Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

17 July 2026

Promosi Makan Percuma untuk Kanak-kanak di Thyme Out Café Destinasi Wajib Singgah Untuk Hi-Tea

Kalau korang suka menikmati hidangan tempatan yang dimasak dengan penuh cita rasa, Thyme Out Café adalah antara tempat yang patut ada dalam senarai untuk dikunjungi.


Terletak di AICB Centre of Excellence, Kuala Lumpur, kafe ini bukan sekadar menjadi pilihan tetamu korporat dan peserta persidangan, malah semakin dikenali dalam kalangan pencinta makanan yang mencari masakan Malaysia yang autentik dalam suasana yang selesa.

Sekarang ada promosi makan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Sehingga hujung Julai 2026. Dewasa hanya RM79 untuk seorang manakala warga emas RM69 seorang.

Jom tengok menu yang ada di sini:

Kambing panggang
Lembut dan juicy daging kambing lepas dipanggang dan tidak berbau hamis

Mi Kari portion besar, kuah pekat.
Jangan lupa cuba




Ubi rebus sambal ikan bilis.
Terimbau kenangan dengan atuk nenek di kampung.



Sayuran segar boleh terus petik dan makan tau.
Pilihan sandwich dan pelbagai

Peminat rojak buah dan asam kena serbu bahagian ni tau. Kuah rojak dia sedap!

Yang nak makan nasi ada pilihan nasi minyak dan lauk pauk. Sedap cukup rasa ye.

Ada aiskrim dan pencuci mulut juga

Buah-buahan 


Sate Ayam
Sate Daging


Yang ni bahagian kanak-kanak, 
Ada gula kapas, marshmallow dan buah-buahan celup coklat dan ABC


Bagi penggemar bubur turut disediakan bubur pulut hitam untuk makan panas-panas di waktu petang. Bubur pulut hitam ni cukup rasa.

Selepas menjamu selera makanan berat, boleh cuba pizza. Ada 2 jenis pizza dan vadei tau korang. 


Cucur manis dan cucur sayur serta keropok lekor pun ada.


Bagi peminat kek dan desserts kat sini ada banyak jenis kek dan desserts tau korang. Pilih je mana nak makan. Asalkan tak membazir.

Apa yang membuatkan setiap hidangan di sini begitu istimewa ialah sentuhan Chef Eksekutif Mohamad Juzaili Shah Abdoll Rani. Dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam industri kulinari, beliau pernah berkhidmat di beberapa hotel bertaraf antarabangsa seperti Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Sunway Resort Hotel dan Pullman Kuala Lumpur Bangsar.

Chef Eksekutif Mohamad Juzaili Shah
 Abdoll Rani

Top 10 Specialty Cuisine Restaurants (Malay Cuisine) di HAPA Awards 2026 Siri 2
Walaupun berpengalaman dalam pelbagai jenis masakan termasuk Barat dan Kontinental, minat sebenar Chef Juzaili tetap pada masakan Malaysia. Berasal dari Bagan Serai, Perak, beliau percaya setiap resipi tradisional mempunyai cerita tersendiri dan wajar dikekalkan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Baru-baru ini, Thyme Out Café mencipta satu lagi pencapaian membanggakan apabila menerima pengiktirafan sebagai Top 10 Specialty Cuisine Restaurants (Malay Cuisine) di HAPA Awards 2026 Siri 2. Anugerah ini membuktikan komitmen mereka dalam mengekalkan keaslian masakan Melayu sambil mempersembahkannya dengan sentuhan moden.


Ada pilihan kopi, teh tarik dan jus juga kat sini.


Ruang makan yang selesa dan besar.

Bukan itu sahaja, Chef Juzaili turut menerima pengiktirafan sebagai salah seorang Top 10 Chefs di HAPA Awards 2026 Siri 2, sekali gus mengukuhkan lagi reputasi Thyme Out Café sebagai antara destinasi kulinari yang semakin mendapat perhatian.

Selain menu harian, Thyme Out Café juga menawarkan Saturday International Buffet Hi-Tea yang cukup popular. Jadi, kalau korang sedang mencari lokasi untuk makan bersama keluarga, rakan-rakan atau sekadar ingin menikmati buffet hujung minggu, tempat ini memang berbaloi untuk dicuba.

Mesti kenyang dan berbaloi kalau korang jenis suka makan dan sukakan kepelbagaian menu. Qiss pun tak tahu berapa round dah makan. Dari kambing panggang sampai ke kek lepas tu teh tarik pula. 

Kalau kenyang sangat rehat dulu baru sambung makan. Sebab Buffet ni mula jam 12.30 tengah hari sampai jam 3.30 petang tau. Jadi rugi kalau tak cuba semua menu yang ada.

Jika korang masih belum pernah singgah ke Thyme Out Café, mungkin ini masa yang sesuai untuk merasai sendiri hidangan yang telah mendapat pengiktirafan bertaraf anugerah.

Selamat menjamu selera!

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi: 

+603 2602 4000

+6011 3532 4120

Emel: thymeout@stfresources.com


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com