Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

25 October 2017

Kembara Bloggers Johor : Ekspo Johor Berkemajuan


Sebelum ini memang Qiss tak pernah jejakkan kaki dekat negeri Johor ni sebab  Qiss takde sedara mara belah sini. Jadi pengetahuan tentang negeri Johor ni memang kurang.

Semasa mengikuti Kembara Bloggers Johor 2017, Qiss berkesempatan melawat Ekspo Johor Berkemajuan di mana di sini terdapat pelbagai informasi berkaitan negeri Johor.


Baik dari peninggalan sejarah, tarian tradisi, tempat pelancongan serta pelan pembangunan kesemuanya terdapat di sini.

Dengan masa yang terhad, Qiss sempat melawat beberapa booth yang dipanggil pavilion.
Bermula di Pavilion Johor Selamat segala agensi keselamatan seperti PDRM, Tentera, Bomba dan beberapa agensi yang terlibat ada di sini. Peserta boleh mencuba mengangkat senjata M16 yang dibawa khas ke booth tentera. Selain dapat  berjumpa askar dan polis, di luar khemah terdapat juga pameran kenderaan polis dan tentera.


Setelah itu kami berjalan ke booth Tourism Johor di mana terletaknya maklumat tentang tempat pelancongan menarik di Johor. Keunikan pavilion bagi  Tourism Johor ini adalah replika Taman Endau Rompin beserta jambatan dan air terjun.



Kemudian kami dibawa melawat booth-booth Majlis Daerah yang terdapat di Negeri Johor. Antaranya, Muar, Kota Tinggi dan Kluang. Setiap booth dihiasi dengan menarik dan punya pelbagai cerita di sebalik replika yang dipamerkan.




Di Pavilion J-Biotech terdapat kuda laut yang dah di awet. Manakala, di Pavilion Invest Johor pengunjung boleh mendapatkan maklumat berkenaan Iskandar Halal Hab.



Qiss juga sempat menaiki RV luxury coach di mana ianya sebuah bas yang telah diubah suai bahagian dalamannya supaya penumpang selesa untuk menyewa ia dan juga boleh dijadikan tempat penginapan dengan adanya kemudahan katil.


Selain itu ada juga pameran berkaitan salasilah Keturunan Sultan Negeri Johor yang dinamakan Galeri Diraja Johor. Pelbagai barangan eksklusif dapat dilihat seperti Mahkota Sultan dan pingat serta gambar keluarga Diraja Negeri Johor.


Di luar khemah terdapat mini zoo, tempat makan dan Agro Johor dimana ia menempatkan baka lembu sado. Memang besar lembu yang dipamerkan ni.


Sedikit sebanyak Qiss dapat maklumat tentang Negeri Johor dan ekspo ini sangat menarik untuk dikunjungi.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com