Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

30 May 2018

Shopping Raya di Haqqi Shah Alam

Qiss masih mencari baju raya untuk Aidilfitri 2018. Maklumlah belum ada yang berkenan.  Dah alang-alang kat Shah Alam, Qiss singgah ke butik Haqqi yang terletak sebaris dengan Jakel Mall Shah Alam kat Seksyen 7 tu.



Butik Haqqi ni merupakan hab produk kelengkapan Haji, Umrah dan fesyen patuh syariah.

Untuk wanita banyak  jubah dan baju pelbagai pattern menarik Ada disini.





Macam biasa. Sebelum beli baju mesti nak kena test dulu. Kena pakai baju tu , nak tengok sama ada baju tu ok atau tak, muat atau tak muat. Jadi jom tengok baju-baju yang Qiss cuba hari tu.

Pattern ni cantik kan. Teringin nak pakai ni. Tunggu orang hadiahkan jela raya nanti. haha...

Kembang payung. Warna dia lembut sangat dan design dia menarik. Baju ni New Arrivals tapi Qis dah rasmikan dah.

Boleh raya Sedondon Kali ni..hehe
Nak cari warna sedondon pun boleh kat sini. Ada banyak pilihan warna juga.

Cantik-cantik betul lah baju kat sini. Banyak pattern. Harga pun berpatutan.

Kalau untuk lelaki terkenal dengan kurta Izzue Exclusive.



Masa tengah tengok kurta ni, pemilik jenama Izzue Exclusive datang secara mengejut tau. Siap bagi harga LELONG. Best sangat-sangat. Mana nak dapat harga kurta eksklusif ni dengan harga RM70. 


Bergambar dengan Izzue Islam




Jadi korang kena datang ke Haqqi sebab untung-untung korang boleh dapat potongan harga yang menarik.





Blogger shopping


Seronoknya dapat shopping ramai-ramai dengan rakan-rakan blogger dekat Haqqi. Dapat la bergambar kenangan bersama-sama.

Nadhie, Minz Sambal Hitam Pahang

@mama_ble

Kak Anna

Kak Anna, Wendy Pua

@penaberkala

Dah penat try baju, Qiss pilih 2 helai baju untuk raya nanti. Tapi kalau nak tahu baju ape..tunggu Qiss upload kat Facebook pagi raya nanti. In Shaa Allah.

Jom kunjungi Haqqi Shah Alam atau layari www.haqqi.com.my

Read More

29 May 2018

Beauty Review l Eco Wellness Sanctuary Spa Bandar Botanik Klang

Hai semua pembaca setia blog qisstiera dan selamat datang pada pembaca-pembaca baru.

Hari ni Qiss nak share satu spa yang terkenal di Bandar Botanik Klang dan telah setahun beroperasi iaitu Eco Wellness Sanctuary Spa. Qiss berpeluang membuat satu rawatan urutan aromaterapi organik selama dua jam di sini.




Mula-mula Qiss masuk spa ni, Qiss diminta duduk di lobi dan dihidangkan teh herba. Dah siap minum secawan teh, kasut Qiss disimpan dan Qiss perlu memakai selipar khas yang disediakan oleh pihak spa bagi kemudahan Qiss semasa rawatan.


Pertama sekali Qiss dibawa ke tempat membasuh kaki. Masa kat sini kaki Qiss diberus dan dicuci sehinggalah bersih.

Selepas itu, Qiss dibawa ke tempat rawatan Di tingkat atas Dan Qiss diminta untuk menukar pakaian kepada pakaian khas rawatan.


Sebenarnya Qiss pilih untuk membuat rawatan urutan terapi ni sebab Qiss kerja bidang retail dan banyak berdiri. Jadi kaki rasa lenguh dan Qiss cepat penat.

Urutan dimulakan dengan sapuan minyak terapi bermula dari hujung kaki bahagian belakang badan. Masa urutan kaki dimulakan Qiss langsung tak rasa sakit. Sebaliknya Qiss rasa lega sangat-sangat. Alhamdulillah.

