Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

09 September 2017

Gadget: Moto Z2 Play

Hello kepada Kemungkinan-kemungkinan Baru dengan Moto Z2 Play baharu

Motorola Malaysia mengumumkan Moto Z2 Play bersama Moto ModsTM serta  siri-siri Moto C dan Moto E4



Kuala Lumpur, 6 Julai 2017 -- Adakah telefon anda cukup pintar untuk memenuhi semua keperluan anda? Adakah anda mahukan teknologi yang lebih baik daripada telefon pintar? Motorola hari ini mengumumkan penambahan baru kepada keluarga Moto Z dengan Moto Z2 Play serba baharu yang mampu bertukar menjadi sesuatu yang anda mahukan secara serta-merta dan pada bila-bila masa apabila dipadankan dengan Moto Mods. Dengan rekaan bentuk nipis, ringan dan prestasi lebih pantas, Moto Z2 Play menawarkan ciri-ciri yang anda idamkan. Pada masa yang sama, ia juga mampu menyediakan pengalaman yang transformatif menerusi Moto Mods.

Rangkaian telefon pintar Moto ZTM dengan Moto ModsTM membolehkan pengguna melakukan perkara yang sebelum ini mustahil dilakukan dengan sebuah telefon. Daripada memancarkan skrin sehingga 70 inci di mana-mana sahaja hinggalah penambahan zoom optikal sehingga 10x, Moto Mods sememangnya menawarkan inovasi mudah alih yang tiada tandingan. Menerusi peranti generasi seterusnya, anda boleh menerokai lebih banyak pengalaman dan cara untuk mengubah telefon pintar anda.








Moto Z2 Play baharu menampilkan rupa bentuk unibody metal sepenuhnya yang direka dengan terperinci. Selain cantik dan bergaya, ia mampu menahan penggunaan secara lasak pada setiap hari. Paparan Full HD Super AMOLED bersaiz 5.5” membuatkan permainan video, foto dan video dipaparkan di atas skrin dengan warna yang jelas menonjol bersama perincian yang cukup tajam. Untuk mendapatkan pengalaman optimum dari pemproses 2.2GHz octa-core, bateri yang dilengkapkan bersama mampu bertahan sepanjang hari dan sehingga hari seterusnya tanpa sebarang masalah. Terlupa untuk mengecaj Moto Z2 Play? Tiada masalah - hanya 15 minit pengecasan untuk dapatkan kuasa sehingga 7 jam.

Terima kasih kepada teknologi dwipiksel, anda kini boleh merakam foto-foto yang jelas sama ada pada waktu siang atau malam dengan kamera utamanya yang menggabungkan ciri laser serta piksel autofokus berkembar. Kamera hadapan 5MP dengan suluhan dwiwarna berkolerasi suhu (CCT) yang membuatkan anda kelihatan hebat dalam rakaman swafoto pada waktu siang atau malam. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memuatkan semua rakan dalam satu selfie dengan kanta sudut luas!

Moto Z2 Play menawarkan Moto Experiences yang unik. Ciri pertanyaan pantas yang baru pada Moto Voice menyediakan informasi berguna seperti cuaca atau kalendar. Ia juga membolehkan anda membuka aplikasi tanpa perlu menyentuh atau membuka telefon pintar tersebut. Melalui pengimbas cap jari yang telah direka semula, anda boleh mengaktifkan ciri navigasi satu butang untuk beralih di antara skrin dengan pantas. Alihkan ke kiri untuk kembali, ke kanan untuk mengakses aplikasi terkini, sentuh semula untuk ke laman utama dan tekan sesaat untuk mengunci telefon. Tanpa sebarang butang pada skrin, anda kini mempunyai paparan yang lebih jelas.

Kebolehdapatan dan Harga 
Moto Z2 Play serba baharu kini sudah mula dijual di semua pengedar dan kedai Lenovo Mobile yang sah. Ia didatangkan dengan dua warna - kelabu (Lunar Grey) dan emas (Fine Gold); pada harga RM1,999.

Cari Kereta Motorola!
Daripada 7 hingga 12 Julai 2017, para pelanggan di Lembah Klang boleh mencari kereta Motorola dan merebut peluang untuk memenangi Moto Z2 Play baharu bernilai RM1,999 serta pelbagai hadiah harian! Untuk maklumat lanjut mengenai mekanisma peraduan, laluan kereta dan perinciannya, ikuti: www.fb.com/MotoMsia. (Pemenang telah diumumkan di FB Motorola)

Pelancaran pada hari ini turut memperkenalkan penambahan baharu ke dalam keluarga Moto C dan Moto E iaitu Moto C, Moto C Plus, Moto E4, Moto E4 Plus.


