Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

25 October 2017

Kembara Bloggers Johor : Kampung Sungai Melayu pusat Eko-Pelancongan

Sungai Melayu terletak di bahagian selatan Negeri Johor dan berdekatan antara Johor dan Singapura. Merupakan lokasi pertama bagi Program Kembara Bloggers Johor 2017 anjuran Malaysia Inbound Tourism Association dengan kerjasama Tourism Johor. Rombingan kami telah disambut oleh Encik Pandak Ahmad iaitu Ketua Kampung bagi Kampung Sungai Melayu.


Rumah Rakit

Kampung ini dibuka lebih 100 tahun yang lalu. Kesemua penduduk di sini berketurunan Melayu dan bekerja sebagai nelayan. Kampung ini terkenal dengan keenakan makanan laut yang segar seperti ketam, udang  dan kupang.



Antara aktiviti menarik di sini ialah:

Menaiki bot menyelusuri hutan paya bakau.

Perjalanan menaiki bot menyelusuri hutan paya bakau ini mengambil masa kira-kira 45 minit dan peserta dibawa melawat hingga ke sempadan antara Johor dan Singapura. Sepanjang perjalanan Qiss dapat melihat pokok-pokok bakau dan beberapa spesis hidupan laut yang lain.Antara yang Qiss sempat lihat ialah ikan belacak.

Satu bot boleh memuatkan dua orang penumpang dan seorang tukang kendali bot. Tukang kendali bot ini sangat peramah dan akan bercerita tentang keseluruhan kawasan hutan paya bakau tersebut serta keistimewaannnya.




Menangkap ketam.

Pertama kali merasa bagaimana menangkap ketam. Pento digunakan untuk menangkap ketam dan diikat pada tiub terapung bagi memudahkan kita menarik kembali pento tersebut. Seekor atau dua ikan akan dimasukkan sebagai umpan. Nasib tak berapa baik bagi kami pada hari tersebut, ikan di dalam pento habis dimakan tetapi ketam terlepas.
Ini adalah Pento, alat untuk menangkap ketam

Melawat kolam ternakan kupang.

Kolam ternakan kupang ini diusahakan oleh penduduk bagi menaik taraf sudut pelancongan bagi kampung tersebut. Kupang-kupang ini akan diternak secara berterusan bagi memastikan stok sentiasa mencukupi.

Kupang yang telah matang dan  berusia 6 bulan ke atas akan dikutip dan bolehlah dijual.
Ahli kembara Bloggers Johor bergambar di kolam ternakan kupang.

Ilmu baru, yang mana kupang jantan dan mana kupang betina?
 Jawapan: Kupang jantan isi berwarna putih dan kupang betina berwarna jingga.
Qiss juga berpeluang melawat rumah rakit yang boleh disewa untuk kegunaan memancing. Pemandangan dari rumah ini sangat cantik. Meskipun terdapat dapur untuk memasak, penghuni rumah rakit ini juga boleh membuat pesanan di kedai makan berhampiran dan makanan akan dihantar menggunakan bot. Menarik bukan?



Merasa makanan laut.

Di jeti ini juga terdapat sebuah kedai makan yang menyediakan makan berasaskan makanan laut yang segar. Terdapat pelbagai menu yang boleh dipilh seperti tomyam, asam pedas, stim dan sebagainya.


Asam pedas Johor


Kupang rebus


Banyak lagi aktiviti menarik yang korang boleh cuba dekat sini, antaranya ialah:
Permainan tradisional.
Memerhati burung.
Produk tempatan.
Kehidupan Nelayan.
Kehidupan Tradisional Melayu.


Sebagai Pusat Eko-Pelancongan, Kampung Sungai Melayu menawarkan beberapa pakej yang sesuai untuk semua pelancong yang datang ke sini.

1. Pakej menaiki bot menyelusuri hutan paya bakau. (RM35.00 seorang/ minimum 2 orang)
- Menjelajah hutan paya bakau melalui sungai dengan menaiki bot.
- Menangkap ketam
- Melawat kolam ternakan kupang
- Melawat kawasan peninggalan sejarah-Askar Jepun menyerang Singapura dalam Perang Dunia Kedua.

2. Pakej pembelajaran. (RM25.00 seorang/minimum 10 orang untuk 1 pakej)
- Menangkap ketam
- Menjala
- Demonstrasi produk tempatan
- Pembuatan kraftangan

3. Melawat Kampung Melayu. (RM30.00 seorang/minimum 10 orang untuk 1 pakej)
- Melawat rumah tradisional
- Melawat zoo haiwan
- Demonstrasi Kain Sarong dan Batik
- Permainan tradisional
- Demonstrasi produk tempatan

4. Pakej Memancing
- 8.00 pagi hingga 5.00 petang (RM25 seorang)
- 8.00 pagi hingga 9.00 malam (RM30 seorang)
- 7.00 petang hingga 8.00 pagi (Bermalam) 2 Bilik di Rumah Rakit dan Dapur Barbeque (RM50 seorang)

5. Memerhati Burung (Migrasi burung dari bulan November hingga Bulan Mac setiap tahun)


Untuk maklumat lanjut:
Hubungi Puan Sharifah +6019 704 5904
Facebook : Sungai Melayu Eco Tourism
Emel: sungaimelayuecotourism@gmail.com
Alamat: Sungai Melayu Eco Tourism
80200 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Reactions:

1 comment:

  1. Last week baru lepas makan kupang..hehehe...tp aktiviti kat sini memang best la...

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Android Apparel apps automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review Blogger Blogger review brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat contest cookies damansara domain Domino's Domino's pizza Dominos Duit electronic review etw etw6 Event facial Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex gadget gayatravel giveaway gold Guardian gula hair removal happyfresh Haqqi Harriston Honor hotel review Income Innphonim blockchain Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor kelas jahit kembara kembarabloggersjohor klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lipstick maiwp makan makanan arab Malaysia matic McCormick McDonald's media Merdeka mobile motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi myvi myvi2018 NASDAQ ngeteh Nimpmos Online onlineshopping onlinetraining pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia Pensonic perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz product product review Projek57 property Putrajaya railway Ramadan Raya realme review Safi sale Shah Alam Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia summit tambah pendapatan Teater technical techno teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer travel TVC unity unity ribbon upen Waterpark zakat zoo

Google+ Followers

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com