Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

05 September 2018

SAFI DERMASAFE l Rangkaian Produk Pembersih, Penyegar dan Pelembap Muka Baru dari SAFI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Rangkaian produk Safi memang menjadi pilihan Qiss sejak zaman sekolah lagi. Kali ni Qiss teruja untuk mencuba rangkaian baru produk Safi yang dikenali sebagai SAFI DERMASAFE.



Jom mulakan transformasi kecantikan dan keyakinan diri dengan kulit yang sihat bersama SAFI DERMASAFE kesinambungan kembara kecantikan terbaharu daripada SAFI – Jenama Halal No.1 Malaysia. Rangkaian Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation) makmal produk HALAL terbesar di dunia.

SAFI DERMASAFE adalah rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit”yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal , mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben. Serta produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi ,pewarna , alkohol , minyak mineral dan ujian keatas haiwan.

Mr. Sriram CEO Wipro Unza ketika melancarkan produk


SAFI Skin Analysis

 
SAFI DERMASAFE sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan juga mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rangkaian SAFI DERMASAFE turut merumuskan khasiat kecantikan sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile dan Likouris. Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang yang dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat, ruam dan menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit lebih segar dan bermaya.

Beberapa pengamal media yang hadir di Majlis Pelancaran SAFI DERMASAFE

Semenjak mulai diperkenalkan 30 tahun lalu, SAFI memahami impian setiap wanita yang mahu memiliki raut wajah idaman iaitu kulit yang sihat kunci keyakinan diri mereka dan setiap wanita mempunyai keperluan kulit yang khusus. Inovasi kecantikan SAFI merangkumi pelbagai jenis rangkaian produk penjagaan wajah setiap satu dibangunkan dan dipasarkan untuk keperluan khusus kulit yang berbeza.  Kami percaya Penggunaan produk penjagaan wajah yang bersesuaian adalah kunci kepada raut wajah mempesona jelas Aishah Zulkifli, Eksekutif jenama SAFI.

Tambah beliau lagi, SAFI DERMASAFE adalah sebahagian daripada komitmen berterusan SAFI dalam mendidik para wanita pentingnya memulakan rutin penjagaan wajah dari usia muda serta formulasi produk yang sesuai dengan keperluan kulit juga gaya hidup. Ia menjadi tunggak disebalik pelancaran SAFI DERMASAFE rangkaian produk “mesra Kulit” diuji secara dermatologi yang amat sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

Majlis pelancaran SAFI DERMASAFE turut menjemput Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan yang telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang & tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, rutin penjagaan wajah serta formulasi produk yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

Dari kiri Dr Maryati (Pakar Estetik Perubatan), Siti Aishah Zulkifli (Brand Executive) dan Dr Usula Chong (Research Leader) 

Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan ketika menerangkan tentang masalah kulit
 
“Diantara faktor utama wanita moden kini mengalami masalah kulit sensitif adalah akibat terdedah kepada pencemaran luar, komitmen kerjaya yang memerlukan mereka menjaga penampilan membuatkan mereka kerap mencuba pelbagai produk penjagaan kulit serta bersolek untuk tempoh yang lama. Selain daripada itu gaya hidup seseorang invidu itu juga turut memainkan peranan dalam masalah ini”.

Tambah beliau lagi, “
Ramai wanita yang beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam , jerawat yang dialami mereka terutamanya apabila mencuba produk penjagaan wajah adalah hanya kesan sementara dan menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah produk. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda awal bahawa kulit telah terdedah kepada produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda sekaligus menyebabkan kulit menjadi sensitif.






Rangkaian produk dengan formulasi bebas Alergen dan “mesra kulit” adalah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit serta pencegahan awal dengan rutin produk penjagaan kulit yang betul dapat mengurangkan risiko kulit sensitif yang lebih teruk.

Lengkapkan rutin penjagaan wajah SAFI DERMASAFE anda dengan 5 jenis produk rangkaian ini iaitu SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care , SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & GentleSAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & RefreshSAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate & SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover.


SAFI DERMASAFE – RANGKAIAN PRODUK PEMBERSIH MUKA

TANPA Paraben . TANPA Pewangi . TANPA Pewarna . TANPA Minyak Mineral . TANPA Alkohol . TIDAK diuji ke atas haiwan.

SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care adalah pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah.

Formula yang tidak kering dan anti-pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya.

SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care


CARA PENGGUNAAN: Pam jumlah yang memadai ke tapak tangan dan urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM28.90  (150 ml)


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri.

SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle

CARA PENGGUNAAN: Picit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit dengan air sehingga berbuih, urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

       HARGA: RM19.90 (100 g)



SAFI DERMASAFE – RANGKAIAN PRODUK PENYEGAR DAN PELEMBAP MUKA

TANPA Pewangi . TANPA Pewarna . TANPA Minyak Mineral . TANPA Alkohol . TIDAK diuji ke atas haiwan.


SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh

Diperkaya dengan ekstrak Likouris dan Chamomile mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama.

SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh


CARA PENGGUNAAN

Pejamkan mata dan sembur ke muka 1 – 2 kali dan biarkan ia  kering dengan semulajadi. Ia boleh digunakan sepanjang hari sebagai penyembur solekan untuk memastikan solekan tahan lama atau untuk memberikan rasa kesegaran segera .

Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

        HARGA: RM 39.90 (100 ml)




SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate

Diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam.
SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate



CARA PENGGUNAAN

Oleskan ke muka dan leher yang  bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan  produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.

HARGA: RM35.90 (50 g)





SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover

Diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap kedalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur.

SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover


CARA PENGGUNAAN

Oleskan ke muka dan leher yang  bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan  produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.

HARGA: RM48.90 (50 g)


Rangkaian produk SAFI DERMASAFE dipasarkan pada harga RM19.90 – RM48.90 dan boleh didapati secara ekslusif di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia.



Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFIMalaysia dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia.

Jom kita memperkasa dan bina keyakinan diri setiap wanita bersama-sama dengan berkongsi kisah transformasi kulit sihat dan kejayaan SAFI anda dengan memuat naik foto atau video anda di profil media sosial anda berserta tanda palang #SAFIDERMASAFE dan #SAFISKINSTORY.

Reactions:

1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Android Apparel apps automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review Blogger Blogger review brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat contest cookies damansara domain Domino's Domino's pizza Dominos Duit electronic review etw etw6 Event facial Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex gadget gayatravel giveaway gold Guardian gula hair removal happyfresh Haqqi Harriston Honor hotel review Income Innphonim blockchain Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor kelas jahit kembara kembarabloggersjohor klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lipstick maiwp makan makanan arab Malaysia matic McCormick McDonald's media Merdeka mobile motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi myvi myvi2018 NASDAQ ngeteh Nimpmos Online onlineshopping onlinetraining pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia Pensonic perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz product product review Projek57 property Putrajaya railway Ramadan Raya realme review Safi sale Shah Alam Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia summit tambah pendapatan Teater technical techno teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer travel TVC unity unity ribbon upen Waterpark zakat zoo

Google+ Followers

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com