endemik, kami berhasrat untuk memberi inspirasi untuk melakukan tindakan awal, menggalakkan orang ramai untuk menghubungi doktor mereka jika mereka mempunyai sebarang tanda atau gejala kanser,” kata Dr. Sanjeev lagi. 

Cara Tempahan Saringan

✅ Layari: www.newnormalsamecancer.org

✅ Pilih hospital terdekat anda dalam senarai hospital dibawah.

✅ Muat turun baucar yang berkenaan.

Senarai hospital yang mengambil bahagian:

Bagan Specialist Centre

Beacon Hospital

Borneo Medical Centre

Darul Makmur Medical Centre

Gleneagles Hospital Kuala Lumpur

KPJ Puteri Specialist Hospital

Mahkota Medical Centre

National Cancer Society Malaysia Cancer & Health Screening Clinic

Nilai Medical Centre

Pantai Hospital Ayer Keroh

Pantai Hospital Kuala Lumpur

Penang Adventist Hospital

Putra Medical Centre Alor Setar

Putra Specialist Hospital Melaka

SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu

Sri Kota Specialist Medical Centre

Subang Jaya Medical Centre

Sunway Medical Centre

Kelewatan dalam pemeriksaan dan diagnosis kanser telah mengakibatkan pesakit lambat menerima rawatan yang berkesan. Penyelidikan menunjukkan bahawa sebarang gangguan dalam kesinambungan penjagaan kanser boleh memudaratkan hasil rawatan, jadi adalah penting untuk para pesakit kembali mendapatkan rawatan kanser.

Kanser tidak menunggu, anda pun jangan tertunggu-tunggu. Bertindak sekarang. Hubungi doktor anda. Dapatkan pemeriksaan. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘New Normal, Same Cancer’ dan baucar saringan, sila rujuk: www.newnormalsamecancer.org 

Read More

23 November 2021

TOP Sumbang Pek Prihatin Untuk Menaikkan Semangat Petugas Kesihatan Barisan Hadapan dan Menggalakkan Vaksinasi Remaja

Malaysia kini berada pada fasa pemulihan dengan kadar vaksinasi dewasa melebihi 90% dan jangkitan baharu semakin berkurangan. Manakala golongan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun kini sedang menerima vaksin. Sektor perniagaan, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi juga akan mula dibuka semula. Di samping itu, pengembaraan domestik  semakin rancak dengan lebih banyak destinasi percutian dibuka kepada orang ramai. Harapan untuk pulih tidak pernah pudar; namun masih banyak yang perlu dilakukan oleh petugas barisan hadapan Covid-19 Kementerian Kesihatan sungguhpun berhadapan dengan risiko jangkitan. 


TOP berhasrat untuk mewujudkan satu kitaran murni untuk menaikkan semangat dan memberi sokongan kepada semua yang terlibat dalam usaha-usaha menentang penularan Covid-19, khususnya kepada petugas barisan hadapan KKM yang merawat pesakit, pemvaksin dan kakitangan NGO, pada masa sama turut memberi motivasi kepada masyarakat umum untuk mendaftar dan menerima vaksin.

Petugas-petugas barisan hadapan Hospital Kuala Lumpur gembira mendapat pek penjagaan TOP Advanced Micro-Clean Tech Anti-Virus detergen

Sehubungan itu, TOP telah menyumbang sebanyak 17,000 pek prihatin bahan pencuci pakaian Advanced Micro-Clean Tech kepada petugas barisan hadapan KKM yang merawat pesakit COVID-19, pemvaksin di 17 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) dan kakitangan di enam Anjung Singgah iaitu pusat intervensi sosial untuk gelandangan.

Kira-kira 96,000 pek bahan pencuci pakaian TOP telah dan akan disumbangkan kepada individu yang telah divaksin, termasuk 6,000 pek yang diperuntukkan kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang akan menerima dos pertama vaksin dengan nilai keseluruhan sumbangan melebihi RM424,000. 

YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia

“Kejayaan vaksinasi, khasnya di Lembah Klang, telah memperlihatkan penyusutan kadar pesakit kritikal di hospital, mengurangkan tekanan kepada petugas kesihatan. Kita perlu membentuk tabiat dan amalan-amalan yang bertanggungjawab untuk hidup bersama virus Covid-19. Jadikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda bagi melindungi komuniti sekeliling dan memberikan kelapangan kepada petugas barisan hadapan setelah penat berjuang dari segi fizikal, mental dan emosi selama 19 bulan. Saya menyeru orang ramai untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri dengan lebih kerap terutamanya jika anda sering beriteraksi dengan orang ramai secara fizikal. Kami amat berbesar hati menerima sumbangan daripada Southern Lion dan TOP yang dilihat bertepatan pada masanya ini,” kata Menteri Kesihatan, Khairy. 

