Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

16 October 2017

ETW6 Jom NGETEH : The Garage KL bukan sekadar Kafe Hipster

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca.


Pada 4-7 Oktober 2017, Qiss telah berpeluang mengikuti perjalanan kembara Makan.Kembara.Tulis atau lebih dikenali sebagai Eat.Travel.Write anjuran Gaya Travel dengan kerjasama Tourism Selangor dan MOTAC serta penaja daripada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor. Qiss baru tahu ada aktiviti seperti ini. Qiss dapat turut serta untuk kembara kali ini yang diberi nama Jom Ngeteh! ETW6 : Selangor International Culinary Adventure. Wahhh. Nama pun dah gah sangat rasa. Terasa diri ni kerdil.


Berkumpul di depan MATIC Jalan Ampang. Pertama kali menjejakkan kaki kat MATIC ni tau. Walaupun selalu dengar pengumuman masa naik bas GOKL dari KLCC tapi tak pernah terlintas pun nak singgah sini. Rupanya MATIC juga banyak aktiviti untuk kita seperti persembahan kebudayaan serta maklumat tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Malaysia. Paling menarik dekat sini ada kedai coklat tau. Bila-bila nanti boleh singgah beli coklat kat sini.


The Garage KL


Destinasi pertama. The Garage KL ini salah satu kafe hipster yang ada kat Selangor. Nama diberi sebab bersempadan dengan KL dan dari KL hendak ke sini mengambil masa 15 minit sahaja. Dibina daripada 25 kontena terpakai dan reka bentuk ia sangatlah unik. Yang buat Qiss teruja dekat sini adalah hiasan dalaman dia yang terdiri daripada barangan Star Wars.




Terdapat beberapa bahagian untuk makan iaitu ruangan terbuka dan ruangan berhawa dingin.

Ruangan berhawa dingin

Ruangan terbuka

Diruangan bawah terdapat bengkel kereta yang memang berfungsi sepenuhnya. Dan menyediakan perkhidmatan servis kenderaan.


Terdapat juga Gerabak iaitu kedai pakaian yang sesuai untuk remaja masa kini.




Para peserta diberi penerangan oleh Encik Syed berkenaan keistimewaan The Garage KL ini.

Disini juga terdapat satu kontena yang menjalankan penanaman sayuran secara hidroponik menegak di dalam kontena dan ia sangatlah menarik. Jenis sayuran pula seperti basil, parsli dan daun pudina dimana banyak digunakan untuk masakan barat. Dan chef di The Garage KL juga lebih mudah mendapatkan stok sayuran mereka dengan adanya BABYLON Vertical Farm ini.




Setelah selesai melawat kawasan sekitar kami berpeluang melihat demonsrasi daripada chef The Garage KL yang menyediakan hidangan yang terkenal di The Garage KL. Antaranya ialah Tiger Beef, Lambhorghini dan Chicken Jordan.




Makanan yang dihidangkan  pada hari tersebut adalah secara buffet antaranya spagetti Aglio Olio ni. Memang sedap.

Setelah itu, kami melihat cara-cara menyajikan kopi serta cara corak diatas kopi dihasilkan.





Rasa kopi ni memang sedap. Kalau tak percaya boleh datang cuba.

Selain daripada kedai-kedai yang terdapat disini, para pengunjung juga boleh menempah ruang untuk membuat majlis di sini. Ini kerana kawasannya yang luas dapat menampung lebih daripada 200 pengunjung dalam satu masa.

Maklumat lebih lanjut lihat di sini: 


Jalan Hillview,
Taman Sri Ukay,
68000 Ampang, Selangor, Malaysia


Reactions:

17 comments:

  1. teringin nak rasa kopi bercorak tu hehe bestnya kalau dapt join aktiviti macam ni

    ReplyDelete
  2. bestnya macam-macam ada dekat sini.. makanan pun nampak tempting... kalau neeza lah kopi tu cantik sgt rasa tak sanggup nak minum hehe

    ReplyDelete
  3. Wah menarik. Boleh masuk dalam list nak kena singgah ni.en suami memang peminat kopi.

    ReplyDelete
  4. memang hipster...best lepak sini nampak tenang je suasananya

    ReplyDelete
  5. Macam-macam ada disini. Suka DIY tu. Boleh la pinjam barang-barang bertukang mereka tu. Hehehe.

    ReplyDelete
  6. Hmmm...menariknya. Macam-macam ada. Kalau ada peluang nanti nak singgah juga di sini.

    ReplyDelete
  7. Pernah jugak pergi Garage KL ni masa ada event dengan Hafidz Roshdi dulu. memang cantik dan rare tempat ni. Tapi kalau nak selesa kene duduk bahagian yang ada air cond. Belah luar macam panas sikit kan?

    ReplyDelete
  8. Widih, saya belum pernag nyobain nih kesana. Barista nya keren tuh desain nya :D

    ReplyDelete
  9. Dah makin banyak kedai buka kat Garage ni pernah pergi 2 kali makan kat sini memang menarik tempat dan konsep ini..

    ReplyDelete
  10. Last gi MATIC masa SBB 2014. Menariknya the garage KL. Makanan pon nampak sedap.

    ReplyDelete
  11. nampaknya sedapppp! :D next time boleh pi try.

    4D3N Star Cruise 2017

    ReplyDelete
  12. Best nya duk Kl ni kan, memacam tempat menarik ada, nak makan nak reper DIY.. satu konsep yang boleh di ketengahkan kat JB ni, sape nak joint venture hihi

    ReplyDelete
  13. Konsep cafe yang menarik. Bebila ada masa terluang bolehlah singgah sini.

    ReplyDelete
  14. Pernah sekali je lepak n makan kat sana. Konsep menarik cafe ni.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya. Kalau hangout dgn kawan lagi best sbb suasana menarik ni. Makanan dia sedap x?

    ReplyDelete
  16. Dah lama nak pergi garage kl tapi tak pergi2. harga makanan okay tak kat sini? tempat ni confirm jadi kegemaran Instagramer. hehe

    ReplyDelete
  17. perghh tgh2 lapar tgok ntry ni... menangis dalam sendu la jwbnye hahhaa

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Rezeki Travel

Popular Posts

Google+ Followers

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com