Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

27 July 2018

Kelas Jahitan Asas (JASA) Azie DCloset

Hai semua, lama jugak Qiss tak sempat berblog ni. Banyak komitmen lain kena selesaikan.




Tapi Qiss sempat timba ilmu baru tau. Qiss masuk kelas jahitan asas yang diadakan oleh cikgu Azie di Saujana Impian, Kajang.

Hari pertama kelas, Qiss belajar buat pola. Pola ni adalah satu lukisan mengikut ukuran badan yang kita kehendaki di atas kertas. Pola ni kita tak boleh lukis atas kain sebab kain ada macam-macam jenis. Ada yang licin. Yang jenis licin ni susah kita nak lukis pola atas kain.

Mula kelas seawal 9 pagi, Qiss dapat belajar lebih daripada 20 pattern pola. Dengan hanya menggunakan pola asas badan dan kain.

Selain itu, 20 pattern pola tersebut mengikut ukuran badan sendiri tau. Untung ke untung?

Cikgu Azie memberikan penerangan dan menunjukkan cara-cara untuk mengambil ukuran badan dengan betul.

So, Qiss dah confident nak ambik ukuran badan orang untuk buat baju. Yeahh. Tu yang seronok bila berguru ni.

Lepas diberi penerangan, Qiss mula lukis dan potong pola. Selesai potong pola, Qiss potong kain pula.





Selesai kelas hari pertama....

Hari kedua berlangsung. Qiss datang pagi-pagi sebab taknak berebut untuk jahit tepi. Dah selesai jahit tepi. Qiss belajar jahit zip sorok. Pertama kali jahit zip sorok ni. Pertama kali juga belajar guna tapak zip sorok.

Alhamdulillah berjaya mencantumkan zip. Lepas cantum zip, Qiss cantum bahu dan badan baju. Lepas tu Qiss cantum tangan.


Dah siap baju, Qiss jahit kain pula. Mula-mula cantum tepi kain, lepas tu jahit zip kain. Untuk mendapatkan pinggang kain yang kemas, Qiss belajar ambil kiraan pinggang yang betul tau.

Untuk bahagian pinggang ni susah sikit sebab nak kena jahit getah dan vakrom. Dah selesai cantum semua, Cikgu Azie akan check kekemasan.


Seronok juga belajar menjahit ni. Tapi untuk kekemasan kena rajin buat baju lagi sebab dari situ kita akan dapat belajar dan terus belajar untuk menjahit dengan kemas.


Qiss nak war-warkan Kelas Jahitan Asas (JASA) Cikgu Azie akan diadakan di

Kuantan pada 11 & 12 Ogos 2018



dan di Saujana Impian, Kajang pada 18 & 19 Ogos 2018.


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com