Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

02 November 2017

Eat Travel Write 6.0 : Let's Ngeteh Tempat Makan Menarik di Selangor


Program Eat Travel Write tidak akan berseri tanpa makanan. Makan-makan sudah serasi dengan pengembaraan peserta Eat Travel Write. Program Eat Travel Write Edisi Ke Enam ini membawa kita ke tempat makan menarik di sekitar Selangor.

Sate Kajang Haji Samuri



Terletak berhadapan dengan stesen MRT Stadium Kajang, Restoran Sate Haji Samuri menjadi tumpuan ramai peminat sate. Ini kerana terdapat kepelbagaian jenis sate di sini antaranya ayam, daging, ikan, arnab, rusa, perut dan pedal. Sedap bila dapat merasa sate-sate ini. Sejak berpuluh tahun dahulu, sate Haji Samuri ini terkenal dengan kuah kacang yang pekat, sambal yang cukup rasa dan kuah yang banyak. Jadi ia memang pilihan ramai terutamanya penduduk setempat.

Teh Beng Madu Sue Kamilah



Sebut saja teh beng, dalam fikiran dah terbayang teh ais. Biasalah teh ais kan. Apa yang special sangat teh ais kat sini? Tempat lain pun ada kan. Haa..itu tempat lain. Di restoran teh beng madu ni, teh akan ditarik seperti teh tarik biasa pada ketinggian maksima sehingga menghasilkan buih yang banyak. Hasilnya sangatlah menarik. Keistimewaan teh beng madu di sini ialah air teh tersebut dicampur madu bagi menggantikan gula.


Selain minuman yang menjadi tarikan, kedai ini juga menjual nasi kerabu dan nasi berlauk. Jadi pastikan anda singgah kalau ke Bangi.

Alamat: No. 27, Tingkat Bawah, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, 43650  Bangi, Malaysia.
Telefon: 013-302 3384


BBQ Lamb KL Kemensah



Restoran berkonsepkan alam semulajadi ini terletak berdekatan Zoo Negara. Terdapat beberapa pondok kecil di sekitar kawasan ini yang dijadikan tempat makan selain tempat makan utama. Pelanggan boleh memilih untuk duduk di mana sahaja mengikut keselesaan masing-masing.


Menu utama di sini ialah daging yang dipanggang. Terdapat beberapa jenis daging seperti daging ayam, kambing, daging batang pinang dan banyak lagi.


Akhir sekali kami dihidangkan dengan sup daging yang panas dan sedap. Makan dengan roti.

Waktu operasi
Selasa hingga jumaat 6ptg~11 malam.
Sabtu dan ahad 12th~4ptg. 6ptg ~11mlm

Alamat: Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Whatsapp: 012-211 4100
https://goo.gl/maps/YxpwHeR9j6p


Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor


Merupakan salah sebuah kampung yang dilawati bagi melihat budaya masyarakat setempat. Bermula dengan demonstrasi masakan oleh kaum wanita kampung tersebut yang memperlihatkan dua resepi lauk pauk masyarakat yang wajib ada setiap kali kenduri kendara.

Dua resepi tersebut ialah tumis betik dan rendang pucuk ubi. Untuk tumis betik, bahan utama ialah betik sederhana muda disagat dan ditumis dengan bawang putih, cili api, bawang besar, cili merah dan ikan bilis. Gaulkan dan kemudian siap untuk dihidangkan. Untuk rendang pucuk ubi, cara masak sama seperti masakan rendang biasa cuma ditukarkan isi ayam atau daging kepada pucuk ubi.

Tumis betik


Rendang pucuk ubi

Selesai demonstrasi masakan, penduduk kampung memperlihatkan baju tradisional kaum penduduk disitu. Minangkabau, Boyan dan Jawa adalah penduduk asal kampung tersebut. Sedikit tarian turut dipersembahkan kepada peserta Eat Travel Write 6.



Selepas itu, kami dibawa melawat perusahaan Odah Kerepek. Di sini kami melihat secara dekat cara pembuatan kerepek. Ubi kayu segar dikupas dan dibersihkan sebelum dimasukkan di dalam mesin pemotong dan seterusnya digoreng dalam minyak yang panas.


Setelah membeli beberapa bungkus kerepek, kami ke Tasik Idaman. Tasik ini adalah bekas lombong dan kini menjadi tempat riadah penduduk di sini.



Petang itu kami disajikan dengan kuih muih dan teh tarik. Sebelum pulang, penduduk kampung memberikan bunga telur sebagai buah tangan kepada kami.

Reactions:

10 comments:

  1. Sedapnya daging panggang tu. Terus kelaparan yang teramat bila tengok sesi ngeteh awak nie.

    ReplyDelete
  2. Banyak rupanya tempat menarik di Selangor yang mummy tak tahu lagi rupanya. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. yessss sate kajang!! i used to eat it dekat Putrajaya outlet! :D

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  4. Tea ice beng .. huh sedapkan . Tambah2 time cuaca panas minun teh ais ..lega tekak . Makanan-makanan semua nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  5. Bestnya blogger trip kali ini. Dapat rasa makanan yang special and meet up with friends.

    ReplyDelete
  6. Sekitar Selangor memang banyak tempat makan yg sedap-sedap, untuk dapat ke tempat2 tersebut

    ReplyDelete
  7. The food looks so delicious, can't wait to try it out myself!

    ReplyDelete
  8. Wow best tengok dapat makan satay dan juga dapat tengok budaya tempatan kat sana makan tu nampak menyelerakan sedapnya rugi tak join hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Sate kajang tu nampak sedap dengan kuahnya sekali. Warna sate kelihatan keemas-emasan n mengiurkan tekak sis malam2 ni.. Mengidam pula kita, esok nak beli sate ayam laa ni

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Android Apparel apps automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review Blogger Blogger review brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat contest cookies damansara domain Domino's Domino's pizza Dominos Duit electronic review etw etw6 Event facial Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex gadget gayatravel giveaway gold Guardian gula hair removal happyfresh Haqqi Harriston Honor hotel review Income Innphonim blockchain Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor kelas jahit kembara kembarabloggersjohor klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lipstick maiwp makan makanan arab Malaysia matic McCormick McDonald's media Merdeka mobile motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi myvi myvi2018 NASDAQ ngeteh Nimpmos Online onlineshopping onlinetraining pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia Pensonic perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz product product review Projek57 property Putrajaya railway Ramadan Raya realme review Safi sale Shah Alam Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia summit tambah pendapatan Teater technical techno teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer travel TVC unity unity ribbon upen Waterpark zakat zoo

Google+ Followers

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com