Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

02 November 2018

Pelancaran Portal Zakat2U 4.0

Hai korang,

Korang tau tak korang boleh bayar zakat secara online? Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) kini melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui laman web ZAKAT2U versi 4.0




Versi terbaru ini mempunyai banyak kelebihan selaras dengan perubahan teknologi  pada masa kini bagi memudahkan orang ramai di Wilayah Persekutuan menunaikan kewajipan berzakat.


So korang lagi senang nak buat pembayaran zakat lepas ni.





Melalui portal ZAKAT2U terdapat beberapa penambahbaikan seperti

1. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik dan lebih ringkas.

2. Melakukan pembayaran lebih daripada satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan Troli Zakat.

3. Resit rasmi akan dikeluarkan.

4. Bacaan doa untuk para Muzakki setelah pembayaran zakat dibuat.

5. Berinteraksi melalui alam maya dengan menggunakan chatbox FB Messenger.

6. Video tutorial panduan pengiraan zakat.








Pelancaran perkhidmatan laman web ZAKAT2U versi 4.0 ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.


Bagi Qiss memang lebih mudah  dengan adanya portal ZAKAT2U ni.

Kini tiada alasan kekangan masa untuk menunaikan kewajipan sebagai pembayar zakat kerana secara online sahaja kita dah boleh bayar zakat.

Pengertian Zakat

Dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Jenis-jenis zakat
1. Zakat pendapatan
2. Zakat perniagaan
3. Zakat wang simpanan
4. Zakat saham
5. Zakat emas
6. Zakat perak
7. Zakat ternakan
8. Zakat tanaman
9. Zakat fitrah



Syarat-syarat Wajib Zakat

1. Islam - dikenakan atas orang Islam

2. Merdeka - Orang Islam mestilah merdeka sepenuhnya

3. Sempurna Milik - Harta yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seseorang

4. Cukup Nisab - Paras minima yang menentukan Sama Ada sesuatu harta diwajibkan zakat. Nisab bersamaan dengan berat 85 gram nilai emas semasa.

5. Cukup Haul - Genap setahun harta tu disimpan.

6. Niat Berniaga - Untuk memperoleh keuntungan (zakat perniagaan sahaja)

Antara harta yang dikenakan Zakat
1. Pendapatan
2. Wang Simpanan
3. Saham
4. Emas
5. Perak
6. KWSP/LTAT
7. Perniagaan

Kadar zakat ialah 2.5% atas harta yang cukup syarat wajib zakat.


Jadi Qiss share kat sini serba sedikit mengenai zakat. Sekiranya korang nak tahu lebih banyak tentang zakat ni, korang boleh layari ZAKAT2U




Untuk maklumat lanjut, hubungi talian Zakat : 1-300-88-5757


"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat"
Reactions:

22 comments:

  1. senang je terus boleh print resit! nak attach tax pun senang! yeay! Tahniah PPZ-MAIWP!

    ReplyDelete
  2. da linNovember 4, 2018 at 9:05 AM

    Wah...bagusnya dengan zakat2u 4.0 ni, senang utk kita membuat pembayaran zakat..dah x perlu ada byk alasan lg dah ..

    ReplyDelete
  3. Bagusnya bila ada improvement macam ni dekat website zakat. Betul betul membantu dan lepas ni memang tak ada reason untuk orang tak bayar zakat dah.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada PPZ-MAIWP atas pelancaran portal yang telah dinaik taraf sehingga menjadi satu yang begitu mudah untuk segala urusan berzakat. Kita pun dah gunakan portal ini memang seronok..

    ReplyDelete
  5. Memang semaki maju portal ppz ni, sekarang dah ada chatbox pulak, lebih senang nak faham

    ReplyDelete
  6. Wah mudah ada kemudahan untuk membayar zakat mcm ni.Kadang-kadang kite terlupa ataupun busy sangat tak sempat nak ke kaunter zakat. Siap ada kemudahan pengiraan calculator tu rasanya sangat memudahkan pembayar kan. Nak kene bagi mak abah ni.hehehe

    ReplyDelete
  7. Bagus sangat bila dah ada online macam ni so tak ada alasan lagi untuk tunaikan tanggungjawab. Tahniah atas usaha yang dijalankan. Semoga dapat dicontohi pusat zakat yang lain juga.

