Wednesday, October 25, 2017

Kempen ‘Shocking? YES!’ 11street, Jualan Akhir Tahun Bermula 1 November 2017

11street Melancarkan Kempen Akhir Tahun untuk Memacu Pertumbuhan Perniagaan yang Mampan menerusi Pengukuhan Kepelbagaian Produk Yang Ditawarkan

Jumlah tempahan untuk produk global meningkat secara ketara, iaitu dua kali ganda pada tahun ini berbanding 2016
11street menjangkakan peningkatan sebanyak 50% dalam nilai dagangan kasar (GMV) dan tempahan perdagangan merentasi sempadan sepanjang kempen berlangsung.

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2017 – Arena perdagangan elektronik (e-dagang) telah membawa kepada peningkatan persaingan dalam industri e-dagang di Malaysia, memberi gambaran bahawa pertumbuhan pasti akan dialami operator tempatan .

Ketua Pegawai Operasi 11street, Chuljin Yoon, teruja untuk melancarkan Kempen ‘Shocking? YES!’  bertempat di Aloft Hotel Kuala Lumpur.
Lantas itu, 11street – pasaran dalam talian nombor 2 di Malaysia – memacu inisiatif untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaannya dengan memperkenalkan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa, sekaligus menyumbang kepada industri e-dagang negara.

 Kegembiraan jelas terpancar di wajah-wajah Eksekutif, rakan kongsi jenama dan tetamu kehormat di Pelancaran Kempen ‘Shocking? YES!’, Jualan Akhir Tahun 11street.

Chuljin Yoon, Ketua Pegawai Operasi 11street berkata, “Dengan kepesatan pendigitalan ekonomi, kami melihat dunia perniagaan semakin terhubung. China, Jepun, Korea dan Amerika Syarikat berada dalam senarai teratas kadar penembusan e-dagang yang aktif. Oleh itu, tidak hairanlah negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, merupakan pasaran seterusnya bagi perkembangan sektor e-dagang yang pesat.

“Sebagai sebuah pasaran dalam talian, 11street berperanan untuk menyediakan kemudahan membeli-belah dalam talian dengan penawaran kepelbagaian produk, sama ada tempatan mahupun antarabangsa, pada harga kompetitif kepada para pengguna dan pada masa yang sama mengembangkan sektor e-dagang di negara ini.”

Yoon menekankan, sejak tahun 2016, perdagangan merentasi sempadan (CBT) di Malaysia mengalami pertumbuhan eksponen. Bagi 11street Malaysia sahaja, jumlah tempahan bagi produk global telah meningkat secara ketara iaitu sebanyak dua kali ganda pada tahun ini berbanding 2016.
“Ditambah pula, jumlah tempahan produk dari China meningkat sebanyak 9 kali ganda pada tahun ini dengan lebih 70% pembelian merangkumi rangkaian produk memperbaik kediaman dan penjagaan peribadi,” Yoon berkata.

Dari kiri: Sean Oh,
Naib Presiden Penjual & Perniagaan Strategik; Akira Kajita, Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur; Chuljin Yoon, Ketua Pegawai Operasi 11street; Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM); Adam Tan, Naib Presiden Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM); Yeon Sung Whan, Pengarah Agensi Promosi Perdagangan-Pelaburan Korea (KOTRA); Peter Lee, Naib Presiden Pemasaran; dan Bruce Lim, Naib Presiden Perdagangan bergambar kenangan sebelum majlis pelancaran Kempen 'Shocking? YES!’.


Antara produk-produk global yang mendapat permintaan tertinggi adalah kamera kenderaan, beg alat solek, beg mengembara dan gajet elektronik. Berbekalkan maklumat ini dan kajian pasaran yang kami jalankan, 11street mampu melaksanakan kempen-kempen yang berorientasikan pelanggan dengan kepelbagaian produk ditawarkan sambil menggalakkan sektor e-dagang di Malaysia.

Memenuhi permintaan tempatan menerusi Kempen ‘Shocking? YES!’
Rentetan kajian pasaran 11street yang lepas, pengguna nyatakan harga sebagai faktor utama dalam pertimbangan pembelian mereka; faktor lain yang mempengaruh mereka adalah penawaran produk yang meluas dalam setiap kategori termasuk jenama antarabangsa.

Yoon berkata, “Rata-rata pengguna membeli-belah dalam talian untuk dapatkan harga yang lebih rendah. Oleh itu, 11street komited 11street dalam menyediakan pasaran dalam talian yang holistik kepada pengguna tempatan, membolehkan mereka merasai pengalaman membeli-belah yang lebih seronok dengan diskaun menarik dalam satu lokasi. Kelebihan street yang ingin kami sampaikan secara khusus adalah kemudahan.”

Bersedia untuk kejutan, tetamu kehormat 11street bersedia untuk melancarkan Kempen Shocking? Yes! 11street.

Lebih daripada 100,000 Tawaran Harga Terendah yang Dijamin dan Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM29.

Pelancaran kempen beli-belah dalam talian akhir tahun 11street - ‘Shocking? YES!’ melihat kerjasama dengan ribuan jenama terkenal tempatan dan antarabangsa, – untuk memperkenalkan 100,000 Tawaran Harga Terendah yang Dijamin dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM29 mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Kempen Shocking? Yes! Jualan Akhir Tahun 11street bermula dengan simbolik perasmian meletupkan belon yang menandakan kejutan bagi pembeli di 11street.

