Menyedari keperluan mendesak untuk membantu komuniti yang terjejas akibat banjir di seluruh negara, guardian Malaysia telah mengambil langkah prihatin menerusi sumbangan barangan keperluan peribadi dan penjagaan kesihatan bernilai lebih RM70,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC). Sumbangan besar ini bertujuan untuk menyediakan bantuan yang sangat diperlukan bagi meringankan beban yang dihadapi keluarga serta individu yang terjejas akibat bencana banjir.
guardian Malaysia dan Bulan Sabit Merah Malaysia Berganding Bahu Sediakan Barangan Keperluan Peribadi dan Penjagaan Kesihatan bagi Usaha Bantuan Banjir |
Priscilla Wu, Pengarah Urusan Guardian Malaysia, berkongsi, “Sebagai syarikat yang berakar umbi di Malaysia selama 57 tahun, kami sangat prihatin terhadap komuniti tempat kami beroperasi. guardian telah lama menjadi rakan yang dipercayai dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, dan fokus utama kami—‘MYWellbeingMatters’—merupakan cerminan komitmen kami terhadap kesejahteraan setiap individu di negara ini."
Dalam menghadapi situasi kritikal akibat banjir teruk ini, menjadi tanggungjawab kami untuk turut serta memberikan sokongan. Hari ini, kami menyumbangkan barangan keperluan penjagaan peribadi, termasuk cecair pencuci tangan, pembasmi kuman, sabun cecair, berus gigi, tisu bayi, tisu basah, ubat penahan sakit dan ubat demam, ubat nyamuk, plaster, dan tuala berhud untuk kanak-kanak. Semua barangan ini adalah penting untuk memastikan kebersihan, keselesaan, dan kesihatan kekal terjaga.”
Beliau menambah, “Kami sangat berterima kasih atas usaha berterusan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam menyediakan bantuan kemanusiaan yang efektif sepanjang musim banjir ini. Kerjasama dengan mereka adalah penting bagi memastikan bekalan kritikal ini sampai kepada orang ramai dan kawasan yang memerlukannya.”
Tn. Haji Hakim Hamzah, Setiausaha Agung, menyampaikan rasa terima kasih beliau, “Sokongan daripada guardian Malaysia menunjukkan betapa pentingnya kerjasama dalam memantapkan usaha dan misi bantuan semasa bencana. Barangan penjagaan peribadi ini amat berguna dalam membantu mereka yang terjejas oleh banjir untuk mengekalkan maruah dan kesihatan di tengah-tengah waktu yang mencabar ini.”
Kerjasama ini mencerminkan dedikasi tidak berbelah bahagi guardian Malaysia dalam menyokong komuniti di saat-saat memerlukan, membuktikan bahawa bersama-sama, kita mampu mencipta perubahan yang bermakna.
Facebook: @guardianmy
Instagram: @guardianmy
YouTube: @guardian MY
Telegram: @guardianMY
#guardianMy
#guardianMalaysia
#MYWellbeingMatters
0 comments:
Post a Comment