Assalamualaikum dan hai,
Shopee kini ada penghantaran makanan atau lebih dikenali sebagai food delivery. Sekarang tengah ada promosi free caj delivery dan juga diskaun voucher.
ShopeeFood |
Boleh la cuba order melalui aplikasi Shopee
Tapi sebelum tu anda kena aktifkan location anda, barulah muncul Shopee Food Delivery dekat homepage Shopee.
Setakat ni belum banyak kedai yang ada. Tapi menariknya banyak restoran lebih 10km pun boleh buat penghantaran ke rumah.
Semalam berkobar-kobar nak cuba Shopee Food Delivery, dah siap order dan buat payment tau.
Tapi kedai tak dapat nak dapatkan rider untuk hantar makanan melalui aplikasi Shopee, jadi order kena cancel dan duit di refund semula ke akaun. Nasib baik bayar pakai Shopeepay je. Memang mudah. Nanti kita try kedai lain pula.
Harap ramai la rider Shopee Food lepas ni. Mengidam nak makan sedap-sedap ni.
0 comments:
Post a Comment