Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

04 November 2018

Teater Bangsawan Dendam Laksamana Penuh Penghayatan

Hai korang,

Qiss berpeluang menonton teater Bangsawan Dendam Laksamana baru-baru ini yang dipersembahkan di Matic, Kuala Lumpur.



Persembahan Bangsawan Dendam Laksamana, sebuah cerita dari mata penulis, didasarkan pada sebuah kisah dari  halaman  di  Tuhfat  Al  Nafis.


Kisah  ini  menceritakan  bagaimana  Sultan  Mahmud  Syah-2 dibunuh oleh laksamananya, Laksamana Bentan, untuk membalas pembunuhan isterinya Wan
Anum  (yang  mengandung)  kerana  memakan  seulas  buah  nangka  milik  Sultan.


Babak Sultan Mahmud dibunuh

Oleh kerana termakan hasutan pembesar yang iri hati, Sultan hilang pertimbangan dan membuat keputusan yang mendatangkan amarah Laksamana.



Diselangselikan dengan muzik, teater ini tidak bosan dan sangat menarik. Sangat terhibur dengan penghayatan watak oleh setiap pelakon.



Kisah  yang mengerikan  hati  ini  sangat  popular  di  kalangan  orang  Melayu  yang  lebih  tua.  Kisah ini telah melalui pelbagai komposisi oleh para pendongeng dan salah satu karya itu diterbitkan pada tahun 1978, yang merupakan karya Shaharom Husain (Masyhor Malaya) yang diterbitkan  oleh  Nusantara.  Pementasan  produksi  ini  mengambil  inspirasi  daripada  skrip
Shaharom.

Elemen mistik turut diterapkan



Teater di bawah tajuk yang sama telah dipentaskan tahun lalu dan telah menerima 4 nominasi di  15th  Boh  Cameronian  Awards  iaitu  Calon  Pelakon  Lelaki Terbaik,  Calon  Pelakon  Pembantu
Lelaki Terbaik, Calon Rekaan Kostum Terbaik dan Calon Rekaan Lampu Terbaik.
Teater  Bangsawan  Dendam  Laksamana  akan  menampilkan  wajah-wajah  lama  dan  baharu.



Babak Wan Anum dibunuh dengan kejam oleh Sultan Mahmud


Gandingan  segar  yang  akan diperlihatkan  kali  ini  menampilkan  Hairi  Safwan,  Aidilla,  Dato’ Jalaluddin Hassan, Megat Syarizal, Anwar Rusdini, Fitri, Que Ross,  Azhar, Asmidar dan  ramai lagi.

Malah  tulang  belakang  pekan  ini  turut  membariskan  nama-nama  yang  sudah  dikenali  ramai melalui  hasil  kerja    mereka.  Antaranya  Eja  Ibrahim (Pengurus  Projek),  Pat  Gui  dan  Hamidon (Pengurus  Pentas), Akma Suriati  (Kostum), Yusman  (Pengurus Lampu) Duan  (Pengarah Muzik) dan Siti Jasmina selaku penulis skrip.



Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya akan bermula di Kuala Lumpur pada 29 Oktober hingga 11 November 2018.



Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018 (JPBWB) merupakan program baharu yang dianjurkan oleh Pat Ibrahim Project Entertainment dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia dan lain-lain agensi bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan kembali seni bangsawan di samping menyebar luas jenama Semarak Bangsawan melangkau ke negeri-negeri di Malaysia.





Ia juga merupakan program kolaborasi industri (industrial collaboration program) yang terbesar dan julung-julung kali diadakan di dalam industri seni persembahan. Ini adalah untuk memperkasakan warisan tidak ketara (intangible heritage) yang telah mendapat perhatian pelbagai pihak korporat.



Setelah muncul dengan produksi sulung yang berjudul Pekan Bangsawan Warisan Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017 lalu, kini PIPE maju setapak lagi untuk membawa acara di bawah program Siri Semarak Bangsawan JKKN dengan skala yang lebih besar. Objektif pelaksanaan Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018 adalah untuk memartabatkan dan memperkasakan bangsawan, membawa bangsawan ke peringkat negeri dan memperkenalkan bangsawan kepada generasi baru.


Bersesuaian dengan perkataan Jerayawara pada kali ini, Pekan Bangsawan Warisan Budaya akan menjelajah bersama melibatkan empat (4) komponen iaitu forum, pameran, bengkel yang akan dikendalikan oleh para profesional dalam bidang masing-masing dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana.

Tahniah untuk pelakon dan juga krew. Anda terbaik dan berjaya membawa kami iaitu para penonton menghayati watak-watak cerita ini.

Harga tiket untuk teater ini boleh didapati di talian hotline 0193036008 pada harga RM30,RM50, RM80 dan RM100 Jualan secara dalam talian di pipent.peatix.com.

(**Kredit gambar daripada blogger dan Iltizam**)

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com