Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

21 November 2017

[Automotive Review] Tempah MYVI 2018 dengan BAKATEAM SDN BHD

Perodua telah memperkenalkan MYVI baru yang sangat bergaya dan kena dengan jiwa orang muda. Dengan rekaan baru yang hebat dan dilengkapi 15 inci rim aluminium dwiwarna, Myvi generasi ketiga ini telah berada dipasaran dan peminat Myvi sudah boleh menempah sekarang.

Bersama Mr. Jack, Penasihat Jualan dari Bakateam Sdn Bhd

Qiss berkesempatan melihat Myvi baru ini di Mydin Mall USJ Subang Jaya dan sangat teruja dengan spesifikasi barunya.

Salah satu ciri baru yang didatangkan dengan Myvi ini ialah ciri keselamatan brek auto kerana di cermin  depan ada kamera Advanced Safety Assist (ASA) yang dapat mengesan jarak antara kereta kita dengan kereta hadapan sekiranya kita terlelap atau hilang tumpuan namun ini adalah pada kelajuan 30km/j dengan jarak 30 meter. Kereta akan brek sendiri tau.



Bagi perempuan Qiss sokong kalau pakai Myvi ni sebab dia tak pakai kunci. Untuk buka kereta ada butang untuk buka pintu sama juga kalau nak start dan matikan enjin. Tekan je  butang start. Lagi satu dalam beg tangan perempuan ni banyak barang, jadi masa nak ambil kunci je dah boleh bahayakan diri. Jadi memang disyorkan untuk korang beli Myvi ni.

Qiss suka seat leather dan pilihan yang ada seat kulit ni kalau beli yang fullspec Myvi 1.5 harga on the road dalam RM 56 000.


Dalam kereta dah siap ada skrin radio yang boleh bluetooth so korang boleh la buka Youtube semua sambil memandu. Skrin tu boleh juga connect dengan GPS dan korang boleh jimat bateri handphone korang. Ada juga tempat cucuk kad untuk smartag dan boleh terus guna laluan smartag. Nak cek baki pun senang je sebab ada skrin yang paparkan baki kad.

Lampu hadapan  boleh laras untuk tinggi atau rendah  dan auto off serta ada follow me home function dimana bila kita dah sampai rumah, nyalakan lampu ini sementara anda nak buka kunci dan ia akan tutup sendiri selepas beberapa ketika.

Ruang tempat letak air ada ditepi pintu dan sangat luas.

Didatangkan dengan Enjin DVVT-I EEV yang lancar dan lebih senyap. Sangat jimat minyak.


Bagi Enjin 1.3l Dual VVT-i penggunaan minyak bagi 1 liter ialah 21.1km/l dan enjin 1.5l Dual VVT-i ialah sebanyak 20.1km bagi 1 liter. Ada fungsi Eco-Idle kalau berhenti di lampu isyarat, minyak tak berjalan walaupun enjin hidup. Amacam?


Stering kulit dengan jahitan yang kemas dan berfungsi untuk control audio dan terima panggilan masuk. Jadi tak ganggu pemanduan. Untuk pendingin hawa kereta boleh laras dengan versi digital. Tak ada dah pusing kiri kanan. Tepi seat driver ada USB port untuk cas telefon siap poket untuk letak telefon.

Ruang  tempat duduk penumpang belakang luas dan sangat selesa. Cermin sisi auto flip.
Tempat simpan barang yang sangat luas dan boleh memuatkan sehingga 4 beg melancong kerana keluasan bonet ini ialah 277 liter.

Dilengkapi dengan kamera undur yang sangat membantu semasa hendak parking.



Ciri keselamatan lain ialah Vehicle Stability Control (VSC), dapat kesan kestabilan kereta dan mengurangkan kesan gelincir. Seat belt reminder untuk pemandu dan penumpang sebelah pemandu-selalunya pemandu je dapat reminder. Traction control (TRC) kawalan cengkaman apabila melalui jalan licin. Emergency Stop Signal (ESS) Lampu kecemasan akan dinyalakan automatik ketika brek mengejut. Hill start assist (HSA) dapat mengelakkan kereta mengundur ketika hendak memulakan perjalanan setelah berhenti di kawasan bukit.


