Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

18 January 2018

Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya

Hai semua!

Kali ni Qiss berpeluang menjamu selera di Pak John Steamboat & BBQ cawangan baru di IOI City Mall Putrajaya tau. Qiss dijemput menghadiri Majlis Perasmian restoran ini pada 28 Disember 2017 yang disempurnakan oleh Hero Nombor 1 Negara iaitu Datuk Rosyam Nor.
Dalam proses memanggang dan stim.

Bermula pembukaan cawangan e@curve Mutiara Damansara pada awal tahun 2013 kini Pak John Steamboat & BBQ telah bertapak hampir 6 tahun. Memasuki tahun ke-6, Pak John membuka cawangan barunya di IOI City Mall bagi memenuhi permintaan penggemar Stimbot & Panggang yang tinggal berhampiran Putrajaya.


Dengan modal permulaan 40k dengan hanya sebuah kiosk kecil, kini Pak John telah berkembang menjadi 2 restoran yang boleh menempatkan seramai 150-200 orang pelanggan dalam satu masa. Idea untuk membuka restoran stimbot & panggang ini ialah dari Encik David Chong selaku Pengarah Urusan yang begitu berminat dalam bidang masakan.

Encik David Chong merasakan bahawa konsep restoran stimbot & panggang secara buffet ini dapat mengumpulkan satu keluarga, teman-teman pejabat dan rakan-rakan untuk bersembang dalam suasana santai sambil menikmati berbagai pilihan makanan yang disediakan.

Dengan hanya RM42.90++ Restoran Pak John menyajikan hampir 160 menu bahan-bahan yang boleh direbus atau dipanggang. Malah ada beberapa masakan panas yang siap dimasak turut disajikan. Hampir 20 jenis pilihan sambal dan sos mengikut selera pelanggan terdapat disini.

Harga

Pelbagai hidangan masakan yang dijamin segar dan berkualiti seperti Dimsum, Kepingan daging lembu, kambing itik dan juga Abalone terdapat disini dan menjadi pilihan ramai.
Daging segar yang dihidangkan.

Makanan laut seperti lala, kepah dan pepatah turut disediakan.

Pelbagai jenis sayuran segar yang disediakan.

Restoran Pak John juga menyediakan pencuci mulut seperti buah-buahan, cendol sagu gula melaka, tembikai susu, waffle dengan pelbagai perisa, ais kacang dan juga aiskrim. Juga tidak ketinggalan pelbagai minuman sejuk dan panas juga turut disediakan.

Matlamat utama Restoran Pak John setiap bulan adalah menaiktaraf menu yang ada, ini demi untuk memberi sedikit kelainan kepada pelanggan tetap Pak John Steambot & BBQ. Bersesuaian dengan Tagline “WE ONLY SERVE QUALITY & FRESH” maka tidak hairanlah semua bahan-bahan yang disediakan memang segar dan berkualiti tinggi.

Produk sejuk beku yang menjadi pilihan adalah dari CB - Circle of The Best, De First Food.
Majlis pembukaan cawangan baru Pak John Steamboat & BBQ Ioi City Mall juga meraikan Ulangtahun ke-6 dan disempurnakan oleh Hero No. 1 Malaysia iaitu Datuk Rosyam Nor seorang pelakon dan juga pengacara TV yang tidak asing lagi.

Pak John Steambot & BBQ dirasmikan oleh pelakon Nombor 1 Malaysia, Datuk Rosyam Nor.

Datuk Rosyam Nor turut berkesempatan menjamu selera.

Restoran Pak John Steambot & BBQ memiliki sijil Halal dan sangat sesuai untuk orang beragama Islam makan disini.

Jutaan terima kasih Qiss ucapkan kepada Mr. CS atas jemputan dan tak lupa juga kepada Pak John Steambot & BBQ. Korang jangan lupa datang sini dan cuba sendiri tau.
Sempat bergambar di pelamin yang diilhamkan daripada pelamin pengantin Melayu.

Bersama rakan blogger yang hadir pada hari perasmian.
Jom layan video dari Zandra & team.


Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Alamat: GE-11, Ground Floor, IoI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502, Putrajaya, Selangor Darul Ehsan.
Hotline: 0122528289

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com