Sempena MIHAS 2024, FNF Golden Gate Sdn Bhd, pengimport dan pengedar produk daging di Malaysia memperkenalkan satu lagi produk terbaharu, daging sedia di makan (ready to eat) di bawah jenama Hamid's Gourmet.
Sebagai pengedar produk daging yang telah lama
bertapak kukuh di seluruh Malaysia, FNF Golden Gate yang berpangkalan di Perlis
kini melangkah ke peringkat baharu dengan Hamid's Gourmet, jenama produk daging
sedia untuk dimakan.
Produk Ready To Eat Hamid's Gourmet Sedia Tembusi Pasaran Antarabangsa |
Pengarah FNF Golden Gate, Ali Imran Bin Che Ahmad
Shakri berkata, jenama Hamid's Gourmet dijangka mempelbagaikan lagi penawaran
syarikat dan pada masa yang sama menumpukan kepada pasaran luar negara.
Kanan sekali, Pengarah FNF Golden Gate, Ali Imran Bin Che Ahmad Shakri bersama produk Ready To Eat Hamid's Gourmet |
Pengenalan produk daging sedia dimakan itu katanya juga sebahagian daripada inisiatif syarikat untuk mengimbangi jumlah import daging ke Malaysia dengan membina laluan eksport yang kukuh bagi produk daging tempatan.
Pihak pengurusan FNF Golden Gate katanya percaya bahawa dengan potensi eksport yang besar, produk tempatan seperti Hamid's Gourmet boleh memberi impak positif dalam pasaran antarabangsa.
"Tujuan kami melalui Hamid's Gourmet adalah untuk menembusi pasaran eksport dan menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai pengimport daging, tetapi juga sebagai pengeksport yang berjaya.
"Kami ingin memastikan produk daging tempatan
mendapat tempat di pasaran global. Pada masa sama ingin mengurangkan
kebergantungan negara kepada import," katanya.
Dengan matlamat untuk terus berkembang dan memperluaskan penguasaan pasaran, FNF Golden Gate Sdn Bhd komited untuk mengekalkan kualiti dan inovasi dalam setiap produk yang ditawarkan.
Syarikat turut yakin bahawa Hamid's Gourmet akan menjadi pencetus kepada pertumbuhan industri daging tempatan di arena antarabangsa.
Ketika ini, Ali Imran berkata, pihaknya sudah melaksanakan pertemuan dengan pelbagai pembeli berpotensi dari luar negara dan melalui pertemuan itu, kebanyakan mereka komited untuk menjalin kerjasama.
Beliau berkata, FNF Golden Gate juga komited dalam menggunakan sepenuhnya lembu tempatan dengan menjalin kerjasama dengan penternak tempatan selain mengusahakan ladang ternakan lembu.
Ini katanya, dapat mengimbangi import produk daging dari luar negara kerana inisiatif kerajaan juga ketika ini menggalakkan pengusaha tempatan untuk menceburui bidang agro selain memberikan sekuriti makanan kepada negara.
Kerajaan juga katanya melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyasarkan sebanyak 100,000 tan metrik pengeluaran daging tempatan menjelang 2030.
Negara memerlukan 200,000 tan metrik daging lembu setahun bagi keperluan rakyat dan masih perlu mengimport 80 peratus daging bagi memenuhi permintaan rakyat.
Selain itu, dengan adanya Hamid's Gourmet, ia turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sekitar Perlis melalui kilang pemprosesan produk sedia untuk dimakan itu.
Pada 2023, FNF Golden Gate telah mencatatkan pendapatan melebihi RM100 juta dan kini menyasarkan untuk mencapai pendapatan lebih daripada RM150 juta menjelang akhir 2024, dengan langkah-langkah strategik dan pelancaran jenama baharu.
Hamid's Gourmet adalah produk daging sedia untuk dimakan yang mempunyai enam jenis produk ketika ini iaitu Wangyu Tomahawk, Smoked Beef, Beef Meatball, Chicken Green Curry, Chicken Meatball dan Beef Kofta.
#FNFGoldenGate #Daging #Hamid'sGourmet #MIHAS204 #Halal
0 comments:
Post a Comment