Kalau korang nak tengok sendiri MYVI 2018 ni boleh ke Mydin Mall USJ atau boleh hubungi:

Mr. Jacky Wong (Penasihat Jualan)
019 – 336 8663
Emel: autojacky101@gmail.com

BAKATEAM SDN BHD
Unit G-3, Ground Floor, Bedford Business Park,Jalan 3/137B Off Jalan Klang Lama, 58000 KL.

32 comments:

  1. Eh, tak nak beli ke~ Haha, dah masuk try test tu ada cansss

    ReplyDelete
  2. Semalam dah pergi tengok myvi ni. Memang cantik dan menarik. Harga pun boleh tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat kan. Kalau dapat sebuah ni best jugak.

      Delete
  3. cantiknya.. kaler hitam tu. setaraf antarabangsa punya kereta ni.. gud job perodua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna hitam nampak elegan dan eksklusif kan. Cantik je.

      Delete
  4. Cantiknya yang warna Hitam tu ha...sesuai utk wanita la..kalau banyak duit dah lama sambar satu ni

    ReplyDelete
  5. Memang cantik sangat myvi baru ni.. Harga pun ok dengan spec hi tech dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Harga pun setanding dengan kereta kali ni.

      Delete
  6. Lawa sangat myvi baru ni...husband saya berkenan sungguh dengannya

    ReplyDelete
  7. ramai yg jatuh hati dgn myvi baru ni

    hi jom la join n meriahkn segmen GA ray kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ray tak jatuh hati ke kat myvi ni? cantik tau. done join GA ray.

      Delete
  8. Menarik juga MyVi baru nie... Tapi bro dah ada next car untuk dibeli... T-T

    ReplyDelete
  9. Ada juga baca-baca tentang Myvi ni. Sangat menarik dan mengancam! hihi

    ReplyDelete
  10. Smlm sis tgok myvi baru ni. Not bad jugak..cantik..kalau x ada keta kat umah ni mmg dh rembat dah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita. Kalau nak rembat yang ni pun ok sangat2 dah.

      Delete
  11. Hari tu memang tertunggu-tunggu jugak bila nak keluar myvi baru. Saya sekarang pakai myvi lama. bila tengok myvi baru ni ada macam design jazz sikit bahagian belakang. tapi saya suka belah dalam dia. nampak lagi besar daripada yang myvi lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a. betul tu. Design dalam dengan luar dia memang menarik. Dalam dia lagi luas tau.

      Delete
  12. The Myvi design look elegant and they come with red color. My favourite red chili color.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. I love red too. They also have a new colour.

      Delete
  13. There's so much changes on the MYVI, I had the first version and now this looks so classy!

    ReplyDelete
  14. Kita suka lak tengok Myvi baru ini tengok dari belakang lah kalau tengok depan dah macam Axia lak hehehe tapi makin maju design kereta Malaysia bangga kita...

    ReplyDelete
  15. Memang lawa Myvi baru ni. Kalau xde keta lagi memang dah beli. Sayang dah ada kereta. Teringin nak drive keta baru ni

    ReplyDelete
  16. lawa juga myvi baru ini..nampak eksklusif sket

    ReplyDelete
  17. akak pun suka tengok bagian belakang , untuk orang yang kurang muda cam akak ni ok ke hihi

    ReplyDelete
  18. compare to older model, yang ni lagi murah kan? lebih cantik jugak

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  19. Display advertisements based on user location allows automotive dealers to effectively target potential customers in local area, geographic region, or in any specific city.car care portal

    ReplyDelete
  20. It is a great website.. The Design looks very good.. Keep working like that!. Richardson towing

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com