    ReplyDelete
  8. Mudah dah nak bayar zakat sekarang. So tak boleh la bagi alasan susah nak bayar ye. Zakat makin gigih meng inovasi kan collection method ye.

    ReplyDelete
  9. Memudahkan org membayar zakat. Dah tak ada alasan tak dapat bayar sebab jauh nak gi bayar atau sibuk. Tahniah ppz maiwp buat portal sebegini

    ReplyDelete
  10. Wahhhh mudahlah lepas nie orang2 nak membayar zakat dengan adanya portal sebegini. Mudah dan pantas. Tiada alasan utk tidak bayar zakat lepas nie. Semuanya dihujung jari

    ReplyDelete
  11. Mudahla pasni jika hendak berzakat.. lebih mudah, cepat dan mudah.. xperlu lagi beratur panjang.. cuma perlu klik je, semua settle..

    ReplyDelete
  12. Sekarang dah takde alasan taknak bayar zakat. Sekarang semua dah mudah, online je bayar. Tu kalau orang masihbliat nak bayar, tak tau la nak kata apa

    ReplyDelete
  13. Sekarang nak bayar Zakat pun dah boleh buat secara online. Tak payah lagi nak bagi banyak alasan. Sekarang semuanya mudah kan.

    ReplyDelete
  14. Sekarang Nak bayar zakat dah mudah. Tapi kenapa zakat tak buat apps lagi? Apps yang ada online banking tu. Nanti akak bleh download apps tu dekat telefon suami. Ekekkeke. Senang skit Nak berurusan. Laptop pun dah berhabuk sekarang ni. Semua dr henfon. Hehe

    ReplyDelete
  15. Bagus bila ppz lancarkan ni jadi tak ada la kita culas lagi membayar zakat kan? Apap pun bagus penjelas Qis tentang zakat tu..keep it up

    ReplyDelete
  16. Bagusnya...semua sekarang dekat hujung jari ja...dah xda alasan utk.x byr zakat kan...

    ReplyDelete
  17. Bila dah ada kemudahan macam ni, wajib digunakan. Bukan apa, semua ni untuk kesenangan kita juga kan. So, takde alasan untuk membayar.

    ReplyDelete
  18. Baguskan portal Islam macam ni pun dah ikut maju dengan kemodenan. Barulah boleh tarik minat orang muda.

    ReplyDelete
  19. Great that Zakat goes online, more information can be easily access by everyone and there's not way not to pay up.

    ReplyDelete
  20. Kini dah tiada lagi alasan untuk tidak membayar zakat since everything dan online, siap ada bantuan dan tutorial pengiraan. Dah senang nie jangan la ada yang buat alasan macam-macam plak kan. Hehe

    ReplyDelete
  21. Such efficient website to pay for the Zakat.all the calculation has been tabulated in the system and you just need to pay online.

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Android Apparel apps automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review Blogger Blogger review brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat contest cookies damansara domain Domino's Domino's pizza Dominos Duit electronic review etw etw6 Event facial Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex gadget gayatravel giveaway gold Guardian gula hair removal happyfresh Haqqi Harriston Honor hotel review Income Innphonim blockchain Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor kelas jahit kembara kembarabloggersjohor klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lipstick maiwp makan makanan arab Malaysia matic McCormick McDonald's media Merdeka mobile motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi myvi myvi2018 NASDAQ ngeteh Nimpmos Online onlineshopping onlinetraining pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia Pensonic perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz product product review Projek57 property Putrajaya railway Ramadan Raya realme review Safi sale Shah Alam Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia summit tambah pendapatan Teater technical techno teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer travel TVC unity unity ribbon upen Waterpark zakat zoo

Google+ Followers

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com