Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

04 October 2026

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 SEMARAKKAN BUDAYA MALAYSIA MELALUI COLOURS OF PARADE

Citrawarna Speed Festival 2026 mencapai kemuncaknya malam ini menerusi penganjuran Colours of Parade di IOI City Mall Putrajaya, yang menghimpunkan seramai 1,500 penari dan penghibur dari seluruh negara bagi menyerlahkan kekayaan warisan, tradisi dan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

Colours of Parade merupakan acara utama sempena Citrawarna Speed Festival 2026 anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung selama 12 hari, dari 23 September hingga 4 Oktober 2026. Festival ini diadakan di tiga lokasi utama, iaitu IOI City Mall Putrajaya, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Hotel Sama-Sama KLIA, dengan menggabungkan elemen seni dan budaya Malaysia bersama tarikan berinspirasikan sukan permotoran serta pelbagai pengalaman interaktif bagi menyokong Kempen Melawat Malaysia 2026–2027 (VM2026–2027).

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Tuan Chiew Choon Man. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Dato’ Shaharuddin Abu Sohot; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail; Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBrs. Tuan Chua Choon Hwa; Pengerusi Tourism Malaysia, YBhg. Datuk Manoharan Periasamy dan Pengarah Kumpulan Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif IOI Corporation Berhad, YBhg. Dato’ Lee Yeow Chor.

Colours of Parade mengetengahkan persembahan yang mewakili tradisi masyarakat dari wilayah Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur, termasuk Sabah dan Sarawak. Menerusi gabungan muzik tradisional, tarian, peragaan busana berwarna-warni dan ekspresi seni, perarakan ini meraikan keunikan warisan setiap wilayah, di samping menjadi wadah perpaduan yang menyatukan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Malaysia.

Keunikan perarakan ini turut diserlahkan menerusi persembahan kebudayaan masyarakat Orang Asli, Cina, India, Sikh dan Siam, termasuk persembahan perkusi serta pasukan pancaragam Nusantara yang dinamik. Kepelbagaian tradisi, komuniti dan ekspresi seni yang digabungkan menjadikan Colours of Parade sebuah persembahan budaya yang meriah, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan identiti Malaysia yang berbilang budaya. 

Selain acara kemuncak tersebut, festival ini turut menawarkan pengalaman budaya yang lebih menyeluruh menerusi persembahan secara langsung, aktiviti seni dan kraf tangan, aktiviti kebudayaan interaktif serta tarikan berinspirasikan sukan permotoran. Menerusi Colours of Art & Culture, sebanyak 14 reruai interaktif disediakan bagi mempamerkan hasil kraf tangan, seni warisan dan demonstrasi kebudayaan secara langsung, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dan menghayati kepelbagaian budaya Malaysia dengan lebih dekat.

Pengisian festival turut diperluaskan ke Terminal 1 KLIA dan Hotel Sama-Sama KLIA bagi membawa pengalaman budaya Malaysia secara langsung kepada pelawat antarabangsa serta tetamu hotel. Menerusi persembahan dan aktiviti kebudayaan yang disampaikan secara interaktif, inisiatif ini membolehkan pengunjung menikmati keunikan warisan tempatan seawal ketibaan mereka di Malaysia.

Penganjuran Citrawarna Speed Festival 2026 merupakan hasil kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta, bersama rakan kongsi daripada industri pelancongan, hospitaliti dan kebudayaan, dalam memperkukuh daya tarikan pelancongan negara sepanjang Kempen Melawat Malaysia 2026–2027. Penganjuran ini turut menyokong momentum positif sektor pelancongan negara yang merekodkan 28.8 juta ketibaan pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026, peningkatan sebanyak 1.8 peratus berbanding 28.2 juta dalam tempoh sama pada 2025. Selain itu, pelancongan domestik merekodkan 151.6 juta pergerakan pelawat dalam separuh pertama tahun 2026. Ini merupakan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 143.5 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Sebagai penutup festival pada 4 Oktober 2026, pengunjung turut berpeluang menyaksikan Pengaktifan Lamborghini khas di IOI City Mall Putrajaya yang menghimpunkan kira-kira 100 buah kenderaan Lamborghini. Tarikan ini melengkapkan konsep unik Citrawarna Speed Festival 2026 yang menggabungkan warisan budaya dengan elemen sukan permotoran, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian pengalaman yang ditawarkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang dinamik dan kaya dengan tarikan.


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com