Kalau korang peminat snek coklat dan suka rasa-rasa tempatan Malaysia, NIMS International Group baru sahaja melancarkan koleksi NIMS Chocotub® – Taste of Malaysia: Malaysia’s Favourite Flavours yang menampilkan tiga perisa baharu diinspirasikan daripada makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia.
![]() |
| Rasmi, Tengku Norhanim bersama suami tercinta, Faiz Hussamuddin dan Mansor Shah ketika melancarkan Nims Chocotub Taste Of Malaysia: Malaysia’s Favourite Flavours |
Tiga Perisa Baharu Yang Memang “Malaysia Sangat”
Apa yang membuatkan koleksi ini istimewa ialah setiap perisa membawa elemen nostalgia dan cita rasa tempatan yang dekat dengan hati kita.
![]() |
| NIMS Taste Of Malaysia |
☕ Teh Tarik Crunch
Bayangkan rasa teh tarik yang lemak manis dengan tekstur rangup coklat crunch. Memang mengingatkan suasana minum petang di kedai mamak!
🌿 Onde Onde Crunch
Perisa onde-onde yang sinonim dengan rasa pandan dan gula melaka, digabungkan dalam bentuk snek coklat yang crunchy.
🌸 Sirap Bandung Laici Crunch
Gabungan sirap bandung dan laici memberikan rasa manis, wangi dan sedikit fruity yang unik.
Secara peribadi, Qisstiera rasa ketiga-tiga perisa ini memang mewakili identiti Malaysia kerana setiap satunya ada “memori” tersendiri dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Bukan Sekadar Snek, Tapi Membawa Kisah Malaysia
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NIMS, Tengku Norhanim Tengku Othman, koleksi ini dibangunkan sebagai penghormatan kepada cita rasa rakyat Malaysia dan pada masa yang sama mempunyai potensi untuk diketengahkan ke pasaran antarabangsa.
Beliau berkongsi bahawa melalui Taste of Malaysia, NIMS mahu memperkenalkan keunikan rasa Malaysia kepada pengguna global dan menunjukkan bahawa produk tempatan juga mampu bersaing di peringkat dunia.
Qiss suka idea ini sebab makanan memang antara cara paling mudah untuk orang luar mengenali budaya sesebuah negara.
Kempen NIMS Beli & Menang 2026
Selain pelancaran produk baharu, NIMS turut mengadakan kempen nasional NIMS Beli & Menang 2026 yang berlangsung dari 8 Ogos 2026 hingga 8 November 2026
Hadiah utama yang paling mencuri perhatian sudah tentu sebuah PROTON e.MAS. Menariknya, jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan melebihi RM150,000 dan pelbagai hadiah lain akan diumumkan sepanjang tempoh kempen.
![]() |
| NIMS Beli & Menang |
Cara Penyertaan
Mudah sahaja:
1. Beli produk keluaran NIMS.
2. Ikuti terma dan syarat kempen.
3. Hantar penyertaan mengikut mekanisme yang ditetapkan.
Kempen ini dibuka kepada pengguna di seluruh Malaysia melalui platform e-dagang, pasar raya dan rangkaian ejen rasmi NIMS.
Usaha Mengangkat Jenama Tempatan
Langkah NIMS memperkenalkan produk beridentitikan Malaysia seperti ini sangat positif. Ia bukan sahaja memberi pilihan rasa yang lebih dekat dengan pengguna tempatan, malah membantu mempromosikan budaya Malaysia kepada pasaran antarabangsa.
![]() |
| Sesi melawat gerai makanan berwajah satu Malaysia |
Tengku Norhanim turut menegaskan bahawa NIMS mahu setiap produk menjadi penghubung antara budaya, nostalgia dan pengalaman pengguna, sambil memperkukuh kedudukan produk tempatan di pasaran global.
Beliau berharap apabila pengguna antarabangsa menikmati produk ini, mereka akan turut mengenali keunikan Malaysia melalui setiap rasa yang dihasilkan.
Kalau korang suka mencuba makanan baharu, koleksi NIMS Chocotub® Taste of Malaysia memang patut masuk dalam senarai “wajib cuba”. Konsep menggabungkan rasa ikonik Malaysia dalam bentuk snek coklat crunchy memang kreatif dan lain daripada yang lain.
![]() |
| Kereta Proton E.mas Yang menjadi rebutan untuk kempen NIMS BELI & MENANG 2026 |
Jadi, antara Teh Tarik Crunch, Onde Onde Crunch dan Sirap Bandung Laici Crunch, yang mana satu korang paling teringin nak rasa dulu? 😍









0 comments:
Post a Comment