Selepas bahagian kaki, bahagian pinggang Qiss pula diurut. Best sangat-sangat rasa kena urutan ni..Hilang lenguh-lenguh badan.

Lepas tu bahu Qiss disapukan minyak dan diurut. Masa urutan bahu ni ambil masa lama sikit sebab bahu Qiss sedikit bongkok. Sebenarnya bukan bongkok pun tapi sebab Qiss tak duduk dan berdiri dengan posisi yang betul jadi bahu Qiss tak berapa tegak la cerita dia.

Lagi satu, orang perempuan ni selalu  bawak handbag aka batu.. hahaha sebelah bahu je dia sandang batu tu...ehh handbag..haha... jadi lagi cepat bahu terasa sakit dan lenguh. Yang ni sapa mengaku dia bawak batu cuba komen sikit kat bawah tu.

Lega. Satu perkataan yang boleh Qiss sebut bila bahu Qiss dah kena urut. Rasa lega sangat-sangat. Tapi lama betul tukang urut ni nak mengurut bahagian bahu Qiss mungkin urat dah berselirat sangat.

Selesai urutan bahu, tangan Qiss pula diurut dan proses urutan yang sama berulang untuk bahagian depan badan. Setelah selesai semuanya, Qiss dihidangkan teh herba di lobi.

Banyak lagi pakej menarik di Spa ni tau.





Sangat mudah untuk Qiss mencari spa ini sebab pakai Waze. Korang takkan sesat punya.

Dan peringatan untuk korang yang pertama kali ingin mengambil pakej yang disediakan, korang kena buat tempahan awal. Ini bagi mengelakkan korang tak dapat buat rawatan pada hari tersebut kerana appointment untuk rawatan sudah penuh.

Qiss memang suggestkan korang cuba rawatan spa kat sini sebab harga dia berpatutan dan suasana dia tenang sangat. Kita pun boleh relax-relax sambil tenangkan fikiran kat sini.

ECO WELLNESS SANCTUARY
Alamat: No. 8, Jalan Jasmin 8/KS6, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor
Website: https://www.ecowellness.me/
Facebook: https://www.facebook.com/ecowellnesssanctuary/
Waktu operasi: 11.00am sehingga 11.00pm

Read More

25 May 2018

Haqqi l Koleksi Umrah dan Haji serta Rekaan Baju Muslimah Eksklusif Aidilfitri

Assalamualaikum semua, macam mana puasa korang? Ok ke tu?? Harap ok je kan.


Sempena bulan Ramadan ni ramai yang ambil kesempatan untuk menunaikan Umrah dan menunaikan ibadat di kota Mekah. Seronok malah terasa dekat dengan pencipta kita bila kita berada di sana.

Kebiasaannya, sebelum berangkat menunaikan umrah kita akan membeli beberapa kelengkapan persalinan dan sebagainya untuk mempersiapkan diri ketika berada di Mekah. Maklum sajalah cuaca dekat sana tak sama dengan cuaca Malaysia.







Di Haqqi, kelengkapan Haji dan Umrah yang disediakan dapat memenuhi kriteria kehendak pelanggan. Daripada musim sejuk sehinggalah musim panas, Haqqi menyediakan kesemuanya.

Melewati baris-baris baju serta telekung, hati Qiss terpaut kepada telekung dengan motif renda yang menarik.



Sempat juga dapatkan sepasang telekung untuk digunakan sepanjang Bulan Ramadan ni. Alhamdulillah Seronok rasanya.


Kedai Haqqi ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu dua bahagian diletakan baju-baju eksklusif sempena Hari Raya yang akan tiba dan satu bahagian lagi diletakan kelengkapan Haji dan Umrah.














Bagi yang berniat nak beli telekung ataupun kelengkapan Haji dan Umrah boleh lah datang ke Haqqi Shah Alam. Korang juga boleh dapatkan baju raya kat sini tau. Kesemuanya cantik-cantik dan sopan serta menutup aurat.

