Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

20 April 2018

Buffet Magical Ramadan Night by Pullman Putrajaya Lakeside

Bertemakan Magical Ramadan Night, Pullman Putrajaya menawarkan pelbagai juadah menyelerakan dan persembahan menarik sempena buka puasa sepanjang bulan Ramadan ini. Bermula 15 Mei sehingga 14 Jun, selama 31 hari, tetamu boleh menikmati pelbagai juadah Asia, lebih 300 tradisional Melayu serta juadah terkenal dari pelbagai negara seperti Vietnam  Kemboja dan India.


Terdapat juga juadah dari Timur Tengah iaitu kambing panggang berserta sos pencicah yang enak. Tetamu juga boleh menikmati BBQ Seafood yang dipanggang dan dihidangkan panas-panas.





Ada yang suka sate? Pullman Putrajaya turut menghidangkan sate untuk tetamu tau.


Selain makanan ini terdapat juga makanan dari Itali seperti pasta dan pizza.

Bagi yang sukakan kuih muih dan manisan boleh ke ruangan khas yang menempatkan pelbagai jenis kek, kuih, pencuci mulut dan buah-buahan. Ada juga ruangan khas yang menempatkan pelbagai jenis kurma.





Paling Qiss suka kalau datang ke Buffet Magical Ramadan Night Pullman Putrajaya ni, Qiss dapat makan buah Durian sepuas hati. Buah Durian ini boleh dinikmati di satu bahagian khas kerana tetamu tidak dibenarkan membawa buah Durian ini ke meja makan.




Semasa waktu berbuka puasa, kedengaran Azan dilaungkan dan buah kurma akan dihidangkan bagi menghormati waktu berbuka.

Tetamu juga berkesempatan menikmati pemandangan senja sambil bersantai kerana lokasi hotel ini terletak di tepi tasik.



Popia Vietnam


Sambil makan, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung, dendangan saksofon, persembahan badut, fire eater dan pelbagai lagi. Ada juga yang menaiki Hover Board sambil memakai kostum Star Wars. Menarik bunyinya kan..

Korang kena datang dan rasai sendiri kemeriahan dan kelainan yang disediakan oleh Pullman Putrajaya bagi menghiburkan korang sambil korang nikmati juadah enak di sini.





Bagi yang ingin membawa keluarga ke sini korang boleh mula booking tarikh dan tak perlu risau sebab Pullman Putrajaya boleh memuatkan sehingga 10000 tetamu dalam satu masa. Walau bagaimanapun, korang perlu buat reservation awal-awal bagi memastikan korang dapat tempat untuk berbuka puasa ni. Harga untuk dewasa ialah RM188 dan kanak-kanak RM110. Buffet ini bermula dari 6.30 petang hingga 9.30 malam.

Untuk membuat tempahan:
Pullman Putrajaya Lakeside
No. 2, Jalan P5/5, 62200 Putrajaya.
No. tel: 03-8890 0000 @ whatsapp : 0168900142
Email: magicalramadhan@pullmanputrajaya.com

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com