Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

05 May 2018

Balik Kampung Bersama Pensonic

Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' akan ke udara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.


Sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu selepas menyaksikan rancangan ini yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 June 2018.


Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:

Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.

'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.

'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).

Tonton rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic di TV3.

PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.

Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.

Selain dari Hadiah Nissan X-Trail,

Hadiah Istimewa termasuklah:
Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
TV LED 43" Pensonic
Pendingin Udara Pensonic4.
Ketuhar 45L Pensonic
Pengisar Nutri De Blender Pensonic
Penyaman Udara

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan.

Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.

Solan untuk minggu pertama

Rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod.

Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!

Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama, hadiah-hadiah mingguan dan mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan yang akan ditunjukkan dalam rancangan ini, artis-artis tempatan bersama-sama dengan Chef kegemaran anda Dato Chef Haji Ismail sudah tentu akan membuatkan anda terpaku di hadapan kaca TV setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang.

Artis-artis tempatan hot yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim dan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.



Kali ini, rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic mengabdikan kenangan indah amalan tradisional Balik Kampung di Hari Raya. DCH Ismail akan Balik Kampung bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak makanan yang mereka gemari di Hari Raya.

"Tujuan produk-produk Pensonic wujud adalah untuk para pengguna menikmati hidup dengan sepenuhnya dan membantu anda meluangkan masa dengan mereka yang tersayang, terutamanya keluarga anda.

Tiada perkara yang lebih memuaskan hati daripada memasak hidangan-hidangan anda sendiri dan berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Oleh itu, kami berharap supaya anda mempunyai pengalaman yang menyeronokkan apabila anda memasak untuk mereka yang tersayang.

Resipi-resipi DCH Ismail dalam rancangan 'Balik Kampung Bersama Pensonic' dan Kelas-kelas Memasak 'Balik Kampung Bersama Pensonic', termasuk produk-produk Pensonic, tentu akan membuat pengalaman memasak satu perkara yang menyeronokkan", kata Pengarah Executive Kumpulan Pensonic, En.Nelson Chew.

Beliau menambah, "Tahun ini juga, kami bekerjasama dengan peniaga-peniaga untuk mengadakan Kelas-kelas Memasak Secara Langsung (Live Cooking Classes) di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

Lokasi kelas-kelas memasak ini akan dipaparkan di Facebook Pensonic, oleh itu anda dipersilakan supaya mengikuti (follow) kami di Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam kelas memasak ini dapat membawa pulang hidangan lazat yang telah mereka sediakan dalam kelas memasak, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM450.00, termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!

Satu lagi berita menarik ialah peserta-peserta Kelas Memasak juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM200,000.00 apabila mereka menonton rancangan 'Balik Kampung Bersama Pensonic', dan menyertai peraduan Beli, Tonton & Menang. Jadi, segera ke laman Facebook Pensonic untuk mengetahui lebih lanjut!"

Pensonic, bersama-sama dengan DCH Ismail, inginkan rakyat Malaysia menikmati hidangan-hidangan berkhasiat yang dimasak di rumah, meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Resipi-resipi dalam rancangan kami mudah disediakan, menggunakan bahan-bahan yang biasanya boleh didapati dalam kebanyakan rumahtangga di Malaysia.

Keasyikkan DCH Ismail, resipi-resipi yang sedap dan masakan yang dipermudahkan dengan menggunakan produk-produk Pensonic, sudah pasti akan mendorong anda untuk memasak makanan ‘gourmet’ anda sendiri! Kami mengesyorkan supaya anda meluangkan sedikit masa menonton rancangan masakan kami.

Anda akan belajar bagaimana untuk memasak seperti seorang Chef, serta berpeluang memenangi produk-produk Pensonic yang hebat untuk kediaman anda dengan menyertai Peraduan Facebook Beli, Tonton & Menang Balik Kampung Bersama Pensonic.

Dengan produk Pensonic di rumah anda yang membolehkan anda menikmati hidangan lazat yang mudah disediakan, bersedialah untuk bergembira.

Berita menarik ini dikongsikan oleh Pensonic dengan menjemput media merasai sendiri pengalaman menggunakan produk Pensonic Chef Like. Wakil media perlu membuat pizza sendiri secara kreatif dan perlu upload di Instagram.

Qiss pun cuba buat pizza sendiri dan menang sebuah Food Processor. Yeah!!


Acara penyampaian hadiah

Bersama Dato Chef  Ismail

Bergambar bersama Amira Othman

bersama pelakon Edwin Dawson yang juga pengacara untuk majlis hari ini

Bersama pelakon Hafiz Roshdi

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com