Moto C - Ambil Langkah Bijak; dan Moto C Plus - Kuasa yang Menggerakkan Anda

Pengguna yang sentiasa sibuk kini boleh membawa kehidupan mudah alih mereka ke satu tahap lebih tinggi dengan kuasa bateri Moto C Plus. Tidak seperti kebanyakan telefon pintar di pasaran sekarang, Moto C Plus dilengkapi bateri berkapasiti 4,000mAh yang boleh bertahan sehingga 30 jam. Ini bermakna pengguna tidak perlu risau akan kehabisan bateri apabila berada di luar rumah sepanjang hari.

Tingkatkan gaya hidup definisi tinggi dengan Moto C Plus. Paparan 5 inci memastikan tontonan filem dan foto yang maksimum untuk hiburan multimedia yang lebih mengujakan. Tidak perlu bimbang untuk memuat naik semua rakaman foto percutian yang mengagumkan dengan kamera belakang 8MP serta rakam selfie yang jelas menggunakan kamera hadapan 2MP.

Moto C pula ialah telefon pintar berkuasa yang mampu menyelesaikan tugas tanpa perlu membebankan poket anda. Paparan bersaiz 5 inci membolehkan pengguna menikmati foto dan video dengan lebih perincian serta jelas. Rakam gambar secara spontan, walaupun di bawah cahaya yang suram dengan kamera belakang 5MP pada Moto C yang dilengkapi flash LED. Rakam juga saat-saat selfie terbaik dengan kamera hadapan 2MP yang disokong oleh lampu selfie. Tidak perlu bimbang apabila perlu mengecaj bateri pada hari yang sibuk. Moto C didatangkan dengan ciri 3G dan berwarna starry black bersama bateri berkuasa 2,350mAh. Dengan ciri dua kad SIM, telefon pintar ini menawarkan fungsi dua telefon dalam satu, jadi pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Lakukan semua ini dan banyak lagi dengan lancar kerana Moto C dan Moto C Plus dilengkapi dengan pemproses quad-core yang berkuasa bersama AndroidTM 7.0.

Kebolehdapatan dan Harga
Moto C boleh didapati dalam dua varian warna iaitu hitam (Starry Black) dan putih mutiara (Pearl White) pada harga RM399. Manakala Moto C Plus pula hadir dalam dua varian warna iaitu hitam (Starry Black) dan emas (Fine Gold) pada harga RM539.
Moto E4 dan Moto E4 Plus - Pilihan Telefon Pintar yang Terbaik



Moto E4 dan Moto E4 Plus baharu merupakan dua model telefon pintar Motorola yang boleh dipercayai. Ia menawarkan gaya serta ciri-ciri luar biasa pada harga mampu dimiliki. Moto E4 menggabungkan perkara yang anda mahu serta perlukan pada sebuah telefon pintar, semua ini dengan harga yang pasti anda suka. Jika anda sentiasa mahukan yang lebih, dapatkan Moto E4 Plus. Dengan rekaan metal yang licin, paparan HD dan kapasiti bateri yang besar, ia membolehkan pengguna untuk melakukan lebih banyak perkara dan menikmati kehidupan sepenuhnya. Moto E4 dan Moto E4 Plus menampilkan paparan HD bersaiz 5” dan 5.5”. Kedua-duanya dikuasakan oleh AndroidTM 7.1.1 bersama pemproses MediaTek Quad Core yang membolehkan pengguna melakukan tugas tanpa sebarang gangguan.

Kebolehdapatan dan Harga
Moto E4  ditawarkan pada harga RM639 serta hadir dalam dua varian warna iaitu kelabu (Iron Gray) dan emas (Blush Gold). Moto E4 Plus pula berharga RM799 serta didatangkan dalam dua varian warna iaitu kelabu (Iron Gray) dan emas (Fine Gold).



Rangkaian telefon pintar Moto yang baru membuktikan komitmen Lenovo untuk memenuhi keperluan kelompok pengguna berbeza. Ini termasuklah pasaran asas (entry level) pada masa sama memenuhi keperluan masyarakat yang kian dinamik. Dengan Moto C, Moto C Plus, Moto E4 dan Moto E4 Plus, Lenovo memberikan anda kebebasan untuk memilih daripada satu rangkaian telefon pintar yang padat dengan ciri-ciri penting, pada harga lebih mampu milik.

