Pada 4-7 Oktober 2017, Qiss telah berpeluang mengikuti perjalanan kembara Makan.Kembara.Tulis atau lebih dikenali sebagai Eat.Travel.Write anjuran Gaya Travel dengan kerjasama Tourism Selangor dan MOTAC serta penaja daripada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor. Qiss baru tahu ada aktiviti seperti ini. Qiss dapat turut serta untuk kembara kali ini yang diberi nama Jom Ngeteh! ETW6 : Selangor International Culinary Adventure. Wahhh. Nama pun dah gah sangat rasa. Terasa diri ni kerdil.
Berkumpul di depan MATIC Jalan Ampang. Pertama kali menjejakkan kaki kat MATIC ni tau. Walaupun selalu dengar pengumuman masa naik bas GOKL dari KLCC tapi tak pernah terlintas pun nak singgah sini. Rupanya MATIC juga banyak aktiviti untuk kita seperti persembahan kebudayaan serta maklumat tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Malaysia. Paling menarik dekat sini ada kedai coklat tau. Bila-bila nanti boleh singgah beli coklat kat sini.
The Garage KL
Destinasi pertama. The Garage KL ini salah satu kafe hipster yang ada kat Selangor. Nama diberi sebab bersempadan dengan KL dan dari KL hendak ke sini mengambil masa 15 minit sahaja. Dibina daripada 25 kontena terpakai dan reka bentuk ia sangatlah unik. Yang buat Qiss teruja dekat sini adalah hiasan dalaman dia yang terdiri daripada barangan Star Wars.
Terdapat beberapa bahagian untuk makan iaitu ruangan terbuka dan ruangan berhawa dingin.
Ruangan berhawa dingin |
Ruangan terbuka |
Diruangan bawah terdapat bengkel kereta yang memang berfungsi sepenuhnya. Dan menyediakan perkhidmatan servis kenderaan.
Terdapat juga Gerabak iaitu kedai pakaian yang sesuai untuk remaja masa kini.
Para peserta diberi penerangan oleh Encik Syed berkenaan keistimewaan The Garage KL ini. |
Disini juga terdapat satu kontena yang menjalankan penanaman sayuran secara hidroponik menegak di dalam kontena dan ia sangatlah menarik. Jenis sayuran pula seperti basil, parsli dan daun pudina dimana banyak digunakan untuk masakan barat. Dan chef di The Garage KL juga lebih mudah mendapatkan stok sayuran mereka dengan adanya BABYLON Vertical Farm ini.
Setelah selesai melawat kawasan sekitar kami berpeluang melihat demonsrasi daripada chef The Garage KL yang menyediakan hidangan yang terkenal di The Garage KL. Antaranya ialah Tiger Beef, Lambhorghini dan Chicken Jordan.
Makanan yang dihidangkan pada hari tersebut adalah secara buffet antaranya spagetti Aglio Olio ni. Memang sedap. |
Setelah itu, kami melihat cara-cara menyajikan kopi serta cara corak diatas kopi dihasilkan.
Rasa kopi ni memang sedap. Kalau tak percaya boleh datang cuba.
Selain daripada kedai-kedai yang terdapat disini, para pengunjung juga boleh menempah ruang untuk membuat majlis di sini. Ini kerana kawasannya yang luas dapat menampung lebih daripada 200 pengunjung dalam satu masa.
Maklumat lebih lanjut lihat di sini:
Jalan Hillview,
Taman Sri Ukay,
68000 Ampang, Selangor, Malaysia
teringin nak rasa kopi bercorak tu hehe bestnya kalau dapt join aktiviti macam ni
ReplyDeletebestnya macam-macam ada dekat sini.. makanan pun nampak tempting... kalau neeza lah kopi tu cantik sgt rasa tak sanggup nak minum hehe
ReplyDeleteWah menarik. Boleh masuk dalam list nak kena singgah ni.en suami memang peminat kopi.
ReplyDeletememang hipster...best lepak sini nampak tenang je suasananya
ReplyDeleteMacam-macam ada disini. Suka DIY tu. Boleh la pinjam barang-barang bertukang mereka tu. Hehehe.
ReplyDeleteHmmm...menariknya. Macam-macam ada. Kalau ada peluang nanti nak singgah juga di sini.
ReplyDeletePernah jugak pergi Garage KL ni masa ada event dengan Hafidz Roshdi dulu. memang cantik dan rare tempat ni. Tapi kalau nak selesa kene duduk bahagian yang ada air cond. Belah luar macam panas sikit kan?
ReplyDeleteWidih, saya belum pernag nyobain nih kesana. Barista nya keren tuh desain nya :D
ReplyDeleteDah makin banyak kedai buka kat Garage ni pernah pergi 2 kali makan kat sini memang menarik tempat dan konsep ini..
ReplyDeleteLast gi MATIC masa SBB 2014. Menariknya the garage KL. Makanan pon nampak sedap.
ReplyDeletenampaknya sedapppp! :D next time boleh pi try.
ReplyDelete4D3N Star Cruise 2017
Best nya duk Kl ni kan, memacam tempat menarik ada, nak makan nak reper DIY.. satu konsep yang boleh di ketengahkan kat JB ni, sape nak joint venture hihi
ReplyDeleteKonsep cafe yang menarik. Bebila ada masa terluang bolehlah singgah sini.
ReplyDeletePernah sekali je lepak n makan kat sana. Konsep menarik cafe ni.
ReplyDeleteSedapnya. Kalau hangout dgn kawan lagi best sbb suasana menarik ni. Makanan dia sedap x?
ReplyDeleteDah lama nak pergi garage kl tapi tak pergi2. harga makanan okay tak kat sini? tempat ni confirm jadi kegemaran Instagramer. hehe
ReplyDeleteperghh tgh2 lapar tgok ntry ni... menangis dalam sendu la jwbnye hahhaa
ReplyDelete