Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

29 November 2026

Harman Kardon Liora: Model Mercu Baharu. Ikon Tersendiri

Menampilkan aspirasi reka bentuk terbesar Harman Kardon, pembesar suara ini menyepadukan seni bina akustik dengan estetika seni arca yang mempesona.

Kuala Lumpur, 27 November 2026 – Harman Kardon memperkenalkan Liora, pembesar suara Wi-Fi untuk kediaman dengan reka bentuk bak arca yang menggabungkan seni bina akustik serba baharu dan pencahayaan imersif yang diperhalusi. Liora mencerminkan aspirasi terbesar jenama ini dalam mengharmonikan bunyi, cahaya dan reka bentuk. Bentuknya yang ikonik dilengkapi dengan prestasi audio yang mengagumkan dari segi keluasan dan kejelasan bunyi. Seawal nota pertama, Liora mencorakkan suasana seluruh ruang.

Keindahan bunyi dalam dimensi baharu

Di sebalik kehebatan Liora ialah seni bina akustik serba baharu yang dibangunkan khusus untuk model mercu ini. Dua subwufer bersaiz 5 inci dalam konfigurasi push-push ditempatkan secara simetri di bahagian atas dan bawah pembesar suara. Kedua-duanya beroperasi dalam arah bertentangan untuk mengimbangi getaran dan memastikan bunyi frekuensi rendah kekal mantap dan terkawal, menghasilkan bes yang mendalam, berkuasa dan sentiasa jelas. Rangkaian pemacu julat pertengahan dan tweeter khusus yang menghala ke pelbagai arah pula menyebarkan bunyi khas Harman Kardon yang memukau dalam liputan 180 darjah dengan keluasan dan ketepatan tinggi.

Liora direka sebagai elemen utama dalam sesebuah ruang, dengan prestasi audio yang setanding dengan daya tarikan reka bentuknya. Sama ada di atas kabinet, pada kaki penyangga atau di sudut bilik, Liora melengkapi ruang dengan sempurna, baik dari segi bunyi mahupun estetika. Fungsi penalaan kendiri automatik melaraskan bunyi mengikut kedudukan pembesar suara dan ciri akustik persekitarannya. Teknologi AI Sound Boost memastikan bes kekal jelas dan tepat, sekali gus mengekalkan keaslian bunyi pada setiap tahap kelantangan. Sementara itu, teknologi Constant Sound Field memperluas zon pendengaran optimum agar setiap pendengar dapat menikmati keseluruhan komposisi muzik, dengan vokal yang jelas dan kedudukan bunyi setiap instrumen yang kekal konsisten ketika anda bergerak di sekitar ruang.

Memikat mata sebelum memukau telinga

Liora menampilkan dua kubah lutsinar yang mencerminkan satu sama lain pada garisan tengah, dilingkari fabrik tenunan halus 360 darjah. Di bawah kubah ini terdapat struktur monokristal yang diletakkan dengan penuh ketepatan, menampilkan lengkungan beralun yang terperinci. Struktur ini memancarkan dan memantulkan cahaya yang seakan-akan menari di permukaannya sebelum menyinari kubah lutsinar. Struktur yang dinamik ini menjadi nadi Liora, dengan teras akustik pembesar suara tersembunyi di dalamnya. Tiada perincian yang direka tanpa tujuan, malah setiap ruang, bukaan dan permukaan turut menyumbang kepada prestasi akustiknya.

Kemasan rona pasir yang hangat pada Liora dilengkapi sentuhan logam dengan tekstur hasil teknik berus dan semburan pasir yang menyempurnakan keseluruhan reka bentuknya. Direka untuk menyerlah di atas meja atau kabinet sisi, Liora juga boleh dipadankan dengan kaki penyangga lantai pilihan untuk tampil sebagai sebuah karya seni arca yang menjadi titik tumpuan ruang.

Lapisan cahaya yang menghidupkan Liora

Cahaya menjadi teras kepada reka bentuk Liora, dengan lima lapisan pencahayaan yang diterapkan dalam struktur kristal sebelum dipancarkan ke ruang sekeliling. Sepuluh tema pencahayaan animasi bergerak secara harmoni mengikut alunan muzik, termasuk Ocean, Aurora dan Fireplace, serta Starry, Bubble dan Coral yang dicipta eksklusif untuk Liora. Kelajuan, kecerahan dan tona cahaya bagi setiap tema boleh dilaraskan menerusi aplikasi Harman Kardon One.

Apabila pencahayaan pada teras kristal dipadamkan, Liora berubah menjadi sebuah siluet, sementara pancaran cahaya dari bahagian belakang menyelubungi ruang. Apabila muzik tidak dimainkan, pengguna boleh memilih landskap bunyi yang telah ditetapkan untuk menikmati keharmonian cahaya dan bunyi yang mencorakkan suasana mengikut cita rasa, sama ada untuk menikmati ketenangan, mewujudkan kehangatan atau membangkitkan semangat yang sesuai pada setiap detik.

