Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

24 November 2017

SweetRoyale Pemanis Stevia Terbaik Keluaran Pharmaniaga

Tahukah  anda pengambilan gula berlebihan menyebabkan badan kita cepat penat? Haa tu lah yang jadi dekat Qiss. Tapi kalau tak minum minuman manis sehari memang tak sah kan. Gula putih yang banyak di pasaran tu memang tak sesuai diambil selalu.

Sejak diperkenalkan dengan pemanis stevia ni Qiss dah tak ambil langsung gula putih yang biasa. Stevia ni bagus untuk kesihatan juga. Tak adalah risau penyakit kencing manis kan.

Sekarang Qiss telah mula mengamalkan pemanis stevia dan Qiss pilih pemanis stevia keluaran Pharmaniaga. Pharmaniaga yang juga merupakan syarikat Farmaseutikal terbesar di Malaysia ini telah memperkenalkan pemanis stevia SweetRoyale. Pemanis stevia SweetRoyale ini diproses daripada tumbuhan stevia yang sememangnya sangat manis.



Qiss pernah makan sehelai daun stevia semasa melawat Desaru Fruit Farm. Sehelai daun pun dah manis sangat-sangat tau.



Sekotak pemanis stevia SweetRoyale ini mempunyai 40 peket seberat 2 gram setiap satu. Satu peket mampu memberikan rasa manis setara dua sudu teh gula.


Selain digunakan sebagai pemanis minuman, anda boleh juga menggunakan pemanis stevia SweetRoyale dalam hidangan lauk pauk, kuih muih dan pelbagai lagi.

Pemanis stevia SweetRoyale ini telah diadun rapi dan sesuai untuk anda yang gemarkan rasa manis seakan gula tanpa kalori.


Jom mula berubah kepada pemanis stevia SweetRoyale sekarang dan jangan risau tentang status halal pemanis stevia ini kerana produk ini telah disahkan HALAL (MS 1500:2009 / 1 071-02/2017).

Sepeket dah cukup

Saiz mudah dibawa ke mana-mana sahaja

Sekotak Pemanis Stevia SweetRoyale ini dah cukup untuk membuat 40 cawan minuman

Harga sekotak untuk pembelian secara dalam talian ialah RM 15.90 tidak termasuk harga penghantaran pos. Anda juga boleh dapatkan di Farmasi RoyalePharma seperti di MYTOWN Shopping Mall, Quill City Mall, Laguna Merbok, Bangi, Seksyen 7 Shah Alam dan Vista Alam. Harga di Farmasi ialah RM 17.00. Anda juga boleh membeli di laman web Lazada, Shopee dan lain-lain lagi.

Ada promosi sekarang dekat Estore RoyalePharma tau.

Untuk maklumat lanjut:
www.royalepharma.com

20 comments:

  1. ramai yg cakap bagus. nak try jugaklah lepas ni

    ReplyDelete
  2. stevia memang bagus, family sha pun guna stevia mengantikan gula biasa, tapi agak mahal pada sha but sokaylah baik untuk kesihatan kan

    ReplyDelete
  3. Stevia bagus utk pesakit diabetes ataupun orang yang ketagih gula.

    ReplyDelete
  4. Bgus la stevia ni utk replace normal sugar tu.
    Lagi2 utk diabetic patient

    ReplyDelete
  5. Makanan dan minuman manis memang tak asing lagi dengan rakyat Malaysia...Duduk kat Malaysia ni...asal lepak makan, asal lepak minum-minum...yang minum mestilah minuman manis...takkan ada la yang lepak kedai mamak minum air kosong semata.

    Nak sihat! Nak sihat! tapi nak jugak minum minuman manis...macam mana nak buat? tukar kepada stevia laa..tp jgn xde normal sugar intake pulak tau!

    ReplyDelete
  6. stevia mmg terkenal sbagai pengganti gula terutama utk pesakit diabetes. mmg di saran gantikan gula putih ke stevia ni. tp kena make sure beli stevia yang original sebab ada je pihak yang tak bertanggungjawab produce the fake one.

    ReplyDelete
  7. Sweet Royal dah memang manis tak perlu guna gula lagi... betul tak?

    ReplyDelete
  8. Stevia ni pemanis bukan gula. Sesuai bagi yang nak hadkan gula dan kalori dalam diet dan bagi yang ada penyakit diabetes. Btw, kena consume juga gula biasa raanya untuk badan kita.

    ReplyDelete
  9. Last month akak belikan utk mak..mak x suka..mak akak penghidap kencing manis..patut ok la minum guna stevia..dia rela minum air suam katanya...alahai....

    ReplyDelete
  10. Stevia ni memang bagus. Untuk yang nak kawal gula bleh cuba Stevia. Lama-lama kita takmo dah gula. Hehehe. Cuma efek pertama kali tu goyang gak lutut macam hypo. Hahaha

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi guna stevia. Ade je dengar pasal stevia ni lebih bagus daripada gula biasa sebab dia bukan pemanis kan.

    ReplyDelete
  12. wah best la...no calories sugar....good option for those who have diabetes!

    ReplyDelete
  13. bagus utk kurangkan pengambilan gula..tapi byk gak kes stevia tak asli. -jmr23.com

    ReplyDelete
  14. Stevia ni yang saya tak suka sbb ada after taste kelat dia, Brand ni ok tak rasa dia?

    ReplyDelete
  15. Stevia mmg alternatif terbaik bagi gula...

    ReplyDelete
  16. This Sweet Royale looks so interesting product. Will definitely check this out.

    ReplyDelete
  17. Kita banyak baca juga padal pemanis Stevia ni kita pun ada tulis kelebihannya kat blog hehehehe tapi tak ada orang nak kasi review lagi oppsss..

    ReplyDelete
  18. Ala, kita minum pun jarang letak gula... xpe la tawar... gula pun last beli tahun 2013... Tak pasti gula yang sedia ada nie dah expired ke belum hahahah

    ReplyDelete
  19. This is good for those who is on diet or on on sugar control.

    ReplyDelete
  20. Tea also can help in diet. Thanks for sharing this.

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com