Keunikan bentuk dan rekaan emas dan berlian Malabar Gold & Diamonds menarik minat kaum wanita untuk menambah koleksi emas dan berlian mereka. Sempena sambutan ke 67 tahun kemerdekaan Malaysia, Malabar Gold & Diamonds memperkenalkan koleksi Merdeka dengan sentuhan ukiran Bunga Raya serta pelbagai promosi menarik untuk semua pelanggan.
Malabar Gold & Diamonds, yang terkenal dengan jenama dan koleksi eksklusifnya seperti Mine, Era, Viraaz, Precia, Nuwa dan Bella, menawarkan pelbagai jenis barang kemas Emas, Berlian, dan Batu Permata yang direka khas bagi memenuhi keperluan pelanggan di Malaysia. Dari rekaan harian yang elegan dan rekaan pejabat yang canggih hingga rekaan menakjubkan untuk acara khas dan perhiasan pengantin, Malabar Gold & Diamonds mempunyai sesuatu rekaan yang unik untuk semua orang.
Promosi Merdeka 67 Tahun di Malabar Gold & Diamonds
“Tahun ini sempena Merdeka kami memperkenalkan koleksi emas dan berlian bertemakan hari bersejarah itu dengan mengambil insipirasi ‘Bunga Raya’ sebagai salah satu daripada rekaan untuk barang kemas,” ujar Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malabar, Yasheedah Yasai (gambar bawah, satu dari kiri) ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Merdeka yang disempurnakan oleh Ketua Cawangan, Malabar Gold & Diamonds-Malaysia, Nijeesh Parayil (lima dari kanan) di kedai Malabar Gold & Jewellery, Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Wilayah Fareast, Ajith Murali (lima dari kiri) serta barisan pelanggan setia Malabar Gold yang menggayakan barangan kemas Malabar Gold & Diamonds dalam pakaian tradisional melambangkan budaya Malaysia.
Pelanggan setia Malabar Gold & Diamonds juga berkongsi pendapat tentang erti Kemerdekaan menjadikan acara pelancaran ini lebih menarik dan sesungguhnya rakyat Malaysia pasti bersyukur dengan kehidupan sekarang yang lebih baik.
Puan Sarah, seorang peguam berkata “Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana negara kita aman dan makmur, pelanggan dapat berhias diri ke majlis seperti hari ini, bershopping bersama rakan-rakan, gembira menikmati juadah dan menjamu mata dan perniagaan boleh dilaksanakan dengan sempurna. Tidak seperti negara yang ditimpa bencana alam dan peperangan dan suasana yang ketakutan dan kesedihan.”
“Kemerdekaan adalah satu saat di mana kita sebagai seorang individu mampu hidup tanpa kongkongan, boleh membuat pilihan dan ini mesti dihargai dan dipupuk kepada generasi yang baru yang mungkin tidak kenal erti kemerdekaan," kata Puan Rafeah.
Koleksi Merdeka Malabar Gold & Diamonds |
Berkongsi lanjut, Yasheedah memberitahu, Malabar Gold & Diamonds menyediakan kira-kira 120 rekaan koleksi emas serta 30 set baharu bagi koleksi NUWA.
Koleksi nuwa inspirasi alam |
“Koleksi Merdeka ini berharga serendah RM2000 hingga RM54000 bergantung pada berat emas dan berlian yang menghiasinya. Menariknya produk kami eksklusif kerana setiap rekaan mempunyai dua koleksi sahaja dan sangat terhad.” jelas Yasheedah.
Sempena jualan eksklusif 67 tahun Kemerdekaan, Malabar Gold & Jewellery menawarkan baucer tunai percuma bernilai RM200 bagi pembelian RM6,000 ke atas barangan berlian dan permata.
Manakala baucer tunai RM100 bagi pembelian RM3,500 ke atas. Baucar tunai ini boleh digunakan oleh pelanggan untuk membeli barang kemas emas dan berlian, syiling emas atau bahkan jongkong emas semasa pembelian mereka yang seterusnya.
Promosi Merdeka di Malabar Gold & Diamonds |
Promosi potongan sifar (0%) ditawarkan bagi pertukaran barangan emas 916 lama manakala 0% juga untuk pelanggan yang menggunakan pelan bayaran ansuran selama 6 atau 12 bulan menggunakan kad kredit Maybank, Public Bank dan Standard Chartered Bank.
Sebagai jaminan dan kualiti produk koleksi barang kemas yang dibeli dari Malabar Gold & Jewellery, Nijesh berkata, “keistimewaan tawaran di Malabar Gold & Diamonds ialah pembelian balik 100% tanpa susut barangan emas atau berlian yang dibeli. Ini membuatkan pelanggan berpuas hati dan kekal sebagai pelanggan tetap sejak dari pembelian pertama”.
Tambahnya, tawaran 100% tanpa susut nilai juga diberi kepada barangan kemas 916 lama pelanggan yang dibeli dari mana-mana kedai emas lain dengan pembelian barangan berlian sempena promosi Merdeka kali ini.
Koleksi nuwa menarik perhatian dengan rekaan menarik alam yang pastinya menarik lebih ramai pelanggan untuk mendapatkan koleksi ini dan menjadikannya sebagai koleksi peribadi.
“Malabar akan membeli balik barangan emas lama dengan potongan hanya 8 peratus, jika pelanggan ingin menukarkan balik barangan emas lama mereka,” ujar Nijesh selari dengan slogannya, ‘Janji Malabar’.
Jika pelanggan ingin mendapatkan wang tunai, potongan hanya lima peratus akan dikenakan untuk barangan yang dibeli di Malabar Gold & Diamonds.
Pada kesempatan istimewa ini, Malabar Gold & Diamonds mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada semua,” kata Encik Shamlal Ahamed, Pengarah Urusan Operasi Antarabangsa di Malabar Gold & Diamonds.
Pelanggan boleh mendapatkan koleksi istimewa dan promosi Merdeka ini di sembilan bilik pameran Malabar Gold & Diamonds yang ada di seluruh Malaysia, termasuk dua di Jalan Masjid India dan yang lain di Pulau Pinang, Klang, Bandar Seremban, Ipoh, Ampang Point Shopping Centre, Mydin Mall Subang, dan Mydin Mall Seremban, jenama ini memastikan akses mudah kepada perkhidmatan bertaraf dunia dan koleksi eksklusifnya.
Bilik pameran di Ampang Point Shopping Centre, Mydin Mall Subang dan Mydin Mall Seremban disusun khas untuk memenuhi citarasa unik peminat barang kemas Melayu dengan rekaan yang dipilih dengan teliti untuk selaras dengan keutamaan mereka.
0 comments:
Post a Comment