Semua model Moto Z2 Play, Moto C, Moto C Plus, Moto E4 dan Moto E4 Plus kini sudah boleh didapati di semua pengedar serta kedai-kedai sah Lenovo Mobile. Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk baharu Moto, sila layari laman web https://www.moto.com/my/home atau ikuti www.fb.com/MotoMsia.


Technical Specifications

Moto Z2 Play (Price: RM1,999)
Dimensions
Height: 156.2 mm
Width: 76.2 mm
Depth: 5.99 mm
Weight: 145 g
Processor
Qualcomm® SnapdragonTM 626 processor with up to 2.2GHz octa-core CPU with Adreno 506 GPU
Software
AndroidTM 7.1.1, Nougat with Moto Experiences (Moto Display, Moto Actions, Moto Voice)
Display
13.97cm (5.5") FHD Super AMOLED display (1080p [1920x1080] / 401 ppi),
Corning Gorilla Glass
Storage (ROM)*

64GB ROM with
microSD card support (up to 2TB)
Memory (RAM)
4GB
Rear Camera
12MP, dual autofocus pixel camera with 1.4um sensor, f/ 1.7 aperture, laser autofocus, phase detection autofocus (PDAF), and dual LED color correlated temperature (CCT) flash
Front Camera
5MP camera with a wide view lens, f/ 2.2 aperture, and dual LED color correlated temperature (CCT) flash
Video Capture
480p (30fps) 720p (120fps) 1080p (30/60fps), 4K (30fps)
Battery**
3000mAh all-day battery
Turbo Charging+
TurboPower gives you up to 7 hours of power in just 15 minutes of charging
Colors
Lunar Gray, Fine Gold
SIM
Nano-SIM; Dual-SIM available in select markets
Audio
Front-ported loudspeaker, 3-mic support
Bluetooth®  Technology
Bluetooth version 4.2 LE + EDR
Wi-Fi
802.11 a/b/g/n 2.4 GHz + 5 GHz
Water-repellent
Water repellent nano-coating
NFC
Yes
Network Bands
GSM/GPRS/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz)
UMTS/HSPA+ (850, 900, 2100 MHz)
4G LTE (B1, 3, 5, 8, 40)
Connectivity
Moto Mods connector,
USB-CTM port with USB 3.1 support, 3.5mm headset port
Authentication
Fingerprint reader


Moto C (Price: RM399)
Dimensions
Height: 145.5mm
Width: 73.6mm
Depth: 9mm
Weight: 154g
Processor
MediaTek MT6737m 64-bit quad-core 1.1GHz processor
Software
AndroidTM 7.0 Nougat
Display
5.0” FWVGA (854X480)
Storage (ROM)*
16GB built-in; expandable by up to 32GB microSD
Memory (RAM)
1GB
Rear Camera
5MP, f/2.4 aperture, 1.4 microns, 74 degree angle lens, Fixed Focus, Single LED flash, Burst mode, HDR, Beautification
Front Camera
2MP, f/2.8 aperture, 1.0 microns, 63 degree angle lens, Fixed Focus, Single LED flash, Burst mode, HDR, Beautification
Video Capture
HD@30fps, VGA@30fps
Battery**
2,350mAh, Li-poly removable, 5W charger
Turbo Charging+
N/A
Colors
Starry Black, Pearl White
SIM
Dual micro SIMs (Slot A: 2G,3G,4G/ Slot B: 2G)
Audio
1X speaker, 3.5mm Jack
Bluetooth® Technology
Bluetooth Version 4.2
Wi-Fi
802,11 b/g/n, Wi-Fi hotspot
Water-repellent
N/A
NFC
No
Network Bands
GSM/ WCDMA/FSS/TDD
Connectivity
Micro USB, 3.5mm headset jack
Authentication
N/A


Moto C Plus (Price: RM539)
Dimensions
Height: 144mm
Width: 72.3mm
Depth: 10mm
Weight: 162 g
Processor
MediaTek MT6737 64-bit quad-core 1.3GHz processor
Software
AndroidTM 7.0 Nougat
Display
5.0” HD (1280 x 720), GFM
Storage (ROM)*