Ketersambungan dan fleksibiliti untuk pengalaman bunyi tanpa batas

Dengan hanya tiga langkah mudah menerusi aplikasi Harman Kardon One, Liora sedia untuk digunakan. Pengguna boleh terus menstrim muzik daripada aplikasi pilihan melalui Wi-Fi atau Bluetooth. Hanya dengan menekan butang Moment, pengguna boleh memainkan senarai lagu, album atau landskap bunyi yang telah ditetapkan. Dua pembesar suara Liora boleh dipadankan secara wayarles untuk menghasilkan penyampaian bunyi stereo yang lebih luas. Teknologi Auracast™ pula membolehkan Liora dihubungkan dengan pembesar suara Harman Kardon yang serasi, memastikan muzik dan pencahayaan bergerak seiring di seluruh ruang.

“Liora mencerminkan evolusi audio mewah dalam memenuhi cita rasa pengguna premium di Asia Pasifik, yang menghargai kesepaduan antara kualiti bunyi luar biasa dan reka bentuk sofistikated, khususnya dalam memperhalus estetika ruang kediaman. Selama beberapa dekad, Harman Kardon telah merintis penyepaduan elemen cahaya dalam produk yang kini menjadi ikon reka bentuk, sekali gus menyerlahkan keupayaannya untuk mengubah suasana sesebuah ruang. Sebagai model mercu dalam rangkaian Harman Kardon Iconics, Liora meneruskan legasi ini dengan menyatukan cahaya, bunyi dan kehalusan seni pertukangan untuk membangkitkan emosi. Hasilnya ialah sebuah karya yang menyerlah dari segi visual dan akustik, menawarkan pengalaman multisensori yang mengagumkan,” kata Grace Koh, Naib Presiden dan Pengurus Besar, Audio Pengguna Asia Pasifik, HARMAN. “Pelancaran Liora menandakan fasa seterusnya dalam perjalanan inovasi Harman Kardon, mengetengahkan visi kami dalam mentakrifkan audio premium.”

Ciri-ciri Utama Harman Kardon Liora:

Bunyi yang memukau menerusi reka bentuk pembesar suara 3-hala dengan subwufer 2 x​ 5”, pemacu julat pertengahan 4 x 2.5” dan tweeter 3 x 30mm

Pencahayaan dan pancaran cahaya imersif dengan 10 tema yang telah ditetapkan: Ocean, Aurora, Fireplace, Nebula, Blossom, Calm dan Sunrise, serta Starry, Bubble dan Coral yang dicipta khusus untuk Liora. Kecerahan dan warna pencahayaan boleh disesuaikan sepenuhnya menerusi aplikasi Harman Kardon One

Pilihan ketersambungan yang menyeluruh dengan sokongan audio resolusi tinggi, merangkumi Wi-Fi, Bluetooth® 5.3, AirPlay 2, Google Cast™, Roon Ready, Spotify Connect, Tidal Connect dan Qobuz Connect

Penalaan kendiri automatik

Teknologi eksklusif AI Sound Boost mengekalkan kepenuhan dan dinamik bunyi, memastikan bes sentiasa jelas pada setiap tahap kelantangan

Teknologi eksklusif Constant Sound Field memastikan penyampaian bunyi yang seimbang di seluruh ruang

Padankan dua pembesar suara Liora untuk menikmati bunyi stereo, nikmati audio berbilang bilik dengan menghubungkan pembesar suara serasi yang berlainan melalui Wi-Fi, atau sambungkan Liora kepada produk Harman Kardon lain yang menyokong Auracast™ menerusi aplikasi Harman Kardon One

Butang Moment dengan tetapan yang boleh disesuaikan untuk memainkan senarai lagu kegemaran anda

Harman Kardon Liora mengandungi sekurang - kurangnya 22% bahan kitar semula* mengikut berat produk, yang terdiri daripada polikarbonat pascapengguna, polikarbonat/akrilonitril butadiena stirena pascapengguna, poliester pascapengguna, aluminium pascapengguna dan prapengguna, serta logam nadir bumi pascapengguna.

Harga dan ketersediaan 

Sempena pelancaran sulungnya di peringkat global, Harman Kardon Liora kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 6 Disember 2026 di kedai rasmi Harman Kardon di Shopee dan Lazada. Pakej pra-tempahan eksklusif pada harga RM5,688 ini merangkumi Liora bersama kaki penyangga lantai khas, serta Koleksi Pewangi Eksklusif (Bespoke Fragrance Collection) percuma yang terdiri daripada semburan pewangi ruang dan lilin aromaterapi bernilai RM299. Tawaran ini sah sementara stok masih ada.

Selepas tempoh pra-tempahan berakhir, Liora akan ditawarkan pada harga RM5,399, manakala kaki penyangga lantai pilihan boleh dibeli secara berasingan pada harga RM799.

Ikuti Harman Kardon menerusi laman web rasmi dan media sosial: 

Laman web: https://global.harmankardon.com/my/en/ 

Facebook: https://www.facebook.com/HarmanKardonMY/  

Instagram: https://www.instagram.com/harmankardon_my/ 


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com