Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

29 May 2018

Beauty Review l Eco Wellness Sanctuary Spa Bandar Botanik Klang

Hai semua pembaca setia blog qisstiera dan selamat datang pada pembaca-pembaca baru.

Hari ni Qiss nak share satu spa yang terkenal di Bandar Botanik Klang dan telah setahun beroperasi iaitu Eco Wellness Sanctuary Spa. Qiss berpeluang membuat satu rawatan urutan aromaterapi organik selama dua jam di sini.




Mula-mula Qiss masuk spa ni, Qiss diminta duduk di lobi dan dihidangkan teh herba. Dah siap minum secawan teh, kasut Qiss disimpan dan Qiss perlu memakai selipar khas yang disediakan oleh pihak spa bagi kemudahan Qiss semasa rawatan.


Pertama sekali Qiss dibawa ke tempat membasuh kaki. Masa kat sini kaki Qiss diberus dan dicuci sehinggalah bersih.

Selepas itu, Qiss dibawa ke tempat rawatan Di tingkat atas Dan Qiss diminta untuk menukar pakaian kepada pakaian khas rawatan.


Sebenarnya Qiss pilih untuk membuat rawatan urutan terapi ni sebab Qiss kerja bidang retail dan banyak berdiri. Jadi kaki rasa lenguh dan Qiss cepat penat.

Urutan dimulakan dengan sapuan minyak terapi bermula dari hujung kaki bahagian belakang badan. Masa urutan kaki dimulakan Qiss langsung tak rasa sakit. Sebaliknya Qiss rasa lega sangat-sangat. Alhamdulillah.

Selepas bahagian kaki, bahagian pinggang Qiss pula diurut. Best sangat-sangat rasa kena urutan ni..Hilang lenguh-lenguh badan.

Lepas tu bahu Qiss disapukan minyak dan diurut. Masa urutan bahu ni ambil masa lama sikit sebab bahu Qiss sedikit bongkok. Sebenarnya bukan bongkok pun tapi sebab Qiss tak duduk dan berdiri dengan posisi yang betul jadi bahu Qiss tak berapa tegak la cerita dia.

Lagi satu, orang perempuan ni selalu  bawak handbag aka batu.. hahaha sebelah bahu je dia sandang batu tu...ehh handbag..haha... jadi lagi cepat bahu terasa sakit dan lenguh. Yang ni sapa mengaku dia bawak batu cuba komen sikit kat bawah tu.

Lega. Satu perkataan yang boleh Qiss sebut bila bahu Qiss dah kena urut. Rasa lega sangat-sangat. Tapi lama betul tukang urut ni nak mengurut bahagian bahu Qiss mungkin urat dah berselirat sangat.

Selesai urutan bahu, tangan Qiss pula diurut dan proses urutan yang sama berulang untuk bahagian depan badan. Setelah selesai semuanya, Qiss dihidangkan teh herba di lobi.

Banyak lagi pakej menarik di Spa ni tau.





Sangat mudah untuk Qiss mencari spa ini sebab pakai Waze. Korang takkan sesat punya.

Dan peringatan untuk korang yang pertama kali ingin mengambil pakej yang disediakan, korang kena buat tempahan awal. Ini bagi mengelakkan korang tak dapat buat rawatan pada hari tersebut kerana appointment untuk rawatan sudah penuh.

Qiss memang suggestkan korang cuba rawatan spa kat sini sebab harga dia berpatutan dan suasana dia tenang sangat. Kita pun boleh relax-relax sambil tenangkan fikiran kat sini.

ECO WELLNESS SANCTUARY
Alamat: No. 8, Jalan Jasmin 8/KS6, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor
Website: https://www.ecowellness.me/
Facebook: https://www.facebook.com/ecowellnesssanctuary/
Waktu operasi: 11.00am sehingga 11.00pm

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com