Qiss berpeluang menonton teater Bangsawan Dendam Laksamana baru-baru ini yang dipersembahkan di Matic, Kuala Lumpur.
Persembahan Bangsawan Dendam Laksamana, sebuah cerita dari mata penulis, didasarkan pada sebuah kisah dari halaman di Tuhfat Al Nafis.
Kisah ini menceritakan bagaimana Sultan Mahmud Syah-2 dibunuh oleh laksamananya, Laksamana Bentan, untuk membalas pembunuhan isterinya Wan
Anum (yang mengandung) kerana memakan seulas buah nangka milik Sultan.
Oleh kerana termakan hasutan pembesar yang iri hati, Sultan hilang pertimbangan dan membuat keputusan yang mendatangkan amarah Laksamana.
Diselangselikan dengan muzik, teater ini tidak bosan dan sangat menarik. Sangat terhibur dengan penghayatan watak oleh setiap pelakon.
Kisah yang mengerikan hati ini sangat popular di kalangan orang Melayu yang lebih tua. Kisah ini telah melalui pelbagai komposisi oleh para pendongeng dan salah satu karya itu diterbitkan pada tahun 1978, yang merupakan karya Shaharom Husain (Masyhor Malaya) yang diterbitkan oleh Nusantara. Pementasan produksi ini mengambil inspirasi daripada skrip
![]() |
Babak Sultan Mahmud dibunuh |
Oleh kerana termakan hasutan pembesar yang iri hati, Sultan hilang pertimbangan dan membuat keputusan yang mendatangkan amarah Laksamana.
Diselangselikan dengan muzik, teater ini tidak bosan dan sangat menarik. Sangat terhibur dengan penghayatan watak oleh setiap pelakon.
Kisah yang mengerikan hati ini sangat popular di kalangan orang Melayu yang lebih tua. Kisah ini telah melalui pelbagai komposisi oleh para pendongeng dan salah satu karya itu diterbitkan pada tahun 1978, yang merupakan karya Shaharom Husain (Masyhor Malaya) yang diterbitkan oleh Nusantara. Pementasan produksi ini mengambil inspirasi daripada skrip
Shaharom.
Teater di bawah tajuk yang sama telah dipentaskan tahun lalu dan telah menerima 4 nominasi di 15th Boh Cameronian Awards iaitu Calon Pelakon Lelaki Terbaik, Calon Pelakon Pembantu
Lelaki Terbaik, Calon Rekaan Kostum Terbaik dan Calon Rekaan Lampu Terbaik.
Teater Bangsawan Dendam Laksamana akan menampilkan wajah-wajah lama dan baharu.
Gandingan segar yang akan diperlihatkan kali ini menampilkan Hairi Safwan, Aidilla, Dato’ Jalaluddin Hassan, Megat Syarizal, Anwar Rusdini, Fitri, Que Ross, Azhar, Asmidar dan ramai lagi.
Malah tulang belakang pekan ini turut membariskan nama-nama yang sudah dikenali ramai melalui hasil kerja mereka. Antaranya Eja Ibrahim (Pengurus Projek), Pat Gui dan Hamidon (Pengurus Pentas), Akma Suriati (Kostum), Yusman (Pengurus Lampu) Duan (Pengarah Muzik) dan Siti Jasmina selaku penulis skrip.
Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya akan bermula di Kuala Lumpur pada 29 Oktober hingga 11 November 2018.
Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018 (JPBWB) merupakan program baharu yang dianjurkan oleh Pat Ibrahim Project Entertainment dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia dan lain-lain agensi bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan kembali seni bangsawan di samping menyebar luas jenama Semarak Bangsawan melangkau ke negeri-negeri di Malaysia.
Ia juga merupakan program kolaborasi industri (industrial collaboration program) yang terbesar dan julung-julung kali diadakan di dalam industri seni persembahan. Ini adalah untuk memperkasakan warisan tidak ketara (intangible heritage) yang telah mendapat perhatian pelbagai pihak korporat.
Setelah muncul dengan produksi sulung yang berjudul Pekan Bangsawan Warisan Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017 lalu, kini PIPE maju setapak lagi untuk membawa acara di bawah program Siri Semarak Bangsawan JKKN dengan skala yang lebih besar. Objektif pelaksanaan Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018 adalah untuk memartabatkan dan memperkasakan bangsawan, membawa bangsawan ke peringkat negeri dan memperkenalkan bangsawan kepada generasi baru.
Bersesuaian dengan perkataan Jerayawara pada kali ini, Pekan Bangsawan Warisan Budaya akan menjelajah bersama melibatkan empat (4) komponen iaitu forum, pameran, bengkel yang akan dikendalikan oleh para profesional dalam bidang masing-masing dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana.
Tahniah untuk pelakon dan juga krew. Anda terbaik dan berjaya membawa kami iaitu para penonton menghayati watak-watak cerita ini.
Harga tiket untuk teater ini boleh didapati di talian hotline 0193036008 pada harga RM30,RM50, RM80 dan RM100 Jualan secara dalam talian di pipent.peatix.com.
0 comments:
Post a Comment