Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

13 May 2020

Tawaran Menarik Insentif Pengambilan Peniaga PG Mall

Assalamualaikum dan hai semua,

Sejak berlangsung PKP ni kita sukar untuk keluar rumah bagi mendapatkan barangan keperluan harian kan. Kebanyakan dari kita memilih untuk membeli-belah secara dalam talian sahaja. Qiss pun sama macam anda semua juga tapi Qiss rajin membeli-belah di dalam talian sebab sangat mudah dan senang. Pembayaran melalui dalam talian juga memudahkan kerja kita kan.


Dalam banyak-banyak e-commerce dalam talian yang ada, Qiss selalu pilih PG Mall sebab nak membantu para peniaga kita. Barang yang dijual kat sini juga banyak pilihan tau. Bagi anda yang belum pernah beli barangan kat sini kena cuba sekali dan support peniaga kita.


Untuk pengetahuan anda semua, PG Mall telah diasaskan oleh Dato’ Wira Louis Ng yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif PG Group. PG Mall mula di tubuhkan pada tahun 2017. Tujuan ia diwujudkan adalah untuk dijadikan sebuah platform perniagaan yang dipercayai untuk peniaga disamping membantu peniaga mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global.

Dato’ Wira Louis Ng, Pengasas PG Mall

Pelanggan PG Mall telah pun mencapai 1,000,000 orang dari seluruh Asia Tenggara (SEA). Jadi tidak mustahil bagi anda yang berniaga mencuba platform ini sebagai salah satu alternatif menambah pendapatan dan meningkatkan jualan kan. Anda juga digalakkan untuk menyertai PG Mall ini kerana ia boleh membantu jenama dan bisnes anda ke peringkat antarabangsa.

Antara produk yang boleh didapati di PG Mall antaranya  barangan elektronik, alatan rumah dan dapur, pakaian, barangan sukan, aksesori, baraantarpermainan dan pembelajaran kanak-kanak dan bayi, makanan dan minuman, dan banyak lagi.

Menarik tentang sistem pembayaran PG Mall ialah, mereka merupakan satu-satunya platform yang mempunyai major e-wallet patners seperti Maybank, QRPay, Touch ‘n Go e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan lain-lain.

Insentif pengambilan peniaga


Program menarik ini dijalankan oleh PG Mall untuk menarik lebih ramai peniaga berniaga di PG Mall dan menariknya bila anda juga boleh memperoleh pendapatan sampingan dengan memperkenalkan rakan-rakan peniaga anda berdaftar untuk berniaga di PG Mall.


Terdapat beberapa kategori insentif yang menarik turut diadakan dan untuk maklumat lanjut mengenai insentif ini, anda perlu mendaftar informasi merchant di https://bit.ly/RecruitMerchant dan tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi peniaga yang mendaftar, tiada sebarang kos pendaftaran akan dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi PG Mall Head of E-commerce Mr. Bok di talian 011 – 5509 77916.

Selain itu, menurut laporan laman web iprice insights, PG Mall merupakan platform ketiga e-commerce yang mencatatkan visitor tertinggi di Malaysia. PG Mall juga merupakan e-commerce pilihan pelanggan nombor 1 yang merupakan keluaran Malaysia.


Untuk tahun ini, PG Mall menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 peniaga baru untuk mendaftar dengan mereka. Oleh itu, buat para peniaga jangan lepaskan peluang yang ditawarkan ini.



Bagi peniaga baru, anda tak perlu risau untuk berniaga di platform ini kerana penjualan dan pembelian adalah selamat dan dipercayai. PG Mall juga bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada. Jadi ini akan memudahkan proses delivery untuk peniaga di PG Mall.


Untuk maklumat lanjut, layari:

Laman web: 


Instagram: 

17 comments:

  1. memang terbaik
    siapa-siapa ada business tu memang kena rebut cepat-cepat peluang nih
    banyak manfaat

    ReplyDelete
  2. yg ada produk bole la register kt PG mall ni utk mengembangkan lg bisnes diorang

    ReplyDelete
  3. Bagus nya siap ada token plak kalau kita rekomen seller ye.. Boleh la nnt ajak kawan2 seller join sini

    ReplyDelete
  4. Banyak betul platform yang wujud demi membantu peniaga-peniaga di Malaysia khususnya. Satu inisiatif yang sangat bagus.

    ReplyDelete
  5. Bagus nie especially time PKP gini kan - boleh meniaga online untuk tambah pendapatan kan.
    Rawlins terasa nak shopping plak hah

    ReplyDelete
  6. Wow!!! Ini memang menarik... saya pun nak register as a seller lah kalau gini... hehehehe... pastu boleh recommend pulak rakan-rakan seller yang lain kan...

    ReplyDelete
  7. Bagi yang memang nak mulakan meniaga, memang sesuai sangat laaa dengan PGmall ni, banyak tawaran yang di tawarkan, yuran pun percuma...

    ReplyDelete
  8. oo menarikla insentif ni. baguslah ada platform camni kan, sangat membantu peniaga2 online di malaysia

    ReplyDelete
  9. bagus makin byk platform utk biz online. Bagud utk peniaga dan juga utk pengguna.
    Kipidap PG Mall

    ReplyDelete
  10. not bad juga merchant yang dah masuk PGMall ni. Tak mustahil sikit masa lagi PGMall juga menjadi sebutan ramai peniaga dan pembeli online

    ReplyDelete
  11. PG Mall dah mula naik. dah banyak brand mula menjual di situ. terbaik

    ReplyDelete
  12. owhh. menarik ni. tak pernah tau pun. lepas ni blh try shopping kat sini pulak.

    ReplyDelete
  13. Sesiapa yang suka berniha online boleh la cuba platform ini selain yg sedia ada.

    ReplyDelete
  14. Saya pun dah terjebak dengan PG Mall ni sebab banyak produk dengan harga yang menarik . Lebih banyak shopping lebih banyak pula ganjaran kita terima

    ReplyDelete
  15. terbaiklah PG Mall...moga ramai peniaga2 ambil kesempatan join sini

    ReplyDelete
  16. Oh yes, nowadays ramai yang buy online jer so more and more merchants are going to sell their products online too.

    ReplyDelete
  17. entri yang menarik. Jemput kunjungi blog saya di www.mdfaiez04.com

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com