Butik Haqqi Shah Alam
No. 13 & 15, Jalan Plumbum S7/S,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel: 03 – 5523 4798

Read More

24 May 2018

Jakel Barulah Raya l Beraya dengan koleksi Baju Raya JAKEL SHAH ALAM

Seperti tahun-tahun sebelum ni, persiapan baju raya keluarga Qiss semuanya beli siap sebab mudah dan banyak design untuk dipilih.

Tahun ni Qiss nak beraya dengan baju raya koleksi dari JAKEL SHAH ALAM. Sementara tengah belek-belek baju, terdengar pula bunyi riuh rendah di luar Jakel Mall Shah Alam ni.

Rupa-rupanya Duta Jakel Yang juga artis terkenal di Malaysia iaitu Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Lara Alana (SCHAWALARA), Nabil Ahmad, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar, Harith Iskander dan juga Upin dan Ipin tampil untuk mempromosikan koleksi mereka. Duta -duta Jakel ini turut membuatkan lelongan khas untuk mempromosikan koleksi mereka tahun ini.

Harith Iskander

Scha Al-Yahya


Koleksi kurta Awal Ashaari

Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan Yusuf Iskandar

Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari

Tentu tidak lengkap jika berbaju Melayu tanpa samping. Pada tahun ini Jakel tampil dengan satu kelainan iaitu Kain Samping Benang. Kain Samping Benang ini selesa dipakai sepanjang masa dan hanya boleh didapati di Jakel sahaja.

Untuk baju Melayu, terdapat beberapa koleksi yang seringkali menjadi pilihan Qiss iaitu Baju Melayu Aaron Aziz, Baju Melayu Nabil Ahmad, Baju Melayu Awal Ashaari dan juga Baju Melayu Harith Iskander.





Berbaju Melayu di hari raya pertama, Hari Raya kedua kita pakai kurta lah pula. Koleksi Hairul Azreen menjadi pilihan hati sebab fabrik yang digunakan ialah cotton berkualiti dan menyerap peluh. Di bahagian lengan boleh dilipat dan mesra wuduk.



Untuk baju kurung, koleksi Ayda Hebat menjadi pilihan Qiss sebab banyak pattern menarik kebanyakannya corak printed terkini.

Untuk kanak-kanak, boleh cuba koleksi baju Melayu dari Upin dan Ipin. Siap ada gambar Upin dan Ipin dekat poket baju tau.



Sedondon satu keluarga.

Bagi ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana yang inginkan baju raya sedondon boleh dapatkan koleksi SCHAWALARA dan juga Hairul, Hanis dan Yusuf. Koleksi-koleksi ini boleh didapati di Jakel dan semuanya cantik-cantik.






Aplikasi BOOST

Di musim perayaan ini Jakel bekerjasama dengan Boost iaitu salah satu  aplikasi pembayaran dalam talian yang memudahkan transaksi belian dengan tidak menggunakan tunai dan pelanggan akan mendapat mata ganjaran setiap kali transaksi pembayaran dilakukan.


Jadi bagi korang yang nakkan kemudahan serta lebih ganjaran kenalah download a
aplikasi BOOST ni.


Sumbangan

Jakel Shah Alam turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang yang memerlukan sempena bulan yang mulia ini di Majlis Sembang Santai Jakel Barulah Raya.



Nampak tak Qiss dah borong baju raya dekat Jakel ni. Jangan tak tahu, dengan setiap pembelian baju Melayu, pelanggan akan dapat kain ela bercorak secara percuma. Ape tunggu lagi tu? Jom la pi JAKEL SHAH ALAM sekarang.


Gambar credit to: Dboy

Kongsikan detik manis korang memakai baju koleksi Duta Jakel dengan memuat naik gambar di media sosial korang dan jangan lupa caption ni--->>> Jakel Barulah Raya..... #jakelbarulahraya
#ingatrayaingatjakel
#jakelshahalam

Website: Jakel

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com