Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

06 November 2018

Malam Pertunjukan Fesyen Shopee 11.11 x KLFW

Hai korang, Qiss berpeluang menghadiri Malam Pertunjukan Fesyen Shopee 11.11 x KLFW sempena jualan 11.11 ini.


KLFW dan Shopee, platform e-dagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan usaha sama pada Ogos 2018 yang bakal memberi peluang kepada para alumni KLFW.


Ian Ho, Regional Managing Director of Shopee [tiga dari kanan] bersama Andrew Tan, Founder of Kuala Lumpur Fashion Week [empat dari kanan] bersama pereka fesyen sempena Malam Pertunjukan Fesyen Shopee 11.11 x KLFW 

Antara sokongan yang diberi termasuk:
--> Membantu pereka memulakan kedai rasmi di Shopee dengan pengurus akaun khusus untuk memantau inventori berkaitan dengan kedai pereka;

--> Menjalankan perancangan pelajaran modul e-dagang khas dikendalikan oleh kakitangan Shopee;

--> Mengadakan kempen bertemakan fesyen, secara dalam talian dan luar talian untuk mempamerkan produk pereka dengan lebih luas dalam pasaran massa.

Menerusi usaha ini, Shopee berharap untuk menyediakan pereka dengan alat dan pengetahuan yang diperlukan untuk menperluaskan capaian pelanggan mereka serta memberi bimbingan bagi memastikan jenama dalam talian mereka mampan dan berjaya.


Contoh daripada usaha ini dapat dilihat pada Malam Pertunjukan Shopee 11.11 yang dianjurkan untuk membolehkan pereka yang telah menyertai platform Shopee untuk mempamerkan koleksi sedia dipakai (Ready-to-Wear) mereka sekali lagi, pasca-KLFW 2018.

Rekaan dari Zoey Rahman menampilkan jenama MIKASERIES


Pertunjukan fesyen yang diadakan di Lot 10 menyaksikan Zero to Ten, Supercrew, Justin Chew, Tarik Jeans, Poplook, Maglifestyle, Thavia, Projek Jahat dan Jubahsouq. Turut menyertai kemeriahan ialah Zoey Rahman, ahli Skuad Selebriti Shopee dengan jenamanya MIKASERIES yang menerima reaksi positif daripada para penonton.

Rekaan dari Poplook

Barisan model bersama baju yang diperagakan


Malam Pertunjukan itu diadakan sebagai acara kemuncak bagi majlis pelancaran Shopee 11.11 Big Sale, dan peluang untuk melihat koleksi hebat yang akan ditampilkan sewaktu kempen.


Dikenali sebagai pesta membeli-belah yang terhebat tahun ini, peminat Shopee dan fesyen boleh menjangka kedatangan hari membeli-belah popular bertema, sehingga RM1.1 juta syiling Goncang Shopee dan hadiah serta tawaran serendah RM1.10 dengan penghantaran percuma pada RM11 bermula 25 Oktober sehingga 11 November. Bagi mendapatkan tawaran fesyen terbaik, jangan lupa nantikan Hari Fesyen 11.11 pada 5 November.

Rekaan dari Thavia

Rekaan dari Maglifestyle


Mengulas tentang inisiaitf itu, Andrew Tan, Pengasas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), “Kami baru sahaja menyambut ulang tahun KLFW keenam, dan untuk terus memenuhi permintaan pasaran, kami harus meluaskan persepsi dan menyediakan pereka tempatan dengan peluang-peluang bagi membantu bisnes mereka menjadi mampan. Ia amat penting bahawa langkah seterusnya bagi kami adalah bersama pasaran dalam talian seperti Shopee. Pada dasarnya, bekerjasama dengan pemain e-dagang akan membantu meningkatkan kredibiliti dan jenama pereka kerana tidak ada batasan geografi dalam talian – anda boleh menarik pembeli bukan sahaja dari Lembah Klang, malah di seluruh negara dan juga di luar negara. Shopee telah berkembang pantas sejak beberapa tahun lalu dengan 12 juta pengguna pada platform itu. Ini juga bermakna 12 juta pelanggan berpotensi buat pereka kami”.


Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho merumuskan dengan berkata, “Shopee dalah satu platform untuk semua seiring dengan usaha memenuhi pasaran yang meluas, kami juga berhasrat untuk menawarkan fesyen khusus untuk setiap segmen pasaran. Dengan pangkalan pengguna kami yang semakin berkembang, kami mendapati permintaan semakin meningkat untuk kandungan fesyen yang diinspirasi oleh pereka. Oleh itu, kami memberi membalas kepada permintaan pelanggan-pelanggan kami melalui kerjasama kami dengan KLFW. Kerjasama ini saling menguntungkan kepada kedua-dua pereka dan pengguna dalam meneroka apa yang mereka cari".

Persembahan dari Touché

Persembahan mantap dari Kaka Azraff

Korang pasti tak sabar nak dapatkan rekaan menarik ni kan. Jom shopping kat SHOPEE ramai-ramai. Lagi jimat kalau shopping 11.11 ni.

Downlo

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding zakat zoo

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com