16 GB internal, up to 32 GB microSD Card support
Memory (RAM)
2 GB
Rear Camera
8MP, f/2.2 aperture, 1.12 microns, 71 degree angle lens, Auto Focus, Single LED flash, Burst mode, Panorama, HDR, Video: 720p (30fps), Beautification
Front Camera
2MP, f/2.8 aperture, 1.0 microns, 63 degree angle lens, Fixed Focus, Single LED flash. Burst mode, HDR, Beautification
Video Capture
HD@30fps, VGA@30fps
Battery**
4000 mAh, Minimum: 3780 mAh, Li-poly removeable, 10W charger
Turbo Charging+
N/A
Colors
Starry Black, Fine Gold
SIM
Dual Nano SIMs (Slot A: 2G,3G,4G/ Slot B: 2G)
Audio
1x speaker 3.5mm Jack
Bluetooth® Technology
Bluetooth version 4.2
Wi-Fi
802.11 b/g/n, Wi-Fi hotspot
Water-repellent
N/A
NFC
No
Network Bands
GSM, WCDMA, FDD ,TDD
Connectivity
Micro USB, 3.5mm headset jack
Authentication
N/A


Moto E4 (Price: RM639)
Dimensions
Height: 144.7mm
Width: 72.3 mm
Depth: 8.99mm
Weight: 151g
Processor
MT6737 Quad-core 1.3 GHz ARM Mali T720 MP1 650 MHz GPU
Software
AndroidTM 7.1.1, Nougat
Display
5” HD 720p (1280x720), 294PPI 2.5D cover glass
Storage (ROM)*
16 GB, up to 128 GB microSD Card support
Memory (RAM)
2 GB
Rear Camera
8MP, f/2.2 aperture, 1.12 microns, 71-degree angle lens, Auto Focus, Single LED flash, Burst mode, Panorama, HDR, Video: 720p (30fps), Beautification mode
Front Camera
5MP, f/2.0 aperture, 1.12 microns, 68-degree angle lens, Fixed Focus, Single LED flash. Burst mode, HDR, Beautification
Video Capture
MPEG4 720p (30fps) H263 AVC VP8
Battery**
2800 mAh Removable 5W rapid charger
Turbo Charging+
N/A
Colors
Iron Gray, Blush Gold
SIM
Dual Nano SIM
Audio
Speaker 84dB, 2 microphones
Bluetooth® Technology
Bluetooth version 4.2 LE
Wi-Fi
802.11 b/g/n, Wi-Fi hotspot
Water-repellent
N/A
NFC
No
Network Bands
GSM, WCDMA, FDD, TDD
Connectivity
Micro USB, 3.5mm headset jack
Authentication
N/A


Moto E4 Plus (Price: RM799)
Dimensions
Height: 155 mm
Width: 77.5 mm
Depth: 9.55 mm
Weight: 198 g
Processor
MT6737 Quad-core 1.3 GHz ARM Mali T720 MP1 650 MHz
Software
AndroidTM 7.1.1, Nougat
Display
5.5” HD 720p (1280x720), 267PPI 2.5D cover glass
Storage (ROM)*
32 GB
Memory (RAM)
3 GB
Rear Camera
13MP, f/2.2 aperture, 1.12 microns, 78-degree angle lens, Auto Focus, Single LED flash, Burst mode, Panorama, HDR, Video: 720p (30fps), Beautification mode
Front Camera
5MP, f/2.4 aperture, 1.12 microns, 84-degree angle lens, Fixed Focus, Single LED flash. Burst mode, HDR, Beautification
Video Capture
MPEG4 720p (30fps) H.263 VGA, MT6737 embedded
Battery**
5,000 mAh Embedded 10W rapid charger
Turbo Charging+
N/A
Colors
Iron Grey, Fine Gold
SIM
Dual Nano SIM
Audio
Dolby Atmos speakers, Dual microphones
Bluetooth® Technology
Bluetooth version 4.2
Wi-Fi
802.11 b/g/n, Wi-Fi hotspot
Water-repellent
N/A
NFC
No
Network Bands
GSM, WCDMA, FDD, TDD
Connectivity
Micro USB, 3.5mm headset port
Authentication
N/A

*Actual available capacity of user storage and internal memory is less because the operating system, software and other functions utilize part of this capacity.  The available capacity may change when you upgrade the device. microSD cards sold separately. Content with DRM restrictions may not be able to be moved to the card. 200GB is the maximum capacity currently available.

**All battery life claims are approximate and based on an average user profile that includes both usage and standby. Actual battery performance will vary and depends on many factors including signal strength, network configuration, age of battery, operating temperature, features selected, device settings, voice, data, and other application usage patterns.

+Battery must be substantially depleted; charging rate slows as charging progresses.






About Motorola Mobility
Motorola Mobility LLC was acquired by Lenovo Group Holdings in 2015.  Motorola Mobility is a wholly owned subsidiary of Lenovo, and is responsible for designing and manufacturing all Moto branded mobile handsets. For more information, visit www.moto.com/my.


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com