Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

17 May 2024

Tahniah Kepada Pemenang Peraduan 'The Ultimate Sports Experience - Spend And Win' Al-Ikhsan Sports

Bersempena ulang tahun Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. yang ke-30, Syarikat telah melancarkan peraduan ‘The Ultimate Sports Experience - Spend & Win’ yang telah berlangsung sejak Julai 2023 sehingga Mac 2024. Hampir RM 1juta nilai hadiah yang ditawarkan, antaranya adalah telefon bimbit, perkakas rumah dan baucar tunai.

Pemenang Peraduan 'The Ultimate Sports Experience - Spend And Win' Al-Ikhsan Sports

Berikut adalah senarai nama 10 pemenang:

1 Mohd Muazzin bin Rosely

• Tiket penerbangan dan penginapan selama tujuh (7) hari enam (6) malam di Paris. 

• Dua (2) tiket Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2024. Bernilai RM 50,000

2 Muhammad Adzim Imran bin Razali

• Tiket penerbangan dan penginapan selama lima (hari) empat (4) malam di Jerman.

• Dua (2) tiket perlawanan akhir bola UEFA EURO 2024. Bernilai RM 40,000

3 Tan Yee Sing

• Tiket penerbangan dan penginapan selama lima (5) hari empat (4) malam di Jerman.

• Dua (2) tiket perlawanan kelayakan UEFA EURO 2024. Bernilai RM 35,000.

4 Wan Muhammad Izha bin Wan Shamsorlallah Said       

• Tiket penerbangan dan penginapan selama empat (4) hari tiga (3) malam di Stadium Anfield.

• Dua (2) tiket perlawanan EPL. Bernilai RM 25,000

5 Mohammad Yusof bin Mohammad   

•  Tiket penerbangan dan penginapan selama tiga (3) hari dua (2) malam di Sinagpore.

• Dua (2) tiket Formula One Grand Prix. Bernilai RM 12,500

6 Mohamad Lutfi bin S H Dial Sebri   

• Pengalaman Perlumbaan di Litar Antrabangsa Sepang. Bernilai RM 10,000

7 Mohamad Hazim Bin Mohd Noor Shaharuddin 

• Baucer Tunai Bernilai RM 7,500

8 Nur Muhammad Akmal Bin Roslan 

 Baucer Tunai Bernilai RM 7,500

9 Mohammad Faizal Bin Mat Isa

• Baucer Tunai Bernilai RM 7,500

10 Siti Nurnida

• Baucer Tunai Bernilai RM 7,500

Menurut kenyataan Encik Farouk Abdul Khalid, Ketua Pegawai Sumber Manusia Al-Ikhsan, "Kami sangat gembira untuk mengumumkan dan memberikan hadiah kepada pemenang untuk bulan Mac dan pemenang hadiah utama keseluruhan kempen. Keutamaan kami adalah memastikan bahawa pelanggan kami yang telah menyokong kami sepanjang masa berasa berpuas hati dan gembira. Saya mewakili Syarikat Al-Ikhsan, mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang teguh selama 30 tahun penubuhan dan tahniah."


Tidak diragukan lagi, kehadiran Al-Ikhsan selama 30 tahun di Malaysia, sedar atau tidak, telah mempengaruhi lebih ramai peminat sukan untuk kekal aktif dengan Al-Ikhsan Sports, yang dikenali sebagai pusat runcit sukan berkualiti menawarkan harga yang berpatutan dari pelbagai jenama antarabangsa termasuk jenama dalam (in-house brand) seperti AL dan ALX.


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com