Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

07 November 2018

Realme 2 Pro akan dijual secara eksklusif di Shopee 11.11 Big Sale

Hai korang,

Hari ni 7 November 2018, sebuah telefon pintar telah dilancarkan. Realme 2 Pro merupakan telefon baharu dengan rekaan bergaya.


Pada 31 Oktober lalu, Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Realme, jenama telefon mudah alih baharu yang menggemparkan pasaran di seluruh Asia.




Kerjasama ini memberi Shopee hak eksklusif ke atas telefon terulung Realme, iaitu Realme 2 Pro, di Malaysia. Siri Realme 2 yang berjaya memecahkan rekod telah dilancarkan buat julung kali di India, dengan 200,000 unit dijual dalam masa hanya 5 minit.


Dalam usaha mencapai kejayaan yang setanding di Malaysia, Realme telah memilih Shopee sebagai rakan eksklusif untuk melancarkan telefon terutamanya, Realme 2 Pro di Shopee 11.11 Big Sale (Jualan Besar-Besaran 11.11 Shopee), pesta beli-belah dalam talian hujung tahun nombor satu di rantau ini.


Kami amat teruja kerana jenama baharu serba hebat seperti Realme telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan kami untuk dilancarkan di pasaran Malaysia. Sememangnya jenama ini muda, bergaya dan menjanjikan prestasi mantap pada harga yang termampu. Tambahan lagi, kami memberikan komitmen yang sama untuk menyediakan kualiti dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Hanya menerusi kerjasama seperti ini hakikatnya kami dapat mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform e-dagang terutama di Malaysia, kerana tanpa sokongan rakan-rakan niaga kami yang setia, kami tidak mungkin mencapai kedudukan kami sekarang,” kata Calvin Teng, Pengurus Kategori di Shopee Malaysia.

Realme ialah pengeluar telefon pintar serba boleh terbaik, menggabungkan reka bentuk bergaya dengan tahap ketermampuan yang menarik.




Dengan generasi milenial sebagai sasaran, jenama ini direka untuk golongan muda dan berhati muda yang bercita-cita tinggi.

Sebagai peserta yang baru menceburi pasaran Malaysia, Realme berbangga untuk menjadi sebuah jenama muda. Tiffany Teh, Pengurus Jenama Realme Malaysia berkata, “Kerjasama kami dengan Shopee benar-benar menghidupkan nilai teras Realme. Kami memang merupakan sebuah syarikat muda dan kami berbangga untuk menjadi peserta baharu. Shopee baru terlibat dalam perniagaan e-dagang selama 3 tahun tetapi dalam tempoh tersebut ia telah berkembang menjadi salah satu platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan; mengatasi penanda aras dan jangkaan semua. Kami yakin bahawa kerjasama eksklusif Realme 2 Pro dengan Shopee akan membolehkan jenama ini mencapai dan menyerlahkan potensinya.” Produk terulung Realme untuk golongan belia, Realme 2 Pro, akan dijual secara eksklusif di Shopee 11.11 Big Sale.


Telefon hebat ini menampilkan skrin penuh titisan embun 6.3-inci dan dipacu oleh pemproses Snapdragon 660AIE, dengan memori sehingga 8GB RAM+128GB ROM. Harga dan butiran lanjut akan didedahkan di majlis pelancaran pada 7 November.

Layari https://shopee.com.my/realme.os untuk maklumat lanjut. Muat turun Aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review Biskut Raya Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex free product review gadget gayatravel giveaway gold Guardian gula hair removal happyfresh Haqqi Harriston Hiburan Honor hotel review Income Innphonim blockchain Inspirasi Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor klcc klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada lifestyle Lipstick maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Online onlineshopping onlinetraining pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding zakat zoo

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com