Bersama Mr. Jack, Penasihat Jualan dari Bakateam Sdn Bhd |
Qiss berkesempatan melihat Myvi baru ini di Mydin Mall USJ Subang Jaya dan sangat teruja dengan spesifikasi barunya.
Salah satu ciri baru yang didatangkan dengan Myvi ini ialah ciri keselamatan brek auto kerana di cermin depan ada kamera Advanced Safety Assist (ASA) yang dapat mengesan jarak antara kereta kita dengan kereta hadapan sekiranya kita terlelap atau hilang tumpuan namun ini adalah pada kelajuan 30km/j dengan jarak 30 meter. Kereta akan brek sendiri tau.
Bagi perempuan Qiss sokong kalau pakai Myvi ni sebab dia tak pakai kunci. Untuk buka kereta ada butang untuk buka pintu sama juga kalau nak start dan matikan enjin. Tekan je butang start. Lagi satu dalam beg tangan perempuan ni banyak barang, jadi masa nak ambil kunci je dah boleh bahayakan diri. Jadi memang disyorkan untuk korang beli Myvi ni.
Qiss suka seat leather dan pilihan yang ada seat kulit ni kalau beli yang fullspec Myvi 1.5 harga on the road dalam RM 56 000.
Dalam kereta dah siap ada skrin radio yang boleh bluetooth so korang boleh la buka Youtube semua sambil memandu. Skrin tu boleh juga connect dengan GPS dan korang boleh jimat bateri handphone korang. Ada juga tempat cucuk kad untuk smartag dan boleh terus guna laluan smartag. Nak cek baki pun senang je sebab ada skrin yang paparkan baki kad.
Lampu hadapan boleh laras untuk tinggi atau rendah dan auto off serta ada follow me home function dimana bila kita dah sampai rumah, nyalakan lampu ini sementara anda nak buka kunci dan ia akan tutup sendiri selepas beberapa ketika.
Ruang tempat letak air ada ditepi pintu dan sangat luas.
Didatangkan dengan Enjin DVVT-I EEV yang lancar dan lebih senyap. Sangat jimat minyak.
Bagi Enjin 1.3l Dual VVT-i penggunaan minyak bagi 1 liter ialah 21.1km/l dan enjin 1.5l Dual VVT-i ialah sebanyak 20.1km bagi 1 liter. Ada fungsi Eco-Idle kalau berhenti di lampu isyarat, minyak tak berjalan walaupun enjin hidup. Amacam?
Stering kulit dengan jahitan yang kemas dan berfungsi untuk control audio dan terima panggilan masuk. Jadi tak ganggu pemanduan. Untuk pendingin hawa kereta boleh laras dengan versi digital. Tak ada dah pusing kiri kanan. Tepi seat driver ada USB port untuk cas telefon siap poket untuk letak telefon.
Ruang tempat duduk penumpang belakang luas dan sangat selesa. Cermin sisi auto flip.
Tempat simpan barang yang sangat luas dan boleh memuatkan sehingga 4 beg melancong kerana keluasan bonet ini ialah 277 liter.
Dilengkapi dengan kamera undur yang sangat membantu semasa hendak parking.
Ciri keselamatan lain ialah Vehicle Stability Control (VSC), dapat kesan kestabilan kereta dan mengurangkan kesan gelincir. Seat belt reminder untuk pemandu dan penumpang sebelah pemandu-selalunya pemandu je dapat reminder. Traction control (TRC) kawalan cengkaman apabila melalui jalan licin. Emergency Stop Signal (ESS) Lampu kecemasan akan dinyalakan automatik ketika brek mengejut. Hill start assist (HSA) dapat mengelakkan kereta mengundur ketika hendak memulakan perjalanan setelah berhenti di kawasan bukit.
Kalau korang nak tengok sendiri MYVI 2018 ni boleh ke Mydin Mall USJ atau boleh hubungi:
Mr. Jacky Wong (Penasihat Jualan)
019 – 336 8663
Emel: autojacky101@gmail.com
BAKATEAM SDN BHD
Unit G-3, Ground Floor, Bedford Business Park,Jalan 3/137B Off Jalan Klang Lama, 58000 KL.
Eh, tak nak beli ke~ Haha, dah masuk try test tu ada cansss
ReplyDeleteNak beli la sebab best sangat ciri-ciri dia tau.
DeleteSemalam dah pergi tengok myvi ni. Memang cantik dan menarik. Harga pun boleh tahan.
ReplyDeleteCantik sangat kan. Kalau dapat sebuah ni best jugak.
Deletecantiknya.. kaler hitam tu. setaraf antarabangsa punya kereta ni.. gud job perodua!
ReplyDeleteWarna hitam nampak elegan dan eksklusif kan. Cantik je.
DeleteCantiknya yang warna Hitam tu ha...sesuai utk wanita la..kalau banyak duit dah lama sambar satu ni
ReplyDeleteAwak pun suka warna hitam ke? Jom sambar satu.
DeleteMemang cantik sangat myvi baru ni.. Harga pun ok dengan spec hi tech dia..
ReplyDeleteBetul tu. Harga pun setanding dengan kereta kali ni.
DeleteLawa sangat myvi baru ni...husband saya berkenan sungguh dengannya
ReplyDeleteJom beli satu.hehe
Deleteramai yg jatuh hati dgn myvi baru ni
ReplyDeletehi jom la join n meriahkn segmen GA ray kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
Ray tak jatuh hati ke kat myvi ni? cantik tau. done join GA ray.
DeleteMenarik juga MyVi baru nie... Tapi bro dah ada next car untuk dibeli... T-T
ReplyDeleteKereta apa tu bro?
DeleteAda juga baca-baca tentang Myvi ni. Sangat menarik dan mengancam! hihi
ReplyDeleteKalau tengok depan2 lagi tertarik tau.Jom..
DeleteSmlm sis tgok myvi baru ni. Not bad jugak..cantik..kalau x ada keta kat umah ni mmg dh rembat dah..hehehe
ReplyDeleteSama lah kita. Kalau nak rembat yang ni pun ok sangat2 dah.
DeleteHari tu memang tertunggu-tunggu jugak bila nak keluar myvi baru. Saya sekarang pakai myvi lama. bila tengok myvi baru ni ada macam design jazz sikit bahagian belakang. tapi saya suka belah dalam dia. nampak lagi besar daripada yang myvi lama
ReplyDeleteHa a. betul tu. Design dalam dengan luar dia memang menarik. Dalam dia lagi luas tau.
DeleteThe Myvi design look elegant and they come with red color. My favourite red chili color.
ReplyDeleteYes. I love red too. They also have a new colour.
DeleteThere's so much changes on the MYVI, I had the first version and now this looks so classy!
ReplyDeleteKita suka lak tengok Myvi baru ini tengok dari belakang lah kalau tengok depan dah macam Axia lak hehehe tapi makin maju design kereta Malaysia bangga kita...
ReplyDeleteMemang lawa Myvi baru ni. Kalau xde keta lagi memang dah beli. Sayang dah ada kereta. Teringin nak drive keta baru ni
ReplyDeletelawa juga myvi baru ini..nampak eksklusif sket
ReplyDeleteakak pun suka tengok bagian belakang , untuk orang yang kurang muda cam akak ni ok ke hihi
ReplyDeletecompare to older model, yang ni lagi murah kan? lebih cantik jugak
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
Display advertisements based on user location allows automotive dealers to effectively target potential customers in local area, geographic region, or in any specific city.car care portal
ReplyDeleteIt is a great website.. The Design looks very good.. Keep working like that!. Richardson towing
ReplyDelete