Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

06 January 2018

Food Review : Nasi Dalai RM9.90 di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Waktu rehat tengah hari kebanyakan syarikat ialah sejam dan kalau ada pun sesetengah syarikat hanya beri masa rehat selama 45 minit kepada pekerja. Kebiasaan kita pergi ke kedai makan mengambil nasi putih beserta lauk pauk yang sedia untuk dimakan.

Jemput makan Nasi Dalai

Kadang-kadang kena beratur lama hanya untuk mengambil makanan. Dengan adanya konsep set nasi dari restoran Sajian d-Hidang ini kita hanya perlu duduk di meja dan pesan set Nasi Dalai ini. Cukup mudah dan menjimatkan masa. Set Nasi Dalai merupakan gabungan ideal bagi penggemar makanan tradisi melayu asli.

Set Nasi Dalai

Menu utama Set Nasi Dalai ini ialah Masak Lemak Daging Salai yang direka khas dengan rasa santan yang pekat dan potongan daging empuk dihidangkan bersama nasi putih panas membuatkan Qiss teruja untuk mencuba. Set Nasi Dalai ini sangat istimewa kerana dikombinasikan dengan Kerabu Sayur, Ikan Masin Berlada dan Sambal Belacan. Nyum Nyum. Sedap!!! Dengan harga RM9.90 satu set Qiss juga dapat Teh O Ais percuma tau. Gabungan kerabu sayur dan ikan masin berlada sangat sedap dan mempelbagaikan rasa dalam sat ini. Sambal belacan yang disertakan memang terbaik.

Set lengkap Nasi Dalai

Qiss bersama blogger-blogger lain seperti Bella Jamal, Kak Halimah, Asyraf, Zandra dan Halim Nadzeri berkesempatan merasa Set Nasi Dalai ini pada hari pelancaran menu ini pada 2 Januari 2018. Terima kasih atas jemputan.

Dari kiri, Bella Jamal, Kak Halimah, Halim Nadzeri, En. Alif, Pn. Nasyrah, Zandra dan Asyraf.

Pihak Sajian d-Hidang telah berkecimpung dalam bidang penyediaan makanan (katering) selama 15 tahun dan daripada pemerhatian pihak Restoran Sajian d-Hidang menu set Nasi Dalai ini adalah set nasi yang paling banyak mendapat sambutan dan paling terbaik.
Kupon diskaun 50%

Bagi memperkenalkan pada orang ramai tentang set Nasi Dalai ini , Restoran Sajian d-Hidang akan melancarkan promosi potongan harga sehingga 50% daripada harga asal selama tiga hari berturut-turut bermula 8-10 Januari 2018. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM4.95 sahaja (Harga Biasa RM9.90) untuk satu set hidangan dan percuma segelas air Teh ‘O’ Ais khas untuk 100 orang yang terawal.

Bagi pembaca blog Qisstiera, boleh PM FB Qiss untuk mendapatkan kupon ini.

Kad kesetiaan Sajian

Pelanggan juga boleh menikmati makanan percuma setiap minggu dengan wujudnya Kad Sajian yang ditawarkan di kaunter pembayaran.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
✅Lokasi : Restoran Sajian d-Hidang, Lot 10 Pusat Dagangan Umno Bahagian Shah Alam, Jalan Persiaran Damai Seksyen 11, 40100 Shah Alam Selangor.
✅Waktu Operasi : 7.30 pg - 5.00ptg
✅No. Tel : 0355114015
✅FB : Restoran Sajian d-Hidang

Kredit gambar:  @the90s_studio

Thanks jugak kepada Zandra sebab banyak tolong ambil gambar Qiss , baca blog Zandra kat sini: http://thirteenpersona.blogspot.my

4 comments:

  1. Nampak menarik Nasi Dalai ni. Boleh la try nanti....

    ReplyDelete
  2. Oooo, rupanya nasi lemak. Puas memikir apa menu ini. Tq.

    ReplyDelete
  3. Tgok ramai dah review restoran ni. Nampak gaya kena pergi jugak nanti ni...asyik tgok nasi dalai tu je..hehehe

    ReplyDelete
  4. Baru ckp dgn husband ttg restoran ni. Nak pegi la nanti :)

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com