Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

17 October 2017

ETW6 : Dekati hidupan liar di Farm In The City

Farm In The City, Seri Kembangan, Selangor.


Destinasi kedua. Taman hidupan liar yang unik ini adalah gabungan antara hidupan liar dan habitatnya serta flora dan fauna yang jarang kita lihat. Siapa sangka ditengah-tengah bandar masih ada zoo mini yang sangat mesra pengunjung.

Pengunjung dapat merasa sendiri pengalaman memberi makan kepada haiwan-haiwan disini. Terdapat lebih 100 spesis haiwan disini daripada yang kita tidak pernah tengok sehinggalah ke haiwan eksotik.

Semua pelawat dibawa melawat ke tempat haiwan diletakkan yang dipanggil stesen. Setiap stesen kita dapat melihat haiwan yang berlainan. Jumlah kesemua stesen ialah 19 buah stesen dan Qiss berpeluang melawat ke beberapa stesen yang menarik.

Ladang Penyu dan Kura-kura. Dikenali sebagai Longevity Village yang menempatkan kura-kura terbesar dan pengunjung berpeluang memberi makan kepada kura-kura disini.Terdapat beberapa jenis kura-kura disini antaranya Kura-kura Bintang dari India yang menurut kepercayaan boleh mendatangkan nasib yang baik dan kekayaan dalam perniagaan.  Ada juga kura-kura yang coraknya seperti harimau bintang yang diberi nama Leopard tortoise, Kura-kura kaki merah dan pelbagai lagi.



Gua Reptilia. Berbentuk seperti gua, stesen ini menempatkan  ular sawa terpanjang di Asia serta ular sawa Albino. Di sekeliling gua terdapat penempatan buaya terkecil dan ular paya bakau. Cuma kalau masuk ke sini kena perhatikan sekeliling. Kiri kanan anda mungkin ada haiwan dan jangan lupa dongak ke atas untuk melihat ular sawa besar tersebut.



Ladang buah. Walaupun namanya ladang buah terdapat beberapa spesis ayam yang tidak pernah kita lihat ada disini. Mengikut nama saintifiknya terdapat, Poland chicken, Silky chicken, Cochin chicken serta turut ada Kucing Batu.


Sangkar burung bebas. Disini Qiss berkesempatan memberi makan dekat burung-burung yang jinak. Pengalaman pertama Qiss. Memang seronok dapat rasa burung-burung hinggap dekat jari dan makan makanan ia. Mula-mula takut juga tapi tak sakit atau bahaya pun burung-burung ni.


Savannah. Menempatkan spesis Alpaca dari Amerika Selatan, rusa terbesar serta Kanggaru terkecil. Ini pertama kali Qiss tengok haiwan-haiwan ni tau.





Kampung haiwan peliharaan menempatkan pelbagai spesis arnab dan Guinea Pigs, sejenis tikus bersaiz besar dan comel. Dekat sini kita boleh memberi makan dekat haiwan-haiwan ni. Memang comel sangat.






Longkang memancing menempatkan ikan-ikan yang pantas berenang dan kita boleh lihat anak-anak kita cuba menangkap ikan itu.



Beri ikan makan dari atas beranda semestinya tidak boleh dilupakan. Terdapat satu tasik yang menempatkan ikan, itik dan Swan. Qiss teruja tengok swan je. Seronok dapat bagi makan haiwan kat tasik ni tau.



Kampung Mahmood. Menempatkan burung kakak tua yang pandai  bercakap dan berlakon. Tak percaya? Boleh tunggu masa persembahan ia. Anda memang tidak akan kecewa.




Terdapat lagi beberapa stesen yang anda boleh masuk dan dekati haiwan seperti rakun, burung merak serta menunggang kuda.



Tak sangka ada tempat yang sangat sesuai bawa keluarga ke sini pada musim cuti sekolah. Haiwan-haiwan disini juga dijaga dengan baik. Tahniah kepada pihak pengurusan Farm In The City.


Bayaran masuk:
Harga normal: Dewasa- RM48.00 / Kanak-kanak- RM38.00
Harga pemegang MyKad: Dewasa- RM32.00 / Kanak-kanak- RM27.00
Masuk percuma bagi kanak-kanak tinggi kurang daripada 90cm

Waktu Operasi:
Hari biasa – 10 pagi hingga 6 petang
Hujung minggu – 9.30 pagi hingga 6 petang
Tutup hari Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah.

Reactions:

23 comments:

  1. Wah...my kids sure will love to go here....
    Harga pun not bad jugak....
    Mcm.nk masuk zoo negara pun afa gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok masuk sini sebab kita rasa dekat je dengan haiwan2 kat sini. Mesti jadi pengalaman berharga buat anak2.

      Delete
  2. Luas tak tempat die. But the price is expensive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak luas sangat jadi tak penat berjalan. Harga sesuai dengan pengalaman kita dapat tengok haiwan tu dekat2. Kena buat tabung khas ni.hehe

      Delete
  3. Dah pernah ke sini hujung thn lepas. Memang best sebab boleh pegang haiwan2 dekat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan sebab haiwan dia jinak sangat.

      Delete
  4. bestnya.. dah lah comel2 haiwan ni.. tapi harga agak mahal sikit lah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada mykad murah sikit la. Tapi memang seronok datang sini.

      Delete
  5. Anak-anak mesti seronok dapat pergi tempat macam ni. Bila ke sana boleh lah singgah melawat kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bawak anak2..Dorang lagi suka dan dapat kenal banyak haiwan.

      Delete
  6. Waaaa seronok eh jalan2. Dalam banyak2 haiwan dekat situ Bal takut sikit denga kuda. Badan depa besar. Seram je bila bertembung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat sini kuda kecil je, macam kuda pony tu. Jomla datang sini.

      Delete
  7. Ahaha comel gila binatang tu semua omg... Bestnya teringin nak gi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakun comel. Lembut je tangan dia ambil makanan kat tangan kita. kena datang sini dan rasakan sendiri.

      Delete
  8. Wahhh happening sungguh. Seronoknya tengok Qis jalan sana sini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan2 tempat tak pernah pergi ni. Memang pengalaman baru tau.

      Delete
  9. Akk dh ke FIC Seri kembangan. Memang puas hati. Anak2 suka sangat. Insyaallah nk ke KL pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan..? Lepas ni boleh gi yang KL pulak.

      Delete
  10. Best nim dah pernah pergi bawa anak2. Anak mula2 takut lepas seronok nak main tangkap ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sebab ada aktiviti menangkap ikan kan. Anak2 sekejap je takut tu sebab dorang ingat haiwan tu nak gigit.haha

      Delete
  11. Pernah pergi sekali dekat sini. Walaupun kawasan tidak sebesar Zoo Negara, tapi penat gak nak pusing satu tempat nie.

    Eh, ada awek comel la dalam salah satu gambar diatas tue

    ReplyDelete
  12. Tak pernah datang sini lagi. Menariknya sebab boleh dekat dengan binatang. Lagi banyak dapat kenali jenis binatang.

    ReplyDelete
  13. Hahahaha kalau pi sini memang best. Cuma tulah rasa tak puas ke sini. Haiwan semua jinak. Hehehe. Rasa nak bawa balik rumah.

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Rezeki Travel

Popular Posts

Google+ Followers

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com