Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

05 December 2024

Parkview Café Beri Pengalaman Dan Pemandangan KLCC Menakjubkan

Parkview Café di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menawarkan pengalaman menjamu selera yang menakjubkan. Bayangkan diri anda menikmati hidangan yang menggamit selera, dikelilingi keindahan alam semula jadi dan berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas. Pastinya menjadi satu pengalaman yang menakjubkan sambil menikmati hidangan yang lazat disamping pemandangan yang cantik.

Parkview Café di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Dilancarkan sebagai ruang makan dan ruang acara serba boleh, Parkview Café menampilkan pemandangan latar langit Kuala Lumpur yang menakjubkan dan kehijauan Taman KLCC seluas 50 ekar untuk suasana yang sempurna untuk setiap majlis. Terletak di Aras 1 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kafe ini menawarkan makanan tempatan yang menyelerakan dan menampilkan salah satu pemandangan bandar paling indah di seluruh dunia.

Menu kafe ini mempamerkan warisan masakan Malaysia yang pelbagai, dengan tumpuan kepada bahan-bahan segar dan sumber tempatan. Mengutamakan amalan kelestarian, Parkview Café menawarkan lebih daripada sekadar hidangan - ia meraikan kepelbagaian cita rasa Malaysia sambil menyokong para petani dan pembekal tempatan.

“Apabila kami memperkenalkan Parkview Café, matlamat kami adalah untuk mencipta lebih daripada sekadar tempat makan,” kata John Burke, Pengurus Besar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Sama ada untuk menikmati kopi bersama rakan-rakan atau untuk menganjurkan acara berlatarbelakangkan pemandangan yang memukau, Parkview Café ialah ruang yang direka bentuk untuk memberi inspirasi. Ia merupakan tempat yang sempurna untuk memupuk hubungan antara satu sama lain dan juga untuk mencipta detik-detik istimewa.”




Kapasiti kafe yang boleh memuatkan seramai 120 orang untuk menjamu selera di kafe dan 70 orang untuk penganjuran pelbagai acara, Parkview Café menawarkan persekitaran mesra yang memenuhi setiap keperluan.

Kafe ini boleh dijadikan pilihan utama anda sebagai ruang untuk beristirahat, makan tengah hari bersama rakan-rakan atau ruang elegan untuk meraikan sesuatu yang istimewa. Dengan susun atur ruang yang fleksibel dan perkhidmatan yang luar biasa, ia menjadi tempat yang sempurna untuk acara korporat, sosial ataupun eksklusif.

“Dengan pemandangan yang menakjubkan, perkhidmatan yang luar biasa dan tawaran serba boleh, Parkview Café meningkatkan reputasi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebagai destinasi utama untuk tujuan perniagaan dan sosial,” kata John.



Kini, Kuala Lumpur semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai hab global untuk inovasi dan hospitaliti, dan Parkview Café bersedia untuk menawarkan hidangan dan ruang penganjuran acara yang menampilkan perkhidmatan luar biasa kepada tetamu tempatan mahupun antarabangsa untuk pengalaman berlatarbelakangkan pusat bandaraya Kuala Lumpur yang terbaik.

Untuk butiran lanjut atau tempahan ruang acara di Parkview Café, https://www.klccconventioncentre.com/visitors/dining-in-klcc atau ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di https://www.facebook.com/klccconventioncentre/ dan https://www.instagram.com/klccconventioncentre/.


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com