TOP, jenama pencuci pakaian No 1  di Malaysia, dikilangkan oleh Southern Lion Sdn Bhd bagi pihak Lion Corporation of Japan. 

Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Kazuo Mabuchi berkata, “Kami menghargai segala pengorbanan dan keberanian yang ditunjukkan oleh petugas-petugas barisan hadapan, dan ingin menyampaikan rasa penghargaan tersebut menerusi hadiah berfungsi ini kerana TOP prihatin kepada anda. Pek prihatin bahan pencuci pakaian anti-virus TOP Advanced Micro-Clean Tech boleh bertahan selama lebih sebulan bagi sebuah keluarga dengan empat orang isi rumah. Kami telah bekerjasama dengan KPJ Healthcare untuk mengagihkan serbuk bahan pencuci TOP kepada individu yang telah divaksinasi. Ini merupakan cara yang positif untuk menghargai mereka yang mengambil langkah bertanggungjawab bagi melindungi diri dan semua. Kami juga akan menjalin usaha sama dengan JKJAV untuk menghargai remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang menerima vaksin mereka. Ini merupakan satu langkah yang besar bagi kami, namun syarikat kami percaya ia mampu membantu mereka yang menerimanya.”

Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Kazuo Mabuchi

“Kami sedang bekerjasama dengan KPJ Healthcare dalam menyumbang serbuk pencuci TOP kepada individu yang hadir bagi mendapatkan vaksin mereka. Ia merupakan cara positif dalam menghargai mereka yang mengambil langkah untuk melindungi diri dan juga orang lain. Usaha ini merupakan satu inisiatif besar kepada kami, namun syarikat percaya bahawa ia amat bermanfaat,” jelas En Mabuchi dari Southern Lion.

Kakitangan di enam pusat transit bagi orang gelandangan, Anjung Singgah, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak juga merupakan golongan yang berisiko yang terdedah dengan virus COVID-19 kerana mereka juga merupakan barisan hadapan yang menyediakan khidmat kepada pelbagai golongan yang memerlukan.

Petugas barisan hadapan di enam pusat transit campur tangan sosial Anjung Singgah telah mendapat pek penjagaan daripada TOP

“Kakitangan di pusat kami sentiasa berhubungan dengan mereka yang didapati positif COVID-19. Malah ada di antara mereka mengenali individu yang telah tewas melawan penyakit ini. Kami berdepan dengan risiko setiap hari, dan hanya dilindungi menerusi vaksin dan kepatuhan ketat SOP yang telah ditetapkan. Namun, kami tidak berhenti berkhidmat. Kami berasa amat gembira kerana TOP melihat, mengiktiraf serta menghargai usaha kami. Keberkesanan pencuci TOP menyingkirkan 99.9% virus, yang turut merangkumi virus COVID-19 dan Influenza A, adalah amat penting buat kami,” kata En Amir Rudin Abdul Rahman, Pegawai Operasi, Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara. 

Penghantaran istimewa untuk pek penjagaan TOP detergent kepada petugas-petugas barisan hadapan Hospital Sungai Buloh Covid-19

Rakyat telah mendapat pek penjagaan TOP Advanced Micro-Clean Tech Anti-Virus detergen selepas vaksinasi di KPJ Klang


Mabuchi menambah, “Kami berbangga kerana diberi peluang untuk memperkasakan rakyat Malaysia daripada peringkat komuniti untuk lebih peka dan prihatin menerusi inovasi TOP. Setiap kita memainkan peranan penting untuk mengambil langkah bagi mengekang penularan Covid-19 termasuk mendapatkan vaksinasi dan dos penggalak, memakai pelitup muka, menyahkumah tangan dan mencuci pakaian menggunakan bahan pencuci yang terbukti menyingkirkan virus Covid-19. Dalam semangat #KitaJagaKita, kami bersama-sama anda dalam mendepani keadaan semasa yang mencabar.”

TOP telah memperkenalkan Bebas Melangkah sebuah video muzik penghargaan yang menyerlahkan peranan dan sumbangan barisan hadapan, kakitangan pemvaksinan dan individu yang memilih untuk mendapatkan vaksin agar mereka kekal teguh dalam mendepani COVID-19 dan sentiasa positif dalam sama-sama berusaha mengatasi pandemik ini.

TOP Advanced Micro-Clean Tech Liquid Detergent terdapat enam variasi

Lagu Ini  telah ditulis dan digubah oleh Amy Bong, dan dinyanyikan oleh Amira Othman dan Irfan Harris. Tontoni video muzik tersebut di  YouTube https://youtu.be/eJG6oZZVk5c dan kongsikan sebagai tanda sokongan anda kepada petugas barisan hadapan kita. 


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com