Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

29 April 2018

Korean Fried Chicken di Eung Chicken Damansara Utama

Anneyong haseyo!!

Ayam goreng Korea semakin digemari oleh orang Malaysia dan Qiss tak terkecuali la kan.


Memang teringin makan ayam goreng dan pelbagai menu Korea yang lain Cuma tak tahu tempat mana yang ada ayam goreng yang best dan sedap.


Qiss dengar-dengar Restoran Eung Chicken yang terletak di Damansara Utama ni menyajikan Korean Fried Chicken. Sedapnya bila sebut pasal makanan ni kan.

Qiss bila dah sampai kat kedai ni memang suka tengok menu yang ada. Baru Qiss tau yang untuk ayam Korea ni ada tiga jenis sos. Sos yang pertama tu sos soya. Yang ni bila Qiss rasa ayam dia sedap dan memang cukup rasa.

Sos yang kedua ialah pedas. Yang pedas ni Qiss cubit sikit je sebab Qiss tak tahan makan pedas. Fuh!!! Berpeluh-peluh walaupun Qiss makan sikit je ayam dengan sos pedas ni. Terus Qiss cari air. So kalau korang yang suka pedas, Qiss cadangkan korang order ayam  sos pedas.


Menu lain yang Qiss makan kat sini ialah sup Ramyeon. Satu mangkuk berharga RM 16.00 dan ini kali pertama Qiss makan ramyeon dengan chesee.Sedap sangat tau. Lepas tu Qiss makan ramyeon ni dengan jeruk yang dipanggil Pickled Radish. Satu mangkuk berharga RM3.00.


Untuk menu seterusnya ialah Huraideu iaitu Crunchy Fried Chicken. Yang ni Qiss paling suka sebab ayam dia memang rangup. Makan pun kruk krak kruk krak bunyi. Kalau ayam ni, bagi qis dua ekor pun boleh habis tau. Haa.. jangan tak tahu yang ayam ni pun dihidangkan secara setengah ekor dan seekor bahagian ayam. Ada dua jenis sos yang korang boleh pilih. Ada sos soya dan sos pedas. So….korang nak pilih yang mana? Bagi Qiss dua-dua pun sedap. Rugilah kalau korang tak cuba.


Dah makan – makan, korang boleh hilangkan pedas dengan dua air istimewa iaitu Barbican dan Honey B.


Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, Eung Chicken mengadakan promosi istimewa.


Set Iftar ( termasuk buah Kurma)

1. Set untuk 2 orang ( RM49.90 )
2 x Air minuman
2 x Nasi putih kukus Jepun
12pcs Wings ( mana-mana dua perisa )
2x  Mochi Kacang Merah dengan Aiskrim


2. Set 3 orang makan ( RM72.00 )
3 x Air Minuman
3x Nasi putih kukus Jepun
18pcs Wings ( mana-mana dua perisa )
3 x Mochi Kacang Merah dengan Aiskrim

3. Set 4 orang( RM95 )
4x Air Minuman
4x Nasi putih kukus Jepun
30pcs Wings ( mana-mana dua perisa )
3 x Mochi Kacang Merah dengan Aiskrim


Eung Chicken

Waktu operasi:
Ahad hingga Khamis 12.30 tengah hari – 11 malam
Jumaat dan Sabtu 12.30 tengah hari – 11.30 malam

Alamat: 
55G, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

No Telefon: 
011 - 1057 4388

Follow Instagram : @eungchickenmy
Reactions:

1 comment:

  1. Yang ini paling Sally suka.. Spicy Huraideu...Pedas dia jenis pedas yang menyengat tu bukan macam pedas cili padi...ini serius! Yang ni most recommended oleh #KakakKimchi!

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Android Apparel apps automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review Blogger Blogger review brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat contest cookies damansara domain Domino's Domino's pizza Dominos Duit electronic review etw etw6 Event facial Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex gadget gayatravel giveaway gold Guardian gula hair removal happyfresh Haqqi Harriston Honor hotel review Income Innphonim blockchain Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor kelas jahit kembara kembarabloggersjohor klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lipstick maiwp makan makanan arab Malaysia matic McCormick McDonald's media Merdeka mobile motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi myvi myvi2018 NASDAQ ngeteh Nimpmos Online onlineshopping onlinetraining pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia Pensonic perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz product product review Projek57 property Putrajaya railway Ramadan Raya realme review Safi sale Shah Alam Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia summit tambah pendapatan Teater technical techno teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer travel TVC unity unity ribbon upen Waterpark zakat zoo

Google+ Followers

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com