Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

26 February 2025

Butter Kaya Kopitiam MyTOWN Cheras Hidangkan Kepelbagaian Menu Tradisi Dan Moden

Nak cari tempat untuk mengisi perut setelah penat membeli-belah di Pusat Membeli-belah di Mytown, Cheras? Boleh cuba pelbagai menu kopitiam menarik dan lazat di Butter Kaya Kopitiam.

Pelbagai jenis hidangan yang boleh didapati di Butter Kaya Kopitiam MyTOWN Cheras

Butter Kaya Kopitiam cawangan MyTOWN, Cheras telah dibuka pada 22 Disember 2024 berkonsepkan moden dan menu yang diolah mengikut citarasa terkini. Ini merupakan cawangan ke empat dan tiga cawangan lagi ialah di Sama Square Wangsa Maju, Petaling Street dan Melaka.

Kepelbagaian menu tradisi diolah dengan baik dan digabungkan dengan rasa moden bagi memberikan pengalaman menarik menikmati hidangan di sini.

Kepelbagaian MENU

Jom cuba beberapa jenis hidangan di Butter Kaya Kopitiam.

Omurice Blackpepper Beef

Omurice Creamy Kam Heong Chicken

Omurice Creamy Kam Heong Chicken dan Omurice Blackpepper Beef

Gabungan nasi Jepun bersama telur dadar bungkus dengan masakan Cina Ayam Kam Heong serta daging lada hitam memberi rasa lazat yang menyelerakan. 

Roti John Spicy Korean Chicken

Roti John Spicy Korean Chicken

Roti John yang diolah dengan sedikit moden gabungan rasa sos gochujang Korea berserta isi daging keju leleh pasti memikat remaja dan peminat Kpop untuk mencuba menu ini. Keropok muruku ditaburkan di atas roti john ini.

Roti John Satay Lemak Crossover

Manakala Roti John Satay Lemak Crossover penuh dengan isi daging dan terdapat dua jenis sambal yang digabungkan iaitu sambal nasi lemak dan sambal kacang. Keropok muruku ditabur bagi memberikan rasa kerangupan sewaktu menikmati hidangan ini.

Nasi Lemak Rendang Chicken With Sambal Sotong

Rendang yang sedap bersama sambal sotong yang cukup rasa menjadikan nasi lemak ini sesuai dimakan bila-bila masa.

Dry Noodle Nasi Lemak 

Gabungan lauk pauk Nasi Lemak dimakan bersama mee dan anda perlu menggaul kesemuanya bagi menikmati hidangan ini.

Signature Chicken Curry Mee

Mi kari ayam yang cukup sedap dan kuah kari yang pekat memikat selera.

Chicken Satay

Sate ayam resepi tersendiri yang lazat dimakan bersama kuah kacang merupakan kegemaran rakyat Malaysia.

Rojak Jumbo Rolls

Rojak kegemaran didalam bentuk rolls yang sesuai dijadikan hidangan kudap-kudap minum petang.

Pandan Kaya Lava Bun 

Roti pandan kaya lava sedap dimakan panas-panas dengan lelehan pandan kaya

Apam Balik Lava Bun

Inovasi dari apam balik sedap dimakan waktu petang atau sebagai hidangan pencuci mulut.

Pandan Gula Melaka Onde Onde Cake

Kek yang diinspirasi dari kuih tradisi iaitu Onde Onde, lembut dan ditabur kelapa parut segar.

Classic Kopi Ice & Inhouse Special Ice

Rasa kopi klasik dan menyegarkan pasti menarik minat peminat kopi tegar untuk mencuba kopi di sini.

Teh Ice Cendol Red Bean

Inovasi teh ais yang digabungkan dengan cendol dan kacang merah menyegarkan tekak yang kehausan.


Harga makanan kat sini sangat berpatutan dan portion besar dan berbaloi untuk mencuba setiap hidangan sebab kesemuanya cukup rasa.


Chef Irwan yang juga merupakan pengasas bersama Butter Kaya Kopitiam, mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang F&B. Pernah menjadi co-founder untuk jenama kopitiam yang cukup popular di Malaysia. 

Misi Chef Irwan bukan sahaja untuk membuka lebih banyak cawangan Butter Kaya di seluruh Malaysia malah Chef Irwan berusaha untuk membawa jenama ini menembusi pasaran antarabangsa.

Reka bentuk dalaman kopitiam yang minimalis dengan kepelbagaian menu yang tersedia membuatkan pengunjung restoran lebih tenang menikmati makanan di sini. Banyak hidangan menarik dan cantik untuk dikongsi di media sosial untuk dan banyak ruang cantik untuk berOOTD juga tau.

Alamat

Butter Kaya Kopitiam

Lot L1-043A, Mytown Cheras

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 11 pagi - 9 malam

Sabtu & Ahad : 9 pagi - 9 malam

Hubungi: 6018 275 8999 ( Tempahan atau Pertanyaan)

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com