Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

24 March 2018

Dua Menu Baru McDonald's Diperkenalkan 26 Mac Ini

Hai.!!

Baru-baru ni Qiss dapat jemputan eksklusif untuk merasa dua menu burger baru. Majlis diadakan secara tertutup di sebuah restoran terkenal iaitu Suka Sucre Bistro. Penyediaan meja yang sangat eksklusif dan lengkap dengan menu seakan-akan restoran makanan barat yang mewah sangat mengaburi mata para media dan Qiss sendiri.
Project Everin

Senarai menu hidangan

Sesi kali ini dinamakan #projecteverin
Everin bermaksud Everyday Indulge

Melalui hidangan pertama iaitu, minuman Summer Dream dan Tres Fresh, Fiery Chicken Tortilla dan Flip N’ Turn memang Qiss jangkakan sebuah restoran makanan barat baru akan dibuka.

Hidangan pertama

Masuk hidangan utama iaitu S.G.B, merupakan kepingan daging lembu yang digril sempurna, diapit keju Cheddar, sos Chipotle, bawang gril, salad segar dan ban bijan bakar. Ok menu yang ni memang sedap. Tapi masa masuk mulut tu Qiss dah dapat rasa. Kenapa rasa dia sama sangat dengan burger terkenal tu. Ok takpe, Qiss teruskan makan sampai habis sebab sedap kan.

Smokey Grilled Beef

Burger kedua pun dihidangkan. Lebih dikenali sebagai H.C.C ia merupakan peha ayam rangup diapit ban jagung dengan sos Jalapeno yang membuka selera, keju Cheddar, salad dan tomato segar. Sedap juga burger ni cuma lebih pedas dan rangup. Masa ni memang dah mula tertanya-tanya kenapa roti ban dan ayam dia  sama dengan menu Spicy Chicken McDeluxe McDonald’s eh? Ke restoran baru ni ambil stok dari syarikat makanan yang sama? Tertanya-tanya dah semua kat meja hidangan.

Hot N' Crispy Chicken

Akhir sekali dihidangkan kek coklat dan kek red velvet. Nampak macam pernah tengok la dua-dua kek ni. Mulut Qiss takde insuran, boleh pulak keluar ayat “Dorang ambil McCafé punya kek kot”,haha dihidangkan pulak dengan Americano. Mmm sedapnya.

Kek coklat dan Red Velvet

Tengah-tengah makan kek yang sedap tu, pengacara untuk Project Everin tampil dan bagitahu semua media bahawa apa yang kitaorang makan ni adalah ilusi. Tiada pembukaan restoran baru pun. Masing-masing dah tertanya-tanya. Kenapa pulak? Takkan tipu kot?

Jeng! Jeng! Jeng! Tirai dibuka. Memperkenalkan burger baru dari McDonald’s yang pertama ialah Smokey Grilled Beef S.G.B dan yang kedua ialah Hot n Crispy Chicken H.C.C.

Puan Melati bersama krew McDonald's

Dua burger baharu yang akan menemui korang semua pada 26 Mac 2018

Perasaan masa tu agak terkejut tapi sedikit lega apabila dapat tahu kedua-dua menu ni dari McDonald’s. Jadi takde la rasa macam ada restoran baru tiru resepi Mc D kan.


Bercakap sewaktu acara pelancaran ini, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Pn. Melati Abdul Hai berkata, “ Di Mc Donald’s kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki atau memperkenalkan menu yang memenuhi selera warga Malaysia dengan harga yang berpatutan. Kami teruja kerana dapat menyaksikan tetamu kami menikmati hidangan tiga peringkat yang disediakan menggunakan ramuan McDonald’s yang sedia ada yang berkualiti tinggi lagi lazat.”

Puan Melati, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia berucap di majlis pelancaran

“Walaupun usaha untuk merahsiakan operasi pelancaran ini bukan satu tugas yang mudah, kami berbesar hati untuk memperkenalkan dua burger baharu ini secara berahsia. Burger Smokey Grilled Beef dan burger Hot N’ Crispy Chicken yang diperkenalkan melalui acara ini menunjukkan penekanan yang diberikan oleh McDonald’s terhadap kualiti dan keenakan makanan yang ditawarkan tidak kira dimanapun ia dihidangkan, tambah Pn. Melati.

Dua burger baru McDonald's

Bersama rakan blogger dari kiri Zharif, Sally dan Kak Minz

Bergambar kenangan bersama Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Puan Melati.


Untuk korang yang nak rasa kehebatan Smokey Grilled Beef S.G.B dan Hot N' Crispy Chicken H.C.C bolehlah ke McDonald’s berhampiran korang bermula hari Isnin 26 Mac 2018. Harga set regular burger, kentang goreng berserta minuman berkarbonat ialah RM 14.95 dan set ala carte berharga RM 12.95.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai burger Smoky Grilled Beef dan burger Hot N’ Crispy Chicken, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/.

3 comments:

  1. wow..ada menu terbaru.

    meamng menarik juga nie

    ReplyDelete
  2. wahhhh ain belum rasa lagi.hahhaa...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah try lagi burger baru McD ni... Segan masuk McD sebab tak ada geng...

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com