Sepanjang tempoh kempen, para pengguna akan menikmati rangkaian produk daripada jenama-jenama global yang mengambil bahagian, khususnya Globalegrow (sebuah jenama tersenarai awam di Bursa Saham Shenzhen dengan pemodalan pasaran melebihi AS$3 bilion), Anker dan Aukey (penjual terkemuka Amazon di peringkat global dalam kategori pengecasan peranti, barangan elektronik serta aksesori teknologi mudah alih di lebih 20 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah), Hada Labo (losyen wajah No. 1 di Jepun – dengan satu botol terjual pada setiap dua saat), OLENS (pembekal kanta kosmetik No. 1 di Korea), MamyPoko, Samsung dan pelbagai lagi.

Jenama-jenama lain yang turut mengambil bahagian termasuk Banila Co., Bluelans, Banggood, Caring Pharmacy, CJ WOW Shop, Courts, Lotte, Mamonde, Nongshim, Skechers, Tesco, UEB Technology dan lain-lain.

11street Menjangkakan Peningkatan 50% dalam Keseluruhan Perniagaan
Yoon berkata, “Seiring dengan peningkatan pembelian dalam talian pada musim jualan akhir tahun, 11street mengunjurkan peningkatkan 50% dalam nilai dagangan kasar (GMV) dan tempahan dagangan merentasi sempadan kami".

Kempen ‘Shocking? Yes!’ disasarkan untuk mengubah definisi pembelian dalam talian dengan menawarkan pelanggan lebih banyak kepelbagaian dan promosi yang mengujakan.




Sebagai pasaran dalam talian nombor 2 di Malaysia, portfolio perniagaan 11street kian berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 40,000 penjual dengan lebih 13 juta produk tersenarai pada kadar purata 16 juta kunjungan sebulan.

Turut hadir untuk menyaksikan pelancaran Kempen ‘Shocking? YES!’ adalah Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM); Akira Kajita, Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur; Yeon Sung Whan, Pengarah Agensi Promosi Perdagangan-Pelaburan Korea (KOTRA) dan Adam Tan, Naib Presiden Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kempen ‘Shocking? YES!’ dan series Tawaran Mengejutkannya, sila layari www.11street.my.



15 comments:

  1. sekarang memang trend shocking sale kan...pernah juga beli dengan 11 street..ok not bad penghantaran pun cepat

    ReplyDelete
  2. selalu usha usha shocking sale kat 11 street ni tapi selalu takberkenan dgn brg yg ada. yg berkenan selalu out of stok haha

    ReplyDelete
  3. 11 street punya shocking sale tak pernah cuba lagi. Nanti boleh terjah

    ReplyDelete
  4. Dah hujung tahun ni memang semua portal jualan online buat promosi. Memang mudah membeli diatas talian di 11Street

    ReplyDelete
  5. Good info. Boleh cuba explore ni nanti.

    ReplyDelete
  6. new year and chrismas will coming soon so banyak promosi hebat2 yg ada di 11street.. hohoho.. mayb nak juga grab one stuff for my next shoppinggggg online..πŸ˜„πŸ˜„

    ReplyDelete
  7. Wahh makin banyak lah tempat bershopping online sis lepas ni, risau pulak kita dibuatnya..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Saya tak pernah lagi beli di 11st street. Selalu beli on9 guna lazAda atau shoppee. Nanti nak try 11st street pulak. Boleh jimat banyak nampaknya ni

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi shopping di 11 STREET ni. katanya harganya yang ditawarkan lebih murah. kalau betul la nanti nak cuba la.

    ReplyDelete
  10. Promosi gila-gila hujung tahun ni kan. Tapi kena bijak memilih barang yang betul-betul murah atau murah sekadar "propa" je. Padahal harganya emang sepatutny begitu, tapi letak kononnya ada off 80%.
    BTW 11street ni CELCOM punya rupanya. Ingatkan korea punya haha

    ReplyDelete
  11. memang terus tershocking tengok sales dari 11street ni.. rasa rasa ada jual baju sekolah/ peralatan sekolah tak sebab saya memang sejenis pemalas nak shoping pegi kedai skang ni..hahahaa..

    ReplyDelete
  12. 11street ni competitor kuat dengan lazada! haha banyak sales nya~~~ but bagus for us~~

    McD Storytelling Contest 2017

    ReplyDelete
  13. Bila tiba hujung tahun, inilah tawaran paling dinanti-nantikan selama ini.....

    ReplyDelete
  14. Musim sale je, terus sis rambang mata. Lagilah kalau pilihan banyak n harga mampu milik. Kadang2 beli online juga tp kt 11street belum try. Nanti sis explore, mana tau ada yg berkenan di hati

    ReplyDelete

Shawarma Restaurant l Hidangan Makanan Arab Terbaik di Taman Connaught

Hai semua, apa plan korang minggu ni? Qiss macam biasa menziarah sanak saudara. Kebetulan ramai sedara mara Qiss duduk area Cheras jadi Qiss...