Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

26 October 2017

Tiga Penginapan Menarik dan Selesa di Johor

Perjalanan tiga hari peserta Kembara Blogggers Johor 2017 telah disambut mesra oleh kakitangan tiga tempat penginapan. Pada malam hari pertama kami menginap di Hotel Amari Johor Bahru. Malam kedua di Tunamaya Beach & Spa Resort – Desaru Beach dan akhir sekali di UK Farm.


AMARI JOHOR BAHRU

Terletak di pusat bandar Johor Bahru dan berdekatan dengan pusat membeli-belah Komtar JBCC dan City Square, Amari Johor Bahru memberikan keselesaan kepada tetamu hotel dan pengalaman yang mengasyikkan. Jumlah bilik yang ada di Amari ialah sebanyak 242 buah bilik dan sesuai untuk berehat mahupun untuk urusan perniagaan. Hotel ini juga mempunyai enam bilik yang mempunyai akses ke kolam renang.







Dekorasi hotel ini berkonsepkan moden Thai dan klasik. Lobi hotel ini berada ditingkat enam. Di tingkat yang sama, terdapat Breeze Spa, Amaya Food Gallery, Amaya Café, Dewan dan bilik mesyuarat untuk kegunaan pengguna.



Terima kasih kepada Amari Johor Bahru kerana menaja penginapan peserta Kembara Bloggers Johor 2017 dan Puan Bobby Subramaniam, Pengarah, Komunikasi dan Perhubungan Awam yang sangat mesra.


Untuk maklumat lanjut: 
Laman web: www.amari.com
Alamat: Amari Johor Bahru, No. 82C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT – Pantai Desaru

Terletak di Kota Tinggi, Johor, Tunamaya Beach & Spa Resort menjanjikan pemandangan menarik kerana berhadapan dengan pantai. Ketenangan dapat dirasa apabila menjejakkan kaki ke dalam bilik. Bilik yang Qiss dapat memang betul-betul menghadap kolam renang. Sebanyak 134 bilik yang ada di hotel ini.



Alamat: Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor

UK FARM – Kluang

Berkonsepkan chalet dan asrama, tempat penginapan ini sangat istimewa kerana ia terletak di dalam ladang dan pemandangan di sini sangat cantik. Chalet boleh memuatkan sehingga tiga orang didalam satu chalet dan asrama sangat sesuai bagi para pelajar sekolah yang datang membuat lawatan ke sini.




Pada waktu malam akan disediakan BBQ bagi meraikan kedatangan tetamu di sini dan makanan paling sedap di sini ialah satay kambing dan minuman milo panas yang dibancuh dengan susu kambing.

Untuk maklumat lanjut:
Alamat: Plot 8, Projek Pertanian Moden Kluang, KM 13, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Laman web: www.ukfarm.com.my
Facebook: www.facebook.com/ukagroresort

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com